aku ke tadika masa tu umur aku 5 tahun. mak aku kata senang pegi sekali sekolah sama2 dgn abang aku yg umur 6 thn. dan juga jiran depan rumah aku yg umur sebaya dgn abang aku. nama dia azral. bapak azral yg hantar kita tiga orang pegi balik tadika hari2.
yg aku ingat pagi2 sampai sekolah gi main buaian dan gelongsor kat tepi kantin dulu. lepas tu baca ABC dan belajar tulis. lepas tu makan pagi; nasi lemak, kuih dan teh O. lepas tu masuk kelas balik, buat aktiviti mewarna dan tampal2 gambar. gam aku cepat je habih. masa tu guna
gam yg mcm puding (bau dia sedap!), kaler putih dalam bekas kecik (glue pot) dan ada mende kecik mcm dayung sampan (applicator) yg tersangkut kat penutup dia.
ada satu hari tu, gam aku dah habis. mak aku masakkan gam dari tepung kanji utk bawa ke sekolah. gam kanji tu aku share ramai2 dengan kawan. habih bertempek2 buku dgn gam. aku cuba nak tuang gam tu dalam bekas lain, tapi tumpah pulak kat lantai simen. aku pungut gam tu (yg dah kotor bercampur debu dan tanah) dalam bekas, dan sambung kerja tampal menampal. so korang imagine la betapa comotnya hasil keje aku. hihihihi...
oh, satu kelemahan gam kanji ni, dia takleh simpan lama2. nanti basi. baunya amatlah busuk mcm nasi basi. uwek!
i don't remember learning anything from tadika. my mom already taugh me ABC, AlifBaTa, reading and counting at home. aku pegi tadika hanya untuk bersuka ria aje. heh heh. seronok tau!
ada beberapa perkara yg terjadi yg aku masih ingat:
1. cikgu kelas aku tetiba datang sekolah sambil menangis. guru besar datang pujuk. kitorang tengok je drama tu dgn mata terkedip-kedip. mcm tengok tv la pulak. oh yek, dari dulu sampai sekarang, cikgu tadika mmg semua perempuan kan?
2. ada sekali tu, bapak azral lambat ambik kitorang. so dengan konfidennya kitorang pegi melepak kat rumah sebelah tadika tersebut. aku duduk kat buai besi (yg bentuk macam bola besar tu). tiba2 ada sorang akak ni duduk depan aku. dia mcm pelik sikit, sakit ke akak ni? rupa2nya dia golongan cacat akal. aku tak tau nak buat apa. aku terkaku dan duduk situ pandang je dia dgn mata terkedip2 tanpa bergerak2. takut pun ada. i was so hopeless and felt
uncomfortable with the whole situation. sampai sekarang aku tak reti nak handle mende2 mcm ni. how do you actually deal with this kind of situation? nak tegur ke? atau buat tak tau aje? totally ignoring them?
aku lega bila bapak azral datang ambik kitorang balik. aku tak tau mcm mana bapak azral tau kitorang ada kat situ.
3. aku masuk sukaneka. tolak-tolak gelung rotan mcm roda dari hujung sini sampai ke hujung padang sinun. kat hujung padang tu ada bukit sikit, aku jatuh tersembam masa nak panjat bukit tu lalu termakan rumput. heh heh.
4. pada hari penyampaian hadiah, aku dapat sijil sambil posing ambik gambar. muka berpeluh dan minyak2 sebab sakan berlari sana sini, main dgn kawan2. tiba2 je kena panggil nama naik atas pentas.
tahun berikutnya, aku umur 6 tahun - zaman merdeka aku. makbapak aku tak hantar gi sekolah sebab diorang kata cukup le sekolah tadika setahun je. masa tu juga mokde dan maklang aku keje kat singapore. bila diorang cuti je, sakan aku ikut jalan2 gi shopping kat s'pore atau balik kampung. yahuu! seronok giler!
tapi, oleh sebab aku suka baca buku, aku pun membelek2 buku2 sekolah abang aku yg masa tu dah masuk darjah 1, dengan buku2 latihan dan kertas2 ujian semua sekali. buku lagu (muzik) pun aku belek. aku hafal lirik dia semua. heh heh. tu pasal la masa darjah 1 aku dapat nombor 1 dgn markah aku 100%. heh heh.
[evil laughter]
si ayu ni ada sifat 'lawan tokey' la. ada ka bila tengok abang-abang dia kena marah, dia boleh gelakkan sesuka hati, mcm ni:
YYYYAAAAAAAAAAA... HAH HAH HAH....!!!! (gelak dgn kuat dan buka mulut besar2).
kekadang, aku nak marah pun tak jadi, terus tergelak. bukan patutnya dia kecik, dia yg kena buli ke?
[dalam perut]
iman, adik dan ayu tengok vcd gambar2 iman masa baby. (masa tu aku ada iman sorang je. aku rajinlah nak compile gambar2 dia dalam vcd format. tu je la satu yg aku buat pun. heh heh). jadi, sebuklah masing2 bercerita pasal 'iman sebelum kecik'. dan iman pun tanya apesal adik dan ayu takde dalam vcd tu. aku cakap le, 'sebab iman lahir dulu. kemudian baru adik dan ayu lahir'. iman tanya, 'adik kat mana?'. aku jawab je la, 'dalam perut omi'.
oleh kerana iman ni ada rasa superior lebih dari adik dan ayu (biasaklah, anak sulung mmg camtu). jadi dia dgn konfidennya bercerita kat adik dia:
iman: iman keluar dulu tau.
adik: adik kat mana?
iman: adik dalam perut omi.
adik: ayu?
iman: ayu dalam perut abah.
kehkehkehkehkeh. part ni aku gelak giler. heh heh heh.