Monday, September 29, 2008

balik kampung

kitorang gerak balik tangkak semalam, ahad, lebih kurang pkl 1 tgh hari. jalan tak jem, kereta tak banyak. melaju je. cuaca pun cerah. matahari terik, silau mata.

'balik kampung... wo wo wo balik kampung.. wo wo wo balik kampung.. hati gira..' nyanyi ramai-ramai, ulang-ulang sampai penat. korus sahaja.

sampai rumah mak aku dalam pukul 3ptg, terus tolong2 masak untuk berbuka. mak aku dah jemput keluarga pakngah, pakndak, mektam & mokteh untuk sama2 berbuka kat rumah. mak aku dah siap masak dalca, ikan selar goreng, ikan kering dan sambal belacan. aku buat roti jala. husband aku masak gulai ayam cili padi. mokteh buat kuih kole kacang. makndak bawak mi goreng dan buah melaka. air pulak dua jenis, teh O panas dan sirap bandung aiskrim soda. mmg meriah. bukan selalu dapat kumpul ramai2 gini.

peristiwa syahdu di petang ramadhan tadi. ayu telah menanduk bibir aku. berpinau bijik mata dibuatnya. lihatlah hasilnya, tak payah cucuk botox ke collagen, bibir dah bengkak, kebas je rasa. mungkin kena suruh dia tanduk sebelah lagi untuk bagi sama rata. harap raya nanti bibir aku dah normal balik.

mak aku kalau masak ketam sos ni, mesti sedap. antara lauk kesukaan aku. amat sedap diratah begitu saja. nanti aku nak cuba masak pulak. mak aku kata senang aje. tumbuk lada merah, tumis. masukkan ketam, goreng2 sampai masak. bancuh sos cili dan sos tomato. curah dan gaul dgn ketam sampai sebati . pecahkan telur sebiji, kacau2 sekejap, tutup api. hidangkan.

hari ni kitorang relek2 aje. mak aku dan mokde aku dah siap kemas rumah segala (siap cat rumah lagi). tinggal nak masak esok, utk raya.

selamat masak rendang, selamat rebus ketupat segera. selamat gosok baju raya. dan selamat menyambut 1 syawal 1429H. mohon maaf zahir batin.

6 comments:

  1. wah.. terliurnya aku tgk ketam ittewwwwww.. masak udang guna resepi tuh bleh tak? ketam2 nih agak leceh untuk disiang. *sengeh*

    anyhoo, tq for the card raya & duit raya. tawun depan kasik la lagi. aheaheaheahehahea

    Eid Mubarak to you & family! :)

    ReplyDelete
  2. go Azq's roti jala!! hehe bandung soda? slurp!

    Selamat Hari Raya to U & family, maaf zahir batin ye! Have a good one!

    ReplyDelete
  3. kih kih kih, sila suruh dia tanduk lagi sekali untuk balancing.

    ReplyDelete
  4. yoohoo! raya lagi ke?? uve been tagged!

    ReplyDelete
  5. sedapnya tgk ketam tu, azq! too bad my hubby allergic seafood..

    ReplyDelete
  6. ateen> tukar dgn udang pun boleh, tapi beli udang yg besar2 sikit. lepas tu call aku, boleh aku tolong rasa sikit (atau banyak, kalau sedap). quality control. heh heh.

    yan> selamat menjala to u too (dah ada acuan roti jala kan? :)
    *nanti aku buat tag tu*

    maksu> sungguh kejam. huhuhuhu... sepanjang raya saya menderita, luka jadi ulcer, merebak lak kat lidah dan gusi. ouch!

    citykoos> kau belasah je makan depan dia. hahahahhahaha... *agak kejam*

    ReplyDelete