ok, sambung balik.
sebelum kitorang check out dari hotel, bagi can la kat budak2 nak mandi kolam seround lagi kan. lepas tu terus gerak menghala ke terengganu.
anak-anak aku semua takut nak mandi laut, ombak tinggi! aku tengok pun ngeri. heh heh. last-last main pasir je la kat tepi pantai.
aku jarang sgt2 pegi pantai timur ni. dua tiga tahun sekali baru pegi. jalan pun tak berapa tau, ikut signboard je. akibatnya, kitorang terlajak masuk bandar, padahal nak pegi makan sata kat tepi2 pantai kemaman. pusing2 baru jumpa.
sedapnya makan sata panas2.
lepas beli keropok, kitorang patah balik ke cherating, singgah tengok penyu. alahai, comelnya anak-anak penyu. kecik-kecik belaka. rasa nak picit-picit aje.
lepas tengok penyu, aku singgah kedai tepi jalan yg jual bantal kekabu. baru aku tau kekabu pun ada 1st grade, 2nd grade. aku ingat lagi dulu, atukmak aku beli kekabu dalam karung, untuk dibuat bantal. zaman dulu semua kena jahit sendiri, bantal, selimut, cadar, langsir. mana ada ready-made semua ni. grade-grade pun takde, kalau nak kekabu yg kualiti, kenalah bersihkan sendiri kekabu tu.
bantal kekabu ni pulak kena selalu jemur, baru dia gebu dan lembut. kalau tak jemur, lama2 kekabu dia jadik bergumpal dan keras macam batu. kalau tido guna bantal jenis ni, mmg konfirm besok pagi bangun sakit tengkuk. ubatnya? senang aje, ambik bantal kekabu yg telah dijemur bawah matahari terik, dan minta org yg baik dgn anda utk menghempuk tengkuk anda dgn menggunakan bantal tersebut. kekuatan hempukan bergantung kat org yg memegang bantal. kira nasib la tu. heh heh. asal jgn sampai patah tengkuk, sudah.
aku sebenarnya suka pegi pantai timur, kiranya kawasan pelancongan yg ideal la bagi aku. tapi yg tak tahannya, nak lalu hiway dia. boring giler! dah le panas berdenting, takde pokok2 rimbun kiri kanan hiway, hanya nampak pokok kelapa sawit manjang. aduh! duh! duh! bersabar je la. nak cepat sampai punya pasal.
yahuuu... dah lepas terowong sempadan negeri. aaaaah... lega...
yey! dah sampai taman melati. rehat dulu sini. huhuhu.