Thursday, December 27, 2007

CH

ini ialah pemandangan dari ladang BOH sg. palas. perjalanan dari tanah rata ke sini lebih 2 jam sebab jalan jem. dah le cuaca panas. kereta gerak mengengsot-engsot sebijik mcm jem kat mrr2. kalau setakat nak tersangkut dalam jem, takyah le kitorang datang jauh2 naik bukit turun bukit utk sampai ke sini. hampeh!

walau bagaimanapun, aku puas hati dapat bercuti bersama keluarga kat sini. (minus the traffic jam dan org ramai bersesak2.) CH dah tak sesejuk dulu. cuma waktu malam masih sejuk hingga menggigil tulang sum sum aku. nak pijak lantai pun sejuk. brrrr...

aku tak minat strawberry. masam! strawberry salut coklat pun masam. adik suka makan strawberry. dia kata macam grapes. adik juga suka makan durian. mcm mana dia tahu pakuda dan makngah dia kopek durian entah, sebab tetiba aje dah bersila kat tepi sambil makan sebiji demi sebiji. adik juga suka makan rambutan. walaupun kat tangan dia ada satu plastik penuh buah rambutan, dia tetap nak merampas rambutan dari plastik uwan dia. entah apa perangai budak sorang ini.

yey! dapat tshirt CH sorang satu

and the kids got lots of toys.

7 comments:

  1. Bercuti @ CH rupanya!

    Borong teh tak? Segala macam perisa kat kedai souvenir Boh tu.. :)

    ReplyDelete
  2. weehuuuu. cuti di ujung tawun.. bestnyer

    ReplyDelete
  3. huwaaa..bestnyer cuti..., my cuti cancelled due to my condition yang xleh travel jauh...btw, ayu comel tak tahan ah....rasa nak gigit2 jer dia...

    ReplyDelete
  4. wan> beli instant tea aje. tobat dah nak beli teh berperisa tu. dulu beli, simpan je sampai expired. heh heh.

    maksu> best. best. saya cari gak pasu yg menyembunyikan muka maksu. tapi tak jumpa la. heh heh.

    ya-ummi> salam tahun baru. :)

    b> ye ke.. kena cari tempat bercuti yg dekat2 aje kalau gitu. btw, berani la nak gigit ayu, kena tembak karang.... heh heh...


    happy new year all! semoga bertambah murah rezeki di tahun 2008!

    ReplyDelete
  5. puas la aku fikir CH tu apa.. cameron highland rupanya.

    apa pemalas benor ko nak menaip cameron highland ni ?

    ReplyDelete
  6. tenno> panjang sgt la nak taip. tak kose aku!

    ReplyDelete