Tuesday, October 30, 2007

cracked heels

alamak! tumit aku dah pecah-pecah! bagaimanakah ini boleh terjadi? cess.. over la pulak. aku mmg hari2 dok menyental tumit dan sapu losyen. ini petua dari mak sedara aku, diorang yg suruh aku amalkan dari kecik2 lagi. diorang sental guna berus sabut. aku tak sanggup sebab sakit, so guna span mandi jek.. heh heh.. adakah ianya tanda2 penuaan? atau hanya isyarat yang badan aku kekurangan air? why?? why??

aku cuti hari ni, sebab nak jaga ayu yg muntah-muntah dan cirit birit sejak malam tadi. every 2 hrs or so, kalau dia tak muntah, dia cirit. aku tido disulami aktiviti-aktiviti mengangkut dia ke bilik air, bersihkan apa2 yg patut dan last2, bila dah subuh tu, aku terlentok kat kerusi depan tv. itulah tido aku yg paling nyenyak, sebelum adik kejutkan aku sebab dia nak mandi, nak pergi sekolah. aku terkejut gak la, bukan sebab dia kejut, tapi sebab dia bangun sendiri, dan dia sendiri yang nak mandi dan nak pergi sekolah. yup! the regime finally stucked in his subconcious mind! yahuuu...

aku rasa ayu ni jangkit dari adik, sebab ahad hari tu adik kena muntah2 dan cirit2 ni jugak. tapi cepat gak la dia recover sebab mlmnya dah ok. tak sangka ayu yg kena pulak.

aku kesian gak tengok si ayu, bila dia muntah tu, kekadang keluar air masak, kekadang macam tak keluar apa2, angin je kot. sampai dia jadik semput, takleh bernapas. tapi, kalau dia cirit lagi kesian. pedih bontot dia asyik berak dan cebok. sampai nangis2 la pulak. tapi kalau dia cirit, takde la kotor kat mana2 sebab dia pakai diaper. kalau muntah pulak, sesuka ati je dia nak muntah kat tilam la, bantal la, kusyen la, walaupun aku dah tadahkan besen kat mulut dia.

hmm.. aku nak tulis lain sebenarnya, apesal jadik topik ni pulak? hantam sajalah....

11 comments:

  1. ada tu losen untuk tumit tu.., selalu masuk iklan dia kat Hindi power.. apa nama ek? tak hengat ler..

    ReplyDelete
  2. siannya kat ayu.... mesti lembik lps muntah.... make sure jgn smpi dehydrated..

    cracked heel...? besa la tu kot... dah mencecah 30an.. hehe.. sapu ubat tu.. x ingat nama dia.. tp brand scholl.. boleh kot cari kat pharmacy or kedai kasut

    ReplyDelete
  3. kita pakai krim tutup kaler oren tu, ape ek nama dia?

    oh, jaga anak demam ok lagi dpd dia muntah2 n cirit-birit.

    kalau ada tanda2 tu, saya dah bawak gi klinik dah, soh doc bagi ubat paling mujarab.

    ReplyDelete
  4. ooo yang 'tin hijau tudung kuning.. tin hijau tudung kuning' tu?

    ReplyDelete
  5. maksu> susah aa jadik org pompuan... krim/losyen dah bermacam jenis.. muka lain, utk tangan lain, badan lagi.. tumit pun kena ada jugak ke?

    ira> ayu dah ok... cuma mengada2 dia tu belum hilang lagi... over tau budak sorang ni..

    wan> allgon ke allgy? heh heh.. entah apa nama... nanti saya carik kat farmasi..

    taiko> tu buah hati mak yang tin hijau tudung kuning tu la..

    ReplyDelete
  6. huhu berbulu telinga kalo dengar iklan tin hijau tudung kunen tuh..

    ReplyDelete
  7. tenno> bakteria jahat mmg boleh berjangkit melalui udara... atau, diorang makan makanan yg sama.. which is so very likely.. heh heh...

    wan> iklan yg tah hapa2...

    ReplyDelete
  8. syik> kena rajin buka radio era atau sinar.

    wan> tepat sekali! heh heh..

    ReplyDelete