Wednesday, September 21, 2005

Proton Wira

Masa sebelum kerja dulu, memang rasanya nak beli proton wira kalau dah kerja nanti. Tapi lepas tu berangan dgn ayang nak pakai perodua kembara. Tapi ayang beli kancil. Bila dah kawin and duduk kelana Jaya, rasa kena beli satu kereta lagi pulak. Carik la kereta murah yang boleh beli cash. Dapat la Ford Telstar tahun 84 dgn harga rm4500 (mahal... tipah tertipu). Dah la kereta tu sesuai bawak gi menoreh ajer. Dengan muka slumbernya bawak la kereta tu utk gi opis kat PJ hihihi.Kereta tu pakai duit ayg. Masa bawak balik kereta tu dari Tanjung Karang ke Kelana Jaya, buleh bulak ayg ikut jln lain, aril ikut jln lain. Balik rumah begaduh la pulak hihihihi. Rasanya hari tu bday ayg tahun 2002.

Lepas tu kereta tu bagi kat apis. Abah nak beli kereta baru (wira), pakai nama aril. Kereta Nissan Sentra tahun 90 tu abah kasi aril pakai dengan syarat sambung bayar ajer (memang nama aril pun kereta tu). Kancil jadi second car la pulak. Ayang pakai Nissan, aril pakai kancil sebab aril banyak travel, nak save minyak. Kancil tu punya la lawa asalnya, tapi disebabkan tangan yg tak bertanggung jawab, buruk kereta tu. Sabar aje la. Kereta nissan tu pulak banyak betul songehnya! sekali pergi workshop ratus2 kena keluar. Last sekali kena dalam seribu lebih sebab rosak tgh jalan. Nasib baik ada duit vss. Sport rim pun baru tukar. Malam lepas ambik kereta tu dari workshop, gi perlis. Eksiden. Hancur!! kalau tau, tak payah la hantar repair. Nasib baik tak hantar utk cat baru. Jumpa pulak member boleh bagi kereta murah, pakai la nissan sentra tahun 99. Puas hati gak dapat kereta tu! ayang pun hidung kembang je bawak kereta tu gi opis. Nasib baik ada duit vss.

Dua minggu lepas kereta kancil pulak kena curik! Ni dah beli kereta baru. Guess what?? Proton Wira 1.3 tahun 2000. Memula frust jugak sebab ingatkan nak dapat. kereta auto tapi dapat manual. Tadi sebelum gi nilai, dari subang hitech, singgah basuh kereta tu kejap. Lawa pulak nampaknya! heheheh.. rasanya macam tak kuat makan minyak je kereta ni. Cuma ada beberapa benda la yang perlu di tambah untuk kereta ni:

1. Radio
2. Tukar cluch plate
3. Tukar jaring depan
4. Tukar bateri untuk alarm lock
5. Repair lampu dalam kereta
6. Tinted
7. Gear/stering lock untuk keselamatan
8. Sticker roadtax.
9. Hilangkan bau dalam kereta. Pening!!

Lepas tuuuuu.. mesti kereta ni lawaaa punyaa.. kihkihkihkih...

1 comment:

  1. hehehehe... maunyer hidung tak kembang! :8 punyala kembang sampai retak cermin windshield... hahahahhahahahaha....

    hari sabtu ni, hantar je wira pi workshop.... keselamatan yg paling penting & $$ daripada rosak tepi jalan...

    ReplyDelete