Thursday, June 26, 2008

kerja berat

aku suka peratikan bangunan dalam pembinaan. satu perubahan daripada tiada kepada ada. kawasan mula2nya penuh dengan semak samun dan belukar, diratakan tanah, foundation, kemudian naik tiang, lepas tu dinding dan kemasan. taraaa.... simply amazing! tapi, yg tak bestnya dgn kawasan baru ni, takde pokok besar. yang ada hanyalah anak pokok, pokok bunga, dan pokok segera.
gambar pejabat baru, sebelum & terkini.

bye-bye pejabat lama. dan pokok-pokok semua.

meja aku mmg semak dan bersepah pun. lebih2 lagi waktu pindah. hanya buku2, fail2 dan barang2 yg tahan lasak je aku berani pack dalam kotak2 yg disediakan. barang2 lain yg fragile dan mahal, kena angkut sendiri, esp komputer dan lab equipment. aku tengok movers tu main golek2 je kotak tu turun tangga. habih penyek2 kotak2 semua.

lepas penat berulang ofis lama ke ofis baru, dan angkut barang beramai2, aku pun ambik mc sehari sebab demam urat. dapatla aku pi tengok kungfu panda kat alamanda. kuang.. kuang.. kuang.. :)

sambung sikit pagi ni, 30 Jun 2008..
we are not alone

ini adalah hasil tangkapan minggu lepas. pagi ni ada lagi sekor masuk perangkap (umpan biskut). entah berapa lagi bawah lantai kitorang ni (raised-floor). nampaknya, kami bukanlah penghuni pertama bangunan ini.

Friday, June 13, 2008

harta karun

hari tu aku balik kampung dan belek2 album lama aku. taraaa.... aku jumpa duit kertas lama $1. huhuhuhu... tak sangkaa... tak sangka.... kenangan sungguh nih!

belah belakang: ada lambang bank negara. kijang dan bulan. dan ada lambang hirisan bawang besar. mcm kelakar pulak tengok duit ni.
sebelah depan: apa motif gambar bunga merangkap rama2 kat tengah duit tu yek?
dan taraa..... gambar aku di pagi hari nak ke sekolah tadika. maybe antara minggu2 awal persekolahan (sebab baju masih lawa, tak comot2, bekal air elok tergantung kat bahu, kasut pun bersih).

dari kiri: abang aku (lokman), jiran satu taman (lupa nama), aku, dan azral (jiran depan rumah). aku yg paling muda (5 thn), kecik2 dah ada tiga bodyguards. heh heh. patutla takde sapa berani kacau aku.

[more sign reading]

dalam post aku dulu ada aku letak several sign readings by adik. this is more. (klik here)

NO hantuk kepala kat orang. NO parking moto atas kereta.
NO bunuh nyamuk.

abang Iman dah pandai sikit. dia tanya aku 'sumbang' tu apa. aku kata perbuatan yg tak baik. dia kata sambil muka dia dekat2 dgn aku, 'mcm ni tak baik ke?'. aku jawab, 'ha'ah'.

Friday, June 06, 2008

digicam

oleh kerana digicam aku #2 iaitu BenQ dah dilenyek tayar kereta, dan retak skrin LCDnya, aku pun decide beli digicam baru. huhuhu... nak pilih pun rambang mata. mcm2 la pulak function yg ada. aku takde la nak beli yg canggih manggih, setakat ambik gambar buat kenangan aje dah cukup. specs pilihan aku: 5MP, slim compact camera (senang nak bawa kemana2) dan murah.

camera BenQ aku yg telah banyak berjasa ambik gambar aku anak beranak utk disimpan sebagai kenangan.

digicam baru 8MP, tapi aku guna 5MP je. i dun see any point to put it at its max MP sbb aku bukannya nak print gambar up to poster size. aku simpan dalam PC aje. paling tidak pun aku buat VCD.

Test 1: Normal mode, auto focus. actually semua setting aku letak auto. heh heh.

Test 2: guna macroshot, kalau letak camera kat tripod lagi bagus kot. tangan gigil la.

Test 3: pemandangan di taman botani, putrajaya. panorama shot, stitched with ArcSoft. click pics for larger image.

Test 4: siapa lagi kalau bukan budak-budak tiga org ni. night shot, tapi ni actually waktu senja. guna preset scene mode aje.

klik sini pasal post #1 digicam aku: toshiba i-mega.

Monday, June 02, 2008

unplanned II

ok, sambung balik.

sebelum kitorang check out dari hotel, bagi can la kat budak2 nak mandi kolam seround lagi kan. lepas tu terus gerak menghala ke terengganu.

anak-anak aku semua takut nak mandi laut, ombak tinggi! aku tengok pun ngeri. heh heh. last-last main pasir je la kat tepi pantai.


aku jarang sgt2 pegi pantai timur ni. dua tiga tahun sekali baru pegi. jalan pun tak berapa tau, ikut signboard je. akibatnya, kitorang terlajak masuk bandar, padahal nak pegi makan sata kat tepi2 pantai kemaman. pusing2 baru jumpa.

sedapnya makan sata panas2.

lepas beli keropok, kitorang patah balik ke cherating, singgah tengok penyu. alahai, comelnya anak-anak penyu. kecik-kecik belaka. rasa nak picit-picit aje.

lepas tengok penyu, aku singgah kedai tepi jalan yg jual bantal kekabu. baru aku tau kekabu pun ada 1st grade, 2nd grade. aku ingat lagi dulu, atukmak aku beli kekabu dalam karung, untuk dibuat bantal. zaman dulu semua kena jahit sendiri, bantal, selimut, cadar, langsir. mana ada ready-made semua ni. grade-grade pun takde, kalau nak kekabu yg kualiti, kenalah bersihkan sendiri kekabu tu.

bantal kekabu ni pulak kena selalu jemur, baru dia gebu dan lembut. kalau tak jemur, lama2 kekabu dia jadik bergumpal dan keras macam batu. kalau tido guna bantal jenis ni, mmg konfirm besok pagi bangun sakit tengkuk. ubatnya? senang aje, ambik bantal kekabu yg telah dijemur bawah matahari terik, dan minta org yg baik dgn anda utk menghempuk tengkuk anda dgn menggunakan bantal tersebut. kekuatan hempukan bergantung kat org yg memegang bantal. kira nasib la tu. heh heh. asal jgn sampai patah tengkuk, sudah.

aku sebenarnya suka pegi pantai timur, kiranya kawasan pelancongan yg ideal la bagi aku. tapi yg tak tahannya, nak lalu hiway dia. boring giler! dah le panas berdenting, takde pokok2 rimbun kiri kanan hiway, hanya nampak pokok kelapa sawit manjang. aduh! duh! duh! bersabar je la. nak cepat sampai punya pasal.

yahuuu... dah lepas terowong sempadan negeri. aaaaah... lega...

yey! dah sampai taman melati. rehat dulu sini. huhuhu.

Monday, May 26, 2008

unplanned

orang nak pegi bercuti, dia pun nak pi bercuti jugak. almaklumlah, cuti panjang; cuti hujung minggu bersambung dgn cuti wesak, ape kelas dok terperap kat rumah jek. ye tak?

aku dah berangan nak menyusuri pantai barat, ikut kuala selangor sampai ke lumut. ni semua gara-gara aku 'ter'pergi ke sabak bernam hari tu (JB2008). tapi, hubby pulak nak pegi pantai timur, nak singgah makan lauk tempoyak ikan patin kat temerloh.

jadi, lepas kemas2 rumah dan pack2 barang, kita duduk dalam kereta dan kita lambung duit syiling dulu. ke kuantan atau ke lumut? hmmm... kuantan pun, kuantan lah.......


mmr2 agak sesak. lupa pulak tak semua orang cuti hari sabtu. mmg sah le dah peak-hour, tengah hari buta, waktu orang balik dari pejabat. dekat sejam jugak la baru sampai terowong ni, sempadan negeri pahang.

sempena cuti hari wesak, aku pun cuti masak lah kan. heh heh. beli McD je, lunch dalam kereta. waktu ni je pun yg diorang senyap. kalau tak, bergumpal2 kat belakang nun.

keluar dari hiway karak, lalu jalan kampung ke kuantan. jalan biasa pun dah upgraded, banyak jugak dah jadik dua lorong. singgah kat gerai di pekan temerloh makan nasi dan ikan patin. not bad. ikan tak hanyir, rasa kuah tempoyak dia pun cair2 lite2 gitu. lepas makan, masuk balik jalan hiway.

huh! krem badan duduk lama2. iman, adik & ayu pon dah hyper semacam, dah boring sgt terperap dalam kereta. akhirnya lebih kurang pkl 5 ptg sampai gak kat kuantan. pusing2 carik bilik hotel yg kosong. hampeh! semuanya penuh! org s'pore pon ramai turun! ada yg book satu hotel konvoi satu kampung. nak buat camner, diorang pon cuti panjang gak. last2 pegi telok cempedak. bantai je la. terus check-in.

wuhuuu.... segarnya badan bila disapa angin laut yg sejuk lagi mendamaikan. anak2 aku bila nampak kolam mmg pantang la. pantang jumpa. ape2hal hantar beg dulu, tukar baju dan yahuuu... terjun kolam!

menu makan malam utk kami anak beranak: ikan (entah ape kenamanya) bakar, sup sayur dan ayam halia. makan sampai kembung. tak silap aku nama tempat ni tanjung lumpur.

heh heh. inilah hari yg penting bagi kami. 18 may. happy 7th anniversary :) mmg tak sangka la nak celebrate sampai kat kuantan sanun. bagus jugak surprise-surprise ni. maybe we should do this more often (if we have extra money to spend la). minus the kids. heh heh.


... bersambung...

Thursday, May 22, 2008

the result...

jeng.. jeng.. jeng... everything's all right. alhamdulillah.

my cholesterol level is fine, i scored high in HDL level (good cholesterol) and low LDL level (bad cholesterol), BUT (ni yg tak best ni) my trigylceride level (fats in blood) reached its allowed treshold value. i have to cut down my fat, carbohydrate & sugar intake. and do more excercises. (ye la, easier said than done :)

normally, people with high trigylceride level will also have high bad cholesterol, and lower level of good cholesterol. tapi, aku terbalik la pulak. but overall i'm ok. :)

here's an interesting article abt cholesterol and trigylceride taken from http://www.jeffnovick.com/

'Moreover, reduced levels of blood cholesterol permit arteries to relax and thus allow greater blood flow to heart muscle. The blood trigylcerides, commonly referred to as fats, are also related to an increased risk of coronary disease, a risk seemingly more pronounced in women than in men.

It is no surprise that cholesterol and tryiglycerides have assumed the role of villains, to be feared and disparaged. Unfortunately, too few people appreciate how important cholesterol and trigylcerides are to normal health and body function. For example, cholesterol is a building block for all the major hormones: estrogen, progesterone, testosterone, and other related hormones.

Cholesterol is also a building block for the bile acids that are essential to the digestion and absorption of dietary fat in the gut. Very importantly, cholesterol is a structural part of all cell membranes.

Fortunately, our bodies are able to manufacture enough cholesterol for their needs, even on a cholesterol-free diet (Seventh Day Adventists do just fine). Trigylcerides are also
important because they are the major form in which we store excess energy from excess food intake. Our fat cells contain mainly trigylcerides. This triglyceride is available to be used for energy in times of decreased food availability. We store enough fat in our fat cells to live without eating any food for at least two months, or to walk from Boston to Atlanta. Without fat cells we could not comfortably survive without food for any significant amount of time.

For the reasons above, it is clear that cholesterol and trigylcerides are necessary substances that must travel throughout the body to the many cells that need them. This can only be done through the body's transportation system, the circulatory system which carries red blood cells, oxygen, and numerous substances to all the cells in the body.

The LDL cholesterol particle is the so-called bad cholesterol particle (L stands for lousy ). It is considered bad because the cholesterol contained in this particle tends to be deposited on the inside of arteries where it can then accumulate to cause obstruction and possibly a heart attack.

This particle is considered the good particle (H stands for healthy or heavenly ). The HDL particle is considered good because it tends to pick up cholesterol deposited in the tissues, particularly the arteries, carrying it back for transfer to the liver from which the excess cholesterol is excreted. Thus the HDL cholesterol particle acts as a scavenger or cleanser. Because this particle tends to reduce cholesterol build-up in the arteries, more is better.'

nota tambahan:
lepas beria jumpa dietician and all, aku dengan berseleranya makan setengah keping roti canai telur dan setengah keping roti canai pisang for dinner.. so much so of healthy eating la kan. heh heh heh.

Tuesday, May 13, 2008

JB2008

Cuti 1 mei yg lalu, mak aku ajak pegi rumah abang aku kat JB. nak harap dia balik kampung atau datang rumah aku? haram...

ape-apehal, pegi main air kat swimming pool dulu. aku dah lupa nama tempat ni apa. btw, ini Hadeef. tapi sepanjang kitorang tumpang rumah dia, si Hadeef ni tak habih2 dgn otomen dayna.... otomen dayna... siap fire orang tu!
yang bestnya, takde sapa pun kat sini. kitorang je satu family. hahahhaha. bagaikan ini swimming pool, aku yang punya... hahahhahahah. aku pon best jugak la berendam dan main gelongsor air. wuhuuuuu.... dah lepas penat mandi, kita makan.

ni kat danga bay. dulu danga bay ni hutan kayu bakau jek. sekarang dah ada macam2. ada kedai2 makan, ada kawasan permainan, ada mini zoo. ni gambar anak2 aku kat kandang arnab.

Ni dinner kat rumah limas batu pahat, danga bay. duduk kat anjung, makan sambil bersila. lauk dia ok, not bad. ayu dah terbaring masa ni, demam pulak dia.

bercuti punya pasal, aku lupa aku kena pegi site hari isnin. site ini kat kg banting. tapi bukan di banting, tetapi di sabak bernam. jauh giler. berpeluh2 aku berpanas dgn pakai baju kurung. huh!

ini anak kak ipar aku. lahir sehari sebelum 1 mei kat pusat perubatan kg baru. nama dia Ahmad Irfan Addin. Hopefully i got it right. memula aku dengar irfan iddin, lepas tu irfan aidil. heh heh.

wuhuuu... cupcakes lagi. yg ni pun sedap, sebijik rasanya mcm kek yg bai jual roti jual petang-petang tu. senang aje resepinya; 1 cwn tepung gandum, 1 cawan tepung kastard, 1 cawan gula. yg lelain aku tak ingat la pulak. heh heh... but, this is definitely a keeper.

ada kerusi tak mau guna. nak jugak korang melutut kat meja tu. apehal la. bila tengok sekali lagi, macam tengah prektis shoalin kungfu pun ada jugak.

sejak bila pulak aku ada anak kembar siam ni? hmmm.. hmmmm... ayu's holding her new pink rabbit. apesal bila besday budak pompuan je dapat hadiah anak patung?

Monday, May 12, 2008

health screening

dah dua minggu aku carik sijil tadika aku. konon2 nak scan dan letak kat post sebelum ni. tapi, balik2 aku jumpa sijil diploma dan degree aku. takde maknanya. sijil tadika la best sebab ada taruk gambar aku yg comel itu. heh heh.

padahal tahun lepas, aku carik sijil degree aku mcm nak rak, tapi sijil tadika aku je yg muncul. angin tau! mungkin inilah namanya hukum karma.

dah, tukar cerita lain pulak. sabtu lepas aku dgn husband gi buat health screening kat gleneagle intan. aku rasa mcm jadik bahan eksperimen aje. kena tekan, picit, cucuk semua ada. aku pasrah aje lah.

banyak procedure biasa-biasa jek; check mata, telinga, ambik darah, sample air kencing, check tekanan darah, nadi segala. tapi yg luar biasa pun ada gak.

ni first time aku gi check pendengaran kat bilik audio yang kedap bunyi. aku pikir, aku mmg ada masalah sound trouble atau pekak bunyi. kadang2 orang sebut lain, aku dengar lain. setelah diperiksa.. hmm... telinga aku sihat walafiat je, bersih, gengedang telinga ok. pressure dalam telinga pun ok. mungkin masalah pekak tu berpunca dari aku sendiri yg tak fokus kot.

lepas tu buat stress test. yg ni kena berjalan atas treadmill. walaupun kelajuannya dah bertambah, ikutkan hati nak je aku lari2 anak. tapi, nurse tak bagi. dia suruh jalan laju2 dan besarkan langkah. mcm nak krem pulak kaki aku. akhirnya, aku berjaya tamatkan test ni dgn cemerlang dan berpeluh2. heh heh.

last sekali aku buat ulrasound, utk bahagian abdomen, breast dan ketiak. boleh nampak gambar ginjal, perut, pundi kencing, nodus limpa, ketulan lemak dan macam2 gambar lain yg aku tak tau. aku harap2 semua ok la. susah gak kalau organ2 penting dalam badan ni sakit. bukan ade jual sparepart kat kedai2 yg jual organ mainan tu kan?

minggu depan aku ada appointment dgn doktor utk bincang resultnya secara details. wish me luck.

Friday, April 11, 2008

tadika aku

aku dulu bersekolah tadika kat Kampung Datuk Sulaiman Menteri, Majidee, Johor Bahru. sekarang ni nama kampung dah tukar jadik Kampung Bendahara. tu mmg tadika kerajaan, tapi bukan tadika kemas sbb masa tu belum wujud lagi.

aku ke tadika masa tu umur aku 5 tahun. mak aku kata senang pegi sekali sekolah sama2 dgn abang aku yg umur 6 thn. dan juga jiran depan rumah aku yg umur sebaya dgn abang aku. nama dia azral. bapak azral yg hantar kita tiga orang pegi balik tadika hari2.
uniform aku pulak pinafore kaler merah gelap (maroon) dengan kameja putih. lepas tu bawak buku sekeping dan papanhitam (hijau) kecik dgn kapur tulis. kalau takde pemadam, guna kain/sapu tangan atau kesat2 dgn air liur utk padam.

yg aku ingat pagi2 sampai sekolah gi main buaian dan gelongsor kat tepi kantin dulu. lepas tu baca ABC dan belajar tulis. lepas tu makan pagi; nasi lemak, kuih dan teh O. lepas tu masuk kelas balik, buat aktiviti mewarna dan tampal2 gambar. gam aku cepat je habih. masa tu guna
gam yg mcm puding (bau dia sedap!), kaler putih dalam bekas kecik (glue pot) dan ada mende kecik mcm dayung sampan (applicator) yg tersangkut kat penutup dia.

ada satu hari tu, gam aku dah habis. mak aku masakkan gam dari tepung kanji utk bawa ke sekolah. gam kanji tu aku share ramai2 dengan kawan. habih bertempek2 buku dgn gam. aku cuba nak tuang gam tu dalam bekas lain, tapi tumpah pulak kat lantai simen. aku pungut gam tu (yg dah kotor bercampur debu dan tanah) dalam bekas, dan sambung kerja tampal menampal. so korang imagine la betapa comotnya hasil keje aku. hihihihi...

oh, satu kelemahan gam kanji ni, dia takleh simpan lama2. nanti basi. baunya amatlah busuk mcm nasi basi. uwek!

i don't remember learning anything from tadika. my mom already taugh me ABC, AlifBaTa, reading and counting at home. aku pegi tadika hanya untuk bersuka ria aje. heh heh. seronok tau!

ada beberapa perkara yg terjadi yg aku masih ingat:

1. cikgu kelas aku tetiba datang sekolah sambil menangis. guru besar datang pujuk. kitorang tengok je drama tu dgn mata terkedip-kedip. mcm tengok tv la pulak. oh yek, dari dulu sampai sekarang, cikgu tadika mmg semua perempuan kan?

2. ada sekali tu, bapak azral lambat ambik kitorang. so dengan konfidennya kitorang pegi melepak kat rumah sebelah tadika tersebut. aku duduk kat buai besi (yg bentuk macam bola besar tu). tiba2 ada sorang akak ni duduk depan aku. dia mcm pelik sikit, sakit ke akak ni? rupa2nya dia golongan cacat akal. aku tak tau nak buat apa. aku terkaku dan duduk situ pandang je dia dgn mata terkedip2 tanpa bergerak2. takut pun ada. i was so hopeless and felt
uncomfortable with the whole situation.
sampai sekarang aku tak reti nak handle mende2 mcm ni. how do you actually deal with this kind of situation? nak tegur ke? atau buat tak tau aje? totally ignoring them?

aku lega bila bapak azral datang ambik kitorang balik. aku tak tau mcm mana bapak azral tau kitorang ada kat situ.

3. aku masuk sukaneka. tolak-tolak gelung rotan mcm roda dari hujung sini sampai ke hujung padang sinun. kat hujung padang tu ada bukit sikit, aku jatuh tersembam masa nak panjat bukit tu lalu termakan rumput. heh heh.

4. pada hari penyampaian hadiah, aku dapat sijil sambil posing ambik gambar. muka berpeluh dan minyak2 sebab sakan berlari sana sini, main dgn kawan2. tiba2 je kena panggil nama naik atas pentas.

tahun berikutnya, aku umur 6 tahun - zaman merdeka aku. makbapak aku tak hantar gi sekolah sebab diorang kata cukup le sekolah tadika setahun je. masa tu juga mokde dan maklang aku keje kat singapore. bila diorang cuti je, sakan aku ikut jalan2 gi shopping kat s'pore atau balik kampung. yahuu! seronok giler!

tapi, oleh sebab aku suka baca buku, aku pun membelek2 buku2 sekolah abang aku yg masa tu dah masuk darjah 1, dengan buku2 latihan dan kertas2 ujian semua sekali. buku lagu (muzik) pun aku belek. aku hafal lirik dia semua. heh heh. tu pasal la masa darjah 1 aku dapat nombor 1 dgn markah aku 100%. heh heh.


[evil laughter]
si ayu ni ada sifat 'lawan tokey' la. ada ka bila tengok abang-abang dia kena marah, dia boleh gelakkan sesuka hati, mcm ni:

YYYYAAAAAAAAAAA... HAH HAH HAH....!!!! (gelak dgn kuat dan buka mulut besar2).

kekadang, aku nak marah pun tak jadi, terus tergelak. bukan patutnya dia kecik, dia yg kena buli ke?


[dalam perut]
iman, adik dan ayu tengok vcd gambar2 iman masa baby. (masa tu aku ada iman sorang je. aku rajinlah nak compile gambar2 dia dalam vcd format. tu je la satu yg aku buat pun. heh heh). jadi, sebuklah masing2 bercerita pasal 'iman sebelum kecik'. dan iman pun tanya apesal adik dan ayu takde dalam vcd tu. aku cakap le, 'sebab iman lahir dulu. kemudian baru adik dan ayu lahir'. iman tanya, 'adik kat mana?'. aku jawab je la, 'dalam perut omi'.

oleh kerana iman ni ada rasa superior lebih dari adik dan ayu (biasaklah, anak sulung mmg camtu). jadi dia dgn konfidennya bercerita kat adik dia:

iman: iman keluar dulu tau.
adik: adik kat mana?
iman: adik dalam perut omi.
adik: ayu?
iman: ayu dalam perut abah.

kehkehkehkehkeh. part ni aku gelak giler. heh heh heh.

Tuesday, April 08, 2008

tadika lagi

aku suka borak2 dgn cikgu shima, pemilik tadika ini. dia banyak kongsi pengalaman dan nasihat ttg pernjagaan dan didikan anak2. aku nampak dia seorang yg tegas dan sungguh dedikasi. kalau tak, mana larat nak layan perangai budak2 yg ramai2 tu kan.

mula2 daftarkan anak2 aku kat tadika ni, aku rasa was2. satu faktor je membuatkan aku pilih tadika ni sbb dekat dgn ofis aku. senang nak hantar/ambik dan jenguk kalau ada hal. tapi lepas sebulan aku berkesempatan berbual2 panjang, dia beritahu aku ttg hal anak2 aku: kelebihan diri, perangai diorang mcm mana dan cara diorang berkawan mcm mana. aku pon pikir, kalau dia dapat membaca dan menilai perangai setiap anak2, itu dah cukup bagus.

aku rasa, setiap mak bapak mmg nak bagi yg terbaik utk anak2 masing2. kalau mampu dan lebih duit, apa salahnya masukkan diorang kat tadika2 yg bagus2 dan ada nama. tapi, tak semestinya tadika yg biasa2 ni tak bagus, kan?

adik lukis 'lipas naik basikal/motor'. dan sebelah tu, 'lipas kat dalam rumah dia'.


[cupcakes]

aku buat cupcakes coklat lagi. kali ni aku bawak balik tangkak sebab nak celebrate bday ayu dgn keluarga di sana. aku guna resepi yg sama dari chockylit. cuma tukar topping buttercream perisa coklat. yummy!

iyer. mmg aku tgh giler buat cupcakes yg sama. nak buat mcm mana, mmg sedap. heh heh. ni aku buat utk bagi kat kawan2 masa bday party anak kawan aku. kali ni aku hias dgn topping sugar paste campur strawberry paste. tapi, membazir sbb topping sugar paste ni harap cantik dan bau sedap, rasa hampeh! masa nak makan kena buang lapisan topping ni. lepas ni aku guna buttercream je la.


[lain-lain]

celebrating nurin's birthday (yg pakai baju merah) kat McD Shah Alam. walaupun banyak air mata tumpah sbb hal2 yg tak dapat dielakkan (merajuk), tapi mmg kelakar gak tengok perangai anak2 ni. ada ka budak baya2 gini disuruh main 'musical chair' - muka sorang2 blur semacam. takde pun semangat nak rebut kerusi, masing baik hati. kelakar giler.... thanks norli (host), we did have so much fun!

ayu telah di'X'kan! inilah akibatnya berkubang sepanjang hari di wet world Pedas sana. merah terbakar kulit dia, kesian lak aku tengok. sekarang ni dah ok sikit, tapi masih nampak bekas X tu. mental note: wajib beli sunscreen kalau agak2 nak pegi berendam.