Monday, May 26, 2008

unplanned

orang nak pegi bercuti, dia pun nak pi bercuti jugak. almaklumlah, cuti panjang; cuti hujung minggu bersambung dgn cuti wesak, ape kelas dok terperap kat rumah jek. ye tak?

aku dah berangan nak menyusuri pantai barat, ikut kuala selangor sampai ke lumut. ni semua gara-gara aku 'ter'pergi ke sabak bernam hari tu (JB2008). tapi, hubby pulak nak pegi pantai timur, nak singgah makan lauk tempoyak ikan patin kat temerloh.

jadi, lepas kemas2 rumah dan pack2 barang, kita duduk dalam kereta dan kita lambung duit syiling dulu. ke kuantan atau ke lumut? hmmm... kuantan pun, kuantan lah.......


mmr2 agak sesak. lupa pulak tak semua orang cuti hari sabtu. mmg sah le dah peak-hour, tengah hari buta, waktu orang balik dari pejabat. dekat sejam jugak la baru sampai terowong ni, sempadan negeri pahang.

sempena cuti hari wesak, aku pun cuti masak lah kan. heh heh. beli McD je, lunch dalam kereta. waktu ni je pun yg diorang senyap. kalau tak, bergumpal2 kat belakang nun.

keluar dari hiway karak, lalu jalan kampung ke kuantan. jalan biasa pun dah upgraded, banyak jugak dah jadik dua lorong. singgah kat gerai di pekan temerloh makan nasi dan ikan patin. not bad. ikan tak hanyir, rasa kuah tempoyak dia pun cair2 lite2 gitu. lepas makan, masuk balik jalan hiway.

huh! krem badan duduk lama2. iman, adik & ayu pon dah hyper semacam, dah boring sgt terperap dalam kereta. akhirnya lebih kurang pkl 5 ptg sampai gak kat kuantan. pusing2 carik bilik hotel yg kosong. hampeh! semuanya penuh! org s'pore pon ramai turun! ada yg book satu hotel konvoi satu kampung. nak buat camner, diorang pon cuti panjang gak. last2 pegi telok cempedak. bantai je la. terus check-in.

wuhuuu.... segarnya badan bila disapa angin laut yg sejuk lagi mendamaikan. anak2 aku bila nampak kolam mmg pantang la. pantang jumpa. ape2hal hantar beg dulu, tukar baju dan yahuuu... terjun kolam!

menu makan malam utk kami anak beranak: ikan (entah ape kenamanya) bakar, sup sayur dan ayam halia. makan sampai kembung. tak silap aku nama tempat ni tanjung lumpur.

heh heh. inilah hari yg penting bagi kami. 18 may. happy 7th anniversary :) mmg tak sangka la nak celebrate sampai kat kuantan sanun. bagus jugak surprise-surprise ni. maybe we should do this more often (if we have extra money to spend la). minus the kids. heh heh.


... bersambung...

Thursday, May 22, 2008

the result...

jeng.. jeng.. jeng... everything's all right. alhamdulillah.

my cholesterol level is fine, i scored high in HDL level (good cholesterol) and low LDL level (bad cholesterol), BUT (ni yg tak best ni) my trigylceride level (fats in blood) reached its allowed treshold value. i have to cut down my fat, carbohydrate & sugar intake. and do more excercises. (ye la, easier said than done :)

normally, people with high trigylceride level will also have high bad cholesterol, and lower level of good cholesterol. tapi, aku terbalik la pulak. but overall i'm ok. :)

here's an interesting article abt cholesterol and trigylceride taken from http://www.jeffnovick.com/

'Moreover, reduced levels of blood cholesterol permit arteries to relax and thus allow greater blood flow to heart muscle. The blood trigylcerides, commonly referred to as fats, are also related to an increased risk of coronary disease, a risk seemingly more pronounced in women than in men.

It is no surprise that cholesterol and tryiglycerides have assumed the role of villains, to be feared and disparaged. Unfortunately, too few people appreciate how important cholesterol and trigylcerides are to normal health and body function. For example, cholesterol is a building block for all the major hormones: estrogen, progesterone, testosterone, and other related hormones.

Cholesterol is also a building block for the bile acids that are essential to the digestion and absorption of dietary fat in the gut. Very importantly, cholesterol is a structural part of all cell membranes.

Fortunately, our bodies are able to manufacture enough cholesterol for their needs, even on a cholesterol-free diet (Seventh Day Adventists do just fine). Trigylcerides are also
important because they are the major form in which we store excess energy from excess food intake. Our fat cells contain mainly trigylcerides. This triglyceride is available to be used for energy in times of decreased food availability. We store enough fat in our fat cells to live without eating any food for at least two months, or to walk from Boston to Atlanta. Without fat cells we could not comfortably survive without food for any significant amount of time.

For the reasons above, it is clear that cholesterol and trigylcerides are necessary substances that must travel throughout the body to the many cells that need them. This can only be done through the body's transportation system, the circulatory system which carries red blood cells, oxygen, and numerous substances to all the cells in the body.

The LDL cholesterol particle is the so-called bad cholesterol particle (L stands for lousy ). It is considered bad because the cholesterol contained in this particle tends to be deposited on the inside of arteries where it can then accumulate to cause obstruction and possibly a heart attack.

This particle is considered the good particle (H stands for healthy or heavenly ). The HDL particle is considered good because it tends to pick up cholesterol deposited in the tissues, particularly the arteries, carrying it back for transfer to the liver from which the excess cholesterol is excreted. Thus the HDL cholesterol particle acts as a scavenger or cleanser. Because this particle tends to reduce cholesterol build-up in the arteries, more is better.'

nota tambahan:
lepas beria jumpa dietician and all, aku dengan berseleranya makan setengah keping roti canai telur dan setengah keping roti canai pisang for dinner.. so much so of healthy eating la kan. heh heh heh.

Tuesday, May 13, 2008

JB2008

Cuti 1 mei yg lalu, mak aku ajak pegi rumah abang aku kat JB. nak harap dia balik kampung atau datang rumah aku? haram...

ape-apehal, pegi main air kat swimming pool dulu. aku dah lupa nama tempat ni apa. btw, ini Hadeef. tapi sepanjang kitorang tumpang rumah dia, si Hadeef ni tak habih2 dgn otomen dayna.... otomen dayna... siap fire orang tu!
yang bestnya, takde sapa pun kat sini. kitorang je satu family. hahahhaha. bagaikan ini swimming pool, aku yang punya... hahahhahahah. aku pon best jugak la berendam dan main gelongsor air. wuhuuuuu.... dah lepas penat mandi, kita makan.

ni kat danga bay. dulu danga bay ni hutan kayu bakau jek. sekarang dah ada macam2. ada kedai2 makan, ada kawasan permainan, ada mini zoo. ni gambar anak2 aku kat kandang arnab.

Ni dinner kat rumah limas batu pahat, danga bay. duduk kat anjung, makan sambil bersila. lauk dia ok, not bad. ayu dah terbaring masa ni, demam pulak dia.

bercuti punya pasal, aku lupa aku kena pegi site hari isnin. site ini kat kg banting. tapi bukan di banting, tetapi di sabak bernam. jauh giler. berpeluh2 aku berpanas dgn pakai baju kurung. huh!

ini anak kak ipar aku. lahir sehari sebelum 1 mei kat pusat perubatan kg baru. nama dia Ahmad Irfan Addin. Hopefully i got it right. memula aku dengar irfan iddin, lepas tu irfan aidil. heh heh.

wuhuuu... cupcakes lagi. yg ni pun sedap, sebijik rasanya mcm kek yg bai jual roti jual petang-petang tu. senang aje resepinya; 1 cwn tepung gandum, 1 cawan tepung kastard, 1 cawan gula. yg lelain aku tak ingat la pulak. heh heh... but, this is definitely a keeper.

ada kerusi tak mau guna. nak jugak korang melutut kat meja tu. apehal la. bila tengok sekali lagi, macam tengah prektis shoalin kungfu pun ada jugak.

sejak bila pulak aku ada anak kembar siam ni? hmmm.. hmmmm... ayu's holding her new pink rabbit. apesal bila besday budak pompuan je dapat hadiah anak patung?

Monday, May 12, 2008

health screening

dah dua minggu aku carik sijil tadika aku. konon2 nak scan dan letak kat post sebelum ni. tapi, balik2 aku jumpa sijil diploma dan degree aku. takde maknanya. sijil tadika la best sebab ada taruk gambar aku yg comel itu. heh heh.

padahal tahun lepas, aku carik sijil degree aku mcm nak rak, tapi sijil tadika aku je yg muncul. angin tau! mungkin inilah namanya hukum karma.

dah, tukar cerita lain pulak. sabtu lepas aku dgn husband gi buat health screening kat gleneagle intan. aku rasa mcm jadik bahan eksperimen aje. kena tekan, picit, cucuk semua ada. aku pasrah aje lah.

banyak procedure biasa-biasa jek; check mata, telinga, ambik darah, sample air kencing, check tekanan darah, nadi segala. tapi yg luar biasa pun ada gak.

ni first time aku gi check pendengaran kat bilik audio yang kedap bunyi. aku pikir, aku mmg ada masalah sound trouble atau pekak bunyi. kadang2 orang sebut lain, aku dengar lain. setelah diperiksa.. hmm... telinga aku sihat walafiat je, bersih, gengedang telinga ok. pressure dalam telinga pun ok. mungkin masalah pekak tu berpunca dari aku sendiri yg tak fokus kot.

lepas tu buat stress test. yg ni kena berjalan atas treadmill. walaupun kelajuannya dah bertambah, ikutkan hati nak je aku lari2 anak. tapi, nurse tak bagi. dia suruh jalan laju2 dan besarkan langkah. mcm nak krem pulak kaki aku. akhirnya, aku berjaya tamatkan test ni dgn cemerlang dan berpeluh2. heh heh.

last sekali aku buat ulrasound, utk bahagian abdomen, breast dan ketiak. boleh nampak gambar ginjal, perut, pundi kencing, nodus limpa, ketulan lemak dan macam2 gambar lain yg aku tak tau. aku harap2 semua ok la. susah gak kalau organ2 penting dalam badan ni sakit. bukan ade jual sparepart kat kedai2 yg jual organ mainan tu kan?

minggu depan aku ada appointment dgn doktor utk bincang resultnya secara details. wish me luck.