aku dulu bersekolah tadika kat Kampung Datuk Sulaiman Menteri, Majidee, Johor Bahru. sekarang ni nama kampung dah tukar jadik Kampung Bendahara. tu mmg tadika kerajaan, tapi bukan tadika kemas sbb masa tu belum wujud lagi.
aku ke tadika masa tu umur aku 5 tahun. mak aku kata senang pegi sekali sekolah sama2 dgn abang aku yg umur 6 thn. dan juga jiran depan rumah aku yg umur sebaya dgn abang aku. nama dia azral. bapak azral yg hantar kita tiga orang pegi balik tadika hari2.
uniform aku pulak pinafore kaler merah gelap (maroon) dengan kameja putih. lepas tu bawak buku sekeping dan papanhitam (hijau) kecik dgn kapur tulis. kalau takde pemadam, guna kain/sapu tangan atau kesat2 dgn air liur utk padam.
yg aku ingat pagi2 sampai sekolah gi main buaian dan gelongsor kat tepi kantin dulu. lepas tu baca ABC dan belajar tulis. lepas tu makan pagi; nasi lemak, kuih dan teh O. lepas tu masuk kelas balik, buat aktiviti mewarna dan tampal2 gambar. gam aku cepat je habih. masa tu guna
gam yg mcm puding (bau dia sedap!), kaler putih dalam bekas kecik (glue pot) dan ada mende kecik mcm dayung sampan (applicator) yg tersangkut kat penutup dia.
ada satu hari tu, gam aku dah habis. mak aku masakkan gam dari tepung kanji utk bawa ke sekolah. gam kanji tu aku share ramai2 dengan kawan. habih bertempek2 buku dgn gam. aku cuba nak tuang gam tu dalam bekas lain, tapi tumpah pulak kat lantai simen. aku pungut gam tu (yg dah kotor bercampur debu dan tanah) dalam bekas, dan sambung kerja tampal menampal. so korang imagine la betapa comotnya hasil keje aku. hihihihi...
oh, satu kelemahan gam kanji ni, dia takleh simpan lama2. nanti basi. baunya amatlah busuk mcm nasi basi. uwek!
i don't remember learning anything from tadika. my mom already taugh me ABC, AlifBaTa, reading and counting at home. aku pegi tadika hanya untuk bersuka ria aje. heh heh. seronok tau!
ada beberapa perkara yg terjadi yg aku masih ingat:
1. cikgu kelas aku tetiba datang sekolah sambil menangis. guru besar datang pujuk. kitorang tengok je drama tu dgn mata terkedip-kedip. mcm tengok tv la pulak. oh yek, dari dulu sampai sekarang, cikgu tadika mmg semua perempuan kan?
2. ada sekali tu, bapak azral lambat ambik kitorang. so dengan konfidennya kitorang pegi melepak kat rumah sebelah tadika tersebut. aku duduk kat buai besi (yg bentuk macam bola besar tu). tiba2 ada sorang akak ni duduk depan aku. dia mcm pelik sikit, sakit ke akak ni? rupa2nya dia golongan cacat akal. aku tak tau nak buat apa. aku terkaku dan duduk situ pandang je dia dgn mata terkedip2 tanpa bergerak2. takut pun ada. i was so hopeless and felt
uncomfortable with the whole situation. sampai sekarang aku tak reti nak handle mende2 mcm ni. how do you actually deal with this kind of situation? nak tegur ke? atau buat tak tau aje? totally ignoring them?
aku lega bila bapak azral datang ambik kitorang balik. aku tak tau mcm mana bapak azral tau kitorang ada kat situ.
3. aku masuk sukaneka. tolak-tolak gelung rotan mcm roda dari hujung sini sampai ke hujung padang sinun. kat hujung padang tu ada bukit sikit, aku jatuh tersembam masa nak panjat bukit tu lalu termakan rumput. heh heh.
4. pada hari penyampaian hadiah, aku dapat sijil sambil posing ambik gambar. muka berpeluh dan minyak2 sebab sakan berlari sana sini, main dgn kawan2. tiba2 je kena panggil nama naik atas pentas.
tahun berikutnya, aku umur 6 tahun - zaman merdeka aku. makbapak aku tak hantar gi sekolah sebab diorang kata cukup le sekolah tadika setahun je. masa tu juga mokde dan maklang aku keje kat singapore. bila diorang cuti je, sakan aku ikut jalan2 gi shopping kat s'pore atau balik kampung. yahuu! seronok giler!
tapi, oleh sebab aku suka baca buku, aku pun membelek2 buku2 sekolah abang aku yg masa tu dah masuk darjah 1, dengan buku2 latihan dan kertas2 ujian semua sekali. buku lagu (muzik) pun aku belek. aku hafal lirik dia semua. heh heh. tu pasal la masa darjah 1 aku dapat nombor 1 dgn markah aku 100%. heh heh.
[evil laughter]
si ayu ni ada sifat 'lawan tokey' la. ada ka bila tengok abang-abang dia kena marah, dia boleh gelakkan sesuka hati, mcm ni:
YYYYAAAAAAAAAAA... HAH HAH HAH....!!!! (gelak dgn kuat dan buka mulut besar2).
kekadang, aku nak marah pun tak jadi, terus tergelak. bukan patutnya dia kecik, dia yg kena buli ke?
[dalam perut]
iman, adik dan ayu tengok vcd gambar2 iman masa baby. (masa tu aku ada iman sorang je. aku rajinlah nak compile gambar2 dia dalam vcd format. tu je la satu yg aku buat pun. heh heh). jadi, sebuklah masing2 bercerita pasal 'iman sebelum kecik'. dan iman pun tanya apesal adik dan ayu takde dalam vcd tu. aku cakap le, 'sebab iman lahir dulu. kemudian baru adik dan ayu lahir'. iman tanya, 'adik kat mana?'. aku jawab je la, 'dalam perut omi'.
oleh kerana iman ni ada rasa superior lebih dari adik dan ayu (biasaklah, anak sulung mmg camtu). jadi dia dgn konfidennya bercerita kat adik dia:
iman: iman keluar dulu tau.
adik: adik kat mana?
iman: adik dalam perut omi.
adik: ayu?
iman: ayu dalam perut abah.
kehkehkehkehkeh. part ni aku gelak giler. heh heh heh.
kalau tak silap, hari tu ada sekali iman cakap kat adik, "adik dalam perut iman" tah hapa hapa.
ReplyDeletekah kah kah kah kah
ReplyDeletenasib baik aku sorang2 kat opis ni...kalau tak mesti room mate ingat aku giler.....
aku terbayang terus ayu dalam "perut" taiko...hehehehehe
eeeiiii?! dalam perut abah? eeiiii...!!
ReplyDeletehahahahhahaha.. terer2 anak2 ko azq. terer melawak. hahhahahaa. masa cakap tuh muka mesti serious habis kan? heheh
ReplyDeleteseronok layan kerenah anak2 kan..
ReplyDeletenasib baik kan dulu x de AF..kalo tak musti u dah masuk sbb dah bayk hafal lagu..hiks..
hahahahaha... seb baik jugak aku tengah sorang2 kat opis ni.. hahahahaha
ReplyDeletehahahhaha lawak ar anak akak nih...
ReplyDeleteanak2 pandai cam mak dia juge.. huhu kang taiko ban saya laks :)
huhu, klu jumpa org terencat akal, saya mati akal. klu sempat cabutlah awal2 lg.
azq!!! oitss.. yatie nih! budak TF dulu yang ko bawak berjalan kaki serata scotland sampai la kaki krem (sempat duduk kat batu tepi jalan)! hahahahaa.. kalu ko tak ingat memang la nak kena! aku baru jumpa blog ko dari link blog yan..hehe.. gumbiranya! lawak aa anak2 ko.. agree ngan ateen sure buat lawak ngan muka yang sungguh selamba cam mak dia gak.. hahaha..
ReplyDeletetaiko> ye ke.. hehehehhehe.... asal boleh jek..
ReplyDeleteterabot> baru aku tau apesal perut taiko sama kembung masa aku pregnant dulu. heh heh.
maksu> heh heh... bagus tu, bagi motivasi kat abah dia utk kempiskan perut..
ateen> mmg serius, dgn selamba pulak tu. pada dia tu dah kategori 'fact of life' la. heh heh.
muadz> err.. masuk AF boleh ke nyanyi lagu 'air terjun' - 'dari jauh bunyi berderu-deru... umpama angin yang bertiup kencang.. rupanya air yang terjun tinggi.. melompat2 dgn tak berhenti.. lihatlah cantiknya, air terjun namanya.. marilah semua, mandi bersama..'
opss... abaikan lirik terakhir.. heh heh...
passerby> sorang2 kat opis? jgn pandang belakang yek. heh heh.
wan> time kasih. yg best2 semuanya dari mak dia (konon). hehehehehhe.
lari? tu la pasal... mcm prejudis lak kan? entahla... org kata tak kenal maka tak cinta..
yatie> ko ni kan.. kejap timbul kejap hilang.... dah pindah KL belum?
btw, kalau ada kesempatan, mmg aku nka gi jalan2 sana lagi. rasa mcm tak puas je explore tempat tu.
Azeq, sorry.. aku gi KL sekali sekala je.. F tak jadi pindah KL, so apt kat Setiawangsa tu kitorang dah sewakan dah ke indon expat. dok melaka lagi la.. hehe.. ko datang ah rumah otw ke tangkak!
ReplyDeleteazq, teringat zaman2 tadika aku dulu. yg aku ingat.. ada 'buku' gambar ayam utk prektis tulis huruf Aa. A "aaaa" ayam.. heheheehe
ReplyDeleteyatie> ooo.. kau masih di melaka rupanya... kau takde ke training kat permata lagi? lama lah tak jumpa.
ReplyDeletenora@amzkaz> ha'ah, apesal huruf A je mesti AYAM?