Wednesday, December 24, 2014

hal ke tingkatan satu

hahahah... Aku & laki aku sungguh naif... Kami ingatkan senang nak uruskan anak masuk sekolah menengah... Rupa2nya lagi keliru dan bercelaru! huhuhuhu.... 

Pertama sekali, ibubapa perlu peka dgn sistem yg sentiasa berubah. Org bagitau kita gini gitu, tapi itu kes tahun lepas atau tahun dulu, tahun ni lain plk caranya... hahahha... Jadi, kena rajin google, check the relevant websites, ask around, buat pakatan dgn ibubapa lain supaya kita tak ketinggalan...

Utk anak negeri Selangor, permohonan masuk ke SAM, Maahad Tahfiz dan sebagainya perlu melalui sekolah agama (SRA). Jgn segan dapatkan borang sekolah yg ingin dipohon di pejabat agama daerah masing2. Kalau taktau boleh kontek terus pejabat agama di Shah Alam. 

Utk permohonan SBP kena melalui sistem online sahaja. Ini sangat senang. Aku suka! :)

Utk permohonan sekolah2 khas, pun perlu melalui sistem online jugak (sistem lain), tapi borang kena print dan hantar ke sekolah rendah anak utk pengesahan (ikut arahan dalam sistem tersebut).

Setiap sekolah rendah mmg akan assign siap2 murid2nya ke sekolah menengah yg tertentu. Anak kita akan dibekalkan dengan borang pendaftaran sekolah menengah tersebut. Pastikan kita daftar anak kita ke sekolah menengah itu dahulu, w/pun kita confirm nak hantar ke sbp, mrsm, sekolah private ke apa. (utk kes anak aku, kami terlepas seminggu daripada tarikh mendaftar kerana salah informasi... huhuhuhu... kelam kabut pegi sekolah utk selesaikan urusan pendaftaran!)

Yg kedua, check status sekolah rendah anak. Kalau sekolahnya berada dlm lokasi bandar, peluang nak dapat masuk SBP mmg nipisss... Panggilan pertama mmg susah nak dapat. Kena buat rayuan, dan tunggu utk panggilan berikutnya. SBP mengutamakan murid-murid daripada sekolah luar bandar. 

Ketiga, permohonan ke mrsm hanya dibuka selepas keputusan upsr keluar. Bawa slip keputusan ke pejabat mara utk dapatkan nombor pin. Gunakan nombor pin tersebut utk membuat permohonan online. Pastikan keputusan anak ialah 5A, lain2 keputusan tidak akan dilayan kecuali ada kes terpencil atau ada kabel besar (heheheh... biasalah kan)

Mengikut taklimat daripada mara, kementerian pelajaran akan menapis dulu murid2 yg akan ditawarkan ke SBP. Mana2 murid yg namanya tiada dalam senarai SBP, baru diserahkan ke pihak mara. Ini untuk mengelakkan nama bertindan i.e. sorang murid dapat banyak sgt offer sana sini.

Bila digabungkan fakta2 diatas, fahamlah aku mengapa mrsm sekarang penuh dengan anak2 bandar, dan kebanyakkannya daripada keluarga berada.... peluang & rezeki masing2 kan...

Ok, sambung balik. Ke-empat, cuti sekolah jangan pergi jalan jauh2 sgt sebab seawal dua minggu cuti sekolah tu, dah dapat panggilan temuduga, terutama utk sekolah2 tahfiz seperti sbpi rawang, mrsm gemenchih, maahad tahfiz... mmg confirm ada ujian bertulis dan ada ujian hafazan. 

Oleh kerana aku tak apply pun mrsm, aku takleh nak komen lebih2. Tapi utk SBP, keputusan permohonan akan diberitahu secara online. Dan utk sekolah agama Selangor, surat tawaran diberi melalui SRA.

Kesimpulannya, utk perancangan anak masuk ke sekolah menengah, sediakan plan A, plan B dan plan C... Kena ingat, anak kita dapat 5A, anak org pun dapat 5A.. anak kita PSRAnya mumtaz, anak org pun mumtaz jugak, lagi tinggi plk peratusnya!! hahahah... yup, it hits us hard... dah la applied pun sekolah2 area lembah klang je kan, very high competition tu.. lagi nak letak harapan tinggi.... hehehehhe... bukan apa, kami pikir senang nak uruskan kalau dekat.. tu yg takmo hantar jauh2. Takpelah, sekolah aje lah mana2... if you are good, you are good :)