Monday, March 31, 2008

tadika

tahun ni, iman secara rasminya bersekolah tadika. tahun lepas dia sekadar tumpang kelas bebudak umur 6 thn. adik pulak saje je tumpang glamer pakai uniform. padahal adik dgn ayu sama taraf aje.


posing depan tadika


berbeza dengan adik yg suka melukis, iman suka belajar bahasa/perkataan. dan dia suka buat perbandingan antara bahasa inggeris, bahasa malaysia dan bahasa arab. iman juga boleh menulis perkataan rumi dan jawi/arab dgn baik. part BM dan BI tu, mmg le aku takde masalah. tapi part bahasa arab tu, aku fail la. walaupun aku belajar bahasa arab dari sekolah agama hingga peringkat PMR (yup, aku ambik exam kertas bahasa arab masa form 4. tahun 1993 kan dah tukar jadik PMR) tapi aku mmg lemau la bahasa arab ni. yg aku ingat 'junjumatun tengkorak', 'raksun kepala', 'ainun mata'.

jadi pagi tadi, iman tanya aku, 'omi, rake dalam bahasa malaysia apa?'. aku pulak dengar 'red' sebab aku tgh drive dan berhenti kat traffic light. jadi, aku jawab le 'red tu merah'.

iman cakap, 'bukan red, rake! 'al-()@*^%' (sebutan bahasa arab, entah apa)'. aku terkedu. siap bagi terjemahan bahasa arab tu!

hmmm.. rake maksudnya 'pengait/pencarik' ke? raking the dead leaves maksudnya kita sapu dan kumpulkan daun2 mati. jadi rake adalah 'penyapu daun'?

Rumah saya di Pocong! (ngeri.. ngeri..)
Nama Saya: Iman. Sekolah Saya: Besar. (dia ingat kena sambung ayat tu agaknya. heh heh)


oleh kerana buku-buku tadika dia simpan kat sekolah (cikgu tak bagi bawak balik rumah, sbb nanti manjang semua murid lupa bawak buku), aku belikan buku latihan darjah 1 untuk iman buat kat rumah. setakat ni, alhamdulillah. aku nampak dia seorang yang tekun belajar. dia kata dia suka buat sains dan matematik. (sbb math & sains senang, semua main 'rait, pangkah, garis dan padankan' jek. BM dan BI pulak kena buat ayat. mcm le omi tak tau perangai kamu tu. heh heh) tak kisah la tu kan...

6 comments:

  1. alamak.... maksu cuma cakap sodaqollah aje ler.

    ReplyDelete
  2. hahahahah tergolek² saya gelak (ni ayat over) tengok keje skolah aiman ni.

    sekolah saya besar?
    rumah saya di pocong?

    saya cukup suka cara budak² berfikir tau. straight to the point..

    ReplyDelete
  3. http://h3ej4ub0um1tuh4n.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. isk.. dasat sungguh anak kau... ada ka tanya dalam BM, bagi translation BA... kalau aku, sure fail punyer...
    tambah skit, masa belajar arab dulu, ada lagu yg boleh ingat sampai skrg-
    junjumatun: tengkorak
    jabhatun: dahi
    ainun: mata
    hudbun: bulu mata

    sampai sini je lagunyer...

    alamak, tak bleh berenti ketawa la pulak kat opis nih... ppl must think i'm crazy now...

    ReplyDelete
  5. hehehehe..mmg pening kepala bila 'blaja' ngan anak2 kan...
    kalao tang b arab, anak saya yg ajar saya..hahahaha

    ReplyDelete
  6. maksu> saya aminkan aje..

    wan> otak masih bersih, belum pandai auta lagi. hehehhehe...

    zahra> kehkehkehkeh... *gelak.. gelak* tapi, apa yg kelakarnya? heh heh heh..

    muadz> diorang ni kekadang saje nak bagi pop kuiz kat mak bapaknya. padahal diorang dah tau dah jawapan. *tensen dibuatnya*

    ReplyDelete