Tuesday, January 22, 2008

zoo

hari itu kami pergi ke zoo negara. saje jalan2 sebab tak tau nak pegi mana. ini adalah kali ke-3 aku ke zoo negara. pertama kali dulu aku pergi dgn boifren *ehem* - dating la apa lagi. mcm cerita p. ramlee 'masam-masam manis'. kan diorang dating kat situ. maklumler, masa tu aku baru2 nak kenal hidup kat kl. jadi, aku pergi la muzium, zoo dan tempat2 shopping. sebenarnya, banyak sungguh tempat2 yg boleh dilawati kat kl ni, sampai tak tersinggah.

kali ke-2 pergi zoo negara masa bday iman yg ke-2. tapi masa tu dah berempat, termasuk adik. dan kali ni berlima pulak. perubahan yg aku perasan kat zoo negara tu...

1> sistem tiket dia dah tukar. sekarang pakai tiket jenis gelang kertas lekat kat tangan, dah tu kena scan utk masuk kat pintu pagar dia. harga tiket pun dah mahal RM15 utk sorang dewasa. mungkin utk cover kos tukar sistem tiket kot?

2> banyak kandang2 kosong under renovation. bahagian serangga langsung tak boleh masuk. tak dapat anak aku nak tengok lipas.

3> kandang buaya takde buaya. rasanya dulu ada. buaya dah terlepas ke sungai ke?

siapa yang tengok siapa sebenarnya ni?

anak2 aku excited gak la tengok2 binatang kat situ. tapi ayu lagi excited tengok train yg jauh tu daripada tengok gajah dan zirafah depan mata dia. 'omi!! tu train, omi!!'.

adik pulak cakap dia nampak katak besar. padahal itu hanyalah gambar kartun katak yg di lukis pada dinding rumah reptilia. aku pelik jugak, punyalah macam-macam binatang yg dia tengok kat zoo tu, gambar katak je yg dia ingat?


[train set]

satu kepala train dah rosak, dah tersadai di sinun.

ke dua-dua train set tersebut dah tinggal nyawa-nyawa ikan. yg satu kepala train tu langsung dah takleh gerak. tinggal satu je masih boleh jalan. sistem traffic light dia pulak dua-dua dah rosak - satu omi pijak. heh heh. sorry. tak perasan. habih patah riuk.


[leh]

ini ialah trademark adik. dia suka sebut 'leh' kat penghujung ayat dia. contoh penggunaan:

1> 'omi tunggu, leh'

2> 'ayu, kita main sama-sama, leh'

3> 'lepas ayu, adik pulak, leh?'


[diaper-free]

it's official. ayu's a big girl now. setakat ni takde eksiden terberak kat seluar. tapi banyak kali gak selamba kencing sesuka hati sambil cakap 'omi, ayu cencin!'. cessss... aku jugak yg jadik tukang lap. so, utk mengelakkan berlaku kejadian yg tidak diingini, setiap sejam-dua aku akan paksa dia gi toilet. no more susu botol sebelum tido malam. minum air masak aje.

tapi, seingat aku, ayu senang gak la nak di'toilet-trained'. iman dulu pun senang gak, lebih2 lagi dia seorang yg pembersih, dia mmg geli kat mende2 yg kotor. adik? dia ni mmg selamber. nak dekat seminggu tak pakaikan diaper masih selamber berak kat seluar. saje je muka dia. nasib baik bibik ada masa tu. bibik la yg tolong apa2 yg patut.

tapi, semuanya mencapai target utk diaper-free waktu umur 3 tahun. yey! jimat belanja beli diapers! yey! kurang sikit sampah sarap dan bahan buangan yg boleh mencemarkan alam sekitar....

5 comments:

  1. apa motif kena pakai gelang? tapi kandang kosong....ek ellleehhhh

    ReplyDelete
  2. maksu> tu la pasal... dah le gelang kertas.. kalau gelang emas, syok la jugak. heh heh...

    ReplyDelete
  3. [leh] tu, mcm jangkit kau masa muda2 je zq... he..he...

    ReplyDelete
  4. kena pakai gelang kah sekarang??? whoaa.. macam genting siak. haruslah aku pegi menjenguk jugak macam nih..

    ReplyDelete
  5. zahra> oo.. ye ke... aku tak perasan pulak... heh heh... kira ni penyakit keturunan la...

    ateen> ok gak la sekali sekala pergi zoo.. tapi kau bersedialah sbb panas berdenting! tekak pun haus manjang... penat betul!

    ReplyDelete