Friday, December 29, 2006

happy 3rd bday adik!

jan04lupa pulak hari ni dah 29 hb disember. pagi-pagi tadi bukak pc baru perasan hari ni 29hb. lepas tu baru ingat... birthday adik! dah 3 tahun umurnya... tapi malam tadi adik demam. adakah dia demam sebab nak sambut birthday ke-3 thn? atau sebab dia rindu kat abang iman? abang iman kat rumah atuk kat taman melati. atuk bawak abang iman sorang sebab uwan tak larat nak jaga ramai-ramai, especially adik yang lasak ni hah. maybe juga adik demam sebab berjangkit dari ommi yg baru baik demam selsema... heh heh...

nak kata susah nak jaga adik ni, sebenarnya takde la susah mana. masa beranak dulu senang jek, tak menyempat-nyempat nak keluar. masa baby lagi senang jaga, lepas susu jek terus lena, bunyik mercun meletop-letop sebelah rumah pon saje je dia tido. tapi bila dah beso sikit jek, mmg nampak la lasak dia satu macam. berani + degil + keras kepala pon iye jugak. it's hard to reason with him. nak pujuk pon payah. he's however quite sensitive. last few days when omi down with flu, dia pulak yang bagi nasihat 'ommi makan ubat, tau!' - Iyolah dik oiii.... whatever it is, ommi harap adik, ayu dan abang iman jadi manusia - yang tahu bezakan mana benar mana salah, yang tahu gunakan pendengaran, penglihatan dan hati untuk berfikir. omi dan abah can't be all around you, all the times. just hope that your good conscience will guide you along the way.

And for a start, JANGAN BERLARI KAT JALAN RAYA!! PIMPIN TANGAN ABANG IMAN DAN TUNGGU OMI DGN ABAH!!

Friday, December 01, 2006

best friends

do i ever have any best friends? this question's been firing into my mind since last two days. why? because there was a simple remark from a colleague - dia tak puas hati when i mentioned that i have plenty of best friends. he argued that best friend cuma satu, others are good friend. hmm... betul ke?

kalau dok pikir-pikir dari zaman aku mula berkawan sejak kecik-kecik dulu, i don't stick with only one friends, there were always two and more of them. never one, single friend. back in my old neighborhood when i was small, i can still recalled names like siti, M, azral, haida. bila masuk sekolah rendah, there were fara, murni, haslina, yati, endok. sekolah agama pulak ada geng-geng dari sekolah khir johari dan majidee like arwin and few other that i can't recalled their names right now. Bila sekolah menengah i formed new group, bila join ITTM buat lagi group lain, dan bila start keje, another new circle of friends. ada kawan jenis memang rapat betul, tapi bila berpisah, hilang begitu saje. tapi ramai gak la yang masih contact sampai sekarang.

back to the question, do i ever have a best friend? i don't know. maybe aku mmg jenis yang berkawan dengan semua orang - and that means i don't have a best friend. only good friends.

i still remembered once yatie said to me, we know that we are best friend when we feel comfortable with each other in silent, no need to talk, just sit back, relax and enjoy each other company. having said that, the only person fitted into that image is my hubby. yey! the ultimate search for a best friend is now over :D heh heh... tah hapa-hapa tah kesimpulan...

on the side note:
aku baru je dapat tahu yang aku pernah tido berdengkur kat ofis... alamak!!!! malunyer!!! aku ingat selama ni aku just terlelap seketika. ofismate siap ambik gambar tu as evident! hampeh tul.... aku takde la selalu tido, tapi kalau dah terlelap tu, mmg tak sedar diri la kan...

on the ligher side:
ayu semakin brutal sekarang. hari tu adik berebut kereta mainan dari ayu. ayu tak bagi and fighting for it. adik konon-konon nak jadik abang mithali, cari le mainan lain untuk tukar dengan kereta tu. kira nak buat sistem barter secara paksa la tu. he took his toy golf club, bagi kat ayu sambil rampas kereta, ayu pon apa lagi, ambik golf club tu dan ketuk kepala adik. hahahahahahah.... yang ko bagi kayu golf tu kat ayu apehal la, dik oii... inilah namanya senjata makan tuan. adik buat muka konpius bercampur sedih sambil cakap 'ommi, ayu buat' - ommi tak dapat nak tolong sebab dah gelak tergoling... kehkehkeh....