Tuesday, February 05, 2008

majalah

aku dulu membesar dengan majalah GILA-GILA dan VARIASARI. sebab, mak/pak sedara aku rajin beli dua majalah ni. aku tumpang baca jek. masa tu manalah mak aku mampu nak belikan majalah kanak2. setahun sekali kot aku dapat baca BAMBINO. tu pun pinjam kawan punya.

aku start baca majalah GILA-GILA sejak aku baru kenal huruf (masa tu tengok gambar aje), sampai la aku pandai membaca (aku baca je, tapi tak faham). bila tiba cuti sekolah, mak aku hantar aku balik kampung. masa ni lah aku akan selongkar almari buku pak/mak sedara aku, cari GILA-GILA. kekadang terjumpa majalah GELIHATI dan BATUAPI. pada aku, GELIHATI bahannya lebih ringan, dalam tu ada lirik lagu yang diterjemahkan jadi kartun. salah satu lirik lagu yg dikartunkan, yang aku ingat sampai sekarang ialah lagu 'right here waiting'. BATUAPI pulak aku tak berapa faham, kartun dia pun macam kasar-kasar jek.

VARIASARI pun aku baca jugak. ada banyak cerita pelik-pelik dalam tu. yang paling aku ingat ialah cerita bersiri 'bercakap dgn jin oleh tamar jalis'. peh! aku percaya je bulat2 apa yang dia tulis tu. aku pikir bestnyer kalau betul2 dapat mengembara ke alam ghaib.

bila aku dah ada duit sendiri, aku suka majalah UJANG (yg asal, bukan MOY). rajin la jugak aku pegi beli UJANG, sampai kaya kampeni dia (pakcik kayooo...!!). sekarang ni aku hanya beli majalah yg berkaitan dgn wanita & keluarga, tak kisah jenama apa. tapi tengok topik jugak. kalau ada topik yang menarik, baru aku beli.

kalau aku bersidai kat kedai buku pulak, aku suka belek majalah HOT. hahahhaha.. lagha betul!

aku belikan majalah AULAD utk iman. majalah tu untuk kanak-kanak tadika (preschool). aku nak bagi diorang MINAT membaca. adik tak reti baca lagi, dia eksen je tu belek2 majalah SAYANG MUSLIM. tengok2 gambar jek. heh heh..

12 comments:

  1. mak su pun gigih study gila gila ngan variasari, dan bambino, salina, gelihati kekadang, batuapi kekadang. macam tak de yg boleh saing gila gila ler sekarang ni. GG besh.

    ReplyDelete
  2. aku pernah jumpa UJANG in person. siyes shite muka dia macam christian bale. gigi taring suma sebijik! ini yg tak sabar nak tgk batman nih.. owhhhhhhhhhh *clutching my chest*

    ReplyDelete
  3. maksu> patutla maksu terer! heh heh..

    ateen> ujang = christian bale? kejap, aku google.

    ReplyDelete
  4. hoh! dah google belum?? adalah malas terbak untuk bekerja ari nih. tgk wayang jom? *sengeh*

    ReplyDelete
  5. bagusla gugel ni, aku dah jumpa webpages dak UJANG ni... hmm... pada pengamatan aku, mamat bale tu muka dia lagi manly, with sharp features... tapi, ujang boleh gak up sikit muka dia kalau dia mekap... hehehehhehe....

    ceh! lagi mahu ngular... cd HUJAN dah jumpa blom? bos aku tak celebrate CNY la... ada kat depan tu.. dah, aku nak start keje ni... sepagian aku dok gugel saje... hahahhahaha... lagha sungguh... ujang & christian bale punya pasal la ni....

    ReplyDelete
  6. hahahaha.. aku suka lah hang nih azq. mengikut kata. btw perempuan, u've been tagged. and pls put the blame on yan. she started this!

    p/s: Cd hujan tak jumpa lagi laa :(

    ReplyDelete
  7. bad news for u ateen, HUJAN didn't sell their album kat kedai2 biasa, u have to join their gigs to get one. diorang jual sendiri.

    err... kalau kau jumpa diorang, kau mintakan autograph utk aku yek! mmmuah! *heh heh*

    ReplyDelete
  8. APA??? tak jual kat kedai? bilakala pulak la aku nak pegi join gigs2 nih? mak dah tua, nok. adalah tidak seswai! :P aku download jer lah macam nih. heheh

    kalo aku jumpa derang nanti, aku mintak autograph untuk AKU jer. harap maklum. ye, saya keji. :D

    ReplyDelete
  9. pak lang aku dulu ada complete siri bercakap dengan jin tu yang dalam bentuk buku punya.

    tu tak termasuk siri-siri lain berlawan dengan syaitan la, pe kejadahla.

    banyak citer2 berunsur lucah pun ada dalam citer2 hantu tu.

    ReplyDelete
  10. huhu, kena tag. sila jawab kalau rajin.

    ReplyDelete
  11. best tau GG..mmg saya paling igt tang lirik lagu saduran kartun tuh..mmg malatops...
    kartun2 nya pun ala2 lawak bes jugaklar...

    hmm..sekarang ni kita ketandusan idea lawak bertulis macam tu kan?...

    ReplyDelete
  12. ateen> ceh! keji!

    tenno> masa kecik, aku baca tapi tak paham. tapi bila dah besar, aku baca baru paham. betul, banyak cerita yg agak 18sx. tapi, pada aku, siri bercakap dgn jin tu yang original. yg lain2 tu perisa hot & spicy.

    maksu> huhu... maksu pun kena tag jugak. heh heh heh..

    muadzlife> saya dah beralih arah ke comic strips seperti 'big nate', 'dilbert', 'BC' dan 'rose is rose'. boleh baca online. heh heh.

    ReplyDelete