Thursday, September 17, 2009

menghampiri syawal 1430H

raya datang lagi... sedar tak sedar dah nak dekat sebulan kita berpuasa. aku bangga dgn Iman & Iqbal kerana berpuasa hampir penuh tahun ni. Hari yg tak puasa pun sbb demam dan haus sgt katanya. takpelah. diorang baru 5-6thn. tapi masa kecik2 ni lah kena prektis pose. senang kita nak membentuknya. cuma kena lebihkan bersabar, kena puji2 melambung2, kena bagi kata2 semangat, dan kena cerita yg best2 pasal puasa dan raya. everyday, without fail. yup, itu je syaratnya. :)

aku bukan rajin sgt nak bangun sahur, tapi sbb nak ajar bebudak ni puasa, mmg takleh miss sahurlah. iman tak banyak kerenah. bila di kejut dia terus bangun pegi makan. iqbal plk, masa awal2 puasa dia ok. bila dah akhir2 ni, siap menangislah, nak dukunglah, entah hapa lagi perangai. kadang2 dah bunyik azan, tapi dia masih makan, saje lambat2. aku biarkan aje. yg penting lepas tu, dia kena puasa jugak.

ayu pulak? ada juga dia puasa sehari dua, lepas tu dah tak tahan. sakit perutlah, angin lah, hauslah, penatlah. yg kelakarnya, dia dah melantak kuih & milo jam 6ptg; masa berbuka, dia pun berkobar2 sama nak makan mengalahkan org puasa! heheheheh....

owh, tahun ni, utk julung2 kalinya aku buat biskut raya: biskut mazola. hahahhahaha... mcm tak percaya plk. mmg jadik, mmg sedap. senang rupanya membuatnya. anak2 aku pun suka. tapi nampaknya mmg tak sempat nak bagi org lain makan, sbb kitorang dah perabiskan setengah telap. hehehehehhe.... (zahra, aku simpankan seketul biskut mazola utk kau yek.)

(klik gambar utk lebih jelas)
iye, aku takde gambar sefamily yg terkini. dan nak carik gambar budak bertiga ni pun payah. jadi, terimalah gambar ucapan raya yg agak garang untuk tahun ni. :)

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin.

9 comments:

  1. bagus la anak2 ko dah pose. si ayu tu pun tahan jgk ye 2-3 hari pose. anak aku seblm bulan pose, berkobar2 ckp nak pose. bila masuk je ramadhan, x de maknanya dia nak pose. tensen jek!! tahun dpn mmg aku kena "keras" sket suh dia blajar pose.

    selamat hari raya azq!!

    ReplyDelete
  2. aku pun happy gak sbb dylan berjaya pose penuh selama 29 hari. 1st day pose jek die x pose sbb die ckp die dah terlalu lapar and bukak pose makan biskut lemak.. boleh x? kalu ya pun nak buka, pilih la mknan yg best skit.. betul x? daania mengaku jek diri berpose tp sekerat hari pun x pernah lepas.. xpela eek, br 3 tahun.. kesian le plak..
    kitaorg x bgn sahur utk makan2 tp utk minum air jek sbb sume spesis x boleh nak mkn kalu lepas bgn tido.. dylan plak jenis yg x suka makan, so aku buatkan die susu jek every morning (dylan minum susu lagi smpi skg).. kalu aku stop bg die minum susu die akan jadik lagi kurus la sbb itu budak tak mahu makan nasi daa...
    anyway, selamat hari raya jugak utk ko sefamily.. nanti lepas cuti raya, during weekend ke, jemput dtg la rumah aku..

    ReplyDelete
  3. maksu jenis sahur ringkas, tapi sejak jadik mak orang, kena lah berusaha skit, caiyuk caiyuk to me :)

    selamat beraya dengan penuh meriah, berhati-hati di jalanraya :)

    ReplyDelete
  4. salam aidilfitri kak azq.

    memang garang sungguh nampaknya budak bertiga tu, nak kasi duit raya pun takut nih... hehehe

    ReplyDelete
  5. Ohhh.. Ada gak panduan aku nak ajor anak2 aku posa nanti. TQ, Azq! Bagus betul anak2 kau ni.

    ReplyDelete
  6. maksu mmg sahur, paksakan diri walau malas, kalu terlewat, paksa dorang minum air... kalu lagi lewat, paksa dorang... redha jer lah :)

    ReplyDelete
  7. tima kasih la tinggalkan seketul utk aku... nanti aku bahagi dua dgn sha yek...

    ReplyDelete
  8. ellerq> mak bapak kena kuat semangat. sbb anak2 ni banyak akal & banyak autanya, tak padan kecik!

    dyna> congrats to dylan! terer jugak dia puasa penuh (kira penuh juga la utk budak2).

    maksu> ikutkan saya sahur minum air masak je. tapi utk bebudak nak sahur, mmg kena effort lebih sikit. taknak bagi diorg keluar alasan utk ponteng puasa.
    caiyok to all mothers! heh heh..

    wan> jgn risau mak diorg tak garang. hihihihi....

    lydia> tengkiu!

    ira> mau berbuih mulut jg la nak cerita pasal puasa, boleh buat satu thesis! last2 aku cakap, kalau siapa tak puasa jadik hantu raya (sbb ada cerita drama 'hantu raya' kat tv). hehehehehhe...
    tu yg aku lega gila bila tengok pengumuman raya. peh! sebulannya effort tu!

    z-zah> jgn tak dtg yek. aku simpankan kau seketul biskut mazola, seketul biskut coklat cip & sepotong kek coklat kukus. hihihihi....

    ReplyDelete