Thursday, May 31, 2007

macam-macam adik

budak-budak zaman sekarang memang terer. they have more vocabs than i did when i was at their age. they know the differences between violin and cello, trumpet and french horn, guitar and banjo. aku dulu? setakat tau apa itu gitar (bapak aku ada gitar, dia gantung kat dinding buat perhiasan. bila abang aku dah meningkat remaja, barulah abang aku yg main gitar tu. dia mmg terer main gitar. aku pon belajar sikit-sikit sampai hujung jari aku kebas. tapi aku tak teruskan sebab tak faham konsep kod dia), recorder, dan alat-alat muzik yang digunakan masa sekolah rendah. bila masuk sekolah menengah baru tau banyak sikit sebab sekolah aku ada band sendiri.

anak-anak aku juga minat bowling dan snooker. setakat ni diorang dah ada tiga set bowling. dua set dah pecah. aku hanya tau pasal bowling masa dah lepas SPM. first time main bowling masa reunion kat ipoh dengan kawan-kawan sekolah back in 1995/1996 mcm tu lah lebih kurang.

lepas tu anak-anak aku pon obsess dengan recycle. ni yang buat aku musykil. apa yang menariknya dgn recycle, aku pon tak tau. tapi bagus jugak, kena la pupuk mereka jaga alam sekitar dari kecik. kalau sampah menimbun kang, diorang gak yang susah.

and their latest craze? reading the signage. since the day i told them, 'gambar bulat merah berpalang' means NO. iman cerdik sikit, lagipun dia dah pandai baca, jadi dia punya tafsiran tu selalunya betul.

adik pulak main hentam saja. heh heh. contohnya..

no seven?
NO seven.


no jentik asap?
NO jentik asap.



omi dengan abah?

omi dengan abah.

Friday, May 25, 2007

new banner

cess.. bersusah payah gak nak tukar banner kat header atas tu. punyalah nak perfect sampai kena tukar the whole layout. ada sesapa tau the exact size for the header sebab image nampak besar sgt la... help!

Friday, May 18, 2007

the sixth year

forever..wow! dah 6 tahun rupanya usia perkahwinan kami. macam tak percaya. macam baru je nak kenal hidup berdua. sekarang ni dah berlima. wow! :)

i pray for kehidupan yang penuh barakah, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan yang baik-baik. may our love for each other keep going stronger year after year after year...

Monday, May 14, 2007

don't goob'ed urself

aku suka gak tengok wayang sekali sekala. i don't do it frequently sbb banyak movie yg takleh ngam dgn jiwa. i avoid anything related to thriller, citer hantu, tembak-tembak. u got the idea.

tengok movie ni banyak faedahnya. it'll make we reflect who we really are inside. for example, take spiderman3. bencinyer tengok si peter parker yg perasan bagus, boasting giler, sampai si mary jane kecik ati. tapi, aku pon pernah gak berlagak bagus, cuma tak de la selalu. hanya bila aku penat jadi seorang pendengar. afterall, everybody has something to boast about, kan?

then, cerita meet the robinsons pun best jugak. it gives you choices between lewis, the famous inventor, or goob, the bowler hat guy. memang la kita bukannya semua ada bakat nak jadik saintis, but we can always create happiness by choosing the right path, bina hidup yang lebih bahagia bersama keluarga tercinta. goob, in other hands, is not a bad guy afterall, he just can't let go of his grudge and hooked with a bad company. this remind me of kronk (a character from 'the emperor's new groove'), macammana dia boleh jadik sidekick si yzma pon aku tak tahu. tapi mmg kelakar la mamat ni. heh heh. he can cook, he can speak squirrel, an athlete and a scout yg lurus bendul, tapi jadik henchman to an evil yzma. ha ha ha.

so, kesimpulannya, if the emperor kuzco, who has the entire nation under his feet and the universe revolves around him, can change to a better person, why can't we?

(this post is far from what i've planned to write in the first place. hentam sajalah labu..)

Friday, May 11, 2007

imagine

adik has transferred his energy from being so hyperly physical into drawing or playing alone, tweaking with his imaginations.

kalau dia melukis, mesti dia melukis sambil bercerita sendiri. his drawing's simple and fast, so obsessed sampai air liur meleleh, creating a little stream down to his neck and flooding his collar.
kalau dia bermain sendiri, dia suka berangan jadi polis while driving a police car or playing with his trucks/cars atau jadik chef. ada sekali tu dia tgh main lori, scooping a handful of imaginary sand with his hand, dia akan buat mcm tractor bajak cedok pasir ke lori. lepas tu dia biarkan lori dia idle tgh alam. after a while, iman lari-lari lalu langgar truck tu. dia punyalah marah sbb 'pasir' dia tumpah. crying angrily he scooped back his imaginary pasir yg tumpah tu, back into the truck! when i asked, 'dik, tu ada pasir lagi la', he answered, 'takde lah, dah habih dah'.

kalau dia jadik chef, he'll take an order dan konon2 pegi masak kat coffee table. siap ada bunyi 'click' to fire up the stove. entah apa dia buat, sambil bercakap sorang diri, tetiba jek datang sambil menatang whatever dishes he whipped up on his imaginary big plate. 'omi, ni pizza. panasss. tiup dulu omi'. i usually will play along, buat-buat makan sambil tiup-tiup dulu. then i'll order a drink. biasalah lepas makan kenalah minum air, kang tercekik pulak. sepantas kilat adik datang, air robina katanya. terpaksa le buat-buat minum sedut air guna straw ke apa. datang pulak si ayu. she observed the whole scene and suddenly shoved her tiny fingers into my mouth! ayooo... please, tangan dah le tak basuh, and i dunno what other things she touched with them, lagi mau sumbat dalam mulut omi. tau le ayu tu makan bersuap, dia pulak nak suap orang lain. hampessss....

oh yek, lagi satu perangai adik yang jauh beza dari abang iman ialah dia ni pergerakannya amat pantas, secepat kilat, tapi amatlah peramah. iman kalau jumpa orang, mmg menyorok kat belakang bontot omi or abah, sampai kita pulak jadik geram tengok perangai dia. adik pulak, mula lah sengeh-sengeh nak tarik perhatian orang. dia punya pembuka topik, tak lain dan tak bukan mesti pasal pastol, sanapang dan main prang-prang. adik's very confident and outgoing while iman's quite reserve dan lebih berhati-hati.

ayu? setakat ni dok buat lawak selamber dia je la. dan sekarang dia tengah belajar cakap guna dua ayat atau lebih - kekadang faham gak apa dia sebut, kekadang tu tah hapa tah, iye kan je la.


[off topics] i'm changing the above header with an image, tapi mcm ada borderline la.. camner nak delete eh?

only in KK?picture spotted in KK. apa yang kaki masam tu?

Friday, May 04, 2007

pasir gudang

we went to pasir gudang last long weekends to visit my brother there. teruknya jalan dia, bersopak-sopak! on the 2nd day we went to tenggaroh pulak, nak pegi tengok si hadeef. dia baru pandai jalan. masih terkengkang-kengkang lagi.

ayu & hadeef






Luft Hadeef will celebrate his first birthday this coming 11th May 2007 (or is it 10th? lupa la pulak)

HAPPY FIRST BIRTHDAY HADEEF!






and here's some more uncategorised photos:

adik tulis ABC terbalikadik tekun menulis. but most of the numbers and letters are in the mirror-image forms. click to view larger image.






adik tulis 123 macam tulisan zaman mesir purbaABC dan 123.








peh! sedapnyer.. bau sampai ke sini.
inilah rupanya gulai ayam yang enak di makan bersama nasi atau jemput-jemput/cekodok. cukup pedasnya, cukup santannya, cukup serainya, dan ada letak daun kunyit yang harum menusuk kalbu... yummmyyyy....


muka cuak kena marah

[caught red-handed] tengok tu!! tak boleh orang leka sikit. patutlah senyap kat dalam bilik. rupa-rupanya selongkar beg abah dan main cotton bud yek.


adik lukis bunga. kat daun dia ada ulat

This is one of adik's creation (gambar bunga, kat daun dia ada katerpilar). he has vast imagination. sambil lukis sambil bercerita. Ada sekali tu adik lukis mama dengan baby dia pimpin tangan. lepas tu adik lukis kereta banyak. lepas tu kereta tu langgar. POM! sebijik macam iklan kat dalam tv yang suruh ibubapa pimpin anak-anak semasa melintas jalan.