Wednesday, August 27, 2008

monkeying around

hari ahad lepas, aku cadang nak pegi tengok WALL-E satu family. kitorang pun gerak la pegi sunway pyramid. bebudak pun excited la dapat jalan2.. sampai kat TGV tengok org tak ramai, jadik abah budak dengan machonya beratur beli tiket. sekejap je dia datang cakap tiket habih, tinggal seat depan aje. kensel. aku taknak juling bijik mata. lepas tu masing2 sibuk nak pegi toilet, buang air. kemudian balik rumah, rehat2 depan tv anak beranak.

kos perjalanan RM3.20 (tol) + RM3 (parking fee) iaitu lebih daripada RM6.20 sebab tak termasuk kos minyak. semata2 nak pegi toilet kat sunway pyramid. hampeh.
dalam perjalanan ke sunway pyramid. mmg jenis tak reti duduk diam.

rutin harian waktu petang, perjalanan pulang ke puchong. tengokla, mana reti nak duduk diam. dah banyak kali kitorang terpaksa berhenti tepi jalan, untuk ugut budak2 ni nak hantar diorang duduk kat semak rumput. manataknya, boleh diorang melompat2, menjerit2, berguling2 dan bergumpal2 dalam kereta. macam mon****! mmg geram dibuatnya. kalau aku malas nak marah, aku ambik rotan yg disimpan di bawah seat aku, dan zassssss.... kena sorang satu das. atau pun cubit. nasib la sapa yg kena antara diorang bertiga. tu pon senyap kejap aje. bukan tau sakit, kadang2 ayu & adik buat la nangis sikit2, kadang2 diorang gelakkan aje. cesssss...
pakai seatbealt? adalah dalam 5minit je. mungkin aku kena manggakan supaya diorang takleh bukak seatbelt tu sendiri.


[P44]

malam tadi aku layan astro awani sambil baca magazine. aku tertarik dgn journalist yg buat lintas langsung dari PP. dia kata, orang melayu ni penuh adab. kalau ada orang datang rumah, dan bukak cerita memburukkan dan mengaibkan anak tuan rumah, marahlah tuan rumah. betul kan?


[bottle-free]

dah lebih sebulan ayu tak minum susu botol lagi. dia sendiri yg nak minum susu guna cawan. yey! takde lagi igauan, bisikan 'tutu... tutu...' kat telinga aku nih. hehehehehhe. botol susu pun dah ku buang ke dalam tong sampah. nak tunggu susu putih ni habis, lepas ni boleh beli susu dugro3+ perisa coklat aje. tapi heranla, dugro3+ coklat ni cepat benar habis kat pasar raya. ramai kot yg minum susu ni. menurut adik, 'omi, adik sedaplah milo ni, milo ni takde susu, tak basi' (compare dgn susu coklat jenama lain. hanya dia sorang je yg faham ikut taste-bud dia)

hmm... seingat2 aku, iman pun berhenti susu botol sekitar 3thn lebih. masa tu aku nak bersalinkan ayu. iman & adik aku hantar duduk kat tangkak, mak aku jaga. iman ni dari kecik dia akan berjaga malam nak susu botol. mak aku mana larat nak bangun malam buat susu, jadik mak aku buatkan susu dlm cawan. since kalau minum guna cawan tak boleh baring, dia pun malas nak bangun malam lagi dah. lepas tu terus je minum susu dalam cawan.

adik pun sama. 3thn lebih dah berhenti susu botol, lepas dia kena masuk wad cirit birit. aku cakap kat dia, doktor tak bagi minum susu botol, nanti kena cucuk jarum kat tangan (drip). lepas tu terus dia minum susu guna cawan aje. heh heh.

9 comments:

  1. eh.... buat penat jer... cian.

    maksu dulu pernah bawak ciliapi dalam kereta, tp sekarang dah kureng skit, or sbb 2 org tu dah besar skit, tak perlu guna ciliapi, tapi guna penampar jepun jer, ahaks. skrg baby w plaks bikin geram, ke depan, ke belakang, dok kat tgh, nak bawak keta, nak pegang stering... fenin gua dibuatnyer. kita dah add awak kat facebook.

    ReplyDelete
  2. hihii kelakar. time amek gambar memacam posing kuar.

    kak azq ada spare rotan dlm keta? huhu

    ReplyDelete
  3. hahaha,,seronok aku baca gelagat anak2 ko.. nakal ek?

    ReplyDelete
  4. zq, nak pinjam WALL-E dr aku tak? aku dah ada dah... he..he...

    ReplyDelete
  5. cepatnya anak2 ko berenti minum susu botol azq. anak sedara aku??? masihhhhhhhhhh lagi. haha

    ReplyDelete
  6. maksu> ciliapi tu.. ngeri...

    wan> bukan rotan betul, batang plastik pegang belon tu je. tu pasal la tak sakit agaknye.

    miza> tu la pasal, ada waktu2 hyper... bersabar je la...

    zahra> aik? mana dapat? bagi je la, boleh aku layan kat ofis. *opppss*

    ateen> haziq tu ke? mcm tak caye je, tengok gambar mcm macho... hikhikhik...

    ReplyDelete
  7. goshh azerque... ur kids r all taiko look-alike... hahaha..

    ReplyDelete
  8. azq, kalo macho sungguh, takde le adik aku yg sorang lagi panggil dia mat bunga. heheh

    ReplyDelete
  9. tracy> like father like sons & daughter, kan?

    ateen> mat bunga? kehkehkehkehkeh...

    ReplyDelete