Tuesday, January 29, 2008

bahasa

Sapa ini Anis Yusal Yusoff? dia ni tido ke masa cikgu ajar subjek BM? dah kalau tak tau sgt, bukak la kamus DBP. google pun boleh. memandai2 la pulak cipta maksud sendiri.

oit ANIS YUSAL YUSOFF, perkataan 'raya' bukan semata-mata bermaksud hari raya, sambutan atau keramaian la. itu maksud perkataan 'merayakan' atau 'perayaan'. apahal la sengal sgt. lagi mau translate ke BI pilihanraya jadi 'election-celebration'. duh!

kalau korang tertanya2 apahal la aku bising2 ni. korang bacalah Rencana tersebut kat Utusan Online. isi rencananya ok, tapi bahagian pendahuluan tu mmg aku bagi kosong markah la.

ni aku jumpa kat web DBP bahagian tesaurus:
raya (adjektif) 1.besar: gedang; 2.umum: awam;
merayakan (kata kerja): meraikan, menyambut, memuliakan, meramaikan, memperingati;
perayaan (kata nama) 1.sambutan:pesta, temasya, keramaian, perhimpunan, karnival, perarakan; 2.(jenis):Hari Raya Puasa, Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Korban, Hari Raya Aidiladha dll.

walaupon otak aku ni dah berkarat, tapi aku masih ingat lagi masa aku kat sekolah dulu, cikgu kata 'raya' itu dikaitkan dgn sesuatu yg besar. contohnya bila sebut pasar raya, kita kaitkan dgn Giant, Tesco, Carrefour. bukan pasar yg sebelah masjid, tepinya mini market tu. kalau sebut jalanraya, mestilah kita terbayang jalan yg ada dua lorong sekurang2nya, banyak kereta lalu kat situ. kalau lebuhraya pulak wajib ada tol. bukan macam lebuh silikon kat serdang ni. hari raya pulak ialah hari kebesaran org islam - bukan utk bersukaria atau bergembira semata-mata.

dan 'pilihanraya' tentulah hari utk kita buat pilihan siapa yg akan jadi pemimpin, samada peringkat negara atau universiti. setakat nak undi sapa yg jadi driver utk gi meeting, itu bukan pilihanraya, ye.

hmm... apa lagi yang ada perkataan 'raya' - oh yek, balairaya. ni ialah dewan utk kegunaan masyarakat setempat. kat kampung aku, kalau ada kenduri pon kitorang dirikan balai jugak, tempat utk mengumpulkan pinggan mangkuk, periuk belanga, beras dan bahan2 masakan, dan juga sebagai tempat berehat. lepas habih kenduri, balai dirobohkan.

aku takde la terer BM. masa kat sekolah aku blur je waktu2 BM ni. susunan ayat aku dan tatabahasa pun bersimpang siur. tulisan pun buruk. sekarang tulisan aku dah cantik sikit sebab taip guna keyboard. tapi nak tekan shift pulak malas. semua aku bantai huruf kecik. sebab ni blog aku. takde editor. aku tulis ikut suka ati aku. tapi, kalau tulisan tu nak dipaparkan dalam akhbar perdana, buat la research sikit. jangan main bantai jek. hormat la sikit kat cikgu2 BM kat luar sana.

sebenarnya, aku risau gak dgn bahasa melayu ni. macam nak pupus je. dah tak boleh bersaing dgn bahasa2 utama lain. pada aku, utk satu-satu bahasa itu terus hidup, ia perlu dinamik. kalau perlu serap bahasa lain, silakan. pada pengamatan aku, BI berkembang pesat kerana diorang tak malu-malu nak mengambil bahasa asing sebagai sebahagian daripada perbendaharaan kata diorang. dan setiap tahun, kamus oxford dan webster mengiktiraf perkataan2 baru yg wujud akibat daripada perkembangan teknologi dan sosial di peringkat dunia. ini baru namanya globalisasi dan terkini.

BM lak? konpius aku bila nampak banner 'selamat datang pelajar BAHARU' yg digantung sekitar upm ni. dan juga ucapan selamat tahun BAHARU yg di siarkan di tv dan akhbar. apa yg salah dgn perkataan 'baru'? mengapa perlu guna 'baharu'? macam tak sesuai la. kalau nak sangat ikut perkataan asal, lepas ni budak2 yg baru mendaftar sekolah kenalah buat karangan - 'SAHAYA pelajar BAHARU. DAHULU saya belajar di sekolah di HADAPAN sana.' sekian terima kasih.

Tuesday, January 22, 2008

zoo

hari itu kami pergi ke zoo negara. saje jalan2 sebab tak tau nak pegi mana. ini adalah kali ke-3 aku ke zoo negara. pertama kali dulu aku pergi dgn boifren *ehem* - dating la apa lagi. mcm cerita p. ramlee 'masam-masam manis'. kan diorang dating kat situ. maklumler, masa tu aku baru2 nak kenal hidup kat kl. jadi, aku pergi la muzium, zoo dan tempat2 shopping. sebenarnya, banyak sungguh tempat2 yg boleh dilawati kat kl ni, sampai tak tersinggah.

kali ke-2 pergi zoo negara masa bday iman yg ke-2. tapi masa tu dah berempat, termasuk adik. dan kali ni berlima pulak. perubahan yg aku perasan kat zoo negara tu...

1> sistem tiket dia dah tukar. sekarang pakai tiket jenis gelang kertas lekat kat tangan, dah tu kena scan utk masuk kat pintu pagar dia. harga tiket pun dah mahal RM15 utk sorang dewasa. mungkin utk cover kos tukar sistem tiket kot?

2> banyak kandang2 kosong under renovation. bahagian serangga langsung tak boleh masuk. tak dapat anak aku nak tengok lipas.

3> kandang buaya takde buaya. rasanya dulu ada. buaya dah terlepas ke sungai ke?

siapa yang tengok siapa sebenarnya ni?

anak2 aku excited gak la tengok2 binatang kat situ. tapi ayu lagi excited tengok train yg jauh tu daripada tengok gajah dan zirafah depan mata dia. 'omi!! tu train, omi!!'.

adik pulak cakap dia nampak katak besar. padahal itu hanyalah gambar kartun katak yg di lukis pada dinding rumah reptilia. aku pelik jugak, punyalah macam-macam binatang yg dia tengok kat zoo tu, gambar katak je yg dia ingat?


[train set]

satu kepala train dah rosak, dah tersadai di sinun.

ke dua-dua train set tersebut dah tinggal nyawa-nyawa ikan. yg satu kepala train tu langsung dah takleh gerak. tinggal satu je masih boleh jalan. sistem traffic light dia pulak dua-dua dah rosak - satu omi pijak. heh heh. sorry. tak perasan. habih patah riuk.


[leh]

ini ialah trademark adik. dia suka sebut 'leh' kat penghujung ayat dia. contoh penggunaan:

1> 'omi tunggu, leh'

2> 'ayu, kita main sama-sama, leh'

3> 'lepas ayu, adik pulak, leh?'


[diaper-free]

it's official. ayu's a big girl now. setakat ni takde eksiden terberak kat seluar. tapi banyak kali gak selamba kencing sesuka hati sambil cakap 'omi, ayu cencin!'. cessss... aku jugak yg jadik tukang lap. so, utk mengelakkan berlaku kejadian yg tidak diingini, setiap sejam-dua aku akan paksa dia gi toilet. no more susu botol sebelum tido malam. minum air masak aje.

tapi, seingat aku, ayu senang gak la nak di'toilet-trained'. iman dulu pun senang gak, lebih2 lagi dia seorang yg pembersih, dia mmg geli kat mende2 yg kotor. adik? dia ni mmg selamber. nak dekat seminggu tak pakaikan diaper masih selamber berak kat seluar. saje je muka dia. nasib baik bibik ada masa tu. bibik la yg tolong apa2 yg patut.

tapi, semuanya mencapai target utk diaper-free waktu umur 3 tahun. yey! jimat belanja beli diapers! yey! kurang sikit sampah sarap dan bahan buangan yg boleh mencemarkan alam sekitar....

Wednesday, January 09, 2008

sorry

i couldn't get angry that long, could i? i couldn't be mad at a person who gave me his selipar when I've broken mine. i maybe a little bit upset. but when my mind's clear from those gray clouds, i knew that part of it was my faults too. 'sorry' is the hardest word to say, but i knew it's long overdue. sorry for being rude to you. i shouldn't be rude to a person who rub my tired feet after a long, hard day, should i? or make the best hot milo late at night. or cook the best gulai that i'm now fancied. :)

Tuesday, January 01, 2008

2008

aduih la... masa teringat-ingat lagi macam baru je hari tu aku tulis pasal tahun baru 2007, sekarang dah 2008. cepatnya masa berlalu...

tahun 2008 - iman dah masuk tadika. tahun 2009 sekolah darjah satu. dah tua aku rupanya.

tahun 2008 - aku ingat nak sambung study. sama macam niat aku pada tahun2 sudah. heh heh.

tahun 2008 - aku nak kuruskan badan. keep fit and slim. tone up. sama mcm tahun lepas.


[adik 4 tahun]

oh, yek. adik baru je menyambut bday dia yg ke-4 sabtu lepas (29 dec). happy birthday adik. semoga panjang umur, murah rezeki, sihat tubuh badan dan dilimpahi keberkatan hidup.
kek span perisa oren. not bad at all.

pagi-pagi lagi dia dah tanya, 'hari ni hari apa omi?'. aku buat donno jawab, 'hari ini hari sabtu'. dia kata, 'bukan! hari ni jadi apa omi'. aku gelak je. aku jawab, 'hari ni hari jadi adik! nanti kita beli kek'. happy je muka dia.

keesokkan hari pun dia perasan bday dia jugak. tanya lagi 'hari ni hari apa omi?'. aku jawab, 'hari ahad'. dia tanya lagi, 'hari ni jadi adik.' aku jawab, 'bukan, semalam jek'. dia buat muka tak puas hati. heh heh. cukup2 le tu bday sehari. lagi mau hari-hari.
bergaya dgn senapang buat sendiri.

kitorang belikan adik satu set bulding blocks. jenis yg berkualiti sikit. kalau beli yg nipis, sehari je dah pecah berkecai. mende pertama dia buat ialah senapang panjang. tu pun dah berapa kali jatuh terhempas. entah berapa lama jangka hayat toys tu, tak tau la.

atuk dia bagi satu set kereta 'atukrumen'. pakuda bagi hadiah train set. tu pun tak tau berapa lama bertahan. semoga panjang umur hendaknya... aminnn..
sambung track sesuka hati. hantam sajalah. yg penting train tu dapat jalan.