Friday, January 09, 2009

adik's 5th belated bday

adik just celebrated his 5th bday last week. baru lima tahun rupanya. tapi tahun 2009 ni dah masuk tadika 6 tahun. alhamdulillah dia dah boleh baca sikit2, perkataan yg senang2 dua suku kata. his favourite words are POLIS dan BOMBA. kadang2 tulis betul. kadang2 tulis mirror image. ikut suka ati dia. kalau melukis nombor satu, dari pagi sampai petang pun sanggup. tapi bila suruh baca buku mulalah ada masalah konsentrasi.

teringat satu kisah, masa aku mula2 ajar dia baca. aku ulang2 ajar dia SA SI SU sampai dia ingat. kemudian ada perkataan SA... bawah gambar saku. aku tunjuk gambar tu dan tanya dia 'S.. A.. bunyik apa?'. dengan konfidennyer dia jawab, 'S- A- PO!'. aku punyalah marah, 'apesal SA bunyik PO pulak?'. dia jawab, 'POKET!' (dia tengok gambar saku = poket). aku bantai gelak. sesuka ati je budak sorang ni.

orang lain punya bday, orang lain yg tiup lilin? hehehhehe. masa nyanyi lagu bday tu, si iqbal tiba2 je bangun buat aksi finale gitar solo. entah semangat mana meresap dlm badan dia, tak tau le. it was hilarious tho. abang iman & ayu took the opportunity to blow candles. terpaksala nyalakan lilin lagi sekali. kali ni dia duduk je depan kek. hehehheheh.


[wedding]

selamat pengantin baru buat angah Zimah & suami (27/12/08). aku suka gambar ni. taken by hubby. ada bakat terpendam rupanya. lepas penat berkenduri, kitorang pegi jeram tengkek. fuh! sejuk betul! yg bestnya kat tgh sungai tu takde batu2 kecik yg licin, hanya pasir halus mcm kat pantai. kaki pun tak sakit nak pijak. anak2 aku pun best jek berendam. aku duduk kat bawah air terjun. macam jacuzzi. lega badan...


[cabut gigi]

awal disember lepas, Iman bagitau gigi dia dah tumbuh kat belakang gigi dia. tapi gigi susu tak goyang pun lagi. aiseh, risau lak aku. kang berlapis2 lak gigi budak ni. gigi susu punyalah cantik tersusun. taknak la gigi kekal buruk pulak. tak lama lepas tu, gigi dia pun goyang. lepas tu, pagi sabtu 27 dec 08 (kenduri kawin angah zimah), dia bangun tido dia cakap gigi dia dah terkeluar. laaa... dah tercabut sendiri rupanya. baguss... bagus... tapi, tak sempat aku nak campak atas bumbung, dia dah buang gigi susu dia tu kat bakul sampah. hmmm....

6 comments:

  1. poket jadik sa-po?

    sa sa sa sa sa sa

    (la la la la la)

    ReplyDelete
  2. hehe..azq, citer Iman nyer gigi kekal nak kuar while gigi susu still around tuh sebijik ngan Uya nyer kes! since anak aku hari tu dok komplen sakit gigi, aku dah nak bawak dia gi cabut kat dentist dah.. tapi that same lunch time, rupa2nya dah tercabut sendiri! aku tak ingat plak umur 5thn dah start kuar gigi kekal (rasanya cam zaman2 skolah rendah dulu yang baru nak jatuh gigi2 susuku).. hehe.. advanced la bebudak ni!

    ReplyDelete
  3. Meriahnya cerita anak2 kau azq! Hehehe. Mmg best aaa. Cepatnya masa berlalu ye. Dah 5 thn umur anak. Maksudnya kau pun dah kahwin lebih 5 thn. Fuhhh... Congrats! :)

    ReplyDelete
  4. maksu> budak ni mmg pandai nak memandai-mandai...

    yatie> aik? Uya lagi awal! 5 thn dah tumbuh gigi baru. terlebih kalsium kot? hehehehhe....

    ira> yg 5 thn ni anak aku #2. yg sulung dah darjah 1. aku sedang belajar menerima hakikat...

    ReplyDelete
  5. happy birthday adik..:)

    hehehee..S-A..PO.hehehee..tgk tu diaorg lebih pada gambo kann....

    ReplyDelete
  6. muadz> ha'ah. dia bukan pedulik tulisan tu. manjang tengok gambar aje. sabo je la...

    ReplyDelete