Tuesday, March 23, 2010

Q1 2010

hahahahaha... sebok je kat blog pun nak berQ1 report jugak..


[iman]
Sekarang ni, Iman balik rumah je terus ambik buku buat homework or study. Bagus betul.. takyah nak bising2 dah. Kat sekolah agama, katanya, dia terpilih utk masuk pertandingan hafazan. Setiap hari dia menghafal surah2 dgn his Abah. Bagus la tu, dgn aku2 sekali kena hafal, refresh memory..


[iqbal]
Iqbal dah dapat terima hakikat yang dia sekarang dah bersekolah, bukan kat tadika lagi. Now he's doing his h/works with less fuss (tu pun selepas disuruh2 & dijerit2) dan dah pandai kemas buku sekolah ikut jadual sendiri. Pagi2 kena kejut dia dulu sebab dia nak mandi & siap2 sblm Iman. Iman suka la sbb boleh sleep in few mins more. Bagus.. bagus.. asal jgn buat perangai di pagi hari sudah.


[ayu]
Ayu masih menangis pagi2 nak pegi tadika. Dia bengang sbb both abang iman & abang iqbal pegi sekolah, dia sorang2 kat tadika. Dah berbuih mulut aku bagitau budak umur 7 thn je yg boleh pegi sekolah, budak 4, 5, 6 tahun kena pegi tadika. Dan baru2 ni dia buat justification sendiri:
'Omi, kat dalam tv, budak2 kecik boleh pegi sekolah kan? Sebab tu kartun kan? Kalau betul2, budak kecik tak boleh pegi sekolah kan?'
Iyer Ayu, mmg itulah yg omi cakapkan selama ni, cuma takde unsur kartun je.

Tapi aku bangga sbb Ayu dah pandai baca dgn lancar in BM. Aku rasa level dia dgn Iqbal tak jauh. Entah2 sama level kot, sbb si Ayu rajin baca buku kuat2. Iqbal pulak suka membelek gambar, reading quietly. Sekarang ni, aku tgh ajar Ayu bahasa inggeris pulak.


[oily & sensitive skin]
aduii... kulit muka aku dah jadi semakin berminyak & sensitive la plak. aik, makin tua makin banyak pulak jerawat? mcm mana ni?? yg aku perasan, sekarang ni kalau aku makan udang, jerawat pun keluar ketul2. Dan kat kepala dan badan aku mcm kena gigit nyamuk - gatal berbintil2. Tapi aku suka  makan udang. part ni yg aku tak puas hati ni... huhuhuhu....

now i opted for gentle products sbb dah tak larat nak buat experiment dah.. tengok 2-3 bulan nanti mcm mana. harap2 serasi..

(images source: google)

facial cleaner: Eucerin Gentle

facial scrub (once a week): St. Ives Scrub Gentle

moisturiser: Neutrogena for combination skin (oil-free)

sun lotion: Neutrogena Ultra Sheer sunblock

belah malam: tepek bedak sejuk aje.. barulah nyaman kulit muka.. jerawat pun cepat kering.

6 comments:

  1. kelakar yg bab terima hakikat tu.... hehehe

    yang ayu tu, katun mana yg dia tgk dah g sekolah tu? tengok nobita kot... ;)

    maksu tgh fikir nak ubatkan jerawat kakngah, makin naik plaks, asik berjemur kot

    ReplyDelete
  2. ha'ah maksu, si iqbal tu banyak songehnyanya.. sabo je la.. heheheh..

    hmm.. saya masa muda remaja dulu takdela banyak jerawat. kalau ada pun jenis halus2 tu je. ni pulak bila dah tua, membiak2 pulak. balas dendam agaknya... iysk..

    ReplyDelete
  3. lama gilos tak berblog..as always, bile bace ur posts & celoteh anak2 ko, sungguh terhibur...hehehehe

    ReplyDelete
  4. bagusnye rajin try produk utk muka. saya belasah facial wash. itu saja. tapi rasa cam dah late 20s ni macam perlu ke ek ade produk extra cenggini?

    ps: nak inform, saye pindah lagi ke http://iamsuez.blogspot.com. sori nyusahkan nak kene apdet byk kali. manusia hanya merancang. kiranya perancangan agak berterabur kali ni. hehe...thanks!

    ReplyDelete
  5. Azerq.... camtula hakikat yg kita kena terima... layan kerenah anak2...penat tapi terhibur..

    cubala eumura...setakat ni yg aku pakai, mmg berkesan..

    ReplyDelete
  6. Yan> pls update urs.. rindu kat Ayisha! hihihi...

    Sue> entahla, dulu muka takde problem pun, sempoi pakai biore je. cool menthol. peh! berangin kulit muka, nyaman! skrg ni pulak mengada2... haih...

    oh, ok, dah update dah link... hehehhe... ketinggalan zaman la pulak...

    ira> Eumora bar soap eh? mahal betul, seketul kecik Rm90! betul ke berkesan? boleh gak terai nanti..

    ReplyDelete