Monday, November 24, 2008

grad

tahniah kat angah dan bangah yg menerima ijazah di majlis konvokesyen UiTM semalam. aku tumpang gembira. rasa terharu pun ada.
tahniah!
[vocab]
anak2 aku ada himpunan perkataan sendiri. selalunya iman la yg salah faham, dah adik2 dia ikut.

hari: waktu siang, pagi sampai petang.
1. omi, hari-hari je minum milo? malam-malam minum air masak? - ayu
2. omi, hari boleh main? malam baca buku? - iqbal

dah tak lama: dah lama tak
1. abah, iman rasa dah tak lama kita pegi ioi - iman.
2. iqbal dah tak lama pegi bowling - iqbal

sedap: rasa enak (makanan)
1. omi, iqbal sedaplah ayam ni. - iqbal

hmmm... apa lagi eks? kalau ingat nanti tambah lagi... now for some pics..

ayu berangan. tah apa yg dia imagine duduk dalam kotak kecik tu lama2.

ini dia aksi ganas the butterfly girl. dia punya power? gigit abang iqbal, menggaru kepala sampai luka dahi, gelak kuat terkekeh-kekeh, dan buat-buat menangis mengada-ngada sampai bingit telinga org yg mendengarnya.

adik lukis lori. (waktu malam la tu sebab ada sinaran lampu depan). dia kata, 'lori tu bawak ayam dalam basket'. (sambil lukis orang pakai torchlight, ayam dan pokok). 'orang carik ayam kat pokok'. (ni mesti nak tangkap ayam hutan, ataupun kes ayam dalam basket terlepas lari). (then, adik lukis lori balak depan lori ayam.)

adik cakap, 'ni rumah iman. (iman dah awal2 mengaku rumah ni Rumah Iman). abah mandi dulu, lepas tu iman, lepas tu iqbal, lepas tu omi, baru ayu'. (bila kala pulak rumah apartmen aku ada extension bilik air. heh heh.). 'ni kereta omi parking'. (lepas tu dia tambah lukis siren atas kereta, dah tukar jadik kereta polis pulak dah.)

huhuhu... yummy cheesecake for my MIL's bday. tried & tested 4 times already. i'll share the recipes. mesti jadik punyer...

14 comments:

  1. nanti nak ambik gambo lukisan baby w plaks ler, dapat inspirasi lepas tgk kreativi anak azq, ahaks

    ReplyDelete
  2. wan> ayu tu penyejuk mata @ eyemo, walaupun kadang2 hilang sabar gak dgn dia ni..

    maksu> buat kenang2an.. banyak lagi sebenarnya, cuma bila dah bersepah2 dan koyak2 tu, terus buang dlm tong sampah..

    ReplyDelete
  3. eh sama pulak dgn si Joshua punya vocab - hari means pagi sampai petang. Cantik and creatif la your kids' drawing.

    ReplyDelete
  4. hahahhaha.. lawak la iqbal. haziq takde lah silap makna macam tuh. cuma dia agak konpius time guna penjodoh bilangan. contoh: sekotak tv instead of sebuah tv sebab tv tu tak boleh makan. boleh? ada lagi, tapi aku lupa.

    anak2 ko terer sungguh melukis. haziq pun ok2 gak la. yg boring, asal lukis gambar aku jer aku kena jadi megatron. tak pun decepticon. takde modal lain sungguh! tensi aku.

    ReplyDelete
  5. ha..ah.. kreatif lahh... anak aku pandai lukis kenderaan bermotor sahaja i.e. kereta. takde cerita cerita pun lukisan dia.

    ReplyDelete
  6. kiutlah drawing anak you. imagination diorang mcm2 and kelakar.. hehehe

    ReplyDelete
  7. lydia> laa... ye ke? heheheheh... very hard to explain, kan? and kids' drawings are cute!

    ateen> bukan se'buah' tv yek? heheheheheh.... eh, ok la kau jadik megatron, hensem apa. aku ni rupa kepala kentang je tau.... huhuhuhu...

    nora> ni yg #2, he can spend hours melukis mcm2. kadang2 cerita dia bersambung-sambung sampai page sebelah. yg #1 tak mcm ni. perangai lain2... :)

    odie> sayang wooo... kira masterpiece ni... :) *wonder gak, kita kecik2 dulu lukis apa agaknya*

    suzana> tu la, sesetengah perkataan mcm susah pulak nak explain kat diorang...

    ReplyDelete
  8. akak, mana resepi nyer..nampak enak sungguh.. cepat nak resepi..

    ReplyDelete
  9. wahwahwahhhh beshnyer..
    nak resepi jugak la ini macam... :D

    ReplyDelete
  10. aisha & passerby> resepi dah ada. sila buat segera. dan hantar sepotong kepada saya utk di nilai. heh heh.

    ReplyDelete
  11. Comel sangat lukisan anak kau ni!!! Belikan dia buku kosong, suruh dia lukis hari2. Belikan dia buku-buku anime. Bagi kembang lagi kreatif tu. Caya! Caya!

    Memang anak-anak ni lain2, kan! Menarikkk...

    ReplyDelete
  12. ira> dah banyak buku2 dan kertas2 kena conteng. last2 aku buang sebab sepah2, koyak2 dan tak tau nak simpan mana. tapi sebelum buang, ambik gambar dulu buat kenangan... :)

    ReplyDelete