Thursday, September 27, 2007

kek coklat kukus & puasa

apesal kalau masa tengah berpuasa, kita suka cerita bab-bab makanan yek? aku pun sama. hari ni aku nak cerita pasal kek dan nak kongsi resepi kek yang mudah. kalau aku boleh buat, korang pun pasti boleh buat jugak. heh heh...

aku ingat lagi, first time aku buat kek ialah masa kelas amali ERT (ekonomi rumah tangga), subjek yang wajib kena ambik kat sekolah dulu. kelas amali pertukangan pun aku suka sbb dapat gergaji kayu, ketuk paku guna penukul besi, skru guna pemutar skru. aku nak try buat kat rumah, bapak aku tak bagi la pulak. nasib baik kat sekolah boleh. kelas amali jahit-menjahit aku tak berapa gemar, tapi aku boleh la jugak menjahit serba sedikit. terima kasih cikgu ERT!

oh, berbalik pada kelas kek tadi. cikgu yang ajar kelas memasak ni ialah Pn Rosnani, atau kami panggil 'mak nani'. orangnya kecik, putih molek, tapi suara garang giler. rambut dia buat style sikat kebelakang dan bersanggul satu. dia selalu pakai baju kurung moden. dia ada ajar jugak masak lauk pauk, tapi tu aku tak heran sbb mak aku dah ajar masak lauk pauk kat rumah. yg paling aku teruja bila dia ajar masak kek!

kek pertama yang aku buat ialah sejenis cupcake, namanya kek permaisuri. caranya senang la jugak, takyah pukul bantai butter tu, tapi kita 'rub between fingers' butter dan tepung sampai la campuran bahan-bahan tu jadik 'breadcrumbs'. lepas tu campurkan telur, gula dan air, bakar. baunya amat menyusuk kalbu! bangga giler bila jadik. boleh pass kat kawan2 kat dorm (yang mmg sah kebuluran walaupun baru lepas lunch). ada sesapa tau resepi ni tak? menyesal jugak la tak simpan buku resepi ERT tu elok2.

lepas tu, projek kek aku bermula masa aku kat UK. masa tu memandai2 je nak buat kek pisang. entah sapa punya resepi, pidah ke k.yatie? lupa lah pulak. tapi percubaan pertama separuh berjaya sbb yang aku pegi tuang semua adunan dalam satu loyang tu sapa suruh? habih mende tu membuak keluar. percubaan kedua dan seterusnya berjaya. bila balik m'sia aku dah tak buat kek pisang ni sbb boleh dapat kat pasar malam dgn harga RM3 sahaja. tak berbaloi rasanya nak bersusah payah buat sendiri.

dan lepas tu, aku beli oven, konon2 nak buat kek yang sedap2. tapi tak jadik, asyik bantat jek. sampailah aku jumpa resepi kek coklat kukus ni. dah beberapa kali aku buat, mmg sedap! so, di hari baik, bulan baik ni, aku pun nak share resepi KEK COKLAT KUKUS. resepi diambil dari internet - samada resepi.net atau kat forum cari, aku lupa. but thank you very much whoever you are.

ok, puan-puan. mula-mula, cairkan 1 + 1/2 butter dalam periuk besar dgn api yang perlahan. bila butter dah cair, tutup api. kemudian, tuangkan 1 tin susu cair, dan kacau sampai sebati. masukkan pula 2 cwn gula dan 1 sudu teh esen vanilla. kacau sampai gula larut.



pukul 4 biji telur hingga kembang sedikit. masukkan dalam adunan butter, kacau lagi.

ayakkan 2 cawan tepung gandum bersama 1 cawan serbuk koko, 1 sudu teh baking powder dan 1 sudu teh soda bikarbonat. masukkan campuran tepung dalam adunan butter dan kacau sebati.






tuangkan adunan dalam 2 loyang, separuh penuh. tutup dgn aluminium foil. kukus 1 + 1/2 jam.






sambil-sambil tu, boleh basuh baju, lipat baju, tengok tv atau tido. tapi kalau tido jgn lupa kunci jam ke apa. kek ini tidak akan rentung kalau terlebih masak, tapi dapur anda akan rentung kalau air kukus tu kering. heh heh.

jangka waktu penyediaan adunan adalah kurang 30min. aku je buat berejam-jam. sbb baru nak cairkan butter dah ada suara2 bingit yang nak susu la, nak milo la, nak roti toast la. lepas tu, baru nak campur adunan tepung, ada pulak yg nak baca buku, bergaduh, nak tido, nak itu nak ini.

oh, sambil menunggu kek tu masak, kita buat topping dia. kalau nak buat topping coklat keras, cairkan saja kepingan coklat guna double boil. lepas tu tuang atas kek. kalau nak topping coklat yg moist, mcm ni caranya.

tuang 1 tin susu pekat manis dan 1/2 cawan minyak jagung (minyak masak/sayuran lain pun boleh) dalam periuk. masak atas api perlahan, kacau hingga sebati. tutup api. masukkan 1 bar cooking chocolate yang telah dipotong2 kecil. kacau hingga coklat larut.







inilah rupa kek coklat kukus yang dah masak. cuba cucuk dgn pisau kat tengah2 kek tu kalau bersih bila kita keluarkan, ertinya dah cukup masak la tu.




curahkan topping coklat atas kek. jangan lupa bahagikan dua, sbb ada dua loyang kek. tutup balik, biar kek sejuk. lebih afdal biarkan semalaman, sbb topping coklat ini akan menyerap ke dalam kek, dan menjadikan kek bertambah moist, sungguh chocolatey sekali!



bila dah sejuk, simpan kek dalam bekas kedap udara dan kedap serangga kecil seperti semut, tak payah simpan dlm peti sejuk, nanti hilang la moist dia tu.

kalau rasa kek dua loyang ni banyak sangat, jgn ragu-ragu utk beri kat jiran-jiran dan kenalan anda. amat sesuai untuk mengeratkan lagi silaturrahim, lebih-lebih di bulan yang mulia ini.

selamat berpuasa!
yummmmmy! teramatttttlah sedapnyaaaaa!!

8 comments:

  1. nak kena taruh dalam bekas kedap bebudak gaks ker

    ReplyDelete
  2. maksu> rumah saya banyak semut... tu yg kena letak dalam bekas kedap.. kalau tak, tak pasal2 ada extra topping nanti.. heh heh...

    wan> kalau jadik nanti, bagitau yek..

    ReplyDelete
  3. hai...topping coklat tu kena curahkn terus ke atas kek yg dlm loyang tu ke?lgi satu,x yah tnggu kek sejuk baru curahkan topping ke?

    ReplyDelete
  4. kek yg 2 loyang tu dikukus serentak ke dalam satu kukusan tu..?I blum pernah try,takut 1masak n 1 kurang masak...

    ReplyDelete
  5. anonymous> sorry le, tak perasan ada soalan di sini... ha'ah, saya curah je topping masa panas2 tu, malas nak tunggu2... dan, ha'ah lagi sekali, saya kukus serentak dua-dua sekali. so far, ok je dua-dua masak elok.

    ReplyDelete
  6. sist, nampak cam menarik...nnti nak cuba la..:)

    ReplyDelete
  7. yup, sila cuba. mmg tak rugi... sedap kek ni :D

    ReplyDelete