Thursday, December 27, 2007

CH

ini ialah pemandangan dari ladang BOH sg. palas. perjalanan dari tanah rata ke sini lebih 2 jam sebab jalan jem. dah le cuaca panas. kereta gerak mengengsot-engsot sebijik mcm jem kat mrr2. kalau setakat nak tersangkut dalam jem, takyah le kitorang datang jauh2 naik bukit turun bukit utk sampai ke sini. hampeh!

walau bagaimanapun, aku puas hati dapat bercuti bersama keluarga kat sini. (minus the traffic jam dan org ramai bersesak2.) CH dah tak sesejuk dulu. cuma waktu malam masih sejuk hingga menggigil tulang sum sum aku. nak pijak lantai pun sejuk. brrrr...

aku tak minat strawberry. masam! strawberry salut coklat pun masam. adik suka makan strawberry. dia kata macam grapes. adik juga suka makan durian. mcm mana dia tahu pakuda dan makngah dia kopek durian entah, sebab tetiba aje dah bersila kat tepi sambil makan sebiji demi sebiji. adik juga suka makan rambutan. walaupun kat tangan dia ada satu plastik penuh buah rambutan, dia tetap nak merampas rambutan dari plastik uwan dia. entah apa perangai budak sorang ini.

yey! dapat tshirt CH sorang satu

and the kids got lots of toys.

Friday, December 14, 2007

play pretend

[main pondok-pondok]
pada satu malam yang indah, tgh aku syok melayan facebook, tiba-tiba..

ayu: OMI! ayu berakkk!!
omi: hah? (aiseh!) ok, jom cebok.
iman: omi tu adik la!
omi: hah?
iman: adik jadi omi.

oo... ceh! main pondok-pondok rupanya. cakap le awal2. tak pasal2 ter'enterframe'. heh heh.


[main cikgu-cikgu]
bila diorang main cikgu-cikgu, si iman la yg akan jadik cikgu. kalau diorang solat olok-olok, iman gak jadik imam. self-appointed. ayu dan adik ikut saja.

iman: ainun mata! (sambil jerit kuat-kuat)
adik & ayu: ainun mata! (pun jerit kuat jugak)
iman: paham takk???
adik & ayu: pah-hammm!!!
iman: PAHAM TAK???
adik & ayu: PAH-HAMMMMM!!!! (penuh semangat)

my apologies to all the neighbors kalau bising malam2. salam aidiladha.


[bukan]
ayu default word is 'bukan'. kemudian, asal boleh je tukar ayat ikut sesuka hati dia. the thing that amused me most is her capability to memorize the whole sentence and rephrase it into negative statement or taichi kat org lain! and she is just TWO. betul lah org kata, girls develop linguistic skill faster than boys.

contoh tipikal:
omi: ayu! sini mandi! dah petang!
ayu: bukan! bukan ayu mandi! (sambil cemek-cemek)
iman: omi suruh ayu mandi lah!
ayu: bukan! omi bukan suruh ayu mandi! iman yang mandi! (suara mcm nak nangis)
omi: kalau ayu tak mandi nanti ayu busuk!
ayu: bukan! bukan ayu busuk! omi yang busuk! (konon sedih & marah la tu)

boleh jadik lawyer budak ni.

Sunday, December 09, 2007

seven habits 5

kita hidup dalam dunia yg sentiasa berubah. umur bertambah hari demi hari. tumit yg dulu licin sekarang dah ada garisan retak2. tapi, bukan tu yang aku nak cakap. aku nak cerita pasal perubahan. dan mcm mana kita nak berubah.

pertama, kita perlu ubah bagaimana kita 'melihat' sesuatu perkara. kedua, kita perlu ubah 'perbuatan atau cara kerja', kemudian baru kita dapat hasil yg kita nak.

kadangkala kita rasa kita dah sampai ke jalan buntu. kita dah buat itu ini tapi nasib kita tak berubah2 jugak. mungkin dah tiba masanya kita 'ubah diri', kita 'lihat' sesuatu isu dari sudut pandangan yg berbeza berdasarkan prinsip hidup yg dipegang. ini baru dikatakan 'anjakan paradigma'. (paradigma ialah peta minda yg kita jana sepanjang hidup melalui pengalaman, persekitaran dan cara kita dididik).

dlm karier aku, aku mmg dah sampai level ni, aku perlukan satu perubahan, aku kena keluar dari 'comfort zone' ini. yup, i really2 have to do something abt it.

2008, here i come!

Monday, December 03, 2007

seven habits 4

so, what makes a man? siapa kita?

covey kata, seorang manusia terbahagi dua: 2/3 adalah 'characters' dan 1/3 adalah 'personality'. yg kita nampak adalah personaliti sahaja. tetapi, ada org yg pandai menipu dan berlakon, supaya dari segi personaliti, dia tampak hebat. bila dah kenal lama sikit, barulah keluar warna sebenar.

secara umumnya, karakter dalaman lah yg membentuk personaliti luaran. dan karakter dalaman ni terbentuk berasaskan prinsip diri seseorang. prinsip itulah yg menjadi pakaian kita sehari-hari, samada kita sedar atau tidak.

soalan seterusnya. what makes a trustworthy man? apa sifat2 org yang boleh kita percaya?

covey identified a trustworthy person as a part of high competent skill and a part of good characters. just like a flip of coin. 'a trustworthy person' - orang yang boleh dipercayai. al-amin. dari sini barulah terbit rasa saling mempercayai. trust. do we really trust each other? whom we trust most?

"Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memenangi hati manusia dengan harta kamu, akan tetapi menangilah hati-hati mereka dengan muka yang manis dan akhlak yang mulia."
[ Riwayat Bazzar dan Abu Na'im daripada Abu Hurairah ]

Saturday, December 01, 2007

seven habits 3

let me walk u tru the basic of 7 habits, but first i need to define some terms.

like habit, habit tu apa? pada aku habit tu perbuatan kita hari2. yang pada mulanya kita buat secara sedar. tapi lama-lama kita buat separa sedar. macam otomatik gitu.

dan covey kata habit ni terdiri daripada tiga komponen. mengapa kita buat mende tu (knowledege), tahu mcm mana nak buat (skill) dan kita sendiri memang nak buat (desire).

contohnya habit memberus gigi. aku berus gigi sebab tak suka mulut busuk. bila mulut busuk, jgnkan org lain, aku sendiri rasa nak muntah. dan aku tau cara2 nak memberus gigi secara betul sejak sekolah rendah. dan aku tau aku kena berus gigi sekurang2nya dua kali sehari.

(aku ingat lagi bila nurse/staff kementerian kesihatan datang bawak gigi besar dan berus gigi besar. dia tunjuk macam mana cara yang betul utk berus gigi. lepas tu kita dapat sebatang berus gigi, ubat gigi kecik dan cawan colgate. kita kena berus gigi tepi longkang ramai-ramai dalam satu barisan.)

tapi aku selalu malas nak berus gigi sebelum tido. aku wajibkan diri aku berus gigi bila dah bangun tido aje. amalan berus gigi sebelum tido aku jadikan perkara sunat. tapi, since aku dah declare kat blog. segan pulak rasanya. aku decide aku akan berus gigi setiap hari sebelum tido lah. heh heh.

jelas kan? orang kata, kalau kita tahu mengapa (why to) & bagaimana (how to), tapi takde hati nak buat (want to). ilmu jadi sia-sia aje. tapi, kalau kita praktikkan hari-hari, ia akan jadi satu habit. itu saje.