Thursday, December 27, 2007
CH
walau bagaimanapun, aku puas hati dapat bercuti bersama keluarga kat sini. (minus the traffic jam dan org ramai bersesak2.) CH dah tak sesejuk dulu. cuma waktu malam masih sejuk hingga menggigil tulang sum sum aku. nak pijak lantai pun sejuk. brrrr...
aku tak minat strawberry. masam! strawberry salut coklat pun masam. adik suka makan strawberry. dia kata macam grapes. adik juga suka makan durian. mcm mana dia tahu pakuda dan makngah dia kopek durian entah, sebab tetiba aje dah bersila kat tepi sambil makan sebiji demi sebiji. adik juga suka makan rambutan. walaupun kat tangan dia ada satu plastik penuh buah rambutan, dia tetap nak merampas rambutan dari plastik uwan dia. entah apa perangai budak sorang ini.
Friday, December 14, 2007
play pretend
pada satu malam yang indah, tgh aku syok melayan facebook, tiba-tiba..
ayu: OMI! ayu berakkk!!
omi: hah? (aiseh!) ok, jom cebok.
iman: omi tu adik la!
omi: hah?
iman: adik jadi omi.
oo... ceh! main pondok-pondok rupanya. cakap le awal2. tak pasal2 ter'enterframe'. heh heh.
[main cikgu-cikgu]
bila diorang main cikgu-cikgu, si iman la yg akan jadik cikgu. kalau diorang solat olok-olok, iman gak jadik imam. self-appointed. ayu dan adik ikut saja.
iman: ainun mata! (sambil jerit kuat-kuat)
adik & ayu: ainun mata! (pun jerit kuat jugak)
iman: paham takk???
adik & ayu: pah-hammm!!!
iman: PAHAM TAK???
adik & ayu: PAH-HAMMMMM!!!! (penuh semangat)
my apologies to all the neighbors kalau bising malam2. salam aidiladha.
[bukan]
ayu default word is 'bukan'. kemudian, asal boleh je tukar ayat ikut sesuka hati dia. the thing that amused me most is her capability to memorize the whole sentence and rephrase it into negative statement or taichi kat org lain! and she is just TWO. betul lah org kata, girls develop linguistic skill faster than boys.
contoh tipikal:
omi: ayu! sini mandi! dah petang!
ayu: bukan! bukan ayu mandi! (sambil cemek-cemek)
iman: omi suruh ayu mandi lah!
ayu: bukan! omi bukan suruh ayu mandi! iman yang mandi! (suara mcm nak nangis)
omi: kalau ayu tak mandi nanti ayu busuk!
ayu: bukan! bukan ayu busuk! omi yang busuk! (konon sedih & marah la tu)
boleh jadik lawyer budak ni.
Sunday, December 09, 2007
seven habits 5
pertama, kita perlu ubah bagaimana kita 'melihat' sesuatu perkara. kedua, kita perlu ubah 'perbuatan atau cara kerja', kemudian baru kita dapat hasil yg kita nak.
kadangkala kita rasa kita dah sampai ke jalan buntu. kita dah buat itu ini tapi nasib kita tak berubah2 jugak. mungkin dah tiba masanya kita 'ubah diri', kita 'lihat' sesuatu isu dari sudut pandangan yg berbeza berdasarkan prinsip hidup yg dipegang. ini baru dikatakan 'anjakan paradigma'. (paradigma ialah peta minda yg kita jana sepanjang hidup melalui pengalaman, persekitaran dan cara kita dididik).
dlm karier aku, aku mmg dah sampai level ni, aku perlukan satu perubahan, aku kena keluar dari 'comfort zone' ini. yup, i really2 have to do something abt it.
2008, here i come!
Monday, December 03, 2007
seven habits 4
covey kata, seorang manusia terbahagi dua: 2/3 adalah 'characters' dan 1/3 adalah 'personality'. yg kita nampak adalah personaliti sahaja. tetapi, ada org yg pandai menipu dan berlakon, supaya dari segi personaliti, dia tampak hebat. bila dah kenal lama sikit, barulah keluar warna sebenar.
secara umumnya, karakter dalaman lah yg membentuk personaliti luaran. dan karakter dalaman ni terbentuk berasaskan prinsip diri seseorang. prinsip itulah yg menjadi pakaian kita sehari-hari, samada kita sedar atau tidak.
soalan seterusnya. what makes a trustworthy man? apa sifat2 org yang boleh kita percaya?
covey identified a trustworthy person as a part of high competent skill and a part of good characters. just like a flip of coin. 'a trustworthy person' - orang yang boleh dipercayai. al-amin. dari sini barulah terbit rasa saling mempercayai. trust. do we really trust each other? whom we trust most?
"Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memenangi hati manusia dengan harta kamu, akan tetapi menangilah hati-hati mereka dengan muka yang manis dan akhlak yang mulia."
[ Riwayat Bazzar dan Abu Na'im daripada Abu Hurairah ]
Saturday, December 01, 2007
seven habits 3
like habit, habit tu apa? pada aku habit tu perbuatan kita hari2. yang pada mulanya kita buat secara sedar. tapi lama-lama kita buat separa sedar. macam otomatik gitu.
dan covey kata habit ni terdiri daripada tiga komponen. mengapa kita buat mende tu (knowledege), tahu mcm mana nak buat (skill) dan kita sendiri memang nak buat (desire).
contohnya habit memberus gigi. aku berus gigi sebab tak suka mulut busuk. bila mulut busuk, jgnkan org lain, aku sendiri rasa nak muntah. dan aku tau cara2 nak memberus gigi secara betul sejak sekolah rendah. dan aku tau aku kena berus gigi sekurang2nya dua kali sehari.
(aku ingat lagi bila nurse/staff kementerian kesihatan datang bawak gigi besar dan berus gigi besar. dia tunjuk macam mana cara yang betul utk berus gigi. lepas tu kita dapat sebatang berus gigi, ubat gigi kecik dan cawan colgate. kita kena berus gigi tepi longkang ramai-ramai dalam satu barisan.)
tapi aku selalu malas nak berus gigi sebelum tido. aku wajibkan diri aku berus gigi bila dah bangun tido aje. amalan berus gigi sebelum tido aku jadikan perkara sunat. tapi, since aku dah declare kat blog. segan pulak rasanya. aku decide aku akan berus gigi setiap hari sebelum tido lah. heh heh.
jelas kan? orang kata, kalau kita tahu mengapa (why to) & bagaimana (how to), tapi takde hati nak buat (want to). ilmu jadi sia-sia aje. tapi, kalau kita praktikkan hari-hari, ia akan jadi satu habit. itu saje.
Thursday, November 29, 2007
seven habits 2
1. dependence: ini adalah sifat bayi dan kanak2. they need guidance, helps and be monitored in their life.
kadang2, sifat ini terbawa2 sampai ke tua. orang seperti ini perlu sentiasa dibimbing, kita kena tolong dia dalam segala hal dan urusan, dan kalau ada apa2 masalah berlaku kat mereka, cepat aje diorang ni salahkan orang lain. in short, they are not a responsible person. and not matured at all. they can't even make decisions on their own!
what should we do to them then? just give them a good whack at their heads while yelling 'grow up!' at their faces. that will suffice. heh heh. tapi, apa2 jadik tanggung sendiri aaaa...
tiga habits berikut akan mengubah kita ke fasa seterusnya, independence iaitu 'be proactive', 'begin with end in mind' and 'put first things first'. tiga habits ini sebenarnya mengajar kita kenal diri, berdisplin dan pandai menguruskan masa.
2. independence: ini adalah sifat remaja or young adult. they can survive on their own, dah boleh dipercayai dan diberi tanggungjawab. in short, mereka ni dah berakal dan dah baligh, dah boleh membezakan haq dan batil, salah dan benar, dosa dan pahala, halal dan haram. ibadah wajib semua dah kena buat. dan sepatutnya takde masalah sbb displin diri dah ada.
pada aku, ini adalah permulaan fasa hubungan seseorang manusia itu dgn Penciptanya. hablum minallah. mende ni kena setel dulu, asas kerohanian kena kuat.
tapi, hubungan dgn Allah saja tak cukup. kita bukan duduk kat pulau sorang-sorang. ada satu lagi perkara penting, iaitu hablum minannas. hubungan sesama manusia pun kita kena jaga.
ada tiga habits yang penting dalam kita berinteraksi dan berkomunikasi sesama manusia: 'think win-win', 'seek first to understand, then to be understood' dan 'synergize'. habits ini akan membawa kita ke fasa seterusnya iaitu interdependence.
3. interdependence: ini ialah sifat orang dewasa. they are very matured and aware of their surroundings. mereka sedar, utk mereka dihormati, meraka harus menghormati dahulu. dan mereka ini amat dipercayai. they have very strong characters and strong personality based on their principles.
tapi, tak semua kita mempunyai sikap seperti org dewasa. dan tak semua orang yang berilmu tinggi, yang berpangkat besar dan umur lanjut berperangai mcm orang dewasa. ada yang terlalu pentingkan diri sendiri. tapi, kalau tak menyusahkan hidup orang lain, takpe la jugak.
nasihat aku pada org yg tak reti nak hidup bermasyarakat ni, pegi duduk jauh2 kat pulau sorang2. aku rasa banyak lagi pulau2 kat irian jaya atau kat lautan pacific yang kosong tak berpenghuni.
kalau semua orang dalam fasa ini, faham betapa pentingnya hablum minannas, mmg aman dunia. ini, umat islam sesama sendiri pun tak boleh nak capai kata sepakat, padahal kita berpegang pada prinsip yang sama. rukun iman dan rukun islamnya sama. solatnya sama 5 waktu. pergi hajinya tempat yg sama, puasa di bulan yg sama.
why aaa???
Wednesday, November 28, 2007
seven habits
kali pertama dulu, kursusnya dalam BM. kali ni dalam BI. aku heran jugak apesal aku tak gunapakai apa yang aku belajar dulu. rupa2nya aku dah lupakan habit yg ketujuh iaitu 'sharpen the saw' dan istiqamah. barulah aku sedar gergaji aku dah lama tumpul dan berkarat. akhirnya dibuang begitu saja. ni dah dapat gergaji baru, akan aku cuba praktikkan sebaik mungkin. oppps, the correct sentence is 'i CHOOSE to apply seven habits in my daily life'.
(mesti bangga kampeni aku membaca ayat di atas. tak sesia hantar pegi training. heh heh. lagipun, aku kan suka makan free. opss.. correction. i CHOOSE to go and seize the knowledge.. and the good foods. yey!)
pada pendapat aku, apa yang covey tulis dalam buku dia adalah perkara-perkara biasa yang kita dah tau. tapi kerana ianya perkara biasa, kita pinggirkan jauh-jauh, kita tak rasa ianya sesuatu yang penting dan berharga bagi diri kita. akhirnya perkara-perkara biasa itu menjadi luar biasa. bila covey tulis baru kita kata, 'oooo.... dah tau dah ni.. betul la tu..'.
contohnya, dia mentafsirkan 'principles' sebagai 'natural law or universal truth (haq)'. setiap manusia ada prinsip masing2. kita sebagai muslim perlu berpegang pada prinsip-prinsip islam. prinsip inilah yang memisahkan antara haq dan batil. kita tak boleh berdiri di tengah-tengah antara keduanya. prinsip tak sama dengan konsep kesederhanaan yek. tolong jangan konpius.
'principle is timeless and self-evident' seperti graviti bumi. kita tak nampak graviti, tapi ianya tetap ada. kita suka atau tidak, ia ada jugak. kita nak percaya atau tidak, ia masih ada.
kita tak boleh ubah graviti, apetah lagi merasuahnya atau cuba belanja makan. dia akan buat dunno aje. but it's impact? significant! lots of things and inventions governed by it. dari proses nak buat kapal terbang boeing yang kompleks tu, sampailah semudah cara-cara nak mengangkat barang berat (please abide rules of gravity kalau taknak patah pinggang).
for me, one of my principles is 'ALLAH Maha Pengatur - Dialah yang mengatur alam ini dan bumi ini utk manusia hidup, dan Dia menurunkan alQuran sebagai satu aturan kepada manusia'. percaya atau tidak, suka atau tidak, mati hidup balik, i cannot change that. and i CHOOSE to belief it. tiada kompromi.
Friday, November 23, 2007
ciken pok
lepas habih episod cirit, ayu kena penyakit kulit la pulak. tumbuh ruam-ruam kecil yg melepuh. macam chicken pox. tetapi bukan, sebab dia tak demam, masih berselera makan, dan takde sakit apa kecuali mengaru-garu. ruam tu tumbuh kat tempat yang dia garu. habih satu kepala penuh ruam sebab dia suka garu kepala. nak kata ada kutu, takde pulak. kelumumur jauh sekali.
but the kids tot it was funny. they were jumping around sambil buat bunyik ayam 'pok! pok! pokkkk!!' and called it 'ciken pok'. heh heh. yup, go join the kids making fun of a disease. it really lighten up your day.
setelah pegi berulang ke klinik 2-3 kali tak baik jugak, kami pegi bawak ayu jumpa paed kat smc. dah ok. doktor bagi ubat krim antibiotik dan ubat makan antibiotic dan special sabun badan. sekarang dia mandi guna sabun special. sungguh mengada-ngada sekali kulit budak ini.
dan, doktor kata takyah risau apa-apa. it just a minor allergic reaction.
aku terbaca satu artikel kat klinik (see how much time i spent waiting at the clinic? siap habih baca satu artikel tu). dia kata, maybe bebudak zaman sekarang allergy-prone sebab diorang terlalu bersih. dan bila sakit sikit, cepat-cepat kita bagi makan ubat. tak sempat antibody badan yg dah dikeluarkan oleh badan nak pegi lawan penyakit tu.
since kurang penyakit yg nak dilawan, antibodi dalam badan ni kira takde keje la. sebab dah bosan sgt duduk melangut, antibody badan telah bertindak untuk menyerang protein2 pelik dalam badan. saja suka-suka katanya, mengisi masa lapang. last2 jadiklah allergic reaction.
kesimpulannya, artikel tu cadangkan supaya bebudak ni selalu jatuh sakit, supaya antibodi badan sebok melawan penyakit. bukan menyerang sel-sel lain.
itulah kisahnya.
Tuesday, October 30, 2007
cracked heels
aku cuti hari ni, sebab nak jaga ayu yg muntah-muntah dan cirit birit sejak malam tadi. every 2 hrs or so, kalau dia tak muntah, dia cirit. aku tido disulami aktiviti-aktiviti mengangkut dia ke bilik air, bersihkan apa2 yg patut dan last2, bila dah subuh tu, aku terlentok kat kerusi depan tv. itulah tido aku yg paling nyenyak, sebelum adik kejutkan aku sebab dia nak mandi, nak pergi sekolah. aku terkejut gak la, bukan sebab dia kejut, tapi sebab dia bangun sendiri, dan dia sendiri yang nak mandi dan nak pergi sekolah. yup! the regime finally stucked in his subconcious mind! yahuuu...
aku rasa ayu ni jangkit dari adik, sebab ahad hari tu adik kena muntah2 dan cirit2 ni jugak. tapi cepat gak la dia recover sebab mlmnya dah ok. tak sangka ayu yg kena pulak.
aku kesian gak tengok si ayu, bila dia muntah tu, kekadang keluar air masak, kekadang macam tak keluar apa2, angin je kot. sampai dia jadik semput, takleh bernapas. tapi, kalau dia cirit lagi kesian. pedih bontot dia asyik berak dan cebok. sampai nangis2 la pulak. tapi kalau dia cirit, takde la kotor kat mana2 sebab dia pakai diaper. kalau muntah pulak, sesuka ati je dia nak muntah kat tilam la, bantal la, kusyen la, walaupun aku dah tadahkan besen kat mulut dia.
hmm.. aku nak tulis lain sebenarnya, apesal jadik topik ni pulak? hantam sajalah....
Tuesday, October 23, 2007
post-raya1428H
1> ramainya orang shopping last minit kat KL! bukan setakat kereta je yg jem, org nak berjalan kaki pun jem jugak!
2> baju kurung di jual dgn harga borong agaknya. baju yg dah siap jahit manik, yg harga Rm150++, dah turun tak sampai Rm100. baju kurung yg harga RM80-90, turun jadik Rm50-60. gilosss.. nasib baik aku dah takde bajet beli baju, kalau tak, mau aku ambik 2-3 pasang.
3> pagi raya, suasana hening dan tenang. perjalanan dari puchong ke tmn melati melalui MRR2 amat lancar. kagum dibuatnya.
4> kesian kat penjaga tol, kena bertugas di pagi raya.
5> hari raya ke-2, hiway PLUS jem teruk! hampesssss... dah le tu, kembung perut makan kuih raya semata dari tgh hari sampai mlm. takde satu rumah pun hidang nasi/ketupat. herannnn..
6> ayu qada' tido bila dah balik puchong. letih beno agaknya. dia tido petang dari pkl 3 sampai 8 mlm. bangun utk mandi, dan makan nasi sesuap dua, minum susu dan sambung tido balik sampai esok paginya.
7> adik pulak tak tau kena sampuk apa. dia buat-buat cakap pelat. geli lubang telinga mendengarnyer. entah apa hal lah mamat sorang tu. 'nak ayer macak.'? erk?
8> iman pulak tak habih2 menghafal pelajaran bahasa arab dia dan ulang2 bacaan dalam solat versi sesuka hati. 'SAMIKALLAH KULLIHAMIKAH, RABBADAWASALLAM'. yang lain2 bacaan banyak yg dia dah lancar. bagus tu, sbb dia baru 5 thn dah hafal bacaan dlm solat. tak sesia pegi sekolah.
9> ayu pulak dah pandai cakap ayat panjang2, walaupun ada pelat sikit2. 'nape omi tak pakai cepeck kaler belack ke?'. siap ada 'ke' kat belakang ayat. kalau dia marah abang dia, bukan main lagi, siap menjerit-jerit, 'imannnn! tepi sanaaa!! biace ye!! hey!!' atau 'adikkkk!! tak mo main ayerr!! biace ye!!'.
10> aku gunting rambut ayu pagi ahad kelmarin. ini kerana ruam kat belakang kepala dia dah kena garu sampai jadi kudis. jangan pandang belakang dia. rambut depan aku tak usik. rambut belakang je mcm kena gigit tikus sikit.
Tuesday, October 09, 2007
pre-raya1428H
baju raya ayu dah siap aku jahitkan manik2 kat keliling leher dan hujung lengan. walaupun nampak mudah, tapi lenguh gak tengkuk aku menjahit manik dia yg halus2 tu. baju aku lak masih dlm proses. harap2 sempat siap. aku biasalah buat mende2 last minute ni.. :p
ok, checklist raya: hari rabu malam kena setelkan basuh baju. hari khamis malam kemas baju dan kemas rumah. pagi jumaat chow balik kampung. oh, kasut ayu & adik tak beli lagi. lupa pulak kereta yang dah kotor giler luar dalam - kena basuh dulu bersih2.
barang2 penting: susu dugrow 3+ kena bawak 1 paket extra. ubat batuk, demam dan selsema dah ambik kat klinik semalam. diapers ayu dah beli.
hmm.. itu je kot... sempoi je raya tahun ni... nanti, kalau ada sesapa buat openhouse ke, closehouse ke, yang penting ada makan-makan, jemputlah kitorang yek... heh heh... selamat beraya!
Tuesday, October 02, 2007
Iman's 5th bday!
gambar ini di ambil masa iman umur 10 bulan (aug 2003) kat cameron highland. boleh dia tido masa tgh makan biskut. heh heh. so cute!
Happy birthday Iman Hariz. Wish u all the best in the whole wide world! semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dan hidupmu diberkatiNya. Aminnn.
Thursday, September 27, 2007
ninja boy luvs kuih sepang
ini ialah kuih sepang. mak mertua aku yang buat. dia hanya masak kuih ini di bulan ramadhan saja. rasanya sungguh sedap. aku pon nak belajar buat la. tapi apesal namanya sepang? bukan padang lebar atau batu kikir? apa kaitan org NS dgn sepang? aku try google 'pokok sepang' - ada jumpa, tapi takde gambar. mungkin bentuk kuih ni sama macam daun/buah pokok sepang. who knows?
hari tu omi pegi shopping dgn kawan. abah pulak bawak iman, adik & ayu pegi gunting rambut dan lepak kat ioi mall. iman nak jigsaw puzzle RM2. adik pula fire truck RM6. ayu nak spek mickey mouse RM20. see the different characters of those three?
kek coklat kukus & puasa
aku ingat lagi, first time aku buat kek ialah masa kelas amali ERT (ekonomi rumah tangga), subjek yang wajib kena ambik kat sekolah dulu. kelas amali pertukangan pun aku suka sbb dapat gergaji kayu, ketuk paku guna penukul besi, skru guna pemutar skru. aku nak try buat kat rumah, bapak aku tak bagi la pulak. nasib baik kat sekolah boleh. kelas amali jahit-menjahit aku tak berapa gemar, tapi aku boleh la jugak menjahit serba sedikit. terima kasih cikgu ERT!
oh, berbalik pada kelas kek tadi. cikgu yang ajar kelas memasak ni ialah Pn Rosnani, atau kami panggil 'mak nani'. orangnya kecik, putih molek, tapi suara garang giler. rambut dia buat style sikat kebelakang dan bersanggul satu. dia selalu pakai baju kurung moden. dia ada ajar jugak masak lauk pauk, tapi tu aku tak heran sbb mak aku dah ajar masak lauk pauk kat rumah. yg paling aku teruja bila dia ajar masak kek!
kek pertama yang aku buat ialah sejenis cupcake, namanya kek permaisuri. caranya senang la jugak, takyah pukul bantai butter tu, tapi kita 'rub between fingers' butter dan tepung sampai la campuran bahan-bahan tu jadik 'breadcrumbs'. lepas tu campurkan telur, gula dan air, bakar. baunya amat menyusuk kalbu! bangga giler bila jadik. boleh pass kat kawan2 kat dorm (yang mmg sah kebuluran walaupun baru lepas lunch). ada sesapa tau resepi ni tak? menyesal jugak la tak simpan buku resepi ERT tu elok2.
lepas tu, projek kek aku bermula masa aku kat UK. masa tu memandai2 je nak buat kek pisang. entah sapa punya resepi, pidah ke k.yatie? lupa lah pulak. tapi percubaan pertama separuh berjaya sbb yang aku pegi tuang semua adunan dalam satu loyang tu sapa suruh? habih mende tu membuak keluar. percubaan kedua dan seterusnya berjaya. bila balik m'sia aku dah tak buat kek pisang ni sbb boleh dapat kat pasar malam dgn harga RM3 sahaja. tak berbaloi rasanya nak bersusah payah buat sendiri.
dan lepas tu, aku beli oven, konon2 nak buat kek yang sedap2. tapi tak jadik, asyik bantat jek. sampailah aku jumpa resepi kek coklat kukus ni. dah beberapa kali aku buat, mmg sedap! so, di hari baik, bulan baik ni, aku pun nak share resepi KEK COKLAT KUKUS. resepi diambil dari internet - samada resepi.net atau kat forum cari, aku lupa. but thank you very much whoever you are.
ok, puan-puan. mula-mula, cairkan 1 + 1/2 butter dalam periuk besar dgn api yang perlahan. bila butter dah cair, tutup api. kemudian, tuangkan 1 tin susu cair, dan kacau sampai sebati. masukkan pula 2 cwn gula dan 1 sudu teh esen vanilla. kacau sampai gula larut.
pukul 4 biji telur hingga kembang sedikit. masukkan dalam adunan butter, kacau lagi.
ayakkan 2 cawan tepung gandum bersama 1 cawan serbuk koko, 1 sudu teh baking powder dan 1 sudu teh soda bikarbonat. masukkan campuran tepung dalam adunan butter dan kacau sebati.
tuangkan adunan dalam 2 loyang, separuh penuh. tutup dgn aluminium foil. kukus 1 + 1/2 jam.
sambil-sambil tu, boleh basuh baju, lipat baju, tengok tv atau tido. tapi kalau tido jgn lupa kunci jam ke apa. kek ini tidak akan rentung kalau terlebih masak, tapi dapur anda akan rentung kalau air kukus tu kering. heh heh.
jangka waktu penyediaan adunan adalah kurang 30min. aku je buat berejam-jam. sbb baru nak cairkan butter dah ada suara2 bingit yang nak susu la, nak milo la, nak roti toast la. lepas tu, baru nak campur adunan tepung, ada pulak yg nak baca buku, bergaduh, nak tido, nak itu nak ini.
oh, sambil menunggu kek tu masak, kita buat topping dia. kalau nak buat topping coklat keras, cairkan saja kepingan coklat guna double boil. lepas tu tuang atas kek. kalau nak topping coklat yg moist, mcm ni caranya.
tuang 1 tin susu pekat manis dan 1/2 cawan minyak jagung (minyak masak/sayuran lain pun boleh) dalam periuk. masak atas api perlahan, kacau hingga sebati. tutup api. masukkan 1 bar cooking chocolate yang telah dipotong2 kecil. kacau hingga coklat larut.
inilah rupa kek coklat kukus yang dah masak. cuba cucuk dgn pisau kat tengah2 kek tu kalau bersih bila kita keluarkan, ertinya dah cukup masak la tu.
curahkan topping coklat atas kek. jangan lupa bahagikan dua, sbb ada dua loyang kek. tutup balik, biar kek sejuk. lebih afdal biarkan semalaman, sbb topping coklat ini akan menyerap ke dalam kek, dan menjadikan kek bertambah moist, sungguh chocolatey sekali!
bila dah sejuk, simpan kek dalam bekas kedap udara dan kedap serangga kecil seperti semut, tak payah simpan dlm peti sejuk, nanti hilang la moist dia tu.
kalau rasa kek dua loyang ni banyak sangat, jgn ragu-ragu utk beri kat jiran-jiran dan kenalan anda. amat sesuai untuk mengeratkan lagi silaturrahim, lebih-lebih di bulan yang mulia ini.
selamat berpuasa!
Monday, September 03, 2007
merdeka!
p/s: korang perasan tak masa perbarisan pagi tu, dalam kontijen muhibah, ada mamat sorang tu dia pakai baju koboi. sejak bila kat malaysia ni ada koloni koboi pulak? potugis, yes. iban, bidayuh, melayu, cina, india, sikh, jawa, bugis dan sebagainya, yes. but koboi?
Wednesday, August 29, 2007
kebah demam
minggu lepas sorang-sorang anak aku demam. bukan demam biasa, tapi demam panas (viral fever) sampai 3-4 hari. adik pulak kalau demam mmg masalah, sbb dia langsung tak lalu nak makan atau minum, dan paling lambat nak sembuh. dah le dia ni jenis kalau demam, badan dia menggigil2. dia kena pakai setokin dan selimut berbungkus satu badan - bila dia tido merengkok, kekadang aku tengok mcm ulat bulu pon ada. heh heh.
aku pun kalau demam sama mcm adik. badan panas, tapi yg herannnya, rasa sejuk sangat sampai menggigil2. masa aku kecik2 dulu, mak aku akan selubungkan aku dgn selimut dua tiga lapis. sampai aku berpeluh2 dan kebah demam. mmg camtu caranya. tapi utk baby takleh buat gini eks. budak beso je boleh. kalau baby, kena lap2 badan dan kepala dia sampai panas tu kurang. korang jgn selimutkan baby tebal2 pulak. kang tak pasal2 kena sawan budak tu.
[the kids]
iman baca buku. adik dan ayu pun ikut sama.
'mata untuk melihat.. telinga untuk mendengar.. hidung untuk menghidu..'
as usual, aku saje tanya soalan2 cepumas kat adik, saje nak tau apa dia jawab.
omi: perut untuk apa?
adik: perut untuk memandi! (siap tambah imbuhan 'me-')
omi: aaa??
adik: haa.. mandi! sabun kat perut. haa.. ada babel (bubbles) banyakkkk...
heh heh.... orang lain mandi, sabun satu badan. dia mandi sabun perut aje. patut le kat leher berdaki..
Tuesday, August 07, 2007
alimasato & ayudonat
they are back with us. yey. and grrrrrr.
diorang sekarang kat taska/tadika. pagi tadi ada adegan tangkap leleh. sorang buat muka seposen, sorang buat muka sedih, sorang cemik-cemik. tapi, kena tinggal tetap kena tinggal, takyah le nak buat skrip mcm drama swasta ke apa. pity them to have a heartless mom like me.
[the house]
yippee. fasa terakhir dalam projek mengemas rumah kali ni - operasi mengecat rumah - dah pun selesai. ruang depan kaler kuning aiskrim jagung. bilik #1 kaler ungu lembut dan bilik #2 kaler biru nila terang. langsir semua dah siap jahit dan pasang, kecuali langsir bilik #2. heh heh. bila nak siap? nanti-nanti lah... (heh heh.. tanya sendiri, jawab sendiri).
the feeling's great! rasa mcm duduk rumah baru pulak. :)
..sambung balik post ini yang terbengkalai semenjak 07/08/07.. heh.. heh.. post ini sepatutnya bertarikh 10/08/07..
[new life]
bibik dah takde. aku la tukang kemas rumah sekarang. tapi, since kitorang kan baru buat projek mengemas rumah secara besar-besaran, aku dah berjaya meminimalkan kebarangkalian untuk rumah bersepah. senang je caranya..
mula-mula, buang semua barang yang dah lebih dari tarikh luput, rosak, dah tak boleh selamatkan lagi, buruk, buat semak rumah dan sebagainya. kemudian, letakkan barang2 yg sama spesis dalam satu bekas/kotak. simpan segala kotak-kotak tersebut dalam almari. pastikan almari anda cukup besar untuk simpan semua kotak-kotak tersebut. kalau tidak, susun elok-elok ditepi almari. simpan segala buku-buku, majalah-majalah, dvds dalam almari. frame gambar simpan atas almari. akhir sekali, pastikan tiada halangan di atas lantai untuk memudahkan kerja-kerja memvacuum lantai.
heh.. heh... menangis eric (casa impian) tengok rumah aku yg super minimalist ini. heh heh..
we have to follow a tight timetable. aku dah terasa mcm duduk kat kem askar la pulak - aku le jadi yg tukang jerit-jerit tu. pagi mmg kecoh sikit sbb masing-masing buat perangai - ada yg liat nak bangun, taknak mandi, taknak pakai baju, taknak itu, taknak ini. kalau salah sorang tak menangis mesti tak sah. dan kalau omi tak menyinga pon, tak sah jugak. target gerak keluar rumah ialah pukul 7.30 pagi (ini hanyalah bayangan figure semata-mata). ini untuk memastikan omi sempat nak sign-in sebelum 8.30am dan dapat ambik bebudak balik petang nanti sebelum 6pm. kalau lebih dari pkl 6 dah kena bayo OT la pulak.
balik pulak, singgah putrajaya, jogging dulu. kesihatan mesti diutamakan. lepas tu balik rumah. tugas omi basuh-membasuh - basuh baju, basuh pinggan mangkuk dan termasuk juga basuh budak-budak tu bagi bersih daki-daki kat leher, ketiak, badan, tangan dan kaki. abah pulak in charge bab masak-memasak dan makan-makan.
[the kids]
adik pandai nyanyi lagu aznil. tajuk lagu tu 'alimasato' (professor klon). ayu pulak sebut Oh McDonald tapi jadik 'ayudonat'. hantam sajalah.
Ini pulak lukisan iman (click to view). i'm quite impressed sbb dia dapat lukis rumah apartment kami, ada jalan raya, ada parking kereta, ada pagar dan jauh kat belakang tu ada bagunan IOI. he's not even 5 yet!
aku pulak dulu, walaupun dah darjah 2, aku tak reti lukis rumah aku sendiri. bila cikgu suruh lukis 'rumah saya', aku akan lukis rumah sebijik, ada satu pintu kat tengah, dua tingkap kiri kanan pintu tu, dan siap ada corong asap atas bumbung. ada pokok sebelah rumah. padahal rumah aku rumah teres, setingkat, corner lot. dah le lukis tipu, tak lawa pulak tu. iysk... very2 dissappointing!
tapi tu cerita aku. at least iman is very true to himself. lagipon otak dia masih bersih, belum tercemar dgn stereotype bebudak sekolah. tak tau le kalau dia darjah dua nanti dia lukis sama mcm aku lukis dulu. heh heh... dah kalau cikgu ajar mcm tu, mestilah dia ikut kan?
Thursday, July 19, 2007
morning glory
lepas aku petik bunga tu, aku akan picit kat pangkal bunga. sebab orang kata kalau bunga tu terus jatuh ke tanah, ertinya aku akan dapat anak perempuan. tapi kalau bunga tu hanya terkulai saja, itu tandanya anak lelaki. err.. dah tak ingat. mungkin kalau terkulai saja tu anak perempuan? entahla. aku tak pasti. manalah aku tau hal-hal gini sebab masa tu aku budak bawah umur, belum akil baligh apatah lagi mengandung. aku buat pon saja suka-suka. out of curiousity. budak-budak lah katakan. kesian jugak, bunga yg jadik mangsa.
tapi, walaupon aku petik bunga tu hampir setiap hari, besoknya ada lagi bunga tu! betul! amazing! macam sentiasa ada menggamit aku setiap pagi untuk ke sekolah. terima kasih bunga seri pagi!
Wednesday, July 04, 2007
rindu..
ada jugak mende lain yang aku rindu. zaman aku masa kecil masa kat kampung. setiap kali cuti sekolah, mmg mak bapak hantar kitorang dok kampung.
aku rindu bunyi burung terkukur.. kurrrr.. kurrr... kurrrr... atuk abah aku bela burung terkukur (dan merbuk juga.. baru ingat). dia letak dalam rumah. kesian aku tengok bila burung terkukur tu cuba terbang, tapi apakan daya, kaki dia dah diikat kat sangkar. tapi sangkar ni tak bertutup penuh. ni jenis convertible la. heh heh.. bila burung terkukur ni mengamuk, habih taik dia sebijik-sebijik yg macam kacang goreng tu berterabur satu rumah. sapa yg kena sapu? mak sedara aku gak yang kena. aku tolong tengokkan jek.
aku rindu bau sawah bendang. kalau cuti sekolah memang tak sah kalau tak melepak dan menghabiskan masa kat sawah bedang. aku bonceng basikal mak sedara aku. dah besar baru boleh bawak basikal sendiri. dulu basikal pun ada cukai jalan tau! dalam perjalanan ke sawah bendang, singgah kat kedai beli nenas potong curah kicap pedas. pehhhh.... masam manis pedas, mmg nikmat habih! duduk relek kat bangsal kecik tengah sawah, dengan angin menghembus sepoi-sepoi bahasa, padi tunduk dibuai angin lalu. sambil-sambil tu kena tarik tali yg berikat tin tin kecik, bagi goyang-goyang sikit untuk halau burung-burung yang cuba nak hinggap kat padi tu.
aku rindu bau bunga rampai. waktu cuti sekolah kan ramai orang buat kenduri kawin. aku temankan atukmak aku pegi rewang potong bawang, sehari sebelum kenduri. dapat makan macam-macam jenis kuih-muih. kemudian, esoknya, pagi-pagi dah pergi rumah org kenduri untuk baca yaasin. ha'ah kat kampung aku, masak-memasak org lelaki yg uruskan. orang perempuan akan berkumpul kat tengah rumah baca yaasin, tahlil dan marhaban. kadang-kadang ada yg buat khatam quran sekali atau aqiqah dan potong jambul. lepas tu dapat bunga rampai. yey. lepas tu makan nasi lauk kenduri sambil tunggu pengantin bersanding.
aku rindu berkumpul ramai-ramai dgn mak sedara dan pak sedara (sepupu takde lagi masa tu sbb aku & abg aku cucu sulung). petang-petang pegi tangkak (pekan tangkak) saja jalan-jalan beli rojak, kadang-kadang pakndak bawak aku & abg aku pusing-pusing tangkak naik moto. belah malam pulak pegi tengok wayang cerita hantu indonesia - sundel bolong ke apa tah nama dia. dah le rumah atuk aku tu takde lampu jalan (walaupun dekat dgn pekan tangkak), kena guna lampu suluh waktu balik malam. kunang-kunang banyak pulak tu! maksedara aku cakap, kunang-kunang yang kaler merah tu kuku hantuuuuuu.... takut wooo!
aku rindu bau pelita. rumah atuk aku selalu terputus bekalan letrik. bila takleh pasang tv (nak tengok cerita santan berlada pun tak dapat), aku join pak sedara dan mak sedara aku main game (bukan computer game). senang je main game ni. ambik kertas. tulis beberapa watak, ikut berapa org yang nak main sama. tapi watak penting mesti ada - polis, pencuri & hakim. watak-watak sampingan boleh la letak tukang sebat, tokey kedai, orang lintas jalan, saksi, dan sebagainya. jgn tulis razak baginda dan altantuya pulak. kes tu masih dibicarakan. lepas tu, lipat kertas-kertas tersebut dan masukkan dalam balang. setiap org kena cabut satu kertas. haaa... apalagi, sapa yg dapat watak polis tu mulakan lah meneka pencuri. kalau salah teka, polis kena hukuman, pukul kat tapak tangan guna pembaris. kalau polis dapat teka betul, pencuri la kena hukum. hakim akan bagitau berapa kali kena pukul, kuat atau perlahan. kalau ada watak tukang sebat, tukang sebat la pukulkan. diorang ni mmg takde belas kasihan langsung, kalau kena pukul tu, peh! berbirat tapak tangan! tapi, aku kan macho, so kontrol je la, walaupun air mata dah bergenang. lepas tu, terus aku masuk tido. hahahahhahahaha....
kalau diorang tak main game ni, diorang akan berkumpul sambil bercerita pasal hantu. ni lagi suwey. mmg saiko dibuatnya! berkumpul ramai2 kat hujung beranda, pasang satu pelita jek. mula lah sorang-sorang mengarang cerita hantu, sambil buat aksi dan sound effect. menjerit-jerit le aku panggil atuk aku, mintak tolong. diorang selamba je cakap, 'kat belakang atuk kau tu, ada hantu nyorok.' - aku pon apalagi berdesup la lari 'uwaaaaaaaa!!!!!'. nak tido pon takut. saiko giler.
aku rindu bau lembu. pagi-pagi atukmak aku akan kejutkan aku utk teman dia tambat lembu. walaupun lembu tu baik, aku cuak jugak bila lembu tu jeling-jeling kat aku. tapi aku suka tengok mata lembu, cantik, hitam, bulu mata melentik - mcm artis bollywood. atukmak aku selalu tambat lembu kat padang tepi sungai. tgh hari pulak kena bawak lembu minum air, dan tambat kat tempat redup. petang baru pegi ambik simpan kat kandang. setakat terpijak taik lembu tu, biasalah. dah aku berjalan jauh kat belakang lembu-lembu tu. mata lak melilau tak reti tengok depan, mmg la kena, ye tak? aku takleh jalan depan lembu, sbb aku mcm terasa diorang nak kejar aku. aku pegang tali lembu tu pun eksen saja. bukan aku berani sgt pun. tapi aku suka kat anak lembu - kecik comel jek. yg ni aku berani nak handle, tapi degil la pulak. sesuka ati dia jek nak pegi mana. bukan aku tarik dia, dia yg tarik aku. last-last atukmak aku gak yg datang tolong. heh heh.
aku rindu nak makan buah nona. atuk aku tanam pokok nona betul-betul tepi rumah. bila pokok nona tu dah berbuah, elok-elok pulak sama level dengan tingkap (rumah depan jenis tinggi), jadi boleh petik dgn tangan aje. entah ada ke tidak lagi buah nona ni sekarang, dah lama aku tak nampak.
aku rindu tido dalam kelambu, tido dgn bantal dan tilam kekabu yang sejuk. aku rindu bangun pagi kat kampung, udara sejuk, matahari bersinar kekuningan, bau nasi goreng ikan bilis tumbuk dgn cili hijau yang wangi menyelerakan, bau kopi 'o' panas, bunyi burung terkukur, lagu-lagu tahun 80-an dulu (black dog bone, revolvers etc) berkumandang, bising-bising dan kecoh-kecoh sbb masing-masing nak buat itu ini. aku je yg relek, tunggu sampai mak sedara aku jerit 'dik! bangun!' heheheheh... biasalah kan, cuti sekolah....
alfatihah untuk arwah atukmak dan atuk abah aku.
Monday, July 02, 2007
blackhead & whitehead
heh heh... aku baca forum tentang jeragat. perbincangan yang serius jadik lawak la pulak. hahahahahhaha... kelakar! tergelak aku sorang-sorang depan pc ni.
kalau korang ada masalah blackhead & whitehead - sila layari website diatas. tapi elok ke tak elok muka korang, aku tak tangggung yek... [disclaimer] heh.. heh..
Monday, June 18, 2007
rindunya
dan projek aku yang seterusnya, nak menajamkan skil menjahit baju yang pernah aku belajar masa kelas kemahiran hidup dulu. setakat jahit langsir, mmg takde masalah. ni nak buat baju pulak. dulu aku berjaya gak buat sepasang baju sendiri. lepas tu dah tak buat dah. ni aku nak cuba jahit baju kurung untuk ayu. (progres: malam tadi dah potong kain ikut pola). yakin boleh!
oh, thanks to myGFL site. kat sini ada tunjuk cara-cara nak buat baju kurung, baju melayu dan baju kebaya untuk sesiapa yang nak belajar.
Quotable Quotes:
adik: apesal lipas berak?
(right after i whacked a roach with a rolled paper)
ayu: ni ayu nyerrr!
adik: ni adik punye!
ayu: ayu nyer!
adik: adik punye!
ayu: AYU NYER!
adik: ADIK PUNYE!!!
ayu: adik nyer????
adik: ha'ah, adik punye.
ayu: oooo.... adik nyerrrrr.....
(kalau macam ni selalu kan bagus. setel masalah)
Wednesday, June 13, 2007
more pics
tadaaaa... inilah hasilnya.. rendang ayam pencen. khas untuk menguji kekuatan gigi, rahang mulut dan tahap kesabaran anda.
yummmy....
AYU ADA IMAN (dan) ADIK.
iman dah mula belajar buat ayat, tapi perkataan yang dia tulis bersepah satu alam. hari tu dia tunjuk apa yang dia tulis. i tot they were random words. rupa-rupanya dia tulis IMAN LUKES KERETA ADA RED, with all the words all over the places. manalah omi tau tu satu ayat. heh heh.
ni nak sayang ayu ke, nak membuli? kena grip lagi? nanti ayu dah beso, ayu grip abang adik balik.
*gambar ini takde kena mengena dengan sejarah Gerik. heh heh.
main nyorok-nyorok dengan ayu. tapi dia hanya cover part muka saje. heh heh. tak mencabar langsung! oh! patutla dia takleh masuk bawah tikar tu betul-betul, sebab adik dah konker dulu.
ini keje adik. nak jugak conteng kat cadar. padahal dah banyak beli buku kosong untuk diconteng.
happy :) and sad :(
Thursday, May 31, 2007
macam-macam adik
anak-anak aku juga minat bowling dan snooker. setakat ni diorang dah ada tiga set bowling. dua set dah pecah. aku hanya tau pasal bowling masa dah lepas SPM. first time main bowling masa reunion kat ipoh dengan kawan-kawan sekolah back in 1995/1996 mcm tu lah lebih kurang.
lepas tu anak-anak aku pon obsess dengan recycle. ni yang buat aku musykil. apa yang menariknya dgn recycle, aku pon tak tau. tapi bagus jugak, kena la pupuk mereka jaga alam sekitar dari kecik. kalau sampah menimbun kang, diorang gak yang susah.
and their latest craze? reading the signage. since the day i told them, 'gambar bulat merah berpalang' means NO. iman cerdik sikit, lagipun dia dah pandai baca, jadi dia punya tafsiran tu selalunya betul.
adik pulak main hentam saja. heh heh. contohnya..
NO seven.
NO jentik asap.
omi dengan abah.
Friday, May 25, 2007
new banner
Friday, May 18, 2007
the sixth year
i pray for kehidupan yang penuh barakah, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan yang baik-baik. may our love for each other keep going stronger year after year after year...
Monday, May 14, 2007
don't goob'ed urself
tengok movie ni banyak faedahnya. it'll make we reflect who we really are inside. for example, take spiderman3. bencinyer tengok si peter parker yg perasan bagus, boasting giler, sampai si mary jane kecik ati. tapi, aku pon pernah gak berlagak bagus, cuma tak de la selalu. hanya bila aku penat jadi seorang pendengar. afterall, everybody has something to boast about, kan?
then, cerita meet the robinsons pun best jugak. it gives you choices between lewis, the famous inventor, or goob, the bowler hat guy. memang la kita bukannya semua ada bakat nak jadik saintis, but we can always create happiness by choosing the right path, bina hidup yang lebih bahagia bersama keluarga tercinta. goob, in other hands, is not a bad guy afterall, he just can't let go of his grudge and hooked with a bad company. this remind me of kronk (a character from 'the emperor's new groove'), macammana dia boleh jadik sidekick si yzma pon aku tak tahu. tapi mmg kelakar la mamat ni. heh heh. he can cook, he can speak squirrel, an athlete and a scout yg lurus bendul, tapi jadik henchman to an evil yzma. ha ha ha.
so, kesimpulannya, if the emperor kuzco, who has the entire nation under his feet and the universe revolves around him, can change to a better person, why can't we?
(this post is far from what i've planned to write in the first place. hentam sajalah labu..)
Friday, May 11, 2007
imagine
kalau dia melukis, mesti dia melukis sambil bercerita sendiri. his drawing's simple and fast, so obsessed sampai air liur meleleh, creating a little stream down to his neck and flooding his collar.
kalau dia bermain sendiri, dia suka berangan jadi polis while driving a police car or playing with his trucks/cars atau jadik chef. ada sekali tu dia tgh main lori, scooping a handful of imaginary sand with his hand, dia akan buat mcm tractor bajak cedok pasir ke lori. lepas tu dia biarkan lori dia idle tgh alam. after a while, iman lari-lari lalu langgar truck tu. dia punyalah marah sbb 'pasir' dia tumpah. crying angrily he scooped back his imaginary pasir yg tumpah tu, back into the truck! when i asked, 'dik, tu ada pasir lagi la', he answered, 'takde lah, dah habih dah'.
kalau dia jadik chef, he'll take an order dan konon2 pegi masak kat coffee table. siap ada bunyi 'click' to fire up the stove. entah apa dia buat, sambil bercakap sorang diri, tetiba jek datang sambil menatang whatever dishes he whipped up on his imaginary big plate. 'omi, ni pizza. panasss. tiup dulu omi'. i usually will play along, buat-buat makan sambil tiup-tiup dulu. then i'll order a drink. biasalah lepas makan kenalah minum air, kang tercekik pulak. sepantas kilat adik datang, air robina katanya. terpaksa le buat-buat minum sedut air guna straw ke apa. datang pulak si ayu. she observed the whole scene and suddenly shoved her tiny fingers into my mouth! ayooo... please, tangan dah le tak basuh, and i dunno what other things she touched with them, lagi mau sumbat dalam mulut omi. tau le ayu tu makan bersuap, dia pulak nak suap orang lain. hampessss....
oh yek, lagi satu perangai adik yang jauh beza dari abang iman ialah dia ni pergerakannya amat pantas, secepat kilat, tapi amatlah peramah. iman kalau jumpa orang, mmg menyorok kat belakang bontot omi or abah, sampai kita pulak jadik geram tengok perangai dia. adik pulak, mula lah sengeh-sengeh nak tarik perhatian orang. dia punya pembuka topik, tak lain dan tak bukan mesti pasal pastol, sanapang dan main prang-prang. adik's very confident and outgoing while iman's quite reserve dan lebih berhati-hati.
ayu? setakat ni dok buat lawak selamber dia je la. dan sekarang dia tengah belajar cakap guna dua ayat atau lebih - kekadang faham gak apa dia sebut, kekadang tu tah hapa tah, iye kan je la.
[off topics] i'm changing the above header with an image, tapi mcm ada borderline la.. camner nak delete eh?
Friday, May 04, 2007
pasir gudang
Luft Hadeef will celebrate his first birthday this coming 11th May 2007 (or is it 10th? lupa la pulak)
HAPPY FIRST BIRTHDAY HADEEF!
and here's some more uncategorised photos:
adik tekun menulis. but most of the numbers and letters are in the mirror-image forms. click to view larger image.
ABC dan 123.
inilah rupanya gulai ayam yang enak di makan bersama nasi atau jemput-jemput/cekodok. cukup pedasnya, cukup santannya, cukup serainya, dan ada letak daun kunyit yang harum menusuk kalbu... yummmyyyy....
[caught red-handed] tengok tu!! tak boleh orang leka sikit. patutlah senyap kat dalam bilik. rupa-rupanya selongkar beg abah dan main cotton bud yek.
This is one of adik's creation (gambar bunga, kat daun dia ada katerpilar). he has vast imagination. sambil lukis sambil bercerita. Ada sekali tu adik lukis mama dengan baby dia pimpin tangan. lepas tu adik lukis kereta banyak. lepas tu kereta tu langgar. POM! sebijik macam iklan kat dalam tv yang suruh ibubapa pimpin anak-anak semasa melintas jalan.
Thursday, April 12, 2007
pictures
picture taken early this year kat tangkak. what with tudung and ONE sock? i also didn't get it. click for larger view anyway. heh heh.
Friday, March 30, 2007
unseen enemies
then, some sort of bad bacteria raged in adik's stomach. The results? high fever, cirit birit dan muntah-muntah. he just melepek for the whole two days. makan tak mau, minum air pun tak mau. when asked 'nak minum air ke, nak kena cucuk jarum?', he weakly answered 'nak cucuk jarum'. well said. omi terus la calling around asking opinions and he's warded at KJMC puchong for 3 days due to dehydaration. he was given antibiotic doses to fight those bad bacteria. And to preserve the good bacteria in his body, we bought him vitagen. but still, habihla good bacteria mati sebab everytime he took his meds, the antibiotic won't know between friend or foe. semua dia kasi mati. mcm mana tu?
then, ayu pulak demam, cirit dan muntah. but she recovered quickly sebab dia still nak makan dan minum. semalam dah improve banyak. kalau tak, ayu pun kena dok kat hospital jugak.
what a week!
on lighter side:
iman is advancing his reading & spelling skills quite unexpectedly. maybe it's bcoz i'm the one who underestimate a child ability to learn more complex things. kami ajar in BM dulu to avoid confusion. sekarang ni semua perkataan dia nak eja. seluar jadi S-E-L-U-W-A. heh heh..
i was so surprised on the other nite when adik drew a 'mama gajah' dan a little 'baby gajah'. Sebab selama ni tak habih-habih lukis lori, lori simen, lori minyak, lori panjang, pistol, besi kejar orang, senapang, bom. And last nite he drew abang iman main yoyo, omi main yoyo, abah main yoyo. cute!
oh, adik pun tak nak kalah dalam bab eja mengeja. tapi dia eja sesuka hati. asal ada bunyik huruf sebijik-sebijik, pada dia dah betul la tu. K-D-L-K = LORI. boleh?
Ayu pulak, entah apehal kalau salam orang tak mau cium tangan, she shaking it intead. four times. exactly. everytime. macam orang nak deal bisnes jek.
Monday, March 12, 2007
ayu's 2nd birthday
Friday, March 09, 2007
monster
aiseh! ni yang omi tak gemor ni. sebab omi ni pun kira penakut gak. dan sebenarnya iman, bila gelap, omi pun terbayang gak macam ada lembaga kat situ. almaklumlah, tudung pun sangkut situ, serkup kepala pun situ, seluar jeans pun situ, tshirt pun situ gak. i tot i'm the one who imagine yg bukan-bukan. si iman pun sama? did he see what i've seen?
cakap pasal monster ni teringat kes kat bukit putus, masa balik kola pilah pada waktu malam.
iman: diam dik, dah gelap. nanti ada monster.
semua diam seketika.
after awhile adik pun cakap: haaa.... tu monster! (sambil tunjuk ke arah hutan)
iysk budak ni. mulut takde insuran langsung!
Tuesday, March 06, 2007
xperiment
some lessons learned:
- jangan basahkan rambut. sebab bila rambut kering nanti jadi tak rata. kena trim balik.
- try to visualised the style. kang tak pasal2 jadik bentuk tempurung.
- jgn cukur rambut konon2 nak buat border. nanti jadi buruk sangat2.
- ingatlah, ini kepala budak, bukan pc software yang boleh edit later.
- kalau hasilnya teruk sangat, hantar aje ke kedai gunting rambut, minta guna trimmer #2.
- if all fail, just relax sebab rambut akan tumbuh balik. heh heh.