Friday, November 07, 2008

rainbows

aku suka pelangi. suka sangat2. kalau hujan panas petang2, mesti aku melilau2 mencari di mana pelangi.
this is actually semi circle double rainbows. two very big arches. magnificent view! tapi aku dapat ambik gambar sebelah aje. satu lagi pelangi belah atas tu tak berapa jelas. maybe kalau aku jauh sikit masa tu, boleh ambik gambar full view.

kat ERL putrajaya. kat belah sini tak hujan kan?

tempat yg sama, belah sinun dah hujan. lebat pulak tu. heh heh.


[ayu's art]
ayu dah pandai lukis-lukis. hari tu dia tunjuk kat aku dia lukis spider. mula-mula dia lukis bulat besar. lepas tu dia lukis garis-garis pendek keliling bulatan tu. mungkin ini spider spesis lain. spider sebenar hanya ada lapan kaki sahaja.

ayu lukis abah. 'abah rambut duyan' (durian). 'abah gomok'. (kesian abah, walaupun dah kurus, tapi tetap dipanggil gemuk)

'ini omi. omi basuh pinggan.' (ye la... kang ayu dah beso sok, ayu tolong omi basuh pinggan ok? tapi mengapa kepala omi mcm kentang?)

ini? 'ini ayu. ayu pakai sepit kat rambut. lawa...' (tengok tu, pandai pulak bila self-portrait lukis cantik-cantik. ini tidak adil!)

[berkebun]
ini usaha aku berkebun untuk sekian kalinya. alhamdulillah, pokok cili yg aku beli kat MAHA tempoh hari masih hidup, masih berbunga, dan masih berbuah. yey! aku suka..! aku suka..! mmg aku suka dan sayang kat pokok cili ni.

pokok-pokok lain masih menjadi bahan experimen. pokok limau kasturi, dah tinggal ranting dgn daun. pokok limau purut pulak, tinggal daun tiga helai. baru je nak tumbuh, aku dah petik buat masak tomyam la, paprik la, atau saje2 nak letak dlm lauk bagi wangi. heh heh. pokok kunyit, mcm boleh survive. aku ambik kat rumah poksu hari tu. semoga berjaya.

kira pokok cili ni all-in-one la... daun rimbun. bunga dia lawa, kecik-kecik kaler putih. buah cili pon ada, comel-comel belaka. sedap mata memandang.

10 comments:

  1. wahhhhh.. semangat ko! tapi elok la tanak pokok2 herba (herba qah?)cenggitu. aku nih takat tanam pokok duit jer lah kat opis. asekkkkkkkk la mati. 3 kali dah beli kat ikea. tensi aku. patut lah tak kaya2 lagi. cit!

    ReplyDelete
  2. hahaha, kelakar nengok lukisannya. nanti eden taruh gambar lukisan baby w... huhuhu

    ReplyDelete
  3. ateen> pokok duit? pokok tu mcm mana? yg boleh hidup dalam air tu ke?

    maksu> tu la... dia lukis muka saya dah le bentuk ubi kentang, rambut pun takde.... nasib baik 'kurus'.... heh heh heh..

    ReplyDelete
  4. Salam...

    Azq,
    Kau pun minat tanam pokok ek? Aku pun kalau ada rumah yang bertanah, teringin benar nak tanam pokok-pokok buah dan sayur. Tak payah pergi pasar, ye tak? Esok-esok tanam padi pula. Tak payah beli beras kan. Hehehehe...

    Teruskan berbudi kepada tanah... :)

    ReplyDelete
  5. ira> tanam dalam pasu aje... ni masih peringkat cuba2. lepas pegi MAHA hari tu, terus berangan nak jadi petani jaya pulak. heheheheh,,,

    ReplyDelete
  6. kekadang kiter kena time hakikat.. minat tu ada tapi tangan panas... tanam aper pun tak menjadi.. (huhuhu.. ini saya laa nie..)

    ReplyDelete
  7. has> entah le has, ikut jenis pokok yg mana compatible kot? saya sesuai pulak dgn pokok cili ni. pokok2 lain mcm segan2 lak nak hidup. tu yg tak letak gambar. heh heh heh...

    ReplyDelete
  8. seronok sgt kalo tengok pokok menghijau maca tu kan...

    p/s: pandai ayu wat lawo muka dia...hehehehe

    ReplyDelete
  9. muadz> tu yg semangat berkobar tu... dah tambah satu lagi pokok serai. harap2 hidup segar bugar.

    ReplyDelete
  10. ye benar. pokok yg boleh idup dalam air atau dalam gel yg selalu org jual merata tuh lah. kat ikea rega dia singgih semilan ploh sen jer sepasu. tapi salu gak mati kalo terlebih air. tensi aku. masuk nih dah AMPAT kali aku kena gi beli. cit!

    ReplyDelete