iman, adik dan ayu sekarang kat tangkak. kecik-kecik lagi dah masuk asrama. kesian diorang. takpelah, sementara jek. we really need some time out. we need to sort out our plan, THE future plan. aku pulak, nak kemas rumah, setakat ni baru dapat clearkan almari baju. 50% baju yg bergantung tu tak bersentuh like years ago. mmg sesuai utk di buat kain buruk (yg jenis cotton), bagi org (yg masih elok) atau buang saje kat tong sampah. lepas tu nak bersihkan almari serba guna yang digunakan untuk menyumbat segala barang2 seperti alatan pertukangan, buku2, majalah2, toys, dan entah apa bende. setakat ni aku dah kenalpasti beberapa bende nak bagi kat orang, iaitu tempat sangkut baju, rak pinggan dan playpen. nanti aku letak gambar. sapa nak angkat tangan yek, dan ambik sendiri kat puchong. lepas tu operasi kat dapur. macam mana pinggan mangkuk, bekas plastik boleh beranak pinak dalam kabinet tu yek? bila masa pulak diorang mengawan?
dan projek aku yang seterusnya, nak menajamkan skil menjahit baju yang pernah aku belajar masa kelas kemahiran hidup dulu. setakat jahit langsir, mmg takde masalah. ni nak buat baju pulak. dulu aku berjaya gak buat sepasang baju sendiri. lepas tu dah tak buat dah. ni aku nak cuba jahit baju kurung untuk ayu. (progres: malam tadi dah potong kain ikut pola). yakin boleh!
oh, thanks to myGFL site. kat sini ada tunjuk cara-cara nak buat baju kurung, baju melayu dan baju kebaya untuk sesiapa yang nak belajar.
Quotable Quotes:
adik: apesal lipas berak?
(right after i whacked a roach with a rolled paper)
ayu: ni ayu nyerrr!
adik: ni adik punye!
ayu: ayu nyer!
adik: adik punye!
ayu: AYU NYER!
adik: ADIK PUNYE!!!
ayu: adik nyer????
adik: ha'ah, adik punye.
ayu: oooo.... adik nyerrrrr.....
(kalau macam ni selalu kan bagus. setel masalah)
hai... assalamualaikum. mak su pun ada hati nak menjahit, masa tunggu spm belajar menjahit, tapi tak pernah praktis. rugi kan?
ReplyDeletehai.. waalaikumsalam maksu,
ReplyDeleteni kira maksu lagi terer la dari saya, sbb betul2 gi belajar, saya ni kena paksa belajar.... heh heh... ni saje je saya try2 buat sementara bebudak kat kampung. kalau tak, toksah harap laaa.... heh heh..
ayu tu yang kecik kan? dia pulak mengalah?
ReplyDeleteha'ah, ayu yg paling kecik. kalau mood dia baik, dia mengalah le.. kalau tak, dia gigit atau tarik rambut abang dia! garang minah sorang ni.
ReplyDelete