sekarang aku lepak kat ofis dgn ayu & iqbal, sementara nak tunggu Iman habih sekolah. ayu tgh layan playhouse disney online. iqbal tgh lukis2 sambil makan biskut. aku pulak cas henfon sambil update blog.
[sekolah]
aku geram betul dgn Iman. baju sekolah punyalah kotor. padahal dia ni di kira pembersih orangnya. bila aku tengok dia bermain gumpal2 dgn adik dia, mmg sah, mcm tu jugakla dia bergumpal2 dgn kawan2 dia. baju sekolah belah belakang mcm kain lap lantai, hitam berdebu2. sabo je la aku. sekolah kebangsaan ke, sekolah agama ke, sama je kotornya.
seluar sekolah pulak, satu dah koyak berlobang kat lutut. tak silap aku masa tu minggu ke-2 sekolah. dan dalam minggu tu jugak tangan dia kat tepi siku tersagat sbb terjatuh masa berlari2. iysk.. iysk...
[tag]
Ira tagged aku. Ateen pun pernah tagged aku mende ni, but minus the award badge. aku buat sekali lah yek. heh heh. *mengelat*
1. Copy the "2008 Cute's 3logger Award" badge into your blog.
2. Link the award back to the tagger.
3. Every blogger must state 10 hobbies/facts about him/her before tagging others.
4. 10 bloggers must be chosen to receive the award and their names must be stated.
5. Leave a comment to those you are tagging letting them know that they've been tagged.
- tangan aku dah tak rasa pijar lepas potong cili/lada. tapi masalahnya, kulit di bahagian lain masih lagi sensitif. semalam aku potong2 lada hijau utk letak dalam gulai. lepas tu aku mandi, basuh muka sambil bersihkan hidung. korang tau tak betapa pijarnya kulit muka dan kulit dalam lobang hidung aku?? arrrghhhh...
- oleh kerana tangan aku tak rasa pijar selepas potong cili, aku dgn selambanyer membelek gigi Iman yg goyang. menjerit budak tu kepedasan. dgn kalutnya aku bagi dia makan sesudu gula bagi hilangkan pijar. heh heh. sorry iman, omi tak sengaja.
- aku tengah berusaha menurunkan berat badan. target aku seperti tahun2 sudah, nak dapatkan berat ideal 55kg. adakan tahun ini impian aku tercapai? sama2 kita tunggu nanti..
- aku rasa mcm nak berhenti keje la. aku rasa aku dah tak dapat nak contribute more for the company. mungkin sebab tu gred aku tak naik2.
- agak2 korang, kalau aku berniaga, ok tak?
- aku rasa aku dah lari tajukla. ni mcm list luahan perasaan. hehehheheh. lantak la...
- haaa... dah nak dekat pkl 12. aku nak pegi ambik Iman, dan nak balik makan. lapar giler dah ni.
- sambung lain kali yek. hehehhe. chow.
hihihihi
ReplyDeletekira ok lah ni
akak nak berniaga aper?
aiyo frustnyer nak meeting tapi meeting postponed... lecehnyer
ReplyDelete(perut dah lapa ni nak isi tea break, oops!)
dah jawab dah tag lagu tu :)
ReplyDeletewan> tercurah perasaan pulak. heh heh.
ReplyDeletemaksu> maksu mmg seorang blogger yg cemerlang... lang... lang.. *gema*