Wednesday, March 09, 2011

High-Pressure Preschools: How Much Is Too Much? - DivineCaroline

High-Pressure Preschools: How Much Is Too Much? - DivineCaroline

Aku mmg tak setuju kalau bebudak tadika dipaksa menulis huruf-huruf hingga sesempurna-sempurna nya. Pada aku diorg mmg perlu mengenal abjad, nombor dan benda. Boleh menulis ayat2 asas. Boleh mengira 1-10, boleh membaca perkataan/ayat yg sesuai dgn usia. Belajar asas solat, belajar doa2 mudah, belajar bermain secara berkumpulan, belajar bersukan, belajar mewarna dan melukis. Dan apa2 aktiviti yg sesuai dgn umur mereka. Tetapi bukan menyalin huruf demi huruf. Jangankan budak, aku sendiri tengok pun nak muntah.

Yup, mmg ada anak2 yg berbakat, yg boleh menguasai skil-skil ini pada usia lebih muda drpd rakan sebaya. Tapi tak semua. Apa yg aku perhatikan anak2 aku, masing2 ada level sendiri. Iman agak cekap menguasai pergerakan motor; daripada meniarap, merangkak dan dapat berjalan pada usia 11 bulan. Pada usianya setahun lebih dia dah boleh fokus dan menendang bola tepat pada sasaran, 2 ke 3 thn, bermain bowling mainan pun dah pandai 'strike', 5 tahun dah boleh menulis abjad rumi & jawi tanpa pergi ke sekolah. 6 tahun dah boleh bermain badminton.

Kami masukkan Iman tadika yg tak berjenama pada usianya 6 thn. W/pun tadika ni tiada jenama, tapi gurunya (owner tadika) berpengalaman dalam mendidik anak2 pra-sekolah. Awal2 lagi cikgu tu dah bagitau, kat tadika tu tiada peperiksaan, semua anak2 diajar ikut kemampuan masing2. Kerjarumah mmg langsung takde, Iman pun gembira je pergi sekolah. Masuk darjah 1 pun happy jer..

Now for Iqbal, mmg jauh beza. Secara kasarnya, nampak Iqbal ni lebih lasak, lebih aktif. Tapi lambat dari segi pergerakan 'fine motor'; tendang bola ke mana, baling bola melencong jauh. Aku agak heran la sbb masa Iman senang aje buat mende2 ni semua, aku ingat semua budak boleh buat mende yg sama. Tersasar jauh rupanya aku. Oleh kerana aku berpindah kerja, aku masukkan Iqbal ke tadika lain pada umurnya 6thn.

Niat cikgu tu betul, sebab Iqbal ada masalah menulis abjad (bertambah dgn isu kidalnya), Iqbal diberi latihan yg cukup banyak utk menulis huruf2 jawi dan rumi. Yup, aku pun paksa juga dia buat h/work sbb nak suruh dia prektis menulis. Sampailah bila dah pertengahan tahun, dan aku tengok Iqbal dah boleh menulis dgn betul (w/pun kadang2 huruf terbalik) tapi cikgu masih suruh buat mende yg sama, aku pun mengambil tindakan drastik dgn menyembunyikan buku2 latihan tersebut. Hahaha... aku telah menggunakan kuasa veto aku sebagai ibu. Pada aku cukup2lah tu. Menulis ialah skill sepanjang hayat, dia ada banyak masa lagi utk prektis.

Pada aku, terserahlah kepada ibubapa fikir mana yg terbaik utk anak. Mmg kita nak pendidikan yg terbaik utk anak, tapi takmolah sampai tertekan tak pasal2. Yg penting diorg gembira dan suka belajar.

p/s: Iqbal pun dah darjah 2 skrg, tulisan pun dah lawa. Dah boleh main badminton sama2 w/pun aku tengok dia mcm kekok je pegang raket.

4 comments:

  1. azq, aku pun kidal, mmg susah ler nak adapt in this not kidal world. everything is harder i.e. nak pegang alatan, nak bersukan, nak tulis (kan kita tulis kiri ke kanan so tak nampak apa yg dah tulis sbb terlindung dgn tangan sendiri).
    btw, masa anak aku tadika n too much homework, aku siap pesan kat anak aku - kalau cikgu tanya nape tak buat, cakap mami tak kasi. hehehehe.

    ReplyDelete
  2. miza, itulah pasal... aku sanggup lagi belikan buku aktiviti lain (simple puzzle, maze, tracing patterns) drpd nak suruh dia buat h/work yg sama day after day, banyak pulak tu. cikgu dia marah, tapi aku cakap 'buku hilang' hahahhahahah... si iqbal pun selamber giler buat muka toye (kalau abg Iman dah nangis kot)

    mommies know best!

    ReplyDelete
  3. Betul aa. Aku rasa masa kanak2 ni la nak bg dorang main puas2. Dr kecik dah suh stress, apa hal!? Anak2 aku pun aku relax je. Kalau rajin, buat. Dah penat, g main! Hahaha. Main pun belajar,kannn..

    ReplyDelete