Tuesday, August 08, 2006

revsisit JB

i'm in JB, tagging husband yang kena outstation ke sini. heh heh. saje semak. nope, we didn't quite planned it properly. walaupun masa bincang-bincang tu, we did include plan A and plan B.

monday morning - sampai opis. kepala dah ligat nak karang ayat. iyolah nak minta cuti kat bos. kenalah karang ayat yang power sikit. hari ni nak cuti, hari ni baru nak mintak, boleh? bila bos sampai, tengok dulu mood dia, nampak ok jek. dia tengah terkocoh-kocoh siapkan paper. alamak! dia panggil suruh edit paper pulak. nasib baik setengah jam dah siap. tengok jam, dah tengahhari, so, tarik napas panjang, dan pegi duduk, mengadap bos, minta kebenaran nak cuti. as expected, dia tanya 'habih paper awak mcm mana? dah siap? jumaat ni kena hantar kan?' i promised to complete the draft and will send to him via email. dan akan datang keje hari jumaat. ada pulak yang racun, suruh sambung cuti sampai isnin. dah alang-alang tu kan. heh heh heh. tapi, takleh la, kena hantar paper tu jugak, KPI tu!

tgh hari tu balik rumah, ambik bebudak terus balik tangkak. laju gak la husband bawak kereta - minimum 120kmph. sampai tangkak 4.30ptg. singgah fajar beli belah barang-barang dapur untuk my mom. Iman sengeh manjang, seronok dia balik kampung. Ayu muka cuak, dia tau dah ommi dan abah dia nak blah. Adik pulak tido. nasib baik. kalau tak mamat tu sure mengamuk sakan.

sambung perjalanan ke JB pukul 6.30ptg. tetiba ada road block. sudah! pasrah je la. memang sah road block untuk speed trap ni. ingatkan dah kantoi, rupanya tidakk! yahoo! selamat. continue journey. pukul 7.30ptg dah sampai JB. puchong - tangkak >> tangkak - JB. carik site dulu kat taman gembira. senang jugak jumpa. lepas tu carik puteri panpac, berpusing-pusing kat area angsana. hampeh betul. memang takkan jumpa. tukang bagi direction punya pasal la ni. bagi salah direction!!!! tidakkk!!!! telefon orang lain, minta direction. dia cakap dekat-dekat dengan city square. sudah! city square mana pulak ni? yup, i spent my first 20 years of life kat JB, but city square? apesal mcm tak pernah dengar pun? rupa-rupanya city square tu kat sebelah komtar, kat tapak pasar besar jb dulu. hahahahahahha. mana la tau. my memory zaman 90an dulu. and it turned out puteri panpac kat sebelah plaza kotaraya je sebenarnya. hampeh! cakap le sebelah kotaraya, tau ler. but i had the opportunity pusing-pusing jb masa sesat jalan. how things have changed! i'm quite overwhelmed. but, the air still familiar. i can't help but smile. masa berlalu, wajah berubah, tapi jiwanya tetap sama.

oh, btw. to my hubby. pagi tadi dah ingat jalan shortcut dari panpac ke taman gembira. but i don't want to confuse you. petang ni nak jalan-jalan dgn zahra. heh heh. terasa mcm zaman remaja la pulak. hahahhaha.

5 comments: