Tuesday, October 23, 2007

post-raya1428H

kadang-kadang, kita hanya merancang.. itulah yg terjadi pada kami. plan nak balik kampung tak kesampaian sebab terpaksa beraya di KL. wat tu du. tapi, semangat raya tetap ada. jadi, malam raya tu kami tinggalkan anak2 kat rumah atuk diaorg dan kami pegi shopping kat jln tar. heh heh.

1> ramainya orang shopping last minit kat KL! bukan setakat kereta je yg jem, org nak berjalan kaki pun jem jugak!

2> baju kurung di jual dgn harga borong agaknya. baju yg dah siap jahit manik, yg harga Rm150++, dah turun tak sampai Rm100. baju kurung yg harga RM80-90, turun jadik Rm50-60. gilosss.. nasib baik aku dah takde bajet beli baju, kalau tak, mau aku ambik 2-3 pasang.

3> pagi raya, suasana hening dan tenang. perjalanan dari puchong ke tmn melati melalui MRR2 amat lancar. kagum dibuatnya.

raya pertama - the blues. heh heh. oppss!

4> kesian kat penjaga tol, kena bertugas di pagi raya.

5> hari raya ke-2, hiway PLUS jem teruk! hampesssss... dah le tu, kembung perut makan kuih raya semata dari tgh hari sampai mlm. takde satu rumah pun hidang nasi/ketupat. herannnn..

6> ayu qada' tido bila dah balik puchong. letih beno agaknya. dia tido petang dari pkl 3 sampai 8 mlm. bangun utk mandi, dan makan nasi sesuap dua, minum susu dan sambung tido balik sampai esok paginya.

7> adik pulak tak tau kena sampuk apa. dia buat-buat cakap pelat. geli lubang telinga mendengarnyer. entah apa hal lah mamat sorang tu. 'nak ayer macak.'? erk?

8> iman pulak tak habih2 menghafal pelajaran bahasa arab dia dan ulang2 bacaan dalam solat versi sesuka hati. 'SAMIKALLAH KULLIHAMIKAH, RABBADAWASALLAM'. yang lain2 bacaan banyak yg dia dah lancar. bagus tu, sbb dia baru 5 thn dah hafal bacaan dlm solat. tak sesia pegi sekolah.

9> ayu pulak dah pandai cakap ayat panjang2, walaupun ada pelat sikit2. 'nape omi tak pakai cepeck kaler belack ke?'. siap ada 'ke' kat belakang ayat. kalau dia marah abang dia, bukan main lagi, siap menjerit-jerit, 'imannnn! tepi sanaaa!! biace ye!! hey!!' atau 'adikkkk!! tak mo main ayerr!! biace ye!!'.

10> aku gunting rambut ayu pagi ahad kelmarin. ini kerana ruam kat belakang kepala dia dah kena garu sampai jadi kudis. jangan pandang belakang dia. rambut depan aku tak usik. rambut belakang je mcm kena gigit tikus sikit.

apesal la susah sangat nak ambik gambar budak bertiga ni yg senonoh sikit? langsung tak boleh duduk diam. yg sorang muka toye, yg sorang buat mulut moncong. yg sorang tu, kita nak ambik gambar dia, dia pulak yg ambik gambar kita. iysk!

11> pagi tadi, adik tanya 'kita nak pegi masjid ke?'. heh heh... aduihla.. itu cerita minggu lepas. nak pegi masjid lagi, tunggu raya haji la pulak nanti... diorang pun masih dalam mood raya?

7 comments:

  1. raya kat kl ke kak? kalo tau boring2 tu datang aje rumah akak..

    hehehe

    ReplyDelete
  2. raya kat kl.. naper tak dapat balik kampong?

    ReplyDelete
  3. ayu tu, mesti selalu dgr omminye marah abg-abgnya... lepas ni boleh outsource kat ayu je lah...

    raya ke-2 tu, pegi beraya ke, jem di atas jalan raya, yg menketedarah kuih raya dr pagi ke mlm?
    rasanya, skrg mmg standard tak hidang big meal (ketupat/rendang/lemang) lah... rumah atuk aku pun dah stop hidang sejak arwah atuk meninggal dunia beberapa tahun lepas... atuk-atuk sedara aku pun dah tak hidang dah.. dulu, kalau beraya, dari pagi ke mlm pun tak habis round lagi. kena sambung esok... skrg ni, pagi ke awal ptg boleh habis satu round....
    eh.. panjang plak komen aku nih.. cam blog aku lak...

    ReplyDelete
  4. sebenarnya, yg aku nak maksudkan ialah, kalau hidang big meal, biasanya, lama sikit kat sesebuah rumah tu, coz nak tunggu serombongan habis makan...

    ReplyDelete
  5. wan & maksu> raya pertama je kat kl, sebab uwan (belah husband)ada kat sini, jadi semua berkumpul sini aje. raya ke-2 baru balik kampung saya kat johor.. (balik kampung.. oo oo oo balik kampung.. oo oo oo balik kampung... hati girang... :)

    ReplyDelete
  6. zahra> jem dari nilai - seremban, nak dekat 2 jam baru tiba air keroh. lepas tu terus pergi beraya, sorang takde hidang nasi/ketupat... last2 cari gerai makan kat muar (yup, kitorang beraya dari melaka sampai ke muar). tapi, mana ada banyak kedai bukak raya ke-2. jumpa satu, terus kitorang pulun habis-habisan walaupun tak sedap. hantam sajalah...

    ye la.. dulu buat ketupat banyak2, tahan sampai 2-3 hari, org datang boleh hidang ketupat.. sekarang, org buat sikit2 utk makan sendiri2 masa raya pertama aje kot..

    tapi, betul jugak.. bila hidang kuih raya je, takde la duduk lama2 sgt.. cepat balik..

    ayu? aku tak sempat nak outsource, dia dah outdone aku. aku belum jerit lagi, dia dah jerit dulu.. ayat2 dia pun familiar aje.. heh heh..

    bila kau nak datang kl? singgah la rumah aku.. boleh la aku buat eksperimen masak apa2.. hikhikhik..

    aku pun reply panjang, mcm tulis personal email la pulak... hahahhaha... tapi takpe, sbb ni blog aku... ;)

    ReplyDelete