Friday, February 29, 2008

CNY and MORE

[CNY]

CNY hari tu, rumah aku jadik rumah persinggahan sbb maklang, makcik, mokde dan mak aku datang beramai2 dgn family diorang. rumah aku kan ala-ala penthouse yg comel, jadi korang bayangkan le bila 15 orang duduk dalam tu. peh! macam sauna! kalau tambah lagi 30 orang, mau jadik tin sardin rumah aku tu. family aku ni ada tabiat yg sukar dikikis. iaitu, bila nak berjalan, semangat diorang berkobar2 satu macam. ada kaa pkl 8 pagi dah telepon aku bagitau dah sampai seremban! aik? bukan plan asal sampai puchong tgh hari ke? aku baru nak celik mata diorang dah separuh jalan? sungguh kejam sekali.

seperti biasa, tempat pertama yang kami tuju kalau nak pusing2 kl tentulah KLCC. ye tak? standard la tu kan? so, lepak sana & piknik kat bawah pokok.

orang johor dan orang puchong berpiknik kat klcc

kemudian pegi melawat muzium negara. wah! muzium ni dah berwajah baru! bagus.. bagus... boleh buat ulangkaji pasal sejarah malaysia. tapi aku tak sempat baca habih semua sbb budak-budak dah bertempiaran lari ke sana sini. diorang ingat ni padang bola ke. iysk...

besoknya pulak, kami ke taman titiwangsa. pertama kali aku jejak kaki kat kawasan sini. besar jugak ferris wheel 'eye of malaysia' tu yek.

ambik gambar je, buat kenangan.

besoknya lagi satu, kami pegi piknik kat sungai congkak. best woo... sejuk giler air sungai tu! dapat lak sewa chalet satu, dapat le baring2 berehat2 sambil melelapkan mata. legaaa...

seronok dapat kumpul dan pegi jalan ramai2. tapi penat pun iya jugak. bila diorang balik pagi ahad tu, aku & family aku pon ZZZZZZZZzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz.... qada' tido.


[more]

my bday treat. yummy!


adik & dunianya.


siput ini namanya GARY. iman yg bagi nama tu. aku jumpa siput ni masa tgh siang sayur. tapi dia mati dua hari kemudian akibat trauma yg teramat sgt. asyik kena goncang2 dan ketuk2 aje, mana tak trauma, ye tak? nampaknya, lambat lagi ler aku nak belikan diorang pet ke apa.

Friday, February 15, 2008

tags 2008

sebab aku mmg terer bab-bab bermalas-malasan dan tangguh-menangguh. ini aku buat 3 tags serentak. nasib baik tak basi. kalau tak, busuk blog aku hari ni. heh heh.


[FROM TERABOT]

FIRST TAG

2008 Wish List
satu jek.... aku nak RM4 juta lah. boleh? heh heh.


SECOND TAG

5 things in my bag
hmmmm.. this is hard. coz it's been such a long time since i trotted a handbag anywhere. sekarang handbag sudah tersadai dalam kereta, hibernating. takde apa pun dalam tu except lots of 'kad perubatan of me & anak2' - ING, PMC, SMC, KJMC just to name a few.. oh, termasuk kad derma darah.

5 things in my MAIN wallet
ada satu dompet jek - dompet mickey mouse black in color RM10 satu. heh heh. dalam tu ada macam2. tapi yg paling penting:
1. kad nikah
2. MyKad
3. driving licence
4. ATM card
5. credit cards
6. duit (ni pun penting woooo)

5 favourite things in my bedroom:
1. katil ku - walaupun spring dia dah terasa terjojol akibat budak2 asyik melompat2 atas tu.
2. bantal2 ku yg empuk
3. comforter utk selimut
4. laptop sbb boleh surf internet
5. hubby utk teman tido. i can't sleep soundly if he's not around. risau weh, kot2 ada org nak pecah rumah mlm2 ke...

5 things I wish to do:
1. siapkan jahit baju untuk anak dara aku. dah lebih 6 bulan tersadai. silap2 si ayu nak pakai pun tak muat nanti.
2. baca buku. bukan buku ABC, atau buku latihan anak2 aku, tapi buku2 dalam bidang yg berlainan daripada apa yang aku buat sekarang.
3. nak pegi urut bahu & belakang setiap minggu. aku ada masalah sakit bahu & pinggang. aduih!
4. buat muffin yg sedap mcm kenny rogers'. sapa ada resepinya eh?
5. have a very flexible career so that aku boleh bekerja sambil jaga anak2.

5 things I'm doing now :
1. finishing this tag. - and the other two tags.
2. tgh siapkan kerja. - tapi mcm mana nak siap kalau dari tadi menaip mende alah ni?
3. blog hopping - heh heh... sempat lagi tu
4. baca papers - biasalah kan.. kena tau pasal isu2 semasa.
5. kemas meja - shred kertas yg bersepah atas meja, yg mmg perlu dibakulsampahkan.


[FROM ATEEN]

The rules:

1. Link to your tagger and post these rules.
2. List eight (8) random facts about yourself.
3. Tag eight people at the end of this post and list their names.
4. Let them know they've been tagged by leaving them a comment on their blogs.

ateen, senang je mende ni... sekejap je aku boleh buat tau... (sekejap = 1 week. heh heh)

1. i hate DODOL! aku pun heran mengapa kalau aku makan dodol, mulalah kepala pening mcm nak demam. maybe it's bcoz of the combination of super sweet coconut sugar and smokey horrible taste yang buat aku takleh tahan. this include coconut candy (gula kelapa yg kaler mcm dodol tu).

2. as a true blue johorian, aku suka cakap laju dan gelak in between. aku juga selalu anggap org dah tau apa aku nak cakap. heh heh heh. boleh?

3. aku tak reti menyanyi. nak ajuk org pun aku tak pandai! i'm sooo tone-deaf. takde can aku nak jadik raja lawak. mahupun peserta AF/OIAM/MENTOR dsbnya.

4. i bite my nails when i'm nervous. yup, my nails semua kontot2. dah le kuku jenis cawan, lagi le bertambah kontot.

5. aku suka pikir mende2 yang trivial. contohnya, how to improve the way of washing clothes supaya lebih efektif dan bersih. or arrange pingganmangkuk to maximise the spaces. or find shortcuts to save time. or how to use only one kuali to cook 3 different dishes, without needs to wash it in between. or how to cut carrots into nice thin stripes fast. or which toilet cleaner cleans effectively without scrubbing. etc.

6. aku suka roti canai. tapi roti canai tu mesti jenis garing dan tak liat. kuah dal mesti pekat, dan sambal tumis ikan bilis juga mesti pekat, pedas manis dan sambalnya cukup masak. aku angin betul kalau orang masak sambal tak tumis cili betul2. marah tau!

7. aku tak reti mcm mana nak bagitau kat org cerita yang kelakar. sebab, belum cerita lagi, aku dah gelak guling2 dulu. hahahahahhaha... hehehehheheeh... penyudahannya, orang yg nak dengar pun naik menyampah tunggu aku habih gelak, sampai cerita tu dah tak kelakar jadinya.

8. sejak balik dari beijing pada tahun 2005, aku jadi trauma nak naik kapal terbang. during that journey, the turbulence was so hard and rough i tot i won't survive. menggigil lutut bila sampai kat klia. now i hate flying! lepas ni kalau nak travel mana2 by flight, aku makan pil tido je la boleh? kejut aku bila dah selamat sampai, okeh?


[from MAKSU]

To list out five of my favourite links. Then tag five more people to share their links. They can be business links, favorite sites, affiliate links, whatever you want. At the end of the tag we would be able to share good links from others.

Rules:
1. MUST be clean. No X-rated sites.
2. Only FIVE links.
3. MUST tell 5 people.
4. A link back to the person who tagged you.
5. An active link.

1. GOOGLE http://www.google.com.my/ - this is my default HOME page. nak carik info berkaitan keje, google aje. nak cari resepi, pun google. nak reconfirm facts, google jugak. nak cari barang, komponen, orang, semua google. terima kasih google.

2. BERITA HARIAN http://www.bharian.com.my/ - dulu saya baca utusan online, tapi utusan sekaranmg mcm lembab sikit, jadi saya beralih ke berita harian.

3. WIKIPEDIA http://en.wikipedia.org/wiki/Main_Page - another marvelous page. mmg sesuai la dgn keje aku buat research. nak tahu maksud perkataan, terma, kata nama singkatan guna wikipedia. nak baca ringkasan movie terkini, cari aje kat wikipedia (sebab tak sempat nka pegi tengok wayang). nak cari definasi teknikal, dan maklumat secara umum, boleh rujuk sini.

4. WIKIMAPIA http://wikimapia.org/ - this is better than google earth, bcoz everyone can help label the places, takyah le kita menggagau2 cari. ini adalah peta rasmi aku, esp utk rujukan jalan dan tempat di sekitar kl.

5. FORUM CARI http://forum.cari.com.my/ - ini forum feveret aku. gossip artis ada di sini. current issue pun ada. resepi pun ada. cara menjahit manik pun ada. heh heh.


ok, giliran aku tag orang pulak. bloggers yang disenaraikan namanya di bawah, sila pilih mana-mana tag di atas (yang belum buat lagi) untuk dibuat di blog masing2. boleh bawak balik rumah, boleh buka buku rujukan. markah akan diberi kemudian.

1. terabot -
2. ateen - } diorang bertiga ni wajib kena tag balik... heh heh...
3. maksu -
4. wan - eh, dah habih pantang belum? baby fahim boleh tolong ibu dia buatkan tag tak?
5. yan - apa khabar orang ostrolia
6. taiko - sila update blog anda
7. tenno miyake - thanks a lot for the bday wish. pagi2 buta kau dah call aku yek...
8. muadzlife - selamat datang ke blog ini

Tuesday, February 05, 2008

majalah

aku dulu membesar dengan majalah GILA-GILA dan VARIASARI. sebab, mak/pak sedara aku rajin beli dua majalah ni. aku tumpang baca jek. masa tu manalah mak aku mampu nak belikan majalah kanak2. setahun sekali kot aku dapat baca BAMBINO. tu pun pinjam kawan punya.

aku start baca majalah GILA-GILA sejak aku baru kenal huruf (masa tu tengok gambar aje), sampai la aku pandai membaca (aku baca je, tapi tak faham). bila tiba cuti sekolah, mak aku hantar aku balik kampung. masa ni lah aku akan selongkar almari buku pak/mak sedara aku, cari GILA-GILA. kekadang terjumpa majalah GELIHATI dan BATUAPI. pada aku, GELIHATI bahannya lebih ringan, dalam tu ada lirik lagu yang diterjemahkan jadi kartun. salah satu lirik lagu yg dikartunkan, yang aku ingat sampai sekarang ialah lagu 'right here waiting'. BATUAPI pulak aku tak berapa faham, kartun dia pun macam kasar-kasar jek.

VARIASARI pun aku baca jugak. ada banyak cerita pelik-pelik dalam tu. yang paling aku ingat ialah cerita bersiri 'bercakap dgn jin oleh tamar jalis'. peh! aku percaya je bulat2 apa yang dia tulis tu. aku pikir bestnyer kalau betul2 dapat mengembara ke alam ghaib.

bila aku dah ada duit sendiri, aku suka majalah UJANG (yg asal, bukan MOY). rajin la jugak aku pegi beli UJANG, sampai kaya kampeni dia (pakcik kayooo...!!). sekarang ni aku hanya beli majalah yg berkaitan dgn wanita & keluarga, tak kisah jenama apa. tapi tengok topik jugak. kalau ada topik yang menarik, baru aku beli.

kalau aku bersidai kat kedai buku pulak, aku suka belek majalah HOT. hahahhaha.. lagha betul!

aku belikan majalah AULAD utk iman. majalah tu untuk kanak-kanak tadika (preschool). aku nak bagi diorang MINAT membaca. adik tak reti baca lagi, dia eksen je tu belek2 majalah SAYANG MUSLIM. tengok2 gambar jek. heh heh..