Friday, October 02, 2009

synopsis raya 2009

[sebelum raya]

percubaan pertama buat biskut mazola. boleh la... heh heh.. *sambil hidung kembang kempis* bangga ni!

kalau sebelum ni, aku yg tulis kad raya utk dihantar kat kaum keluarga, tahun ni ada kerahan tenaga. hahahahha... bagus betul anak2 aku dah pandai menulis, masing2 tulis sendiri kad raya. bagusss... bagusss....
(mula drpd Iman lahir, aku tampal gambar anak2 dlm kad raya sebagai kenangan. boleh buat koleksi gambar mereka membesar dari tahun ke tahun; dari Iman sorang, jadik berdua dgn iqbal, dan kemudian bertiga dgn ayu :) tapi yg sedihnya, aku bagi kat org, tapi aku sendiri tak simpan satu... huhuhuhu.... )

almaklumla, rumah 'penthouse' takde laman. main ler bunga api kat balkoni aje. heh heh...

balik kampung kat k/pilah. entah apa perangai sorang2. yg si Iqbal sebok menulis entah apa (homework tak siap2 jugak) dan lukis peta. ayu pulak tgh bad mood, mula lah pening kepala lah, sakit perut la.... glad we arrived safely at padang lebar. w/pun ada tersangkut sana sini, biasalah, heavy traffics, semua org nak balik kampung... :)


[pagi raya]

wokeh, beratur... beratur... salam, cium tangan, boleh dapat duit raya sorang satu. lepas tu bagi kat omi tau! jgn sepah2. nanti org lain kebas. hehehehehhe...


[raya ke-2]

raya ke-2 singgah Tangkak sekejap utk beraya rumah mak/pak sedara dan atuk sedara. kemudian kami terus balik puchong utk basuh baju dan repacking, sebelum bertolak ke Sg Sumun. Mak aku, mokde & mokteh tahun ni beraya dgn poksu, jadi kami pun ke sana la...


[raya ke-3]

dari Puchong kami terus gerak ke taiping. singgah sekejap melawat muzium, kemudian ke zoo. keluarga poksu, mak aku, mokde & mokteh dah menunggu.
yg khusyuk baca buku tu moksu aku. dia target nak khatam 3 buah novel sempena cuti raya ni. heheheh... lepas pusing2 zoo, kitorang ke gerai makan belakang bomba. makan yong tau fu & sotong kangkung.. nostalgia sungguh!


[raya ke-4]

pergi pulau pangkor la pulak. heh heh... dari pagi sampai ke petang. lepas pusing2 satu pulau, kita piknik tepi laut.
jernih betul air laut kat sini! pasir pun halus je... mmg best!


[raya ke-5]

singgah pasir salak sekejap sebelum gerak ke cameron highland. giler jalan sakan!

kalau aku nak ulas kisah pasir salak ni, mmg panjang. perebutan kuasa, penindasan, tak puas hati, dan memberontak. (datuk maharajalela seorang pejuang atau penjenayah?)

dari pasir salak kami ke tapah, tunggu family husband sampai (diorang beraya kat malim nawar). kemudian, kami ramai2 ke cameron highland.


[raya ke-6]

kami bermalam di tanah rata. bagus jalan masa raya2 ni, org tak ramai. sewa apartment pun murah. puas hati jugak la.

dari cameron highland, aku sekeluarga terus balik puchong (eh, takde lah terus balik terus pun, singgah kejap kat rawang, rumah angah)... penat woooo... melepek habih! besok tu, sambung lagi beraya kat rumah mak/pak sedara kat kl pulak.... peh!

biasalah, kalau tak bergambar dgn pokok teh mmg tak sah. hehehehehhe....

6 comments:

  1. fuyoh!

    raya 1: pilah
    raya 2: tangkak
    raya 3: taiping
    raya 4: pangkor
    raya 5: cameron

    tabik spring!!!

    ReplyDelete
  2. amboiii!! raya sakan nampak!.. jelessnyerr...

    ReplyDelete
  3. perghh.. jalan2 perak habih kak azerq ;-)

    ReplyDelete
  4. wow!! sgt seronok dah full of activities..best!!!

    sgt jeles...

    kita beraya sakan sampai raya ke-6 jek..

    ReplyDelete
  5. raya sakan! ni baru habih penat ni. hahahahahahah... (alasan utk tidak update blog :)

    dvd nine> ada!

    ReplyDelete