Monday, September 08, 2014

makanan berkhasiat

ahh... bab makan ni mmg aku lemah sikit... kalau boleh semua aku nak telan... tapi nak buat mcm mana, kenalah jaga kesihatan.. umur dah bertambah bersenam pun malas... huhuhuhu...


ok, the first to go ialah susu pekat manis. Aku ok jek sbb dari kecik family aku jenis minum kopi o dan teh o. Husband aku plk terbalik, mmg family jenis minum teh tarik dan kopi susu! Setelah ku pujuk2 dan cerita betapa tingginya kandungan gula dlm susu pekat.. akhirnya dia mengalah. Sekarang aku minum kopi kosong, husband aku minum neslo kosong dgn susu uht. Oh, oleh sebab susu pekat takde, kami ganti dgn susu UHT.. anak2 pun minum milo + susu UHT. pelan2 nak tukar fresh milk lepas ni.

yg ke-2, fast food burger. McD ialah restoren makanan segera yg pertama kami boikot. Dah bertahun kot, sebelum kecoh org ramai boikot McD lagi. Sebenarnya kami boikot pasal burgernya yg dah  tak sama mcm dulu2, dagingnya makin kering & nipis, tak sedap! Baik beli burger Ramli je kannn... dan kentang goreng @ french fries nya pun rasa semacam. Lepas makan rasa mcm ada lapisan minyak lekat kat lidah & lelangit. Aku taktau apesal org lain sedap je makan french fries McD ni... aku mmg dah takleh terima 'after-taste'nya tu... well, ikut tekak masing2 kan....

yg ke-3, hot dog dan nugget. Haiyohhhh.. lepas tengok youtube tunjuk mcm mana nugget & hotdog tu dibuat, terus rasa loya... entah hapa2 'filler' yg diletak dalam tu.... this is NOT food okehhhh.. sila jauhkan drpd anak2 anda!

yg ke-4, marjerin.... marjerin ni patutnya mmg lah sihat sbb diperbuat drpd minyak tumbuhan. Tapi yg buat tak berapa sihat sebab bahan2 campuran dalam tu, dan proses mcm mana dia nak bekukan marjerin tu.. Jadi, kami tukar beli pure butter. Cuba bandingkan bahan2nya. pure butter guna 3 bahan aje, yg marjerin sampai 10 jenis... yup, less is better. Memanglah butter ada kandungan lemak tinggi, tapi kita bukan nak hadap satu buku butter sehari.. Kita nak buat sapu2 kat roti je kan...

yg ke-5, minuman yogurt. Anak2 aku suka makan calciyum. Yg ni sebab doktor bagitau, yogurt bagus, tapi beli natural yogurt, campur buah2an sendiri. Minuman yogurt sedia ada tu kandungan gulanya terlalu tinggi! Jadi bermulalah projek frozen yogurt kat rumah tuuu... beli natural yogurt, blend dgn buah2an (lebih banyak lebih sedap). Tambah gula sesudu dua utk kurangkan masam. Tabur buah2an lain sebagai 'fruitbits', siappp.. Khasiat yogurt ada, khasiat buah2an pun ada... '2-in-1'.. takyah risau kalau anak2 takmo makan buah2an, buat aje gini, confirm diorg suka! 

Bukan kami tak makan langsung kat luar, mana sempat nak masak kadang2 tu... tapi kalau boleh mmg nak elakkan makanan segera.. Lagipun, pilihan lain banyakkkk... Ikan bakar ada, nasi arab ada, nasi campur ada, tomyam ada, paling tidak nasi kandar & capati... macam2 jenis makanan ada... cuma kena pilih utk sihat!


kisarkan natural yogurt + strawberi

gaul sekali dengan anggur tanpa biji.. sejukkan atau bekukan