Wednesday, December 21, 2011
Projek cuti sekolah 2011
Seperti tahun2 sudah, tahun ni pun aku ada buat projek cuti sekolah. Aktivitinya banyak, tapi nak membuatnya tu, tak semudah yg dijangka. Biasa la.. Berangan je yg lebih.
Plan 1: home improvement project
Asalnya aku nak cat bilik ayu sbb kaler dinding nya dah pudar dan kotor berconteng. Selesai mengecat nampaklah bilik tu bersih, cantik, kemas, baru, dan bila dibandingkan dgn ruang lain, nampak sgt la dinding2 yg lain tu comot dan buruk! Oh tidakkkk.. tak pasal2 kami cat sekali ruang keluarga sbb nak bagi cantik. Giler penat! Tak larat nak cat lagi... Nampaknya bilik2 lain akan dicat kemudian nanti, bilakala otot2 tangan, bahu dan belikat sembuh sepenuhnya.
Sebenarnya, kerja mengecat takde la penat sgt, sejam dah siap, biliknya kecik aje. Tapi yg buat penat ialah operasi mengeluarkan barang2, operasi membersihkan habuk2, dan operasi menyediakan dinding utk dicat (lubang/rekahan kena plaster, permukaan yg menggerutu kena gosok dgn kertas pasir, tanggalkan langsir/frame/jam dan apa2 yg melekat kat dinding) tu yg leceh. Dah siap cat, nak kena kikis cat tumpah/menitis kat lantai, kena mop lagi. Fuh...
Dan akhirnya, selepas siap mengemop dan mengvakum, kenalah susun balik barang2 ke tempatnya.. pasang langsir segala... ini pun penat jugak. Sampai sekarang masih ada lagi barang2 yg bertaburan kat sudut bilik. Hadoi....
Plan 2: projek kelengkapan sekolah
Baju2 sekolah semua dah beli, cuma tahun ni tak larat aku nak adjust labuh (jahit kelim) semuanya. 3 org punya baju, sorg 4 pasang, jawabnya hantar kedai je la,,,
Beg masih belum dibasuh. Ada beg yg elok boleh guna semula. Beg yg hancur dah buang. Buku2 sekolah pun dah dipilih mana yg nak simpan dan lebih separuh dibuang.
Hmm... tu je kot yg larat dibuat tahun ini. Kerja mengemas ni mmg tak habis-habis... redha aje la...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Betul tu... penat
ReplyDeletedemam urat!
ReplyDelete