lupa pulak hari ni dah 29 hb disember. pagi-pagi tadi bukak pc baru perasan hari ni 29hb. lepas tu baru ingat... birthday adik! dah 3 tahun umurnya... tapi malam tadi adik demam. adakah dia demam sebab nak sambut birthday ke-3 thn? atau sebab dia rindu kat abang iman? abang iman kat rumah atuk kat taman melati. atuk bawak abang iman sorang sebab uwan tak larat nak jaga ramai-ramai, especially adik yang lasak ni hah. maybe juga adik demam sebab berjangkit dari ommi yg baru baik demam selsema... heh heh...
nak kata susah nak jaga adik ni, sebenarnya takde la susah mana. masa beranak dulu senang jek, tak menyempat-nyempat nak keluar. masa baby lagi senang jaga, lepas susu jek terus lena, bunyik mercun meletop-letop sebelah rumah pon saje je dia tido. tapi bila dah beso sikit jek, mmg nampak la lasak dia satu macam. berani + degil + keras kepala pon iye jugak. it's hard to reason with him. nak pujuk pon payah. he's however quite sensitive. last few days when omi down with flu, dia pulak yang bagi nasihat 'ommi makan ubat, tau!' - Iyolah dik oiii.... whatever it is, ommi harap adik, ayu dan abang iman jadi manusia - yang tahu bezakan mana benar mana salah, yang tahu gunakan pendengaran, penglihatan dan hati untuk berfikir. omi dan abah can't be all around you, all the times. just hope that your good conscience will guide you along the way.
And for a start, JANGAN BERLARI KAT JALAN RAYA!! PIMPIN TANGAN ABANG IMAN DAN TUNGGU OMI DGN ABAH!!
kewl..
ReplyDeletehappy birthday adik!
:)
ReplyDelete