Tuesday, December 31, 2013

My 1st Windows phone!

Haihhh.. Nak dijadikan cerita, henfon Xperia aku tetiba je 'hang', dan bila 'restart', pun takmo hidup jgk! Cabut bateri udah, cuba 'charge' bateri pun udah, tinggal tak sampai hati nak hempas ke lantai kannn.. Geram tau, gerammm... Selepas seminggu guna henfon lama e71, aku decide nak beli henfon baru. Budget dlm rm500. Tak kose aku nak beli mahal2. Google punya google, aku tertarik dgn nokia lumia.. Pegi kedai, belek2.. Ah, beli ajelah.. Mmg dlm budget punn.. Cuba terai pakai wimdows phone 8.. Tengok mcm mana.. Daripada segi apps, android menang la.. Mcm2 apps yg ada. WP8 kurang apps, tapi apps yg popular tu mmg ada.. So, still okay..

Saturday, December 14, 2013

Dok melangut

Ok, bak kata si labu (or is it labi?) 'hari ini hari bodoh saya incikkkk' - mmg sungguh tepat sekali. Hmmm... Nak tau apesal? Aku salah ambik kunci. Yg aku capai bukan kunci pintu rumah, tapi kunci pintu bilik. Dan dgn selambernyer terus tekan butang kunci pintu tersebut & tutup rapat. Yg menjadi masalah ialah sbb aku dah berdiri di luar rumah! *Uwaaaaaaa....*

Dan skrg aku melangut kat bengkel kereta dgn harapan dlm kereta aku ada kunci spare. Kereta aku katanya kat stor, jadi aku kena tunggu. Prof aku kat UKM plk dah whatapps gambar kelas yg kosong, tanya mana student. Ok, skrg aku rasa bersalah.

Aku tgh pikir pelan tindakan kalau takde kunci spare. Aku kena panggil tukang kunci la nampaknya... Kalau takde tukang kunci, boleh ke aku minta babysitter jaga mat hanif sampai besok pagi? Aku nak tumpang tido rumah sapa eh? Yg paling dekat rumah Nurul, yup, kena msg dia tanya boleh ke tak. Kalau dia takde, aku msg Zahra... Kalau dia pun takde, aku balik kg. Tapi takut plk nak balik kg dgn kete pinjam drpd bengkel yg tersengguk2 tu.. Hmmm... Sapa lagi sedara mara aku kat sini??? Yup, masa susah ni lah nak ingat sedara mara kann?? Kann???

Haihhh... Hari ni hari bodoh saya

Update #2
Ok, dah selongkar kereta, mmg takde kunci spare dlm tu, dah disimpan dlm rumah lah tuuuu.... Plan B, teringat kedai tukang kunci kat Tesco. Call dia suruh dtg.

Wednesday, December 11, 2013

Saje nak berblog hari ni sbb tarikh cantekk 11/12/13

Hahahah... Boleh???

Ada beberapa perkara yg aku nak coretkan di sini.. Yg pertama 'ofkoz' pasal si kecik mat hanif... Haaa... Sedar tak sedar dah nak masuk 7 bulan dah budak ni.. Keje dia ialah berguling2 sana sini, jilat lantai, dan masukkan segala mende yg dpt dicapai ke dlm mulut.

Oh, betapa aku lupa sungguh renyah jaga budak kecik. Kena sentiasa perati, kejap nak susu, kejap nak dukung, kejap nak tido, kejap kencing/berak.. tapi bila dia senyum dan gelak, ahhh... Comellllnyerrrrr!!!! Mcm nak gigit2 aje!! Gerammmm

Eh tadi mcm nak cakap beberapa perkara kan? Hehehe.. Nampaknya perkara lain2 tu, aku tulis lain kali lah... Hahahah... *Lemau*

Friday, October 11, 2013

root!

Menyampah tau dengan henfon aku ni, tak habih2 keluar 'insufficient memory'. Padahal aku bukannya ada banyak sgt 'apps' pun! Segala games semua dah buang. Tapi setiap kali dipaksa 'update' apps sedia ada, setiap kali itulah ada masalah tak cukup memori ni.

Haiii... takkan baru setahun beli, henfon aku ni dah 'obsolete'?? Ko ni kenapa henfon?? cakapppp... cakapppp!!

Oleh kerana fedap teramat, aku sebagai peng'google' tegar, telah mendapatkan khidmat nasihat atuk google mcm mana nak selesaikan masalah ni. Setelah di buka dan dibelek helaian2 hasil carian google satu persatu, aku temui jawapannya...

haaa... refer link ini: http://www.xperiablog.net/2011/12/12/link2sd-guide-never-worry-about-internal-memory-limits-again/
Senangkan? NOT!

Langkahku tersangkut di tangga pertama. Serius geram, buntu dan menyampah. Aku takleh 'root' henfon aku! geramnya!

Sambung balik mentelaah subjek 'how to root SE SK17i, android 2.3.4, firmware 4.0.2.A.0.62', dapatlah ini: http://forum.xda-developers.com/showthread.php?t=2220568

ooo... baru aku faham, aku takleh guna program 'DoomLord Root tool', tak sesuai dgn 'firmware' henfon ku. Lepas aku guna program 'E-Root' barulah berjaya. Itupun selepas berkali2 mencuba dan rasa mcm nak hantuk kepada kat 'keyboard'. Tekan butang 'on/off' entah berapa kali. Rupa2nya, waktu nak 'restart' henfon, kena cabut wayar USB tu, jgn bagi sambung kat PC... fuhhh... apesal la tak cakap awal2... membazir masa betul!

ok, bila berjaya 'root' henfon ni, akan keluar apps 'superuser', lepas tu barulah kita boleh buat sesuka hati... HOHOHO *gelak besar*... oh sebelum tu, sila sambung 'step' yg tergendala tadi, iaitu guna program 'Minitool Partition' utk buat partition dlm SD card dan install: 'Link2SD' dalam henfon. Ikut la arahannya, buat sampai habis...

So, mcm mana nak buang program2 yg menyemak kat henfon tu? Aku guna apps: 'Root Uninstall', percuma, ada kat 'Play Store'. Guna apps tersebut utk tengok kat 'system apps' dan pilih program yg kita tak pernah guna, terutama 'pre-installed games' yg menyemak tu, dan klik 'backup'. Tapi kalau dah betul2 pasti program tu nak dibuang, terus aje klik 'uninstall'. Part ni kena berhati2, jangan pulak memandai2 buang program yg penting, kang henfon langsung kong, takleh nak guna. 

internal storage: (before) less than 50MB free (now) 235MB free storage.. woohooo!!

RAM: (before) asyik crash aje (now) dah laju! yey!

Saturday, September 28, 2013

Puding jagung sedap & mudah

Dah lama aku tak kongsi resepi kan? Haaa.. Ini aku jumpa resepi puding jagung yg paling mudah & sedap pada aku. Rahsianya? Hanya guna tepung hoen kwe jenama Nona yg warna kuning, dan ikut resepi yg dilampirkan bersama. Heh heh heh... Giler sempoi kan?

Ok, yg ni resepi yg aku dah 'adjust' bagi laaagi mudah. *Percubaan pertama hari tu aku ikut arahannya sejibik sejibun, hasilnya sangat manis & lembek*

1. Tuang satu tiub tepung hoen kwe Nona warna kuning dalam kuali, jgn buka apinya dulu ya!
*Aku guna sudip & kuali sebab lagi senang kacau & keruk. Kalau guna senduk & periuk, ada aje 'spot' yg hangit*

2. Tuang satu kotak santan Kara 200ml. Gunakan kotak yg sama, tambah tiga lagi air ke dalam kuali.
*lebih kurang santannya 800ml la*

3. Masukkan gula 1 cawan
*ini adjust la sendiri, nak tambah manis, atau kurangkan lagi*

4. Tambah garam 1/2 sudu kecik

5. Akhir sekali, tuang jagung krim satu tin
*Kalau suka jagung lebih, guna tin besar. Kalau nak kurang jagung, guna tin kecil*

6. Kacau dulu bagi tepung larut. Kemudian baru jerang kuali atas api. Kacau rata2 sampai pekat. Perlahankan api dan kacau lagi sampai likat & berkilat.

7. Tuangkan dlm loyang atau acuan.

8. Sejukkan & hidangkan.

Sunday, September 15, 2013

Chrome apps: to-do list

Yey, aku jumpa chrome apps yg paling mudah nak guna, 'Do it tomorrow'. Hanya ada dua mukasurat - 'today & tomorrow'.... Pagi2 sampai ofis, ko tulis apa yg nak buat hari ni. Kalau agak2 dah sampai petang tak setel jgk, besok aje lah buat.. Senang kan?

Apps ini aku guna utk senaraikan 'menial tasks' kat ofis. Sebelum ni aku tulis atas 'post-it note' dan tampal kat bucu monitor. Sebab aku kan nak jadi 'tree-hugger' sekarang, takmo la membazir2 kertas mcm tu.. Tapi kalau tak tulis kang, mmg konpem lupa..

Friday, September 06, 2013

Approaching 3mth of age..

Not anymore... Mmg dak Mat Hanif ni dah 3 bulan pun... Punyalah tertangguh post blog ni, letak tajuk je dulu, isinya tarak... Hihihi...

Ok, si Mat Hanif makin panjang, badan yg mcm nak ketul2 tu, tak berapa nak berketul, tegap aje gitu. Takpe, yg penting ko sehat nakk oiii.... Oh, makin hari makin galak dia berborak & senyum sengeh, ramai yg melayan, kan?? Mmg geram tau budak sorg ni, org tua berborak pun sibuk nak menyampuk, perasan kita borak dgn dia...

Oh, untuk abg iman, abg iqbal & kak ayu, kerja rumah dah bertambah. Kalau sblm ni masing2 kena basuh pinggan sendiri, lipat dan kemas baju sendiri, (basuh kasut & kemas buku sekolah mmg dah tentu lah, sejak darjah 1 lagi), skrg bertambah lagi satu, iaitu gosok baju sekolah sendiri. Tapi masih kena tengok2kan lah, kang hangus terbakar baju sekolah kang, haruuuu..

Kdg2 kelakar jgk tengok perangai tiga budak ni, auta lebih. Kalau kita suruh basuh pinggan, pinggan masing2 ajelah yg dibasuh. Sudu, cawan, gelas yg dipakai, bertimbun dlm sinki.. Haihhh... Itu belum masuk makan nasi bersepah, air tumpah segala.. Kalau tak bising, mmg takde lah yg kemas.. Nama pun budak2 kann...

Abg iman nampak komited, pagi2 sabtu dia bangun, basuh kasut sekolah siap2, buat milo & sarap sendiri (roti atau cereal), lipat baju sendiri.. Tak sempat aku nak cakap, dah siap. Rajin anak bujang sorang ni... Rajin ada makna tuuuu.... Sbb aku dah bagi amaran, selagi tak siap kerja, jgn berangan nak main games! Tengok pun tak boleh! (Ini utk abg iqbal yg suka mengendeng tengok abg iman main games, padahal keje dia tak siap punnn) Haaa... Bila buat gini, takyah la aku nak pesan berulang2 kali, cepat aje masing2 siapkan tugasan. Heh heh... Legaaa sikit...

 d' doting sister

d' budak botakkkkk

Sunday, August 04, 2013

Ramadhan 1434H

Hari ni dah 26 hari kita berpuasa. Kejap lah plk. Aku pun dah seminggu mula bekerja. Mat Hanif tinggal dgn abahnya, sbb kitorg tak cari lagi org jaga. Lepas raya kang la baru pikir. Mat Hanif baru umur 2 bulan lebih, tak sampai hati plk nak ngantor kat org.

Bulan puasa kali ni mmg mencabar jgk la, sbb waktu kita berbuka si kecik ni pun nak join sekali, waktu bersahur dia pun nak sahur jugak! Aduihla.... Lenguh dukung dia sebelah tangan!

Dan aku, sbb baru habis pantang, tak berani nak makan yg boleh menyebabkan kegatalan atau keanginan. Air sejuk pun tak boleh.. Huhuhu... Aku minum seteguk air laici ais masa berbuka, terus kena batuk & selsema. Hambekkkk....

Oh, yg bestnya bercuti lama di rumah ialah dapat bershopping secara online. Banyak jgk la barang2 yg aku borong, seperti:

1. Cloth diapers.. Yey! Saving the earth one diaper at one time! Yup, betapa aku dah lupa yg baby kerap buang air besar dan kecil. Dan kena kerap tukar diapers, kalau tak naik ruam. Jadi, aku beli CD sbb nak kurangkan timbunan disposable diapers yg membusuk kat rumah aku.

2. Baju kurung raya & tudung.. Ini mmg takyah cakap la, mcm2 jenis, mcm2 kaler.. Pilih aje mana nak

3. Manual breastpump Philips Avent.. Beli online lebih murah drpd beli kat kedai. Mmg berbaloi2, cuma atas sebab2 masalah fizikal, pump avent ni tak sesuai plk dgn aku. Too bad..

4. Homemade collagen soap & slimming suit.. Ini nanti aku bagi link, tolong promote bisnes member

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Monday, June 24, 2013

4 weeks (+++) later

*draft aje lah dulu, entah bila nak post agaknya.. Heh heh*

Hari ni dah 4 minggu aku dlm pantang. Haihhh.. lambat betul masa berlalu. Masa seharian habis melayan kerenah si kecik ini, dan juga cuba menjaga kesihatan diri sebaik mungkin. Mmg terasa badan ku lambat pulih kali ni, mungkin kerana faktor umur barangkali. Terasa sakit pada otot disekitar perut dan pangkal paha, terutama jika mahu bangun drpd duduk/baring, dan ketika berjalan laju. Skrg ni, alhamdulillah, rasa sihat & ok sikit.

Di musim panas dgn cuaca tak menentu ni, kesian plk tengok si kecik rimas berbendung. Last2 bendung ke mana, barut ke mana. Kalau awal2 dulu si kecik menangis setiap kali selepas mandi, dan hanya berhenti bila siap dibendung (yup, mcm suis butang on-off. Elok aje siap dibungkus, terus senyap), sekarang dia marah sampai merah muka, dah mcm ulat beluncas meronta2 plk bila badannya dibalut kemas. Heheheh.. 

Ah, tapi yg paling buat aku terkilan bila aku tak dpt nak menyusubadankan si kecik ni sepenuhnya. Campur jgk dgn susu formula mcm sebelum2 ni. Aku tak tahan nak menanggung kesakitan. Bab ni mmg aku kalah. Kepada ibu2 yg mudah & senang sgt dlm proses menyusukan bayi anda, saya sgt jeles dgn kamu. Kepada ibu2 yg mengalami kepayahan tapi tabah meneruskannya, 'u have my highest respect'.

Yelah, setiap org ada bahagian masing2, aku senang mengandung dan beranak, tapi part masa berpantang mmg aku kalah. Mcm2 hal nya...

Hingga hari ini, setiap malam aku bertungku, suami yg panaskan batu, dan aku tuamkan seluruh badanku terutama dibhgn pinggang & punggung. Dan akhirnya aku tido dengan batu tungku dibhgn perut. Mmg lega rasanya, kalau tak bertungku, rasa sengal2 je tulang satu badan.

Iman, Iqbal & Ayu nampak seronok melayan adik baru. Kalau balik sekolah tu, mmg masing2 akan duduk mengadap si kecik sambil mengagah atau mencuit2 pipinya. Boleh la harap kalau nak minta tolong ambik barang dsbgainya.

En suami pula, dialah tukang masak, tukang kemas, tukang pegi kedai, tukang ngantor/ambik budak2 sekolah, dan tukang gosok baju. Kesian plk tengokkan.. Wat tu du... Dan hal baju sekolah terpaksa aku tinggalkan, takde adegan sental menyental. Rendam dlm mesin semalaman dan terus basuh & sidai. Lantak la nak jadi rupa apa pun, aku dah tak pedulik. Banyak lagi hal lain yg nak diuruskan.

Ahmad Hanif @ rambut mcm kena cas voltan.

Monday, June 03, 2013

A week *plus plus* later

Alhamdulillah.. Inilah rupa anak yg ku usung kulukilir. Kalut2 pegi kelas utk sem 2 @UKM. Dah tu pegi buat umrah lagi. Dan sampai last minit, sempat beraktiviti JJCM ke Kuantan (ikan celup tepung yg marvelous), ke Melaka (asam pedas habis.. Ini kena pegi lagi kemudian), dan akhirnya ke Muor (layan asam pedas muor & rojak petis di Tg Agas).

Manalah aku sangka nak terberanak awal gini, ingatkan paling cepat ialah awal bulan 6! Aku relek la balik Tangkak hantar anak2 kat sana sempena cuti sekolah. Nak balik Puchong ptg ahad, hiway jem teruk. Jadi ingat nak balik lepas subuh. Tup tup, tgh/malam aku sakit perut (dah makan mcm2 tu kan), pegi toilet tengok ada 'spotting', singgah hospital Tangkak jumpa bidan kat situ buat checkup kata dah buka 3cm! Rush balik Puchong terus masuk 'labour room'.

Di saat penuh saspen tu, 'contraction' tak bertambah kuat sbb baby tido. Boleh? Jenuh aku pusing ngereng kiri kanan, misi pun goyang2kan perut, sama je. Takde respon. Last2 misi suruh tido dulu. Berehat katanya. Aku mmg dah mengantuk giler dah, tertido jgk la antara 'contraction' tu.

Tak sampai sejam kemudian, tetiba 'contraction' jadi kuat. Aku dah gigil tahan sakit terus panggil misi. Bila check, dah buka 8cm. Doktor pun dtg. Dia suruh sedut gas, tapi aku rasa mcm tak membantu langsung. Sakit giler dah, rasa nak menangis pun ada! Keluar peluh panas sejuk jantan betina semua.

Doktor relek aje, dia cakap kalau rasa nak 'push', teran ajelah.. Lepas rasa mcm dah putus urat2 badan aku semua, lahir la budak kecik ini pada jam 5.48pagi, yg diberi nama Ahmad Hanif. Halus aje badannya, 2.7kg. Bila diletakkan di dada utk disusukan, dia membuka mata dan memandang tepat ke muka ku! Wah, ini budak lawan tokey nampak.

Sekali imbas, tengok ada iras abg Iman. Dengan rambut lebat, ada sideburns, dan badan berbulu (bulu roma lebat). Bila tengok lagi sekali, dagu tajam, hidung mancung sikit mcm abg Iqbal. Awal sgt nak tau muka sapa, kena tunggu besar sikit.

A.h.m.a.d, yang terpuji... Semoga anakku ini berakhlak mulia dan menjadi hambaMu yg berbakti..

H.a.n.i.f, yg lurus.. Moga2 anakku ini termasuk ke dalam golongan org2 yg mendirikan solat, mendapat rahmatMu dan sentiasa dibawah lindunganMu..

InsyaAllah.. Amin..

Wednesday, May 01, 2013

Akhirnya...

Berjaya jugak membelibelah barangan bayi di kedai Manjaku, Bangi (Minggu lepas aku ada kursus kat area sini, sempatlah singgah riki-riki dulu. Not bad, pelbagai jenama ada dijual, senang nak buat pilihan & perbandingan). Segala persediaan hampir lengkap, kecuali barut bayi. Ini aku beli online aje lah, hari tu dah jumpa, tapi bertangguh2 nak beli... Iysk.. Iysk... 

Tuesday, April 30, 2013

34weeks


Berat aku hari ni 73.5kg, dan berat baby 2.4kg. Banding dgn dua minggu lepas, aku naik sekilo lebih, baby naik dlm 400gm aje. Doktor pun selamba cakap, 'ini lemak awak yg bertambah ni!' Hahahahha..... Susah betul nak kontrol makan.. Kang lepas beranak kang, satu hal la nak turunkan berat badan. Bercinta betul!

Pregnant kali ni aku menghadapi masalah discharge berlebihan yg menyebabkan ketidakselesaan & kegatalan. Doktor kata normal utk ibu2 mengandung, dia pun kena dulu. Aku baca kat internet pun katanya normal gak. Tapi aku saspenlah sbb masa pregnant yg lepas2 tak kena pun. Doktor ada bagi ubat, harap2 ini kes pembawaan bayi, dan tak berlarutan sampai lepas bersalin nanti.

Oh, alhamdulillah, posisi baby just nice, kepala dia dah turun bawah, uri kat tepi dan air ketuban banyak.. Lagi 2 minggu jumpa doktor, dah boleh check baby dah engaged ke belum... Huhuhuhu... Seram ai....

Friday, March 22, 2013

Diari umrah

Catatan ini aku coretkan semasa berada di dua kota ini, aku ingin abadikan apa yg aku rasa. Ini pendapat pribadi semata2.

Sabtu: sampai di jeddah airport jam 9 mlm waktu tempatan. Hampir tgh malam baru bertolak ke Madinah.
1. Singgah solat subuh di pertengahan jalan, entah di mana agaknya
2. Sampai di kota madinah jam 7 pagi, check in hotel, bersiap2 utk ziarah masjid nabawi
3. Pertama kali menjejakkan kaki di masjid nabawi, hati kembang berbunga2, overwhelmed! ku buat sujud syukur.. Terima kasih ya Allah, dgn izinMu, sampai juga aku ke sini. Kami berdua berjalan mengelilingi masjid nabawi, menikmati keindahan masjid & merasai ketenangan di sini.
5. Raudhah: aku dibawa ke raudhah selepas isyak. Bad experience di sini, apa yg aku nampak & lihat tidak langsung mencerminkan ketenangan taman syurga seperti yg digembar-gemburkan. Sesama jemaah berasak2, bertolak2, memijak2, berebut2 utk solat di sini. Yg baru tiba nak masuk juga ruang yg sempit tu tanpa sabar2 lagi, yg dah dapat solat tak mau keluar w/pun dihalau. Masing2 berasa mereka berhak mendapat tempat disitu. Para penjaga disitu menjerit, mengherdik, bertengkar dgn jemaah. Tiada sikap belas dan tertib seperti wajibnya akhlak seorg muslimah.. Hmmm.. Entahlah..
Aku solat 2 rakaat tanpa rasa khusyuk, hanya mampu beristighfar dan terus berlalu pergi. Betul lah apa yg dikata, kejatuhan islam sebenarnya bukan atas sbb tangan2 luar, tapi sbb pergaduhan sesama sendiri. Kalau hal tempat sekecil itu pun tak dpt diuruskan, jgn haraplah nak uruskan satu dunia.

Ahad: ziarah luar (Bukit Uhud, Masjid2 disekitar kota Madinah)
1. Solat: apa yg kuperhatikan, mereka yg dtg dgn kumpulan yg besar terlebih2 plk semangat berbangsa2 tu, hinggakan langsung tidak mahu berpisah utk mengisi ruang kosong saf dihadapan mereka. Apa yg ditakutkan hilang di masjid ini kalau berpisah hanya satu saf? Kalau tak bersama dgn kawan serombongan, tak sah ke solatnya? Entahlah.. Sungguh aneh dipandangan mataku.. Maybe sbb aku keseorangan, jadi aku tak tau apa yg mereka pikirkan.
2. Terima ajelah hakikat mereka ni mmg tak ada konsep beratur atau menunggu giliran walau dimana2 sekalipun. Masuk toilet berebut, nak ambik wuduk berebut, pintu kecik yg muat sorg lalu pun ko nak nyelit. Selagi boleh potong Q, wajib potong. Biar org lain lambat, yg penting ko siap dulu, gitu?

Isnin: ziarah & taklimat umrah di ladang kurma

Selasa: Berkemas2 dan bersiap2 utk menurunkan beg ke lobi. Lepas zuhur akan bertolak ke kota mekah
1. Hati berasa sebak membaca doa wida' di masjid nabawi. Moga2 pjg umurku utk dtg ke sini semula mengerjakan haji. Aminn
2. Berhenti utk solat sunat ihram dan berniat di Bir Ali, sama aje keadaannya, saling bertolak saling memotong barisan, tiada istilah tertib agaknya bagi mereka. Dan yg paling buatku hairan, padahal kawasan solatnya cukup luas di dalam, depan pintu juga ko nak solat yek? Istighfar aje lah banyak2
3. Sepjg perjalanan, hanyalah yg kelihatan bukit2 batu, pokok2 renek sejemput di sanasini, dan kawasan tandus.. Tak kelihatan perkampungan atau bandar2 kecil, atau mungkin aku yg tak perasan?
4. Sampai di kota mekah hampir pkl 10mlm, aku terkejut melihat keadaan di sini, kotor berdebu, tak sama dgn keadaan yg agak teratur di madinah. Oh rupa2nya projek renovasi sdg dijalankan, hampir semua hotel2 kecil diruntuhkan utk mewujudkan bandar yg lebih tersusun.
5. Kami berehat hingga tgh/malam sebelum di pandu oleh seorg mutawif menuju ke baitulllah.. Hatiku berdebar2.. Bagaimana agaknya rupa kaabah jika dilihat di depan mata?

Rabu: umrah pertama menjadi umrah fardhu jika pertama kali menjejakkan kaki di tanah haram ini. Jika pernah pegi haji/umrah sebelum ni, umrah pertama hanyalah sunat.
1. Oleh kerana keadaan keliling berdebu, aku menutup hidung dgn face mask, yg mmg tersimpan dlm beg sandang. Nasib baik segera diingatkan yg dlm ihram wanita tak boleh menutup muka, terus aku simpan face mask dlm beg, aku mmg lupa dan tak sengaja, dan terus beristighfar banyak2. Larangan yg mudah tapi mudah juga dilupakan.
2. Memulakan ibadah umrah di tgh malam. Sewaktu tawaf, aku berpimpin tangan dgn k.midah, rakan rombongan, terima kasih sgt2 kat beliau yg sudi guide aku sepanjang bertawaf. Dia menggengam erat tanganku jgn bagi aku terlepas, iyelah, aku first time datang, mcm rusa masuk kampung, banyak sgt yg aku nak observe, process dan absorb: dengan terpegunnya aku berada depan kaabah, dengan nak jaga supaya bahu kiri sentiasa menghadap kaabah, cuba concerntrate utk berwirid sambil ingat berapa pusingan, dgn nak melihat bangunan masjidilharam, dengan telatah org ramai yg bermacam segala... Aku totally lost.. dibawa arus org ramai yg bertawaf, aku berserah diri kepada Allah, tiada daya upaya ku ketika itu. Subhanallah!
3. Aku bersaie ditemani suami di tingkat atas. W/pun mudah sbb tidak perlu mendaki seperti di tkt bawah, tapi badan sudah mula terasa letih dan lesu. Kaki, daripada tapak kaki, tumit, betis, paha dan punggung, mula terasa lenguh & sakit. Alangkah seksa hendak menghabiskan pusingan terakhir, jalan pun dah mengengkang, terasa beratnya perut dan badan. W/pun berjalan diselangi dengan berehat sebentar sambil minum air zamzam, tapi sbb dah lama tak eksesais kan, otot semua terkejut dan terkejang agaknya. Tabah kan ajelah hati sambil menghayati mengorbanan siti hajar.
4. Siti Hajar, sejarah yg dilupakan. Wanita yg berbakti kepada semua umat islam dari zaman nabi ibrahim hingga kiamat kerana Allah menjanjikan air zamzam takkan kering. Berkat kesabaran, tawakkal dan tingginya iman siti hajar, mencari air dari bukit safa ke marwa tanpa sedikit pun rungutan atau berputus asa, malah bertambah keyakinan kpd Allah spjg perjalanan, Allah keluarkan mata air dihentakan kaki anaknya ismail. Bagaimana keadaannya siti hajar ketika itu? Kehausan yg teramat, badan lemah bertambah lemah, jatuh bangun semula, mungkin juga luka2 terkena batu tajam, hati risau bila teringatkan anaknya ismail yg ditinggalkan. Langsung tak sama dgn bersaie ketika ini, teramat2 mudah! Hai diri, besar sumbangan seorg wanita bernama siti hajar... apa sumbangan ku pula kepada umat islam?
5. Selesai bertahalul, kami segera masuk ke masjidil haram, mengambil tempat utk solat subuh. Aku berniat iktikaf, lalu terlena kepenatan.
6. Lepas solat subuh, baru dapat balik bilik dan berbaring di tilam empuk... Nikmat yg tak terkata... Ku sambung tido sampai zuhur.
7. Aku dan suami bertawaf sunat selepas zuhur, mmg mudah sbb tak ramai org. Mana ramai yg sanggup berjemur bawah terik mentari yg tegak di atas kepala! Hingga aku terpaksa tutup kepala dgn sejadah. Kami bertawaf dalam bulatan kecil, sekejap aje selesai. Masa solat sunat tawaf dihadapan kaabah pun tak boleh angkat kepala, terlalu terik! Rentung kulit!
8. Perjalanan balik ke hotel: singgah makan aiskrim dan minum jus buah-buahan. Sedap!
9. Baru ku tahu mengapa keadaan jemaah bersesak2 terutama ketika solat fardhu, hampir separuh masjidilharam ditutup utk kerja2 renovasi. Maka bersempit2 lah jemaah hingga selesai projek tersebut.

Khamis: lawatan jabal tsur, jabal rahmah, jabal nur, arafah, tempat melontar jamrah, mina & miqat di Tana'im
1. Tazkirah ustaz: tawakal & berserah diri kepada Allah, hatta waktu tinggalkan kasut. Kalau boleh jgn bawak selipar sama beribadah, tinggalkan di rak kasut, hafal nombor dan tawakkal. Jika hilang, niatkan aje sedekah.
Banyakkan sedekah terutama jika kita ada hajat. Bagi sedekah dan berdoa mohon agar hajat diperkenankanNya.
2. Pesan makcik dr bangi: waktu keluar bilik, berdoa agar tidak terasa hendak berak atau kencing selama berada di dlm masjidilharam, kerana toilet jauh di luar. Kalau dah keluar pegi toilet, takut2 kita dah tak boleh masuk semula ke dlm masjid kerana sudah penuh.
3. Terlanggar pantang larang ihram: selepas berniat ihram di miqat, mata kananku gatal, aku gosok mata lalu lekat sehelai bulu mata. Yg aku gatal pegi belek bulu mata apa hal, tak pasal2 kena bayo dam ryl6.50. Masa saie aku bagi RM7 kat cleaner dgn niat membayar dam.
4. Kami mulakan umrah dgn bertawaf selepas asar, cuaca mulai redup. Org ramai berpusu2, aku lebih bersedia ketika ini, redha dan maafkan saja jika ada yg menolak2 menghimpit2, sebilangan kecil aje yg berbuat begitu, majoritinya masih tertib. Ku mohon agar tawafku disempurnakan dengan mudah dan lapang.
5. Kali ini aku bersaie di tingkat bawah, perlu mendaki bukit safa & marwa. Org ramai berpusu, bagaimanakah agaknya di waktu musim haji? Kalau begini umrahnya pun bersesak? Tak dpt kubayangkan. Belum habis 2 kali saie, azan maghrib kedengaran, lantas kami berhenti, masuk saf dan solat maghrib. Sambung semula bersaie hingga waktu isyak. Kaki sudah mula sakit tak tertahan, aku mula berasa restless & grumpy, perut lapar, badan berpeluh2 melekit, lemas.. Hinggakan habuk dilantai pun buat aku terasa nak marah, annoyed! astaghfirullah.. Aku cuba tenangkan diri, entah apa yg melanda, dirasuk syaitan agaknya aku ni.. nampak sgt aku tak boleh kawal emosi diri.. Waktu berjalan keluar selepas selesai bertahalul, suami mencadangkan aku solat witir dihadapan kaabah kerana kami lalu di kawasan tawaf, aku mengikut saja dgn separuh hati, waktu aku solat dtg mamat mana pijak sejadah ku padahal kawasan lapang, nak juga dia lalu depan aku yg tgh solat kan? hati yg hampir tenang terbakar semula, aku sudahi solat segera dan mengajak suami pulang. Aku takut kalau2 terlintas kata2 yg buruk di depan kaabah.
Suami memujuk dgn membeli aiskrim dan jus mangga, penyejuk badan dan hati yg panas. Alhamdulillah suami memahami

Jumaat: heran juga aku, mudah pula aku bangun 2pagi utk mandi dan bersiap ke masjid, terasa cukup tido w/pun hanya utk 4jam.. Subhanallah.. Terima masih Ya Allah atas kekuatan ini
1. Sudah diingatkan, pergi awal ke masjid kerana hari ini solat jumaat, jemaahnya lebih ramai drpd biasa. Aku sampai sejam awal, naik ketingkat atas, saf penuh dan dah mula bersesak. Aku mengambil tempat ksong di bucu tembok, payah nak sujud sbb tempat kecik. Tapi alhamdulillah jemaah kiri kanan memahami, bila bangun utk solat dpt lah aku menghimpit ke kanan, dan dpt ruang yg selesa utk sujud.
2. Bawa sejadah mmg ada hikmahnya, bila kubentangkan utk org disebelah, ia menjadi pembuka bicara dan terasa persaudaraan terjalin, tak kisahlah dari negara mana dan bangsa mana pun
3. Kami mengambil keputusan utk tidak balik bilik, terus masuk shopping center di clock tower. Tergelak aku tengok org berpakaian ihram berjalan2 di depan kedai Dabenham! Hanya di kota ini, lelaki bertuala tidak dianggap pelik jika berjalan2 keliling bandar :D
Kami makan nasi arab yg entah apa jenisnya (kami pilih nasi yg rupa mcm nasi minyak kaler gelap, dan separuh lagi nasi arab berperisa buah pelaga & daun pudina) berserta lauk ikan grill. Sedap!
4. Tak semua suka utk solat beralaskan sejadah, aku tak berasa kecil hati, aku menghormati mereka. Sekurang2nya aku tak terasa selfish bilamana aku sorg solat atas sejadah dan org kiri kananku hanya berlantaikan tiles keras.

Sabtu: sakit tekak beransur pulih, tapi suara hilang & terasa badan seperti hendak demam. Aku segera menelan ubat demam & selsema.
1. Subuh di bilik, badan terasa lemah lesu
2. Bermiqat di Hudaibiyah: hanya tido dispjg perjalanan pegi & balik, kesan ubat selsema, tak dpt dengar tazkirah dlm bas
3. Ku mohon kekuatan utk menyempurnakan umrah. Mula tawaf selepas solat asar. Kalau mula2 dulu aku berasa menyampah dan cuba mengelak bilamana ada makcik2 memegang bahuku atau belakang belikatku semasa tawaf utk mendorong aku berjalan cepat, kali ini aku biarkan saja sambil tetap menjaga langkahku dan menumpukan perhatian utk berwirid dan berdoa. Personal space? Tiada istilah 'personal space' semasa bertawaf, Allah dah bagi sedikit ruang ini utk aku berada disini pun kira dah bersyukur habis. Biasa2kan aje bila terasa org bernafas di tengkukmu, atau terdengar bisikan wirid & doa di tepi telingamu..
4. Bersaie di tingkat atas, tak ramai org, tapi debu habuk memenuhi ruang udara akibat kerja2 renovasi. Berhenti utk solat maghrib, dan selesai bersaie & bertahallul sblm isyak
5. Dinner nasi briyani kambing & broasted chicken di clock tower: hmmm.. Tak tau apesal dipanggil 'broasted chicken' padahal hanyalah ayam goreng beserta kentang goreng dan roti bun! Heh heh

Ahad: hari terakhir di kota makkah
1. Bangun subuh dgn semangat sekali. Tapi sampai di masjid, lepas solat sunat segala, aku terlena sementara menanti azan subuh. Baki2 keletihan masih terasa
2. Tawaf sunat slps subuh: kubuat dgn perasaan santai. Cuaca tenang dan nyaman. Aku hanya ingin merakam keadaan ini, biar lekat dalam minda & hati. Ku perhatikan kaabah & bangunan masjid sepuas2nya, tersenyum melihat telatah org ramai. W/pun beberapa kali terpisah dgn suami kerana org ramai berpusu2 mengambil kesempatan sblm mentari terik panas membakar, tapi aku tak risau, terasa seperti ada kebebasan dlm diri, keyakinan yg tinggi kpd Yg Maha Pengatur.
3. Kemaruk minum jus magga & makan aiskrim.. Hahahahah... Buat ubat batuk, bagus betul pagi2 buta dah makan aiskrim & minum ais. Itulah hari tu gelakkan org makan aiskrim di pagi hari.. Kan dah kena btg hidung sendiri :D
4. Berehat di bilik & berkemas2 utk pulang. Masa dtg bawa 2 beg, balik bawa 4 beg. Hehhehe... Bila masa beg aku ni mengawan??
5. Solat zuhur & beriktikaf di masjid sblm memulakan tawaf wida'. Hati sayu... Moga2 dijemput lagi utk dtg sini.

Nota:
1. Bawa hanger & sepit baju, ada tempat sidai baju disediakan di rooftop.
2. Bawa bandage/plaster besar utk lelaki, sbb bila paha bergeselan waktu berihram boleh menyebabkan kulit melecet!
3. Bawa minyak panas utk urut kaki, mmg lenguh sampai ke tulang!
4. Explore makanan tempatan, nasi arab pelbagai jenis, roti nan/puri/prata dgn kuah dal, minum susu unta, rasa pelbagai jenis kurma, dsbnya
5. Pelbagai cara jemaah berbuat kebajikan masa kita menunggu2 masuk waktu, ada yg menawarkan kurma, ada yg bagi gula/coklat, dan yg paling mudah, ambil dua cawan air zamzam dan satu cawan bagi kat jemaah berhampiran. Simple gesture yg aku pun tak terpikir! Ini baru betul menjaga dua hubungan: hubungan dgn Allah, dan hubungan sesama manusia. Moga hidup hamba Allah tersebut diredhaiNya.
6. Bawa beg lebih, mcm2 nak beli di sini :D Pada aku, best bershopping di kota madinah, santai dan waktu pjg. Di kota mekah, kita berebut utk buat umrah sebanyak2nya, atau sekurang2nya bertawaf sunat. By the time balik dari masjid, badan pun dah penat, mood nak shopping pun tak berapa ada.
7. Jaga larangan ihram, yg mudah itulah selalu dilanggar. Masa dlm ihram, iaitu di tempat miqat hingga selesai tahalul, wanita dilarang menutup muka, pakai face mask pun tak boleh! Pakai sarung tangan/tertutup tapak tgn pun tak boleh.
8. Jika menggaru rambut, mata, kening, atau mana2 tempat yg berbulu, jgn ditengok atau dibelek2 jari tu. Sehelai bulu gugur, wajib bayar dam 6.50ryl. Dua helai 13ryl. Tiga helai atau lebih, seekor kambing (400ryl)! *dam mengikut harga semasa
9. Duit RM laku disini. Oh, kalau nak shopping guna duit RM pun takde masalah. *RM1 = RYL1.10 (harga semasa) gitu lbh krg. Kalau nak bersedekah guna duit ringgit pun diterima.
10. Berlapang dada & bersangka baik. Jgn letak expectation tu tinggi sgt, makin ramai org makin banyak ragamnya. Kita pun tidak sempurna mana, jadi banyak2kanlah bersabar dan beristighfar. Doakan yg terbaik utk semua kaum muslimin & muslimat. Semoga setiap hati bertaut kembali ke tali Allah, insyaAllah persaudaraan & kasih sayang sesama islam akan lebih terasa.



My unexpected journey

Alhamdulillah.. Benarlah apa yg org kata, jemputan ke rumah Allah hanya kita sendiri yg rasa. Sebelum ni, aku mmg teringin pergi, tapi belum tergerak hati & tiada tindakan apa2. Aku bersyukur sbb akhirnya aku terpilih & dimudahkan urusan ku utk ke sana. Mmg ramai kawan2 yg pergi haji & umrah, lepas sorang, sorang. Hingga aku menitipkan pesan mendoakan aku agar dapat turut sama dijemput ke tanah haram. Alhamdulillah, berkat doa mereka agaknya, terkabul juga hajatku.

Sekitar akhir tahun lepas (2012), suami yg menjadi agen MAA Takaful, mem'promote' pelan Takaful Haji kpd staff gomen. Bermula dari situ, kami berbual2 ttg perancangan utk mengerjakan haji, dan terdetiklah niat utk menunaikan umrah dahulu. Kami mula buat survey ttg harga, pakej & tarikh yg sesuai. Oleh kerana kelas aku hanya berakhir pada 3 Mac 2013 (kertas terakhir peperiksaan sem 2), dan kandunganku akan berusia 28minggu pada 20 Mac 2013 (ibu mengandung tidak digalakkan menaiki kapal terbang pada usia kandungan lebih 7bln, 'stress' dan 'pressure' boleh menyebabkan kelahiran bayi pramatang), jadi masa yg sesuai hanyalah drpd 4 - 19 Mac 2013!

Hati kami masih berdolak dalik, mcm mana nak uruskan hal anak2, cukup ke duit nak ke sana, sempat ke nak pergi kursus, bersediakah zahir batin?? Mmg banyak persoalan dalam diri.

Pada penghujung Jan 2013, masa semakin suntuk, kami bulatkan hati, pilih agen umrah yg berdaftar, keluarkan duit simpanan, dan terus bayar habis. Kami memilih tarikh 8-18 Mac 2013, yg pada kami amat sesuai. Kami 'renew' passport, sediakan gambar visa umrah, dan suami mengambil vaksin pneumococcal, manakala aku diberi surat pengesahan doktor ttg kehamilanku utk dikecualikan drpd mengambil vaksin tersebut. Selesai urusan, aku mula berdoa setiap masa agar urusanku utk buat umrah ni dipermudahkan, visa diluluskan, dan tiada penangguhan penerbangan dsb. Aku berserah kpd Allah, jika ada rezeki ku, akan tiba jua aku ke sana. Tiada apa lagi yg aku boleh buat, kecuali berdoa.

Kami bagitau ahli keluarga ttg rancangan umrah kami, alhamdulillah semua memberi sokongan penuh.

Minggu terakhir bulan Feb, hatiku mula berdebar2. Hampir dua minggu sblm bertolak pada 8 Mac 2013. Aku perlu memohon cuti panjang & menghantar surat ke HR. Aku bagitau HOL, dan siap berpesan jgn bagitau org lain, takut2 kalau tak jadi pergi, malu le aku nak dtg ofis! Hehehheh.... Iyelah, visa masih belum diluluskan. Suamiku menghantar surat cuti ke sekolah anak2ku & mohon penangguhan ujian. Barang2 kelengkapan siap dibeli, semua last minute shopping. Kursus/taklimat umrah dapat pegi sekali aje. Terima kasih kat kawan2 yg sudi berkongsi ilmu, tips dan buku2. (Nak study pun dah tak senang hati, padahal tgh exams tu.... Entah apa result sem kali ni)

Dua hari sebelum tarikh bertolak, terima sms drpd 'travel agent' yg visa dah dapat dan 'flight schedule' telah ditetapkan. Alhamdulillah. Aku singgah klinik utk buat general checkup (nak pastikan tekanan darah pada paras normal), dan ambik ubat demam, selsema & batuk. Doktor sediakan surat pengesahan kesihatan 'fit to travel' jika aku ditahan di imigresen atau di 'departure gate'. Kami uruskan anak2 utk dihantar ke kampungku (mak aku jaga) dan kemudian, terus ke kampung mertua utk mengambil ibu/bapa mertua. Mereka yg hantar kami ke KLIA.

Alhamdulillah.. Hanya itu yg aku mampu zahirkan. Ibadah umrah ku mungkin kurang sempurna, tapi sisa yg ada harap diterimaNya. Manusia merancang, tapi rancangan Allah lebih hebat, aku bersyukur sgt2 perjalananku ini telah terlaksana. Lepas ni target utk pegi haji pula. Semoga dipanjangkan umurku, diluaskan pintu2 rezeki, dan dijemput sekali lagi utk menjadi tetamuNya. Amin ya rabbal alamin..

Saturday, March 02, 2013

Done with sem 2

Fuhhhh... Habis pun sem 2, setel dah exams for final paper pagi tadi... Boleh la aku pregnant & beranak dgn aman sekarang... Heh heh..

Kalau masa pregnant sebelum ni, aku elakkan minum kopi O atau neslo kesukaan aku, sebab nak kurangkan kafein dalam badan.. Tapi pregnancy kali ni, kopi O mmg wajib pagi2 minum secawan, dan malam secawan gak... Habis tu, nak study punya pasal... Kalau tak pekena kopi O, membuto ajelah keje aku kat ofis dan kat rumah.... Neslo? aku minum sekali sekala, aku tak tahan dgn nescafe, itu minum secawan pun boleh jaga sampai besok, boleh kena insomnia dibuatnya..

Oh, now that i've done my exams & all, aku nak kena list apa barang2 baby yg nak beli. Baju mmg wajib la, but not baby cot... Car seat kena beli... Hmmm apa lagi yek? Apa yg wajib ada???

Oh, am embarking an important journey next week, jika takde aral melintang, insyaAllah aku & husband nak pegi umrah... Semoga Allah permudahkan urusanku ini.... 

Sunday, February 03, 2013

Hi lil' one

I really thought three was enough, quite a handful if I might add :D

Hi lil' one, can't wait to meet you, welcoming you to our family.. Well, except k.ayu, she's still in denial, but don't worry, she'll love you eventually..

barely 3 months old (back in Nov 2012).. cer teka cer teka, 'hermoine' atau 'mat derih'? hehhehheh..

Progress: at 17 weeks, dah mula terasa baby bersilat, kungfu, muay tai semua ada, and now at 21 weeks, my perut dah rupa mcm org sorokkkan bola basketball dlm baju! Mari pegi shopping, I need new blouses & bigger pants! 

Friday, January 11, 2013

Grateful I am

A mug of kopi o panas 434 dan sepiring nasi sejuk lauk sambal sardin semalam, tersedia untuk dimakan pagi ini. Prepared by my hubby, for me. A simple gesture that makes my day brighter than ever!