Iqbal gigih belajar naik basikal roda dua. Setengah hari prektis dah terer, puas dia pusing laman rumah Poksu aku ni..
Hujung minggu 4-5 Dec 2010 kami berkumpul di rumah Poksu Seni sbb dia buat kenduri aqiqah. Pagi Isnin kami memulakan perjalanan ke utara. Singgah Sg Dua (sebelah caltex) utk pekena mi udang dan mi ketam *habih berbintat2 la badan aku... allergy punya pasal, tapi aku tibai makan jgk*.
mi ketam
mi udang
Sampai Kangar pkl 6ptg, cuaca mendung, kabus-kabus di pergunungan bertemu awan-awan di langit MasyaAllah... bagaikan di kayangan.. cantiknya pemandangan, cuaca pun nyaman.. love it!
Homestay yg kami duduk betul2 tepi jalan, menghadap bendang sawah padi. Tapi yg sedihnya, takde dapur gas, kami terpaksa la beli portable stove utk panaskan lauk (gulai daging salai yg dibawa dr rumah) & goreng telur. Ruang tamu rumah tu besar, ada dua bilik & tiga tandas, cuma tiada kemudahan dapur & mesin basuh. Maybe sebab tu harga pun murah kot RM80 jek satu malam.. nak sarapan pagi mmg senang sbb ada warung jual kuih disebelah rumah..
Pagi selasa, kami ke Gua Kelam II berpandukan GPS. Gua Kelam I ditutup sbb jambatan/titi nya runtuh akibat banjir. Kemudian, kami ke Wang Kelian. Nyesal aku tak belikan scooter utk Ayu kat sini, sbb harganya baru RM30, jenis besi boleh lipat & kaler pink pulak tu! argghhh,,, nyesal tak sudah...
Lepas tu kitorg ke Padang Besar pulak. Mak2 sedara pegi pulun shopping giler2... Aku, hubby & anak2 lepak kat warung makan. 1st time aku makan laksa lemak (en google kata itu laksa siam), sedap! Kuah dia pekat2 macam laksa johor, tapi warna kuning pedas2 mcm gulai cili api. Makan dgn ulam2 (taugeh, timun, pucuk mangga dan dua jenis daun apa tah) dan mihunnya jenis kasar. Aku suka! Cuma, mana nak carik kat KL/Selangor ni yek??
Pagi Rabu, kami gerak ke Penang, singgah Sg Dua utk makan tengah hari. Kat kedai ni (opposite caltex), mi udang dia mcm mi rebus sbb campur daging. Kuey tiau goreng & ABC sedap!
pemandangan belakang kedai makan
Ingatkan nak ke Bukit Bendera, tapi sepupu aku yg kerja kat Pulau Tikus kata Bukit Bendera tutup, terus kami ke Sri Intan Tjg Bungah, mandi2 s/pool. Part ni bebudak mmg suka la... hehehhehe.... mak & bapak budak pun suka jugak :)
Sri Intan Tjg Bungah
Mmg seronok, tapi yg tak syoknya..
1. Ingatkan kat hometsay perlis tu ada dapur & mesin basuh...
2. Gua Kelam I tutup. Orang kata kat situ pemandangan lawa. Too bad,,,,
3. Nak naik Bukit Bendera bawak anak2 tak dapat.. lain kali kot.
4. Digicam tertinggal kat homestay itu. Keluarga angkat poksu aku dah simpankan, dan poksu aku akan ke kangar utk majlis kenduri hujung tahun ni. Cuma, entah bila aku nak gi ambik kat poksu aku...
5. Wallet hubby tercicir kat RnR G/Semanggol. Ada org jumpa di RnR Tapah. Selamat dipulangkan kat Chow Kit.
6. Kereta ku kena hempuk dgn motor dari depan.. ouch!
7. Aku nak makan laksa perlis... dah habis. Perlu ke pergi sana sekali lagi? heh heh...
camne wallet t u hilang tpt lain jumpe kat tpt lain?
ReplyDeleteaku dah lama x gi perlis..
salam kak
ReplyDeletenasib baiklah semua kejadian baik2 aja kesudahannya
bkt bendera tu mmg tutup, rasanya dah tulis dlm blog hari tu, sampai bukan 3 :)
oh, saya x pernah sampai tempat2 tu... nak gambarrrrr gua kelammm :D
edi> kami saspek org yg ambil wallet husband aku kat RNR semanggol tu curik duit dan dumped it kat toilet RnR Tapah. Another person found it kat RnR Tapah and contact me (my business card ada dlm wallet tu, with hubby's IC, lesen & kad kawin). kebetulan that person is on his way to KL, dapatla my husband jumpa to get his wallet back.
ReplyDeletewan> hahahhaha... tak ingat ur part on bukit bendera, asyik terbayang2 your mee udang kuala sepetang (tak kisah la makjah ke, mak teh ke), tapi tak dapat singgah gak.. last2 kat Sg Dua aje... heheheh... lain kali kot...
ReplyDeletegambar lambat lagi... cameranya pun takde ni... heheheheh...
sy pun teringin nak ke perlis, mcm so green so clean.
ReplyDeletemasyallah, masih ada org malaysia yg baik ek, alhamdulillah
laksa dah abis masa tu? hhmmm, kena pegi lagi ler, takut nanti ngandung dok teringat-ingat, oops!
maksu> betul maksu, nyaman betul cuaca kat perlis.. bandar kecil, takde jem... heaven!
ReplyDeleteinsyaAllah, boleh pergi lagi... :)