Ada satu iklan yg memaparkan sikap 'abundance mentality' iaitu iklan susu formula - seorang kanak2 yg mendapat idea utk membahagi-bahagikan kek yg kecil kepada setiap kawan2nya. Apalah sgt kek sekecil itu, ye tak? Tapi itulah sikap dan hasil yg positif bila kita berasakan cukup untuk semua. Last2 semua dapat, dan semua gembira.
Orang yg memiliki minda seperti ini mempunyai nilai2 kemanusian yang hebat. Pada aku, inilah salah satu ciri2 yg dituntut dlm Islam apabila kita memperkatakan tentang 'HablumMinanNas'. Mengapa kita diwajibkan berzakat, dan disunatkan bersedekah. Mengapa kita disuruh bersikap adil (meletakkan sesuatu pada tempatnya), bukan zalim. Mengapa kita dilarang bersikap tamak dan membazir. Mengapa kita dilarang mengambil sesuatu yg bukan hak kita. Dan mcm2 lagi..
Lawan kepada 'abundance mindset' ini ialah 'scarcity mindset'. Senang je nak spot orang mcm ni, pergi aje lah jamuan buffet, yg jenis ambil banyak2 bertimbun2 tapi tak habih makan. Itu lah dia. Atau jenis yg memotong2 Q, mcm dia sorang aje nak cepat. Atau jenis dengki tak pasal2, tak boleh tengok orang lain berjaya/gembira. Pada diorg ni, hidup diorg hanya gembira/berjaya jika org lain gagal. Atau tengok aje la pemimpin yg jenis kumpul harta utk diri sendiri, hinggakan hak2 rakyat pun dikautnya sekali. Kalau yang berniaga tu, dah untung nak lebih untung..
Mengapa aku menulis tentang 'abundance mindset' ni? Kerana aku tersentuh hati melihat warga jepun. Di kala ditimpa kesusahan bencana alam, dengan gempabuminya, dengan tsunaminya, dengan keadaan sejuk ribut salji, dengan loji nuklear yg terbakar. Tapi, mereka tetap tenang, berdisplin, tolong menolong, tidak membuat onar. Pemilik kedai menyediakan makan minum percuma, peniaga menurunkan harga barangan, setiap org cuba menyumbang sesuatu w/pun sedikit utk meringankan beban org lain. Inilah dia contoh 'abundance mentality' yang amat nyata dan perlu dicontohi.