Thursday, December 22, 2011

Selamat berkhatan


Iman dan iqbal dah selamat berkhatan akhir november lalu. Disini aku coretkan beberapa panduan kot2 ada ibubapa yg tertanya2 mcm mana proses nak sunatkan anak masing2:

1. Set appointment kat klinik
Benda pertama yg kena buat ialah survey klinik mana yg ada menyediakan perkhidmatan berkhatan dan tempah tempat awal2. Kalau boleh buatlah seawal cuti sekolah supaya sempat sembuh lukanya. Kami pun lambat pergi klinik kat Tangkak, jadi ambil ajelah tarikh/masa yg masih kosong. Takde pilihan.

2. Kenduri
Oleh kerana sunat kat kg, sempena cuti sekolah plk tu, ramai la sedara mara balik kg. Jadi kami buat kenduri doa selamat utk sedara mara yg rapat. Makngah yg masak. Aku makan aje. Heheheh.. (asam pedas ikan parang, yummeh!)

3. Kelengkapan
Kain pelikat kena ada sekurang2nya sorang dua helai. Kena siapkan tilam tempat tido dan tali utk gantung kain, maklumlah, budak2 ni sunat style gunting & jahit. Org kata kalau guna clamp-style tak sakit, boleh aje terus pakai seluar.

4. Sebelum pergi klinik, suruh anak2 makan, mandi dan kencing. Lepas bersunat kena jaga makan, dan minum pun perlu dihadkan. Yg part pantang makan sbb takmo luka jadi gatal2, yg part minum sbb takmo la asyik nak gi toilet aje.

5. Sediakan bahan bacaan dan games utk anak2 isi masa lapang. Jgn bagi diorg berlari ke sana sini, kang bentan pulak.

6. Tempoh sembuh bergantung pada diri masing2. Ada yg tiga hari dah sembuh, ada yg seminggu. Anak2 aku nak dekat seminggu baru lukanya kering betul, dan hampir tiga minggu gak la baru benang jahit tu tanggal habih. Dan kalau anunya 'buta', lagi lambat la baik.

7. Lagi afdal kalau kita minta tolong kaum keluarga utk sama2 membantu jaga budak2 yg sakit bersunat ni.. Dramanya aje boleh buat kita hilang sabar! Banyak songeh!

p/s: kalau agak2 benang/keruping lambat tanggal, bawak aje budak2 ni ke swimming pool berhampiran. Lepas 2-3 jam berendam confirm semua clear. :D

Wednesday, December 21, 2011

Projek cuti sekolah 2011


Seperti tahun2 sudah, tahun ni pun aku ada buat projek cuti sekolah. Aktivitinya banyak, tapi nak membuatnya tu, tak semudah yg dijangka. Biasa la.. Berangan je yg lebih.


Plan 1: home improvement project
Asalnya aku nak cat bilik ayu sbb kaler dinding nya dah pudar dan kotor berconteng. Selesai mengecat nampaklah bilik tu bersih, cantik, kemas, baru, dan bila dibandingkan dgn ruang lain, nampak sgt la dinding2 yg lain tu comot dan buruk! Oh tidakkkk.. tak pasal2 kami cat sekali ruang keluarga sbb nak bagi cantik. Giler penat! Tak larat nak cat lagi... Nampaknya bilik2 lain akan dicat kemudian nanti, bilakala otot2 tangan, bahu dan belikat sembuh sepenuhnya.

Sebenarnya, kerja mengecat takde la penat sgt, sejam dah siap, biliknya kecik aje. Tapi yg buat penat ialah operasi mengeluarkan barang2, operasi membersihkan habuk2, dan operasi menyediakan dinding utk dicat (lubang/rekahan kena plaster, permukaan yg menggerutu kena gosok dgn kertas pasir, tanggalkan langsir/frame/jam dan apa2 yg melekat kat dinding) tu yg leceh. Dah siap cat, nak kena kikis cat tumpah/menitis kat lantai, kena mop lagi. Fuh...

Dan akhirnya, selepas siap mengemop dan mengvakum, kenalah susun balik barang2 ke tempatnya.. pasang langsir segala... ini pun penat jugak. Sampai sekarang masih ada lagi barang2 yg bertaburan kat sudut bilik. Hadoi....


Plan 2: projek kelengkapan sekolah 
Baju2 sekolah semua dah beli, cuma tahun ni tak larat aku nak adjust labuh (jahit kelim) semuanya. 3 org punya baju, sorg 4 pasang, jawabnya hantar kedai je la,,,

Beg masih belum dibasuh. Ada beg yg elok boleh guna semula. Beg yg hancur dah buang. Buku2 sekolah pun dah dipilih mana yg nak simpan dan lebih separuh dibuang.


Hmm... tu je kot yg larat dibuat tahun ini. Kerja mengemas ni mmg tak habis-habis... redha aje la...




Tuesday, November 15, 2011

tab-let

Tak sangka tablet yg dulu dikaitkan dgn ubat pil dan bahan sejarah, skrg dah berbentuk papan kecik boleh main game angry birds.. Oh, bukan, bukan ipad, jauh sekali galaxy tab atau yg sewaktu dengannya..

Aku hanya ada tablet android china mari... hihihihi... mcm mana aku terjebak guna tablet ni? Ha... mcm ni ceritanya...

Sebulan lepas, kawan seopis aku menunjuk2  tablet dia, aku ingat kan galaxy tab. Tapi bukan. Ini ialah tablet china mari, android froyo 2.2 dgn chipset wondermedia 800mhz, complete with casing + usb keyboard. Rupa2nya dah ramai kawan seopis yg beli mende alah ni. Murah pun murah, boleh guna wifi, boleh access internet guna 3G usb modem, dan boleh download mcm2 games dan aplikasi dari android market. Aku suka!

Yang kureng ialah touchscreen-nya tak beberapa sensitif sbb ini ialah resistive screen, jenis lama yg kena guna stylus. Bukan capacitive screen, jauh sekali led atau amoled. Tapi, iyerlah, dah harga murah, gini ler.

Aku rekemen kepada sesiapa yg nak beli, dgn syarat korang pun kena rajin godek kat internet kalau nak tukar setting atau reprogram apa2 yg patut. Waranti 6 bulan sahaja. Bateri tahan dalam 4jam kalau kita set 'mute'. Kalau tengok movie boleh tahan sampai dua jamla...

Konon2, dgn adanya tablet ni, senang la aku nak update blog. Hahahaharrrr... takde maknanyer.... last2 anak2 yg bolot main game 'angry birds' dan 'plants vs zombies'... aku pulak? Pulun main game 'farm frenzy'...


Saturday, October 29, 2011

sweet :D

ayu: omi, nanti ayu belikan omi rumah besar yek?
*katanya dia dah penat panjat tangga, tu yg dia ajak pindah rumah lain*
omi: bila?
ayu: nanti, masa ayu darjah 3
omi: iyer? mana nak dapat duit? *amused*
ayu: nanti, lepas raya. kan ayu banyak dapat duit raya, nanti masa ayu darjah 3 cukup lah nak beli rumah!
omi: iyolah..... *hehehhehe..*



Wednesday, October 19, 2011

wolf! (bukan fox)

Hahahahahha... ini kes husband aku la yg blur, tanya 'Eh, apa nama fox yg kita pergi beli buku tadi?' hikhikhik... nak buat mcm mana, gambar kat banner tu katanya rupa fox, bukan wolf. Apa-apa je la cik abang oii... sbb awak yg bayokan buku2 tu kan? heheheheh...

Aku pilih: Butterfly Brain, In the Beginning, University Challenged dan A field Guide to the British. Iyer, EMPAT aje. Yang lain2 tu husband aku pilih, termasuk satu buku Trump/Kiyosaki yg tiada dlm gambar.

Ni la pertama kali aku pergi BigBadWolf book sales. Aku pergi pun sbb dia buat kat MAEP, yg aku tau kat situ kawasan dia besar, parking banyak. Aku tak suka kalau nak pergi tempat yg susah nak cari parking kerana berpusing2 di kawasan parking boleh mendatangkan marah dan memotong stim.

Harga mmg murah la, kalau sesiapa yg minat baca novel, boleh buat stok 5 tahun baca tak habis. Semua lebih kurang RM8 aje... Nasib baik la aku tak berapa minat baca novel, kalau tak, entah berapa tinggi la susunan buku2 tu... (dan nasib baik awal2 ditegah suami drpd beli buku resepi/masakan.. heheheheh...)

Buku budak2. Yang paling mahal, pop-up-book RM20. Yang lain2 tu dalam RM3/RM5 aje...

Thursday, October 13, 2011

flat shoe bereben bunga


Aku dan kasut bertumit mmg takleh ngam. W/pun tumitnya hanyalah satu inci. Jalan mesti nak terpelecok. Aku tak salahkan kasut. Aku rasa mmg birth-defect aku bhgn buku lali. Pakai selipar pun terpeleot, ape kes kan?

Oleh kerana flat shoe aku koyak, aku pegi kedai utk beli kasut baru. (Iyer, aku suka beli kasut murah sbb cepat rosak bila pakai 5-6 bulan, dan boleh buang utk beli baru. Aku tak suka simpan kasut banyak2.) Shopping buddy aku sapa lagi kalau bukan Ayu. Masa aku sebok menerai, dia pun sebok la menolong sama, konon2 nak tengok muat ke tak kasut tu kat kaki aku. Aku marah le bila dia cuba nak selitkan jari halus dia kat belakang tumit aku. Budak ini, kang kalau terpenyek jari tu kang, ko gak yg melalak. Perangai mcm tua.. hadoiii....

Banyak jenis jugak la yg dia reject. Last2 dia berkenan kat flat show hitam ada reben bunga. Aku pun berkenan gak, sbb pakai rasa selesa, rupa pun kiut, sesuai sgt la dgn seluar jeans yg aku pakai pada masa tu.... *aku kena highlight perkataan ini*

The moment of truthnya ialah bila tiba hari kerja. Aku masuk lif pejabat. Dalam lif tu kan kelilingnya berdinding cermin, jadi boleh nampak full view, atas bawah, depan belakang. Biasala, bila sorang2 kita je dlm lif, kena la belek2 diri sendiri. Bila lagi nak perasan vain kan? *hahahhaha....* Dah punya skema aku bertudung dan berbaju kurung, tiba kat kasut - flat shoe bereben bunga! AAaaaaa.... sungguh tak sesuai! Tidakkkkkk.....!!!! Tak matching langsung!

Jadi, hujung minggu ni aku nak cari flat shoe lain. Flat shoe yg skema dan macho! Kepada flat shoe bereben bunga, mu jgn kecik ati eh.. :P

Friday, October 07, 2011

oktober 2011

(klik gambar untuk besarkan)

Aku cuba nak upload gambar ke FB, tapi asyik gagal aje.. dengan networknya yg lembab, or it's just me being easily distracted? hahahahhahaha.... tak kuasa nak menunggu lama2 depan pc. Baik tido....

Bulan syawal pun dah habis, nak cerita pasal raya pun dah takde perasaan. Tapi aku nak post sesuatu di hari ini sebab semalam 6 Oct 2011, ada dua berita yg terkesan pada diri aku:

1. Steve Jobs dah mati. Iyer, aku keje bahagian r&d. Aku menghargai org2 begini, org2 yg kreatif berinovasi dan laku pulak produknya serata dunia. Top mgmt yg tahu teknikal dan tahu arah kompeni ke mana. Kalau asyik takut rugi dan setakat keluarkan satu prototaip, adehhh letih ai. Kot la kita tanya engineers kat Apple tu, berapa banyak diorg buat prototype segala Mac dan segala iEverything sebelum finalised jadik produk komersial, mau berpuluh agaknya. Dah ler hardware & software diorg punya sendiri & customised, bukan jenis beli/pakai aje apa2 yg ada. Jadi kesimpulannya, jauh lagi ler kompeni aku ni nak jadik mcm Apple. Ciku pun belum tentu agaknya...
p/s: Aku bukan pengguna produk Apple.

2. Rang Undang-Undang Pembangunan Kampong Bharu 2011 (RUU PPKB 2011) telah diluluskan di Parlimen. Aku nak tengok apa yg nak dibangunkan di kawasan tersebut.. fuhhhh....  sekaki tanah mau ribu2 harganya tu....

Tuesday, October 04, 2011

lepas raya

Ngaper eks, kalau kita jauh dari pc/laptop, ada mcm banyak je mende nak post kat blog. Konon2 sentimental habih utk dicoretkan buat kenangan. Tapi bila ada masa ngadap pc mcm ni, tetiba taktau pulak nak tulis apa? benci kan?

p/s: kalau setakat letak satu ayat mcm ni, baik aku update status kat FB je. haihhhh.....

Friday, August 26, 2011

salam aidilfitri 1432H

Ramadhan 1432H sudah hampir ke penghujungnya. Alhamdulillah, tahun ini Iman dan Iqbal tekun berpuasa, bangun sahur pun mudah, langsung takde komplen. Ayu pun boleh tahan jugakla, walaupun kami galakkan dia berpuasa sama seperti Iman dan Iqbal, tapi takdelah terlalu memaksa. Tapi Ayu nampak gigih jugaklah, cuma bila dah petang mulalah mengadu lapar & haus.. hehehhe...

Oh, dan rajin juga abang Iman tolong set-up gelas dan piring bila waktu nak berbuka... dan lepas makan, masing2 pandai kemas meja.. tahun depan dah boleh tolong basuh pinggan la kot? hahahha... dan tahun satu lagi dah boleh tolong masak... wuhuuu!!! 

Taqabbalallahu minnaa wa minkum (Semoga Allah menerima (amal ibadah) dari kami dan dari kamu semua). Ja’alanallahu wa iyyakum minal aidin wal faizin (semoga Allah menjadikan kami dan anda sebagai orang-orang yang kembali (kepada fitrah) dan beruntung (menang))

p/s: Bergambar di kedai gambar pada minggu ke-2 berpuasa sbb berkobar nak sambut raya. Oh, muka masing2 terlebih touch-up sampai tahi lalat si Iqbal kat dagu pun habih hilang... heheheh... licin kan muka ku? :P

Wednesday, August 17, 2011

antara chong wei dan gigi ayu

Ahad yg lepas mesti ramai yg tercongok depan tv menonton final badminton WC2011, kan? Aku pun. Tapi aku takleh nak konsentret. Si Ayu sibuk dengan gigi dia yg dah goyang (lagi sikitttt je nak tercabut). Aku nak tolong cabutkan, dia takmo. Kecohnya yg lebih, kejap ngadap cermin belek gigi, kejap terguling2 atas katil, kejap merengek kat aku cakap giginya sakit.

Last2 aku ikatkan benang kat gigi dia, suruh dia tarik benang tu kuat2 sambil bagi dia kata2 motivasi yg penuh dgn unsur2 ugutan *heh heh*.. Tak lama lepas tu, entah apa yg si Ayu tu termenung (atau baca jampi?) kat bilik, tiba2 dia jerit bagitau dia dah berjaya cabut gigi sendiri. Yey, berjaya!
Peace kat Chong Wei, bcoz Ayu won her fight over sebatang gigi! heheheh...

Dan, tahniah jugak kat Lee Chong Wei, walaupun tak dapat jadi juara, tapi dia bermain sungguh2. Perlawanan yg sgt menarik!


Monday, August 15, 2011

kena kejar dek singa

Lain kali lepas sahur & subuh, kalau nak tido balik tu bacalah apa2 yg patut. Kan dah tak pasal2 aku mimpi kena kena kejar dek singa. Iyer, singa yg garang dengan rambutnya mengerbang.

Mula2 aku mimpi aku pergi kedai beli barang. Tgh membelek2 barang2 kat kedai, tetiba keadaan jadik kecoh dan semua orang bertempiaran lari. Katanya ada singa terlepas kandang. Aku boleh nampak singa tu di seberang jalan, dan bunyi dia mendengus punyalah kuat! Aku pun ikut sama lari.

Tetiba aku dah kat dalam kelas (bangunan sekolah, pagar dawai keliling warna hijau). Sekelip mata, singa tu dah ada depan pintu kelas. Aku dan ada 2-3 org lagi cuba tutup pintu kelas, dan lari keluar ikut tingkap. Tapi bukan tingkap biasa, ini tingkap kecik. Boleh pulak badan aku muat menyelit kat tingkap angin yg kat atas dekat dgn siling tu. *Oh, rupanya dalam mimpi ni aku kurus. yey*

Lagi sekali aku bertempiaran lari, siap panjat pagar sekolah, dan berlari ke sekolah sebelah. Tapi singa tu tetap dapat cari aku, singa tu jalan relek aje lenggang lenggok sambil mengaum kuat. Aku je yg lari mcm nak rak. Bila aku dah penat lari, aku pun terfikir, 'La... inikan mimpi aje. Apesal la aku tak bangun? Kalau bangun kan senang, habih cerita.'

Aku pun tersedar daripada tido. Aku tengok laki aku tgh berdengkur baik punya kat sebelah telinga aku. Yup, yg bunyi singa tu la..

hampeh.

Sunday, August 07, 2011

major PaRam

Kalau semalam kami masak besar-besaran, hari ini (ahad) beli makanan besar-besaran jugak. Hahhahaha... (Konon2 nak boikot PaRam, seminggu je la bertahan. heh heh..)

Dah alang2 nak ke PaRam,, kami terus ke area Stadium Shah Alam. Sungguh puas hati, semua ada. Iqbal nak nasi beriyani. Iman nak nasi ayam. Ayu nak kuewtiau goreng. Done. Makanan sampingan utk diorg ialah roti boom, potato spring & apam balik.

Aku & hubby pulak carik nasi ambeng, sayur pecal & rojak singapura (aku nak rojak asma, tapi takde. Dapat rojak singapura pun boleh la...). Beli kuih sejenis aje iaitu karipap panas yg digoreng di situ juga, dan beli air teh bunga dua bungkus.

Akhir cerita: makanan semua habis dibedal kami anak beranak, kecuali apam balik. Iman & Iqbal kata nak makan sahur nanti. Komen ttg makanan yg dibeli tadi: Nasi ayam sedap cuma supnya masin. Nasi beriyani sedap. Kuewtiau gorengnya pedas sikit. Nasi ambeng 'kureng' sebab lauk ayam masak kicap dah habis, ada ayam goreng aje. Yg lain2 tu, mmg sedap jugak la (kalau tak sedap, mesti aku dah kutuk2 giler2 kan? hahahahha..)

Wednesday, August 03, 2011

ramadhan almubarak

[PUASA]
Ayu secara paksa rela telah 'terpuasa' pada hari semalam. Walaupun dia gigih bangun sahur bersama2 dgn abang2nya, dia mcm tak ikhlas je nak mula berpuasa. Jadi, utk tidak terlalu memaksa, aku dah bagitau cikgu dia yg Ayu boleh minum air kalau dia haus. Tapi bukan sampai sekolah aje boleh terus minum air. Hanya waktu tengah hari yg dibenarkan.

Semalam, bila aku ambik Ayu kat tadika dia, Ayu datang mengadu kat aku, 'Omi, Ayu haus! Cikgu tak bagi minum air!' Cikgu Ayu cakap, mmg saje je dia tak bagi. Ada jugak si Ayu mintak air, tapi cikgu buat taktau aje. Cikgu nak jugak Ayu puasa sbb Ayu nampak cergas je sepanjang hari. heheheh... Menjadi jugak taktik cikgu dia, w/pun dia dah terlepek depan tv, asyik komplen 'Ayu haus' banyak kali, tapi dapat jugak berpuasa penuh sampai waktu berbuka.

Aku pun kalau boleh nak Ayu puasa. Aku takut dgn selera makan dia, punyalah kuat makan sampai badan dia makin bulat! Nak cari baju kurung ready-made pun susah sbb badan dia saiz budak 8 thn, tapi pendek. Macam mana tu?

Semoga Ayu dapat puasa hampir penuh tahun ni. Tahun depan dah 7 thn, mmg nak tak nak kena puasa la jugak. :D


[PERCAYA]
Aku teringat keletah si Ayu ni. Sabtu lepas aku ada beli HoneyStar sekotak besar. Dia suruh bukak kotak tu sbb katanya ada mainan.

Omi: Mana ada mainan la Ayu, takde tulis pun kat depan kotak ni.
Ayu: Ada! Abang Iqbal cakap ada.
Omi: Ye la tu... Antara Omi dgn Abg Iqbal, cakap siapa yg Ayu percaya?
Ayu: Abg Iqbal!

hadoi... omi tidak terkata....

Saturday, July 16, 2011

selamat berhujung minggu

Semalam, aku layan dua movies sekaligus: Harry Potter 7 part II (tengok sorang2) dan Transformers 3 (berdua). Aku macam pening2 dan mabuk lepas habis menonton wayang. Tu pun ada hati nak selitkan jugak tengok 'Tolong Awek Aku Pontianak'. hahahhahaha... giler overdose!

Tapi, aku rasa mcm nak tengok cerita HP tu sekali lagi la... mcm tak puas dan tak sempat nak 'digest' semua babak dalam filem tu... (tapi sebenarnya aku keluar sekejap ke toilet pada pertengahan cerita, sejuk giler ok! tak pasal2 aku rugi 5 minit waktu tayangan! benci!). Oh, cik abangku tak tengok lagi cerita tu, boleh la ayang temankan yek. harhahrahrhahrah... 

p/s: ini adalah post untuk mencukupkan kuota bulan ini. harap maklum. :P


Friday, June 03, 2011

inner peace

Isnin lepas kami sekeluarga menonton Kungfu Panda 2 in 3D.. giler & kelakar! Rasa mcm nak tengok ulang2 je (terpaksa tunggu keluar DVD dulu). Gambar animasi + movie effect pun lawa..

ok, scene yg kelakar giler pada aku masa si Po jerit2 dari atas bumbung konon2 semangat nak lawan, padahal org jahat tak dengar apa sbb jauh.. hahahhahaha.... dan scene dia baling topi konon2 nak putuskan rantai besi yg ikat d'Furious 5, tapi tak sampai kemana pun topi tu! hahahhah.... *gelak guling2* Love u lah Po! Lagi satu masa semua kungfu team nyorok bawah patung naga yg panjang tu, and telan wolf sekor2 dan keluar kat bawah ekor mcm berak! hahahhahah... kelakar gak! dan juga masa shifu 'menggigil' badan mengenangkan masa dia kena latih Po dulu... hehehehhe... trauma giler rupanya shifu.. hahahhahahah...

For me, I'm in peace. Alhamdulillah. Iyer, aku garang kat anak2, mengamuk bila baju kotor sbb penat nak sental, membebel bila mainan bersepah2. Tapi bila nak tido malam, aku bersyukur sbb anak2 aku sihat tubuh badan dan aktif, tu pasal la baju kotor macam kain buruk lap lantai. Aku bersyukur dapat jengah keluarga di kampung, paling tidak sebulan sekali.. mak aku & in-laws alhamdulillah sihat. Aku paling bersyukur sebab ada juga orang yg sayang kat aku *ehem..ehem*.. hingga masuk tahun ini dah 10thn rupanya usia perkahwinan kami (pada 18 May yg lalu) :D

Alhamdulillah..

Hadiah daripada suami tersayang sempena ulangtahun perkahwinan kami yg ke-10.. kompilasi lagu2 yg dikongsi bersama sejak mula kami berkawan (tapi dulu dia bagi kaset aje.. hehhehe... maklumla, dulu mp3 takde lagi, CD pun baru nak glamer), hinggalah kami berkahwin.. Lagu2 inilah yg menemani aku pergi balik kerja sekarang.. jem pun takpe, kita layannnn... :D 

Friday, April 22, 2011

majulah sukan untuk negara


Dah macam iklan kempen kat tv RTM dolu-dolu daaaa... heh heh..

Setiap tahun, tadika2 Pasti akan mengadakan pertandingan netball & futsal untuk setiap kawasan masing2. Of coz cikgu akan ambil budak2 6thn utk mewakili tadika. Yelah, dah besar.. senang sikit nak faham arahan..

Aku kagum jugak dgn usaha cikgu2 ni. Cubalah bayangkan, org dewasa pun susah nak faham peraturan main netball, ni lagi mau explain kat budak2 enam tahun? Dah le peraturan netball ni cerewet, takleh pegang bola lama, takleh masuk kawasan org lain, takleh gerak kaki kalau dapat bola, takleh itu takleh ini.... aduhaiii.. itu baru konsep dan peraturan, but a team is a team. Netball is teamwork's efforts. Kalau futsal tu, dapat sorang striker insyaAllah dah boleh tendang bola masuk gol. Netball 's not that easy, at least ada tiga kali passing bola baru boleh shoot.

Futsal pulak, mmg la nampak mudah sbb boleh main belasah sepak bola ramai2, tapi cuba terangkan strategy nak menang kat budak2 ni, konsep 'attack & defend'. Which was totally useless sbb aku tengok both teams beramai2 kejar bola, dan ikut je bola mana pergi! hahahahahha... kelakar!

Setiap perlawanan tak lama; 5min main, tukar gol, then another 5 mins. Tapi itupun dah cukup kelam kelibut. Since Ayu masuk game netball, mcm2 perangai yg aku perhatikan. Ada budak yg blur, yg termenung, lost.. tangkap bola pun tak reti. Tapi ada jugak budak yg betul2 ada bakat: baling bola elok, tangkap bola cantik, pandai cari kawan yg kosong utk pass bola.. dan especially shooter for netball, ada yg very sharp, shoot terus masuk ke dlm jaring! respek la. Cikgu2 dan makbapak jgn cakap le, terjerit2 memekik2 kat tepi gelanggang. Budak2 yg main tu mana ada dengarnya kalau bising mcm tu kan? hahahahahha....

atas: 1st game - Ayu jadik 'centre' merangkap kapten pasukan. Tapi dia selalu terus pass bola kat GS sebaik wisel bunyik, mmg salah besar la...tapi, dah dia nampak GS je yg kosong, kan... heh heh..

tengah: Team Ayu kalah peringkat final, jadi naib johan pun dah ok. Tahniah!

bawah: Ayu & her friends. Ayu demam sebenarnya, tapi dia yg beriya-iya nak main netball jugak. Fuh, kuat betul semangat budak ni.. 

pandai jugak GK tepis bola.. tapi apesal beramai2 kumpul dalam D ni?? hahahahha... belasah je la...

A day before.. watched Rio in 3D @ ioi mall :D

Tuesday, April 05, 2011

ayu's 6th bday (12 Mac)


Pagi2 lagi Ayu dah ke padang Kg. Sri Aman Puchong (org kata, tasik dan lombong sekitar Kg Sri Aman ni ada buaya, tapi taktau la betul ke tak) untuk menyertai acara sukaneka anjuran Pasti kawasan Puchong.
#1 & #2: Acara baling belon, pasukan Ayu menang bergaya.. takde satu belon pun yg jatuh, jadik awal2 lagi dah menang :D

#3:  Acara susun tin. Ayu peserta akhir, tapi tin tu jatuh la pulak, terpaksa dia susun balik semua... yg ni kalah teruk.

#4: Acara lari ulat bulu.. hehehhehe... Ayu jadik kepala ulat bulu, punyalah laju lari, tercicir kawan kat belakang... tapi menang pulak.. hahahah... b'day luck dia kot.. :D 

Last sekali.. gambar kek ayu, dia pilih sendiri.. kartun ninja turtle..  bawak balik kampung, makan ramai2..

Hadiah Ayu utk diri sendiri (beli guna duit sendiri tu... kerana omi agak kedekut, takmo belikan mainan banyak2.. hihihihi... saje biar dia belajar pasal duit)

Mokde belanja makan kat PizzaHut... dah lama betul kitorg tak makan pizzahut, selalu kalau teringin nak makan pizza, kitorg order domino's ajer... sedap betul pizza prawn king & spaghetti meatballs... mungkin sebab faktor lapar + orang belanja... hehehehhe... yummmeh!

Hadiah birthday buat Ayu... Hello Kitty house set.. :D

Thursday, March 17, 2011

abundance mindset

Pertama kali aku jumpa dan berkenalan dgn perkataan tersebut ialah semasa aku pergi kursus '7 habbits of highly effective ppl'. Ikut yg aku faham, 'abundance mentality' ialah apabila kita merasakan sesuatu (material, resources, opportunity, chances etc) adalah cukup utk semua (diri, keluarga, masyarakat sedunia hingga ke cucu cicit).

Ada satu iklan yg memaparkan sikap 'abundance mentality' iaitu iklan susu formula - seorang kanak2 yg mendapat idea utk membahagi-bahagikan kek yg kecil kepada setiap kawan2nya. Apalah sgt kek sekecil itu, ye tak? Tapi itulah sikap dan hasil yg positif bila kita berasakan cukup untuk semua. Last2 semua dapat, dan semua gembira.

Orang yg memiliki minda seperti ini mempunyai nilai2 kemanusian yang hebat. Pada aku, inilah salah satu ciri2 yg dituntut dlm Islam apabila kita memperkatakan tentang 'HablumMinanNas'. Mengapa kita diwajibkan berzakat, dan disunatkan bersedekah. Mengapa kita disuruh bersikap adil (meletakkan sesuatu pada tempatnya), bukan zalim. Mengapa kita dilarang bersikap tamak dan membazir. Mengapa kita dilarang mengambil sesuatu yg bukan hak kita. Dan mcm2 lagi..

Lawan kepada 'abundance mindset' ini ialah 'scarcity mindset'. Senang je nak spot orang mcm ni, pergi aje lah jamuan buffet, yg jenis ambil banyak2 bertimbun2 tapi tak habih makan. Itu lah dia. Atau jenis yg memotong2 Q, mcm dia sorang aje nak cepat. Atau jenis dengki tak pasal2, tak boleh tengok orang lain berjaya/gembira. Pada diorg ni, hidup diorg hanya gembira/berjaya jika org lain gagal. Atau tengok aje la pemimpin yg jenis kumpul harta utk diri sendiri, hinggakan hak2 rakyat pun dikautnya sekali. Kalau yang berniaga tu, dah untung nak lebih untung..

Mengapa aku menulis tentang 'abundance mindset' ni? Kerana aku tersentuh hati melihat warga jepun. Di kala ditimpa kesusahan bencana alam, dengan gempabuminya, dengan tsunaminya, dengan keadaan sejuk ribut salji, dengan loji nuklear yg terbakar. Tapi, mereka tetap tenang, berdisplin, tolong menolong, tidak membuat onar. Pemilik kedai menyediakan makan minum percuma, peniaga menurunkan harga barangan, setiap org cuba menyumbang sesuatu w/pun sedikit utk meringankan beban org lain. Inilah dia contoh 'abundance mentality' yang amat nyata dan perlu dicontohi.

Dan aku berasa malu sendiri.

p/s: for more info click here. 

Wednesday, March 09, 2011

High-Pressure Preschools: How Much Is Too Much? - DivineCaroline

High-Pressure Preschools: How Much Is Too Much? - DivineCaroline

Aku mmg tak setuju kalau bebudak tadika dipaksa menulis huruf-huruf hingga sesempurna-sempurna nya. Pada aku diorg mmg perlu mengenal abjad, nombor dan benda. Boleh menulis ayat2 asas. Boleh mengira 1-10, boleh membaca perkataan/ayat yg sesuai dgn usia. Belajar asas solat, belajar doa2 mudah, belajar bermain secara berkumpulan, belajar bersukan, belajar mewarna dan melukis. Dan apa2 aktiviti yg sesuai dgn umur mereka. Tetapi bukan menyalin huruf demi huruf. Jangankan budak, aku sendiri tengok pun nak muntah.

Yup, mmg ada anak2 yg berbakat, yg boleh menguasai skil-skil ini pada usia lebih muda drpd rakan sebaya. Tapi tak semua. Apa yg aku perhatikan anak2 aku, masing2 ada level sendiri. Iman agak cekap menguasai pergerakan motor; daripada meniarap, merangkak dan dapat berjalan pada usia 11 bulan. Pada usianya setahun lebih dia dah boleh fokus dan menendang bola tepat pada sasaran, 2 ke 3 thn, bermain bowling mainan pun dah pandai 'strike', 5 tahun dah boleh menulis abjad rumi & jawi tanpa pergi ke sekolah. 6 tahun dah boleh bermain badminton.

Kami masukkan Iman tadika yg tak berjenama pada usianya 6 thn. W/pun tadika ni tiada jenama, tapi gurunya (owner tadika) berpengalaman dalam mendidik anak2 pra-sekolah. Awal2 lagi cikgu tu dah bagitau, kat tadika tu tiada peperiksaan, semua anak2 diajar ikut kemampuan masing2. Kerjarumah mmg langsung takde, Iman pun gembira je pergi sekolah. Masuk darjah 1 pun happy jer..

Now for Iqbal, mmg jauh beza. Secara kasarnya, nampak Iqbal ni lebih lasak, lebih aktif. Tapi lambat dari segi pergerakan 'fine motor'; tendang bola ke mana, baling bola melencong jauh. Aku agak heran la sbb masa Iman senang aje buat mende2 ni semua, aku ingat semua budak boleh buat mende yg sama. Tersasar jauh rupanya aku. Oleh kerana aku berpindah kerja, aku masukkan Iqbal ke tadika lain pada umurnya 6thn.

Niat cikgu tu betul, sebab Iqbal ada masalah menulis abjad (bertambah dgn isu kidalnya), Iqbal diberi latihan yg cukup banyak utk menulis huruf2 jawi dan rumi. Yup, aku pun paksa juga dia buat h/work sbb nak suruh dia prektis menulis. Sampailah bila dah pertengahan tahun, dan aku tengok Iqbal dah boleh menulis dgn betul (w/pun kadang2 huruf terbalik) tapi cikgu masih suruh buat mende yg sama, aku pun mengambil tindakan drastik dgn menyembunyikan buku2 latihan tersebut. Hahaha... aku telah menggunakan kuasa veto aku sebagai ibu. Pada aku cukup2lah tu. Menulis ialah skill sepanjang hayat, dia ada banyak masa lagi utk prektis.

Pada aku, terserahlah kepada ibubapa fikir mana yg terbaik utk anak. Mmg kita nak pendidikan yg terbaik utk anak, tapi takmolah sampai tertekan tak pasal2. Yg penting diorg gembira dan suka belajar.

p/s: Iqbal pun dah darjah 2 skrg, tulisan pun dah lawa. Dah boleh main badminton sama2 w/pun aku tengok dia mcm kekok je pegang raket.

Tuesday, March 01, 2011

1Q report

alahai.. kesian pulak blog aku dah mcm terbiar jek. aku malas nak jenguk blog sendiri sebab takde sapa rajin tolong upate! *hahahha... boleh ke?*

dua bulan dah berlalu, dah macam2 yg berlaku:

[Iman] 
Iman nampak lebih matang tahun ni, senang bangun pagi, pandai uruskan diri dan dah pandai godek2 kat dapur. I dun mind diorg nak makan atau minum apa pun kat dapur tu, cuma kemas balik bila dah sudah tu. Kalau tak, omi mulalah start engine membebel dan berleter..
Oh, baju sekolah Iman pun tak kotor sgt, maknanya dia dah tak buat aktiviti bergumpal di sekolah.
Daripada segi pelajaran nampak dia boleh bawak, so ok.

[Iqbal]
Aku mengamuk giler tengok baju sekolah agama budak ini rupa mcm kain buruk lap lantai! OMG! Boleh pulak dia menjawab, 'Takpe omi, Iqbal basuhlah sendiri nanti!' Amboi... amboii! Sebagai denda, no playing PC games during weekends, nak tumpang tengok pon tak boleh! Dan satu lagi denda, kena berus sendiri baju yg kotor tu sampai bersih. Tau pulak penat lepas sental baju. Habis, ingat omi ni tak penat? Ambek ko.. kalau buat lagi lepas ni taktau la nak kata apa.

On studies: agak lemah dalam memahami soalan. In fact i dun think he read them at all. He just glanced over the questions, lepas tu jawab sesuka hati. Tak kira subjek apa, BM, BI, MT, P/Islam.. semua mcm tu... haiii budak ni, tolongggggg lah baca soalan tu... Tak minat membaca? Tak jugak, ok je dia baca buku, lebih2 lagi kalau buku yg dia suka tu, sampai lunyai dia belek.
Terima kasih, Iqbal :D

[Ayu]
She's doing fine in her study (ok la tu, level tadika je pun.. heheheh... ulang2 balik mende yg sama), I'm now helping her read books in English. Tapi, budak ni ada sedikit mengada2 dan over, contohnya: taknak kemas mainan sendiri, malas kemas tilam bantal sendiri, bila kena marah bukan main merajuknya. Yg herannya bila aku berleter kat abang2 dia, boleh pulak dia tumpang sekaki konon2 dia la yg paling baik & rajin kat rumah tu *cehhhh!*

Oh, lagi satu, minah sorang ni suka campurkan realiti + fantasi. Bila dengar cerita yg disampaikan, sila tanya dan siasat betul2.. contoh seperti di bawah (kejadian hujung minggu yg lalu):

Ayu *sambil garu2 kepala dgn rambut serabai - tanda2 penat nak tido* mengadu: omi, abg iqbal kacau ayu!
Omi *dah tau tektik dia* jenguk bilik: Aik? Bila kala abg iqbal kacau? Elok je abg iman & abg iqbal main chess tu?
Ayu *purak2 sedih nak menangis*: Iyer, abg iqbal kacau ayu. Hari tu.... semalam!
Omi *malas nak layan*: Itu semalam, takde cakap pun?
Ayu: Tapi abg iqbal + abg iman tak ajak ayu main chess sama2..
*ok, itu la masalah sebenarnya kan...* Omi: Main chess mmg la dua org je, mcm mana nak main chess sampai tiga org?
Oleh kerana aku tak layan dan buat2 sibuk sidai baju... si Ayu pun membebel2 entah dia cakap apa... Tak lama lepas tu, aku tengok dia dah tergolek tido kat atas katil.... haiyaaaa...

Acara mewarna utk kanak2 sempena majlis maulidurrasul di tadika Ayu. Ayu tak bawak kaler, jadik dia pinjam kaler kawan dia, Ebi. Tapi aku tengok berborak je lebih budak dua orang ni (nun di hujung sana).

Saturday, February 12, 2011

feb2011

I love February. Especially this one particular day. heh heh.. *hint*

Meredah MidValley utk aktiviti jalan2 cari makan bersama suami tersayang (ceh.. ceh... romantiknyaaa). Perasan jadik org Italy kali ini, jadi kita pergi Italiannies. Menu: Hot cappuccino, iced macchiato, cheese pizza, spaghetti & ayam (dah lupa nama menu sbb pelik bebenar, padahal rupa mcm chicken chop with some spices + spaghetti sauce + more cheese). Bought a cake at CakeSense to celebrate my bday with kids later that night (chocolate mousse cake). Oleh kerana berasa agak tamak, aku beli sepotong tiramisu (yummyyyyy!) dan fruit mousse cake juga (double yummmiesss!!).

CNY2011: kami ke JB. Singgah DangaBay selepas kenyang perut makan kacang pool + ABC (bukan ini sahaja menunya) di Bomba. Rupanya kat DangaBay tu ada mini zoo, complete with a big, scary lion and a couple of tigers. Bior betul? Mcm tak selamat je? Aku dah terbayang kalau singa tu terlepas kandang, mau dia mengamuk kat bandar JB (sila jgn bayangkan Alex from Madagascar, itu kartun yg sgt comel!). Kitorang lepak kat kandang arnab sementara tunggu 'animal show' pkl 9pm. Kesian arnab2 tu kena kejar dek Iqbal, mau trauma agaknya. hehehhe.. maaf nyer arnab, semoga kalian panjang umur sempena tahun arnab ni :D

Monday, January 03, 2011

new year2011

hahahha.. tajuk je new year, tapi aku saje nak upload gambar2 'last year' yg tersimpan lama dlm henfon. boleh lah kan....
Ayu's drawings, clockwise:
1. ini miniyon
2. oranb ambel buwah
3. ini ikan dan tapak zulaiman
4. ini epel

atas: Pokok limau kasturi yg dibeli di MAHA2008, akhirnya berbunga dan berbuah bulan lepas.. yey! Status pokok2 lain? Semuanya mati. Pokok kunyit & pegaga tinggal separuh nyawa. huhuhuhu..

bawah: Gambar koleksi piala drpd Iman, Iqbal & Ayu tahun 2010. Mana nak letak ni yek.... buh dlm kotak, dan sumbat dalam gobok, boleh?