Saturday, September 29, 2012

Terbang

Malam tadi, tengah2 aku syok tido & bermimpi, tetiba masa dalam mimpi tu aku sedar yg aku sedang bermimpi. Yup, macam dapat ilham gitu, 'eh, ini aku tgh mimpi' and suddenly I became very2 conscious! The feeling is weird but it's kinda liberating, and I decided I wanna fly away, there & then! Yup, aku bayangkan aku adalah ironman (heh heh... But without those iron suit) dan badan aku jadi ringan dan terus terbang ke langit mendung (dlm mimpi tu cuaca mendung, or it it at night? Am not so sure), dan boleh terbang menembusi bangunan pulak tu! Wah, bukan setakat terbang, aku boleh jadi halimunan jugak! Dan akhirnya aku berhenti sbb aku rasa gayat! Harharhar.. Lepas tu aku pun terjaga... Gitulah ceritanya :D

I've read that u truly can control ur dream. Pegi google 'how to lucid dreaming'. Siap ajar step by step lak tu! Hahhaah... Tak kose la aku nak kontrol2 mimpi ni.. But I love to have another flying session again.. Exhilarating! 

Saturday, September 15, 2012

Alahai..

Masa raya hari tu, makin membiak2 plk jerawat di dagu.. Kalau jenis kecik2 jerawat pasir boleh sabar lagi... Ini kalau keluar jerawat batu.. Adoiii... Bengkak2 muka dibuatnya..

Mungkin sebab raya hari tu makan kuah lodeh yg ada udang kering.. Aku skrg mmg elergik teruk dgn udang. Hari tu makan sambal udang, terus kebas lidah dan bibir dibuatnya. Mmg lepas ni aku tak makan udang dah la...

Aku cuba utk mengurangkan penggunaan bahan2 kimia di muka.. Mungkin kulit aku sensitif sgt, tak boleh guna bahan mekap muka sebarangan. Jadi, drpd aku melabur duit dgn produk2 mahal yg belum tentu sesuai dgn kulit aku, aku guna bedak sejuk je la.. Dan kalau keluar rumah, guna bedak nyonya. Senang cerita.

Dan bulan ni, aku mula mengambil vitamin c 1000mg sebagai makanan tambahan, bagi jerawat cepat baik dan tak berparut. Tengok lah kang mcm mana, ok ke tak..  


Plan for 2moro

Fuh! Hari ni dah terlebih makan! Nasib baik le raya setahun sekali, kalau banyak kali mau gemok2 belaka rakyat malaysia ni... Heh heh

Tgh hari tadi pegi jemputan kat rumah kawan sekolah, Yana. Yana ni my partner masa F5, she's so caring & skema u just got to love her! Sedar tak sedar, dah 18thn kita berkawan.. 18yrs since we left school, serius dah tua! Hihihi... Ye la, anak masing2 pun dah besar, kalau dulu sibuk mengendong baby sana sini, skrg anak2 pun dah pandai ambik makanan & minuman sendiri. Heh heh..

Rumah ke-2 plk rumah bos aku, dia & his wife buat kenduri doa selamat utk pergi mengerjakan haji. They are a very nice couple, aku doakan semoga mereka dapat haji yg mabrur, dan hidup bahagia sekeluarga selamanya... Aaminnn..

Rumah ke-3 plk rumah kawan husband aku. Memula plan taknak ikut sbb sakit kepala (makan mcm2 ginilah..), tapi dah alang2 tu, terus je la pergi... Fuh, kat rumah ni yg buat aku serba salah, tak makan kang, kecik lak ati tuan rumah. Kalau makan kang, senak plk perut... Iysk... Last2 aku jamah2 la jgk sikit2, sambil mintak maaf kat perut sendiri agar jgn merajuk kena kerja lebih masa hari ni memproses makanan.. Maaf ye perut..

Besoknya aku plan nak setelkan basuh baju sekolah, kemas almari baju, pegi jemputan rumah kawan (nasib baik sebuah rumah aje), dan nak jahit manik kat baju kurungku... Hihihi... Minggu depan aku ada dinner, bagi bling2 sikit kat baju itu :D