Tuesday, January 29, 2008

bahasa

Sapa ini Anis Yusal Yusoff? dia ni tido ke masa cikgu ajar subjek BM? dah kalau tak tau sgt, bukak la kamus DBP. google pun boleh. memandai2 la pulak cipta maksud sendiri.

oit ANIS YUSAL YUSOFF, perkataan 'raya' bukan semata-mata bermaksud hari raya, sambutan atau keramaian la. itu maksud perkataan 'merayakan' atau 'perayaan'. apahal la sengal sgt. lagi mau translate ke BI pilihanraya jadi 'election-celebration'. duh!

kalau korang tertanya2 apahal la aku bising2 ni. korang bacalah Rencana tersebut kat Utusan Online. isi rencananya ok, tapi bahagian pendahuluan tu mmg aku bagi kosong markah la.

ni aku jumpa kat web DBP bahagian tesaurus:
raya (adjektif) 1.besar: gedang; 2.umum: awam;
merayakan (kata kerja): meraikan, menyambut, memuliakan, meramaikan, memperingati;
perayaan (kata nama) 1.sambutan:pesta, temasya, keramaian, perhimpunan, karnival, perarakan; 2.(jenis):Hari Raya Puasa, Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Korban, Hari Raya Aidiladha dll.

walaupon otak aku ni dah berkarat, tapi aku masih ingat lagi masa aku kat sekolah dulu, cikgu kata 'raya' itu dikaitkan dgn sesuatu yg besar. contohnya bila sebut pasar raya, kita kaitkan dgn Giant, Tesco, Carrefour. bukan pasar yg sebelah masjid, tepinya mini market tu. kalau sebut jalanraya, mestilah kita terbayang jalan yg ada dua lorong sekurang2nya, banyak kereta lalu kat situ. kalau lebuhraya pulak wajib ada tol. bukan macam lebuh silikon kat serdang ni. hari raya pulak ialah hari kebesaran org islam - bukan utk bersukaria atau bergembira semata-mata.

dan 'pilihanraya' tentulah hari utk kita buat pilihan siapa yg akan jadi pemimpin, samada peringkat negara atau universiti. setakat nak undi sapa yg jadi driver utk gi meeting, itu bukan pilihanraya, ye.

hmm... apa lagi yang ada perkataan 'raya' - oh yek, balairaya. ni ialah dewan utk kegunaan masyarakat setempat. kat kampung aku, kalau ada kenduri pon kitorang dirikan balai jugak, tempat utk mengumpulkan pinggan mangkuk, periuk belanga, beras dan bahan2 masakan, dan juga sebagai tempat berehat. lepas habih kenduri, balai dirobohkan.

aku takde la terer BM. masa kat sekolah aku blur je waktu2 BM ni. susunan ayat aku dan tatabahasa pun bersimpang siur. tulisan pun buruk. sekarang tulisan aku dah cantik sikit sebab taip guna keyboard. tapi nak tekan shift pulak malas. semua aku bantai huruf kecik. sebab ni blog aku. takde editor. aku tulis ikut suka ati aku. tapi, kalau tulisan tu nak dipaparkan dalam akhbar perdana, buat la research sikit. jangan main bantai jek. hormat la sikit kat cikgu2 BM kat luar sana.

sebenarnya, aku risau gak dgn bahasa melayu ni. macam nak pupus je. dah tak boleh bersaing dgn bahasa2 utama lain. pada aku, utk satu-satu bahasa itu terus hidup, ia perlu dinamik. kalau perlu serap bahasa lain, silakan. pada pengamatan aku, BI berkembang pesat kerana diorang tak malu-malu nak mengambil bahasa asing sebagai sebahagian daripada perbendaharaan kata diorang. dan setiap tahun, kamus oxford dan webster mengiktiraf perkataan2 baru yg wujud akibat daripada perkembangan teknologi dan sosial di peringkat dunia. ini baru namanya globalisasi dan terkini.

BM lak? konpius aku bila nampak banner 'selamat datang pelajar BAHARU' yg digantung sekitar upm ni. dan juga ucapan selamat tahun BAHARU yg di siarkan di tv dan akhbar. apa yg salah dgn perkataan 'baru'? mengapa perlu guna 'baharu'? macam tak sesuai la. kalau nak sangat ikut perkataan asal, lepas ni budak2 yg baru mendaftar sekolah kenalah buat karangan - 'SAHAYA pelajar BAHARU. DAHULU saya belajar di sekolah di HADAPAN sana.' sekian terima kasih.

15 comments:

  1. teringat lagu jalil hamid, lagu raya...

    ReplyDelete
  2. cerita pasal BAHARU nih... kalau tengok berita TV9, tengok lah di bahagian cuaca.. JOHOR BAHRU pun dia tulis JOHOR BAHARU, KOTA BHARU pun dia tulis KOTA BAHARU...
    DBP ada keluarkan pekeliling standardkan perkataan BAHARU kot?

    betul la yg kau ckp pasal bahasa melayu dah hilang nih... teringat zaman diploma tahun 2 dulu... terjumpa seorang lelaki bangsa Cina dalam bas ekspres yang bercakap bahasa melayu dengan fasihnya dan tak campur langsung dengan bahasa Inggeris. Malu nak cakap dengan dia pasal kita berbicara pun, rojak dengan bahasa Inggeris... terpaksa la senyum dan angguk je sepanjang perjalanan... he..he... 3 jam tuh!!!

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas komen saudara terhadap artikel saya. Sebenarnya saya sedia maklum akan maksud raya seperti yang saudara maklumkan. Tidak ada niat untuk memandai-mandai dan memperlekehkan BM. Isunya cuma saya nak memberi provokasi kepada tabiat memberi angpau semasa pilihan raya. Maaf sekiranya permulaan artikel itu mengelirukan. Harap dapat membaca komen dari saudara tentang masalah pokok dalam artikel tersebut. Salam, Anis Yusal Yusoff.

    ReplyDelete
  4. maksu> lagu raya jalil hamid? ooo... yg lagu 'raya... bermacam rayaa..' eh tu lagu ayam. heh heh.

    zahra> apa?? JOHOR BAHARU?? cisss.. satu penghinaan tu! nama tempat (kata nama khas) bukan ke terkecuali dari grammar rules? entah la... tak paham aku dgn DBP ni...

    kau senyum angguk 3 jam tu, tak krem ke tengkuk? heh heh... tu la, aku dok pikir, nak kata BI terer sgt pun, takde la pulak. tapi BM pun tak pandai mana gak. iysk!

    anis yusal yusoff> takde apa hal pun. saya faham isi rencana tu, dan nampak kaitannya sampai ke akhir. cuma part direct translation tu, it irked me a lot! biasa lah, manusia kan ada citarasa masing2. maybe i'll blog abt it next time. just maybe..

    ReplyDelete
  5. Waaa Kak Azq.

    Eh, sy pun geli geleman dengar baharu instead of baru. Lepas tu nama khas buat apa distandardkan.. biarlah as it is.

    DBP memang kena diperbarui..

    ReplyDelete
  6. wan> entahla... nak komplen lebih2 pun tak tau, sbb saya pun belajar BM setakat SPM aje.

    kadang2 kata 'di' (di JB, dilarang) pun salah letak. 'dari/daripada' ikut suka hati.

    dah tu ada pulak yg memandai guna perkataan 'mereka-mereka', 'para-para sahabat'.... boleh?

    eh, 'diperbarui' atau 'diperbaHArui? heh heh... konpius dgn bahasa sendiri...

    ReplyDelete
  7. amboih azq.. membaranya! hehe. sapa cikgu BM kita dulu eh? aku ingat kat pak mat tajab sorang ja. *sengeh*

    ReplyDelete
  8. kehkehkeh... over tau! alahai... pak mat tajab... ape citer dia sekarang eks? kau ingat tak yg dia ajar kelas kita masa Form 3 yg sampai merajuk2 tu? hehehhehe... dan aku ingat lagi, masa dia suruh tulis sajak, ada yg hantar lirik lagu Layar Impian! hehehehheeh...

    masa F4 & F5, cikgu BM aku Pn Rosni (betul ke eks?), yg kecik2 je orgnya. masa ni lah aku jadik skema! hahahahhahah....

    ReplyDelete
  9. apa cite dia? entah lah. last aku tau, he married one of my seniors
    in itm.

    sapadia yg antar lirik layar impian tuh? patut lah bengkak pak mat. hahahaha.. gila kretip dowh! aku siyes tak ingat cikgu BM yg lain 'cept fer him. lagi sorang yg aku ingat is en said.. for obvious reason. *sigh*

    ReplyDelete
  10. hahahhaha.... tak silap aku, hamimah kot... pat mat tajab pun satu blur.. lagi mau tanya, 'ni macam lirik lagu jek?' sampai sekarang aku boleh ingat lagu tu..

    eh, pak said yg kawin dgn pn zarina tu ke? aku dah lupalah... eh, ke, pn zarina kawin dgn sollerque? sapa kawin dgn sapa ni?

    ReplyDelete
  11. pak said kawen dgn pn zarina lah. sollerque sama aneeza. aku kompem la kena ingat chenta hati kawen dgn sapa kan? heheh

    ReplyDelete
  12. respek kat kau! boleh ingat lagi semua... cayalah!

    ReplyDelete
  13. ye ye.. respeklah aku. jgn tak respek. huahuahuahua

    en said.. i still haf the hots for you. owhhhhhhh...

    ReplyDelete
  14. adverb/adjective dalam bahasa melayu apa eh?

    aku setuju dengan ko aq, anis yuzal yusof telah sedikit sebanyak mengelirukan aku dengan intro penulisannya. raya tak berkaitan dengan sambutan sahaja. (sahaja atau saja?)

    hari perayaan - hari kebesaran

    jika kita amati, bangsa-bangsa lain lebih banyak mempelajari bahasa indonesia jika nak dibandingkan dengan bahasa melayu.

    jika hendak mengukur baju, ukur lah baju di badan sendiri dengan saiz yang sesuai tetapi adalah lebih baik jika baju itu fleksibel dan boleh dikembangkan.

    baru lah baju itu boleh bertahan walau sebesar mana pun badan kita berkembang tak kiralah sebesar hazril bin ibrahim atau pelakon syanie. (metafora nih)

    ReplyDelete
  15. ateen> kalau en. said baca ayat kau ni, mesti dia tak larat punyer.. heh heh..


    tenno> bagus. aku suka ayat2 kau tu. terutama yang baris terakhir. aku bagi kau A.

    ReplyDelete