Monday, January 19, 2009

gorila

(update: 29 Jan 09) - payung colourful yg beli kat gua musang ni, dah tertinggal kat RnR Temerloh, menghala ke KL. sayang betul...

ayu nyanyi lagu 'gorila' ulang-ulang. sampai terngiang-ngiang lagu gorila dalam kepala aku.

dim dam dam ---> dah jadik 'ding dong dong' la pulak
dim dam dam ---> 'ding dong dong'
gorila beli peria
satu biji dua posen ---> dah naik harga 'empat posen' akibat inflasi
kupas kulit ---> tukar jadik 'kupeh kulit'. sebut style org NS.
kupas kulit ---> 'kupeh kulit'
gorila terus makan
hmmm.. pahitnyer...

macam tu lah lebih kurang. cuma lirik tu ada ubah-ubah sikit. gorila beli bawang besar la, beli buah oren la. lepas tu ada yg masam, ada yg manis. lirik dia aku tak ingat sgt, cuma melodi dia tu mcm melekat pulak dalam kepala aku.

yg aku musykil tu, betul ke lagu tu sebut 'gorila'? 'gorila' as in gorilla, sejenis binatang primate, atau 'gorila' tu nama orang?

[taska]
aku hantar Iman transit kat satu taska ni, utk dia makan, mandi dan berehat lepas balik sekolah. yg bagusnya, belakang taska ni ada sekolah agama. senang dia jalan kaki je pegi sekolah agama belah petang. ada pulak geng sama-sama transit, yg pegi sekolah agama tu jugak. aku pun tak risau sgt. tapi, tadi aku diberitau yang taska tu akan ditutup hujung bulan ni. aduihla. mcm-mcm hal la pulak...

[kasut hitam]
budak sekolah rendah sekarang ni pakai kasut hitam yek? atau sekolah Iman je?

sesuka ati je aku jahit lencana 'atas' kocek. gigih sungguh.

[adik punya hal]

aku belikan buku tulis kat adik. aku suruh dia tulis nama sendiri. aku ingat dia nak tulis nama penuh dia. rupa-rupanya dia tulis Iqbal dan Bomba! (huruf 'q' dan 'n' terbalik, ni pun kira dah improve habis. sebab selalunya dia tulis huruf terbalik, dan perkataan dia tulis dari kanan ke kiri). siap lukis kereta bomba. tu yg tak tahan tu. huhuhuhu....

ni adik lukis peta. dia cerita, 'mula-mula kita pegi jogging kat putrajaya (yg belah bawah, ada jalan berbatu bulat-bulat), kemudian kita pegi rumah paklong lokman kat JB (nun di atas, rumah sebelah traffic light), kemudian kita pegi tesco dan ioi (belah kanan), kemudian kita pegi rumah Iman (tepi kanan).

inilah yg dikatakan imaginasi melangkau dunia realiti.

[sahaja]
ayu suka guna perkataan 'sahaja', sejak dua-tiga hari lepas. yup, perkataan penuh SA-HA-JA with emphasis.
contoh ayat:
ayu suka pegi tesco SAHAJA. ayu tak suka giant.
dan
ayu suka roti kaya SAHAJA.

11 comments:

  1. AKak, giler kelakar and creative anak akak nih... heheheh.. seronok baca bila akak citer gelagat diorang,,.

    ReplyDelete
  2. Bagusnya, melukis tambah kreativiti.

    Sayang kan taska tu tutup. Sekolah anak saya sederet dgn sekolah agama dgn transit dia. Senang.

    ReplyDelete
  3. sahaja sahaja jer budak2 tu kan.... sahaja depa jer.

    sahaja aku berwuduk, eh!

    ReplyDelete
  4. ayu nak practice tulis cheque tu:
    'tiga juta ringgit sahaja'.

    ReplyDelete
  5. baku jugak eh ayu ni..SAHAJA.
    pandai nyer ko jihit azq.. hehehe

    ReplyDelete
  6. hehehehe ..lucu nyer..sian gorila pahit termakan peria..hiks...

    larr dah dpt canteek nyer nurseru..nak tutup le plak...perkara ni penanh jadik kat saya..hampa je kan..

    itu SAHAJA komen sya..hiks

    ReplyDelete
  7. macam macam hal anak2 ko. kiutttttttt sungguh. paling tatahan yg imaginasi time melukis. dari putrajaya pegi jb tuuuu.. kellesssssssssss! ahehehehe

    ReplyDelete
  8. aisha> yg best2 je letak sini. tapi perangai yg buat sakit jiwa pun banyak..

    wan> ni tgh carik rumah lain area situ yg boleh tumpangkan Iman. bukan dia nak duduk lama sgt pun, dalam sejam aje.

    maksu> hehehhehe... betul tu... maybe influence dari bacaan doa la kot. hahahahha...

    suhana> makcik kayooo...

    nora> aku bantai jahit mesin je. itu lencana yg ke-2, dah terer sikit.. yg pertama horror, bengkang bengkok!

    muadz> tu la... sedih jugak la...

    ateen> hehehheheh... diorang mmg, suka ati je tau!

    ReplyDelete
  9. Hahaha..

    Anak2 kau ni genius kot azq, ek? Boleh tulis terbalik tu, ingat senang ka?

    Michiko pun macam Ayu jugak, tp Michiko sebut SAJA. Michiko SAJA boleh makan ni. Adik tak boleh. Lepas tu, dia suka la tertinggal huruf pertama contoh nak akan (nak makan). Tak oleh (tak boleh). Nak asuh (nak basuh).

    Hehehe. Memang la penglipur lara anak2 ni ya.. :)

    ReplyDelete
  10. ira> yg #2 ni kidal, tu yg jadik gitu...

    tu yg kelakar tu, bila anak2 ni guna perkataan mcm org dewasa. heh heh... entah dia faham ke tak sebenarnya.

    ReplyDelete
  11. Respect and that i have a keen give: What Is In House Renovation Loan home repairs contractors

    ReplyDelete