Aku dan kasut bertumit mmg takleh ngam. W/pun tumitnya hanyalah satu inci. Jalan mesti nak terpelecok. Aku tak salahkan kasut. Aku rasa mmg birth-defect aku bhgn buku lali. Pakai selipar pun terpeleot, ape kes kan?
Oleh kerana flat shoe aku koyak, aku pegi kedai utk beli kasut baru. (Iyer, aku suka beli kasut murah sbb cepat rosak bila pakai 5-6 bulan, dan boleh buang utk beli baru. Aku tak suka simpan kasut banyak2.) Shopping buddy aku sapa lagi kalau bukan Ayu. Masa aku sebok menerai, dia pun sebok la menolong sama, konon2 nak tengok muat ke tak kasut tu kat kaki aku. Aku marah le bila dia cuba nak selitkan jari halus dia kat belakang tumit aku. Budak ini, kang kalau terpenyek jari tu kang, ko gak yg melalak. Perangai mcm tua.. hadoiii....
Banyak jenis jugak la yg dia reject. Last2 dia berkenan kat flat show hitam ada reben bunga. Aku pun berkenan gak, sbb pakai rasa selesa, rupa pun kiut, sesuai sgt la dgn seluar jeans yg aku pakai pada masa tu.... *aku kena highlight perkataan ini*
The moment of truthnya ialah bila tiba hari kerja. Aku masuk lif pejabat. Dalam lif tu kan kelilingnya berdinding cermin, jadi boleh nampak full view, atas bawah, depan belakang. Biasala, bila sorang2 kita je dlm lif, kena la belek2 diri sendiri. Bila lagi nak perasan vain kan? *hahahhaha....* Dah punya skema aku bertudung dan berbaju kurung, tiba kat kasut - flat shoe bereben bunga! AAaaaaa.... sungguh tak sesuai! Tidakkkkkk.....!!!! Tak matching langsung!
Jadi, hujung minggu ni aku nak cari flat shoe lain. Flat shoe yg skema dan macho! Kepada flat shoe bereben bunga, mu jgn kecik ati eh.. :P
tak feel lah baca story ni kalau tak tengok gambar. silelah aplod supaya kami ada feel membacanye. hehe.
ReplyDeletesamelah kite mmg tak ngam ngan high heels.
ReplyDeleteauwww... malu ai... kasut kiut miut pilihan budak pompuan 6 tahun! hihihihihi....
ReplyDelete