Thursday, January 08, 2009

pemangkin perubahan

tahun ni rutin pagi aku lain sikit. bangun pun kena awal sikit. aku ada tugasan khas di pagi hari. hantar anak aku ke sekolah. yup, Iman dah masuk sekolah darjah 1.

semalam (hari ke-3) masa aku ambik Iman lepas sekolah, melilau mata aku mencari. ramai pulak budak2 yg berlari ke sana ke mari. bila aku pandang bawah, aku rasa mcm kenal je kepala budak sorang ni. laaa.... anak aku rupanya. dia tgh syok makan aiskrim dgn kawan dia sambil duduk di kaki lima. patutla aku tak nampak. heh heh.

Iman cerita, dia nampak 'orang jahat' pakai baju purple makan kat kantin. lepas tu dia lari dgn kawan2 dia. aku dah terbayang budak2 luar atau budak2 sekolah menengah kot. (sekolah menengah kat sebelah je, they share the same surau and padang). aku heran jugak, cikgu tak marah ke org luar masuk kawasan sekolah ni? rupa2nya 'orang jahat baju purple' itu adalah pengawas sekolah. hehehhehe.

ceritanya, hari sebelum tu, Iman dan kawan dia duduk atas rumput waktu rehat. jadik pengawas marah, suruh duduk kat kantin. terus dicopnya pengawas tu 'orang jahat baju purple'. macam2 hal.

hari ke-2 pulak, Iman cakap kawan dia ambik duit dia. dua posen, dua. (dua keping 20sen la tu). aku marah le, 'apesal bagi duit kat kawan? kan dah bagitau jgn bagi duit kat org?'. Iman cakap dia tak bagi, kawan dia, 'botak' (dia panggil budak tu 'botak' sebab tak ingat nama) ambik sendiri dari poket Iman. aku punyalah terkejut. aik? baru hari ke-2 sekolah dah kena pickpocketed? aku rasa nak marah pun ada, kelakar pun ada.. aduihla...

budak 'botak' tu bukan je ambik duit, tapi suka kacau org jugak. kemudian, Iman bagitau aku, cikgu dah pindahkan budak 'botak' tu duduk tempat lain. hmmm... bagus la tu... cikgu dia peratikan mende2 mcm ni. selalu jadik agaknya. mmg ada budak2 yg agak terlebih sikit perangainya.

and back to the very first day of school. 5 jan 09. of coz la aku tak nyenyak tido mlm tu. so was Iman. tapi dia nervous sbb dia nak sekolah. yg aku pon nervous sekali ni apehal la kan? mungkin aku risau aku terlajak tido. maklumla sebelum tu dah bercuti panjang.

posing dulu sebelum bertolak dari rumah. Iqbal & Ayu pun sama tu nak bawak beg. Pening betul budak dua org ni. abang Iman beli kasut sekolah, Iqbal pun nak kasut sekolah jugak. abang Iman beli beg sekolah, Ayu pulak nak beg barbie kaler pink! (mujur aku jumpa beg pink, gambar disney's princesses harga RM10 kat kedai dua ringgit. jadik la...)

perhimpunan utk pelajar2 sekolah. tak ramai pun pelajar sekolah sini. just 3 or 4 classes for each batch.

sekolah ni baru je dapat guru besar baru. satu yg aku ingat, katanya, 'yang dicari kecemerlangan dalam murid itu bukan hanya dari segi akademik semata-mata. mungkin ada murid yg tak cemerlang dalam bidang akademik, tapi cemerlang dalam bidang lain.'

pada aku, biarlah budak2 ni cemerlang dalam bidang akademik dan juga sahsiah diri. supaya seimbang. kita sebagai ibubapa, masa ni la nak membentuk.

lepas segala taklimat dan ucapan, satu ujian akan diadakan utk menilai murid, samada dah ada asas membaca, menulis dan mengira. aku risau jugak, sbb Iman ni jenis buat sesuka hati, dia kadang2 lupa nak baca soalan. dan kalau bab2 tulis mmg dia tulis relek2 aje, no rush at all.

tapi, aku terkejut bila nampak ada sorang budak pompuan ni menangis bila disebut ada ujian. mak dia pujuk, 'takpe, kita buat latihan yek, kita buat test dulu'. i'm like, what the..? what's wrong with them? is it necessary? tak pasal2 je budak tu pressure for unknown reason, bukan cikgu suruh jawab soalan SPM ke apa. iysk...

aku dulu takde pressure pun nak exam, except masa SPM. mmg masa tu terasa betul pressure to do my very best. dan, sampai sekarang kalau aku risau sbb masalah apa2, aku akan bermimpi ambik SPM, over and over again. kadang2 tu siap boleh pikir, eh, subjek ni dah lama tak belajar, mana ingat lagi? then mula kalut, kelam kabut & total chaos (buku/nota hilang, lambat gi exam, tak sempat jawab exam, pen hilang, etc).

oh, lepas rehat dan makan kat kantin, kitorang pun hantar Iman gi kelas dia. he's cool. kira dah setel la tu. so we went to tadika Iqbal & Ayu pulak, ambik buku & uniform dan bayar baki yuran. then, back to school to fetch Iman. then, makan tgh hari dan pegi rumah transit Iman to pay the fees. then singgah klinik sbb Ayu batuk2 mcm nak semput. kena guna nebulizer. then, semua balik rumah, tido.

it was a very long day indeed. phew!

abang Iman cool aje. budak kecik ni pulak buat perangai. entah hapa2. nak jugak duduk sorang2 kat terik mentari tu. gasak. lepas tu dia pulak saje je berdiri kat tgh2 pintu kelas, padahal cikgu dah masuk kelas tu. bila cikgu suruh semua ibubapa beredar, dia pulak melalak. kuat lak tu! bingit betul! buat malu kompeni aje.


[tadika]

6 jan 2009. sempat jugak la dua beradik ni buat drama air mata. letih betul. mcm tak pernah pegi tadika jek.

aktiviti pertama - melembutkan otot2 tangan dgn bermain plasticine. mula-mula uli dgn tapak tangan utk buat bentuk bola. kemudian, gelek2 jadik kacang panjang.

5 comments:

  1. best nyer cerita pegi sekolah... hehehe... anak2 masuk sekolah, mak bapak pulak yg tensen! ko tak ajar Iman jadik brutal sket ke i.e. pegi sekeh kepala budak 'botak' tu ke? hehehe.. anak aku tahun ni eksyen (tadika 6 thn) sbb dia dah tak nangis mcm budak2 lagi kecik dari dia. hahaha

    ReplyDelete
  2. hahaha, org jahat pakai baju purple...hahah, sian, sian.

    stress, maksu rasa stress masa spm jer, lain2 masa tak dak stress. hepi semedang.

    ReplyDelete
  3. ptg tu, aku rasa seram sejuk mcm nka demam. letih betul! besoknya aku gi klinik, ambik ubat demam & selsema. *sebenarnya aku pun termasuk dlm kategori mak yg over* heh heh.

    ikutkan hati, nak je aku yg gi sekeh budak tu. hahahahhaha. btw, anak aku tu kalau dgn adik beradik, bukan main garang, siap terajang dgn adik dia. dgn org tak berani pulak. sabo je la...

    anak kau dah terasa diri dia dah besar kot. bagusss... baguss...

    ReplyDelete
  4. maksu> mcm2 la budak ni. buat mak dia saspen je. org jahat mana lak ni..
    saya pun sehabih stress masa spm. tu yg sampai termimpi2 sekarang.

    ReplyDelete
  5. hahahaha. aku kena tanya haziq nih. kat skolah dia ada org jahat pakai baju purple ke tidak. hahahha

    ReplyDelete