Tuesday, May 13, 2008

JB2008

Cuti 1 mei yg lalu, mak aku ajak pegi rumah abang aku kat JB. nak harap dia balik kampung atau datang rumah aku? haram...

ape-apehal, pegi main air kat swimming pool dulu. aku dah lupa nama tempat ni apa. btw, ini Hadeef. tapi sepanjang kitorang tumpang rumah dia, si Hadeef ni tak habih2 dgn otomen dayna.... otomen dayna... siap fire orang tu!
yang bestnya, takde sapa pun kat sini. kitorang je satu family. hahahhaha. bagaikan ini swimming pool, aku yang punya... hahahhahahah. aku pon best jugak la berendam dan main gelongsor air. wuhuuuuu.... dah lepas penat mandi, kita makan.

ni kat danga bay. dulu danga bay ni hutan kayu bakau jek. sekarang dah ada macam2. ada kedai2 makan, ada kawasan permainan, ada mini zoo. ni gambar anak2 aku kat kandang arnab.

Ni dinner kat rumah limas batu pahat, danga bay. duduk kat anjung, makan sambil bersila. lauk dia ok, not bad. ayu dah terbaring masa ni, demam pulak dia.

bercuti punya pasal, aku lupa aku kena pegi site hari isnin. site ini kat kg banting. tapi bukan di banting, tetapi di sabak bernam. jauh giler. berpeluh2 aku berpanas dgn pakai baju kurung. huh!

ini anak kak ipar aku. lahir sehari sebelum 1 mei kat pusat perubatan kg baru. nama dia Ahmad Irfan Addin. Hopefully i got it right. memula aku dengar irfan iddin, lepas tu irfan aidil. heh heh.

wuhuuu... cupcakes lagi. yg ni pun sedap, sebijik rasanya mcm kek yg bai jual roti jual petang-petang tu. senang aje resepinya; 1 cwn tepung gandum, 1 cawan tepung kastard, 1 cawan gula. yg lelain aku tak ingat la pulak. heh heh... but, this is definitely a keeper.

ada kerusi tak mau guna. nak jugak korang melutut kat meja tu. apehal la. bila tengok sekali lagi, macam tengah prektis shoalin kungfu pun ada jugak.

sejak bila pulak aku ada anak kembar siam ni? hmmm.. hmmmm... ayu's holding her new pink rabbit. apesal bila besday budak pompuan je dapat hadiah anak patung?

4 comments:

  1. kat mana kolam mandi tu? kat air itam ker?

    shaolin junior tu berlatih aksi monkey king ker? ahaks

    abis tu nak kasi gapo lagi besides anak patung? kasik mainan nurse boleh gaks kot, semoga esok2 jadik nurse, ?..hehehe

    ReplyDelete
  2. hehehe sama je kaki dua beradik tuh..

    ReplyDelete
  3. maksu> gi mandi kolam kat senai, entah apa nama tempatnya, dah lupa. golf resort ke apa.

    wan> tu la pasal... sorang tulis tangan kanan, sorang kidal.. gitulah jadiknya.

    ReplyDelete
  4. wah sonok nyer mandi manda...dah tu tak ramai..wohooo pool ana yg punya..caiyuk caiyuk

    ReplyDelete