Monday, May 26, 2008

unplanned

orang nak pegi bercuti, dia pun nak pi bercuti jugak. almaklumlah, cuti panjang; cuti hujung minggu bersambung dgn cuti wesak, ape kelas dok terperap kat rumah jek. ye tak?

aku dah berangan nak menyusuri pantai barat, ikut kuala selangor sampai ke lumut. ni semua gara-gara aku 'ter'pergi ke sabak bernam hari tu (JB2008). tapi, hubby pulak nak pegi pantai timur, nak singgah makan lauk tempoyak ikan patin kat temerloh.

jadi, lepas kemas2 rumah dan pack2 barang, kita duduk dalam kereta dan kita lambung duit syiling dulu. ke kuantan atau ke lumut? hmmm... kuantan pun, kuantan lah.......


mmr2 agak sesak. lupa pulak tak semua orang cuti hari sabtu. mmg sah le dah peak-hour, tengah hari buta, waktu orang balik dari pejabat. dekat sejam jugak la baru sampai terowong ni, sempadan negeri pahang.

sempena cuti hari wesak, aku pun cuti masak lah kan. heh heh. beli McD je, lunch dalam kereta. waktu ni je pun yg diorang senyap. kalau tak, bergumpal2 kat belakang nun.

keluar dari hiway karak, lalu jalan kampung ke kuantan. jalan biasa pun dah upgraded, banyak jugak dah jadik dua lorong. singgah kat gerai di pekan temerloh makan nasi dan ikan patin. not bad. ikan tak hanyir, rasa kuah tempoyak dia pun cair2 lite2 gitu. lepas makan, masuk balik jalan hiway.

huh! krem badan duduk lama2. iman, adik & ayu pon dah hyper semacam, dah boring sgt terperap dalam kereta. akhirnya lebih kurang pkl 5 ptg sampai gak kat kuantan. pusing2 carik bilik hotel yg kosong. hampeh! semuanya penuh! org s'pore pon ramai turun! ada yg book satu hotel konvoi satu kampung. nak buat camner, diorang pon cuti panjang gak. last2 pegi telok cempedak. bantai je la. terus check-in.

wuhuuu.... segarnya badan bila disapa angin laut yg sejuk lagi mendamaikan. anak2 aku bila nampak kolam mmg pantang la. pantang jumpa. ape2hal hantar beg dulu, tukar baju dan yahuuu... terjun kolam!

menu makan malam utk kami anak beranak: ikan (entah ape kenamanya) bakar, sup sayur dan ayam halia. makan sampai kembung. tak silap aku nama tempat ni tanjung lumpur.

heh heh. inilah hari yg penting bagi kami. 18 may. happy 7th anniversary :) mmg tak sangka la nak celebrate sampai kat kuantan sanun. bagus jugak surprise-surprise ni. maybe we should do this more often (if we have extra money to spend la). minus the kids. heh heh.


... bersambung...

7 comments:

  1. tahniah, happy anniversary yang ke-7. tluk cempedak ek.

    kalau gituuuuu, maksu 16 tahun ni kena sambut kat ner ek? mungkin di teluk nangka? ahaks

    ReplyDelete
  2. wah..ke teluk cempedak yer....

    amboi2 siap dah nak minus the kids..but true..mmg perlu private time ngan pasangan..penting tuh!!

    ReplyDelete
  3. maksu> alamak! dah sekali ganda dari saya tu.. celebrate kat mana2 pun boleh, asalkan hepi-hepi together :)

    muadz> kalau takde bebudak ni, rasa sunyi pulak. dah biasa ramai2 kan. tapi bila ada, nak layan perangai sorang2, penat dibuatnya! huhuhuhu...

    ReplyDelete
  4. hihi, simboliknya, nampak kasut ajer. orangnya ke mana ekkk?

    hepi belated anniversary yekk

    klu makan, slalu kat tg lumpur tu mmg sedap.. kat tepi laut betul2, murah pun murah gak. ikan bakar petai ke ape ntah.

    ReplyDelete
  5. wah.. dah 7 tahun dah.. congrats! may you have another 70. :)

    apa2 pun, anak2 ko memang cumil. *sengeh*

    ReplyDelete
  6. azq..congrats for your anniversary! pergh makan ikan bakar kat tanjung lumpur.. dah dekat laa dgn umah Shahrir.. makan kat kedai mana tu? ingat nama kedai tak?

    ReplyDelete
  7. wan> orangnya camera-shy. hihihi.

    ateen> tengkiu. tengkiu. diorang mmg cumil2. mcm cumi & ciki. hihihi.

    has> tak ingat la nama kedai. tetiba pulak masa tu hujan, kitorang berenti kat gerai tepi jalan lepas dari flyover tu.
    ooo... rumah shahrir kat are tu ke? nanti kalau pegi kuantan, boleh le singgah. :)

    ReplyDelete