aku suka pelangi. suka sangat2. kalau hujan panas petang2, mesti aku melilau2 mencari di mana pelangi.
this is actually semi circle double rainbows. two very big arches. magnificent view! tapi aku dapat ambik gambar sebelah aje. satu lagi pelangi belah atas tu tak berapa jelas. maybe kalau aku jauh sikit masa tu, boleh ambik gambar full view.
kat ERL putrajaya. kat belah sini tak hujan kan?
tempat yg sama, belah sinun dah hujan. lebat pulak tu. heh heh.
[ayu's art]
ayu dah pandai lukis-lukis. hari tu dia tunjuk kat aku dia lukis spider. mula-mula dia lukis bulat besar. lepas tu dia lukis garis-garis pendek keliling bulatan tu. mungkin ini spider spesis lain. spider sebenar hanya ada lapan kaki sahaja.
ayu lukis abah. 'abah rambut duyan' (durian). 'abah gomok'. (kesian abah, walaupun dah kurus, tapi tetap dipanggil gemuk)
'ini omi. omi basuh pinggan.' (ye la... kang ayu dah beso sok, ayu tolong omi basuh pinggan ok? tapi mengapa kepala omi mcm kentang?)
ini? 'ini ayu. ayu pakai sepit kat rambut. lawa...' (tengok tu, pandai pulak bila self-portrait lukis cantik-cantik. ini tidak adil!)
[berkebun] ini usaha aku berkebun untuk sekian kalinya. alhamdulillah, pokok cili yg aku beli kat MAHA tempoh hari masih hidup, masih berbunga, dan masih berbuah. yey! aku suka..! aku suka..! mmg aku suka dan sayang kat pokok cili ni.
pokok-pokok lain masih menjadi bahan experimen. pokok limau kasturi, dah tinggal ranting dgn daun. pokok limau purut pulak, tinggal daun tiga helai. baru je nak tumbuh, aku dah petik buat masak tomyam la, paprik la, atau saje2 nak letak dlm lauk bagi wangi. heh heh. pokok kunyit, mcm boleh survive. aku ambik kat rumah poksu hari tu. semoga berjaya.
kira pokok cili ni all-in-one la... daun rimbun. bunga dia lawa, kecik-kecik kaler putih. buah cili pon ada, comel-comel belaka. sedap mata memandang.