Showing posts with label iqbal. Show all posts
Showing posts with label iqbal. Show all posts

Sunday, September 13, 2015

2nd round of upsr for me

It was easier with Iman last year. He'd put much efforts for his upsr. Balik rumah terus buat homeworks dan buka buku latihan, takyah nak bising2.

But with Iqbal this time, it's totally opposite. His laid back attitude really got on my nerves! Sebulan sebelum upsr omi dah rasa kecut perut. Masuk minggu upsr lagilah terasa kecut segala organ dalaman. Huhuhu.. stress mak.. if it can be translated into body weight, best jugak.. kot2 badan mengecut mcm zaman anak dara dulu... hihihihihi..

Selagi tak bising, selagi itulah dia sibuk main lego, or buat kerjatangan mempomen itu ini. Atau main sorok2 dgn mat anep . Sometime mmg malas nak bebel, sbb tau kat sekolah dah kena drilled dengan cikgu2 dia buat latihtubi dan sebagainya. Tapi, weekends cuti dua hari pun takmo langsung bukak buku apa cerrr???

His trial results semua borderline between As and Bs. Bila tanya mcm mana upsr, dia kata susah, tapi boleh buat. Bila tanya agak2 dapat apa, dia kata 5A. Yup, i trust u Iqbal. InsyaAllah.. aminnn.. You've done your part, tunggu je la results keluar nanti.

Now, let's focus on psra pulak. Yg ni omi kena drill lebih, sebab semua subjek kena baca dan hafal. Yakin boleh!

Wednesday, March 19, 2014

macam-macam hal

Rumahku dah lama terbengkalai.... konon2 lepas habih exams hari tu nak la kemas2 ke apa, tapi hampehhh... setiap hujung minggu kami pergi berjalan atau balik kampung... hahahha... mcm lepas dendam aje kan... hehehehhe... Sabtu ni kelas dah bermula mcm biasa... oh, tabahkanlah hati mengharungi satu semester ni je lagiiii

Si budak kecik Mat Hanif tu pun dah nak masuk 10 bulan... kejap je kan... apa org buat semua dia ikut. Bila diajar cakap mcm dah ada bunyik2 mengikut jugak tu. Dan yg terkini, dah pandai nak memapah plk dah... merangkak pun tak lagi... iysk iysk iysk lasak sungguh... Oh, gigi bawah dah tumbuh dua batang. Bab makan jgn cakap, semua dia telan. Aku pun suka la nak menyuap, kek, kuih bahulu, puding, mash potato semua belasah... hahahha... Buah2an aku potong2 masuk dlm food feeder dia... senang dia makan sendiri... bagussss...
First time duduk dalam baby chair... muka cuakk.. hehehehhe

Si Iman plk tahun ni darjah 6. Aku tak hantar dia tuisyen sbb nampak dia boleh study sendiri dan rajin buat kerja sekolah. Pada aku itu dah cukup bagus, tak perlu lah nak tekankan sgt pun.. Daripada pergi tuisyen malam2 tu, baik aku suruh dia tido. Boleh rehatkan badan dan minda, bior cergas dan cerdas bangun besok pagi.

Sekolah Iman ada buat kelas tuisyen, tapi dia buat belah petang lepas sekolah. Boleh? Padahal kan ramai budak2 yg sekolah agama.. diorg nak ambik PSRA lagi.. takkan tak pergi sekolah agama plk. Lagi satu, pada aku, pergi sekolah ni bukan semata sbb nak pereksa, tapi sbb ilmu tu sendiri. Terutama sekolah agama. Kat situlah diajar hukum tajwid, tauhid, feqah segala secara lengkap, yg kita tak mampu nak ajar sendiri kat rumah. Kita nak terangkan secara umum boleh la, tapi kalau nak detail sgt tu mmg kena berguru lah kan...

Iqbal plk aku tengok setakat ni pelajaran dia ok.. tapi tunggu result ujian 1 karang, baru tau ok ke tak... Oh, dan nampaknya aku kena belikan Iqbal 'a pet' jugaklah seperti yg diminta. Pening aku tengok Iqbal layan adik dia si Mat Hanif tu mcm 'pet'. Nak marah tak termarah, nak tergelak pun ada. Bila budak kecik tu dalam walker, abg Iqbal tambat kat kerusi. Bila si kecik tu menyusur kat lantai, si abg ikat mainan dengan tali, acu2kan kat budak tu.. mcm main dgn kucing! Bila budak kecik tu berlari dalam walker, abg Iqbal ambik kain kibar2 konon2 dia matador, dia buat si kecik tu meluru kat dia! Hadoiii... pening omi...

Dan si Ayu pulak... aku mmg tak berapa faham sistem KSSR nih. Bila tanya dia kata semua ok. Tapi bila suruh buat latihan, lambattt sgt menjawabnya. Bior betul??? Suruh buat latihan math tambah tolak pun terhegeh2. Bukan suruh congak pun, tulis atas kertas tu... Nampaknya aku yg kena ngajo si ayu nih. Aku beli buku latihan utk setiap subjek, dan suruh dia buat. Aku mula dgn Math dulu. Memula aku suruh buat jadual, setiap hari lain2 subjek. Tapi, bila ulang balik buat latihan yg sama, semedang lupa. Sekarang ni tumpukan kat satu subjek aje dulu, tengok mcm mana.


Thursday, December 22, 2011

Selamat berkhatan


Iman dan iqbal dah selamat berkhatan akhir november lalu. Disini aku coretkan beberapa panduan kot2 ada ibubapa yg tertanya2 mcm mana proses nak sunatkan anak masing2:

1. Set appointment kat klinik
Benda pertama yg kena buat ialah survey klinik mana yg ada menyediakan perkhidmatan berkhatan dan tempah tempat awal2. Kalau boleh buatlah seawal cuti sekolah supaya sempat sembuh lukanya. Kami pun lambat pergi klinik kat Tangkak, jadi ambil ajelah tarikh/masa yg masih kosong. Takde pilihan.

2. Kenduri
Oleh kerana sunat kat kg, sempena cuti sekolah plk tu, ramai la sedara mara balik kg. Jadi kami buat kenduri doa selamat utk sedara mara yg rapat. Makngah yg masak. Aku makan aje. Heheheh.. (asam pedas ikan parang, yummeh!)

3. Kelengkapan
Kain pelikat kena ada sekurang2nya sorang dua helai. Kena siapkan tilam tempat tido dan tali utk gantung kain, maklumlah, budak2 ni sunat style gunting & jahit. Org kata kalau guna clamp-style tak sakit, boleh aje terus pakai seluar.

4. Sebelum pergi klinik, suruh anak2 makan, mandi dan kencing. Lepas bersunat kena jaga makan, dan minum pun perlu dihadkan. Yg part pantang makan sbb takmo luka jadi gatal2, yg part minum sbb takmo la asyik nak gi toilet aje.

5. Sediakan bahan bacaan dan games utk anak2 isi masa lapang. Jgn bagi diorg berlari ke sana sini, kang bentan pulak.

6. Tempoh sembuh bergantung pada diri masing2. Ada yg tiga hari dah sembuh, ada yg seminggu. Anak2 aku nak dekat seminggu baru lukanya kering betul, dan hampir tiga minggu gak la baru benang jahit tu tanggal habih. Dan kalau anunya 'buta', lagi lambat la baik.

7. Lagi afdal kalau kita minta tolong kaum keluarga utk sama2 membantu jaga budak2 yg sakit bersunat ni.. Dramanya aje boleh buat kita hilang sabar! Banyak songeh!

p/s: kalau agak2 benang/keruping lambat tanggal, bawak aje budak2 ni ke swimming pool berhampiran. Lepas 2-3 jam berendam confirm semua clear. :D

Tuesday, March 01, 2011

1Q report

alahai.. kesian pulak blog aku dah mcm terbiar jek. aku malas nak jenguk blog sendiri sebab takde sapa rajin tolong upate! *hahahha... boleh ke?*

dua bulan dah berlalu, dah macam2 yg berlaku:

[Iman] 
Iman nampak lebih matang tahun ni, senang bangun pagi, pandai uruskan diri dan dah pandai godek2 kat dapur. I dun mind diorg nak makan atau minum apa pun kat dapur tu, cuma kemas balik bila dah sudah tu. Kalau tak, omi mulalah start engine membebel dan berleter..
Oh, baju sekolah Iman pun tak kotor sgt, maknanya dia dah tak buat aktiviti bergumpal di sekolah.
Daripada segi pelajaran nampak dia boleh bawak, so ok.

[Iqbal]
Aku mengamuk giler tengok baju sekolah agama budak ini rupa mcm kain buruk lap lantai! OMG! Boleh pulak dia menjawab, 'Takpe omi, Iqbal basuhlah sendiri nanti!' Amboi... amboii! Sebagai denda, no playing PC games during weekends, nak tumpang tengok pon tak boleh! Dan satu lagi denda, kena berus sendiri baju yg kotor tu sampai bersih. Tau pulak penat lepas sental baju. Habis, ingat omi ni tak penat? Ambek ko.. kalau buat lagi lepas ni taktau la nak kata apa.

On studies: agak lemah dalam memahami soalan. In fact i dun think he read them at all. He just glanced over the questions, lepas tu jawab sesuka hati. Tak kira subjek apa, BM, BI, MT, P/Islam.. semua mcm tu... haiii budak ni, tolongggggg lah baca soalan tu... Tak minat membaca? Tak jugak, ok je dia baca buku, lebih2 lagi kalau buku yg dia suka tu, sampai lunyai dia belek.
Terima kasih, Iqbal :D

[Ayu]
She's doing fine in her study (ok la tu, level tadika je pun.. heheheh... ulang2 balik mende yg sama), I'm now helping her read books in English. Tapi, budak ni ada sedikit mengada2 dan over, contohnya: taknak kemas mainan sendiri, malas kemas tilam bantal sendiri, bila kena marah bukan main merajuknya. Yg herannya bila aku berleter kat abang2 dia, boleh pulak dia tumpang sekaki konon2 dia la yg paling baik & rajin kat rumah tu *cehhhh!*

Oh, lagi satu, minah sorang ni suka campurkan realiti + fantasi. Bila dengar cerita yg disampaikan, sila tanya dan siasat betul2.. contoh seperti di bawah (kejadian hujung minggu yg lalu):

Ayu *sambil garu2 kepala dgn rambut serabai - tanda2 penat nak tido* mengadu: omi, abg iqbal kacau ayu!
Omi *dah tau tektik dia* jenguk bilik: Aik? Bila kala abg iqbal kacau? Elok je abg iman & abg iqbal main chess tu?
Ayu *purak2 sedih nak menangis*: Iyer, abg iqbal kacau ayu. Hari tu.... semalam!
Omi *malas nak layan*: Itu semalam, takde cakap pun?
Ayu: Tapi abg iqbal + abg iman tak ajak ayu main chess sama2..
*ok, itu la masalah sebenarnya kan...* Omi: Main chess mmg la dua org je, mcm mana nak main chess sampai tiga org?
Oleh kerana aku tak layan dan buat2 sibuk sidai baju... si Ayu pun membebel2 entah dia cakap apa... Tak lama lepas tu, aku tengok dia dah tergolek tido kat atas katil.... haiyaaaa...

Acara mewarna utk kanak2 sempena majlis maulidurrasul di tadika Ayu. Ayu tak bawak kaler, jadik dia pinjam kaler kawan dia, Ebi. Tapi aku tengok berborak je lebih budak dua orang ni (nun di hujung sana).

Monday, September 06, 2010

salam aidilfitri 1431H

I love this pics! Konon2nya budak bertiga ni nak peluk bahu sama2 utk ambil gambar. Iman being a lil' bit ticklish, tried to shove Iqbal away. But Iqbal being offended, merajuk la pulak.. Ayu's reaching out for her abg Iqbal, cuba pujuk... Perfect!


Ini gambar skema... hihihihi..


Bukan gambar raya:

Iqbal lipat2 kertas jadik katak. And then he cut out these two lil' ppl from the whole A4 paper, lekatkan atas badan katak. Ominya menjerit bukan sebab nampak katak, tapi kerana baki kertas tu dah di buang ke tong sampah. Pembaziran! Wahai anak2, jgn le membazir, sayangilah pokok2 di dunia ni.... huhuhu...

Friday, July 30, 2010

silent project

Inilah mende yg dia sibuk sangat buat masa exam week yg lepas. Hampir semua gambar haiwan kat buku dilukis kembali dalam buku nota kecik. Aku jerit2 panggil suruh study, dia menyorok senyap2 dalam bilik...
(klik gambar utk lebih jelas)
baris pertama (L-R):
1. Ini babi hutan. Babi hutan haram. Babi hutan tinggal di hutan.
(Distorted info but very obvious)
2. Ini cipan. Cipan ini busuk. Cipan itu tidak mandi.
(mengapa cipan kurus sgt, dah mcm berpenyakit pulak rupanya)
3. Ini unta. Unta suk(a) makan kaktus. Unta simpan air.
(good info)

baris kedua (L-R):
1. Ini kambing. Kambing tidak suka mandi. Kambing itu busuk.
(hihihihi... banyak beno lalatnya, dah rupa hurung bangkai la pulak...)
2. Ini beruang. Beruang panjat pokok epal. Beruang ambil epal. Beruang suka makan epal.
(another good info)
3. Ini kerbau. Kerbau suka keja(r) orang. Kerbau itu makan rumput.
(tak pernah pulak aku kena kejar dgn kerbau. Lembu ader lah. Mungkin dia maksudkan fighting bulls agaknya)

baris ketiga (L-R):
1. Moral Haiwan: Haiwan Jinak. Pada suatu hari kucing pergi cari makanan.
(Cerita pendek, consists of few pages. Dah lupa apa jadi dgn kucing tu. But don't worry, it's a happy ending)
2.  Ini rusa. Rusa buka mulut. Rusa itu tidak boleh lari. Rusa lehernya panjang.
(Penerangan yg jelas. bagus. *aku komen mcm cikgu BM pulak.. heheheh)
3. Moral Haiwan: Haiwan Liar. Pada suatu hari harimau nampak orang.
(Cerita pendek jugak. Bersambung2 sampai berkeping2. Last2 harimau tu mati kena tembak. Too bad, I should tell him pasal akta perhilitan: perlindungan haiwan liar)

Monday, July 12, 2010

mambang dinding

Budak2 mmg berimaginasi tinggi. Diorg kalau bermain dan berangan2, (i.e. 'role-playing'), mesti mcm betul2 terjadi.

Aku taktau diorg tgh buat apa, tetiba je diorg jerit beramai2 berlari keluar daripada bilik baju. Of coz i'm kinda alarmed. Bila aku tanya ada apa? Diorang cakap ada hantu! Tapi kalau betul2 ada hantu, mengapa diorg tak nampak takut pun? Nampak riang gembira jek?

Oleh sebab waktu tu malam, aku pun seram jugak la. Aku teringat dua kesah yg agak misteri terjadi kat rumah ni.


Kisah pertama:
Masa tu aku baru pindah; rumah baru, kawasan pun baru. Iman masa tu dah setahun agaknya sebab dia dah pandai berjalan. Husband tak balik kerja lagi, jadik kami tinggal berdua. Aku keletihan dan terlelap di sofa depan tv. Tapi aku tak tido lena, kejap2 terjaga peratikan si Iman. Iyelah, aku takut jugak kalau terjadi apa2 kat dia, budak baru setahun kan tengah rajin mengutip, lepas tu semua bende nak masuk mulut. Manalah tau kot2 dia memanjat ke apa, dah tak pasal2 jatuh tergolek pulak nanti.


Dalam aku mamai2 tu aku mcm ternampak-nampak dia tengah bermain dgn seseorang. Sama2 duduk dan sama2 berdiri, dan sama2 mengadap aku! Eh, sapa pulak budak lelaki sorang lagi ni? Aku masa tu ada Iman sorang je, Iqbal tak lahir lagi. Mmg terkejut betul la aku, tersirap darah dibuatnya! Bila aku celik mata betul2, takde la pulak nampak apa2 yg pelik. Mmg Iman sorang je yg ada....


Entahla.. aku rasa mcm aku mimpi je kot...


Kisah kedua:
haaa... masa ni Iman dah besar sikit, dah pandai cakap. Masa kejadian pun belah malam jugak. Iqbal pun dah pandai berlari masa tu, jadik budak dua org ni pun bermain2 depan tv. Lampu bilik semua aku tutup, lampu ruang depan je buka. Iyelah, takkan nak biarkan lampu bilik terpasang kot... membazir...


Tetiba je Iman terpaku mengadap ke arah bilik. Dia tanya aku, 'Siapa tu?' - aku tanya dia balik 'Siapa?'. Dia kata dia nampak ada orang masuk bilik baju, 'Tapi, Iman nampak kaki dia aje.'


Aku blurr kejap. Takde lah rasa takut ke apa. Cuma rasa hairan, lalu aku pergi buka lampu bilik aku. Bila dah terang tu, aku jengah la bilik baju. Nasib baik tak nampak apa2...


Kisah ketiga:
Ini bukan kisah misteri, tapi kesah ngeri. Berlaku pada waktu malam jugak. Aku letak Ayu (umur dia dalam 2 bulan agaknya) atas sofa, Iman & Iqbal main basikal depan tv. Aku pegi dapur buatkan susu Iqbal, bila aku kembali dapatkan Ayu, tengok2 si Ayu hilang, takde atas kerusi! Giler menggigil lutut aku, mana pulak budak ni pergi! Aku menjerit tanya kat Iman, tapi, apa la nak diharapkan dgn budak 3-4thn...


Tetiba aku dengar suara Ayu menangis, rupa2nya dia dah terjelepuk atas lantai, di ruang sempit antara kerusi dan pintu. Tapi mcm mana dia boleh mengelungsor dan terbaring melintang rupa gitu pulak? Entahla... tapi aku lega giler sbb takde jadi apa2 kat Ayu, calar atau benjol pun takde..


haaa... sambung kisah mula-mula tadi.. Bila dah siang, aku pergi kat bilik baju, sambil tanya Ayu, 'Betul ke ada hantu semalam?'

Ayu pun tunjuk, 'Ini lah omi...
...abang Iqbal yg lukis semalam.'
hmmmmmpphhh....

Tuesday, May 04, 2010

layang-layang

Semalam Iqbal buat layang2 sendiri. Dia gunting kertas lukisan yg dah berconteng, bentuk segitiga. Kemudian dia gunting tali (dari botol buih sabun Ayu), dan ikat kat satu bucu kertas tu. All this while sambil menyorok2 kat bilik yg cahayanya samar2, berlatarbelakangkan suara sang Omi yg menjerit2 dari dapur, suruh Iqbal buat homework.

Ooo... rupanya dia senyap2 buat projek yek. Patutla bila di tanya, dia tersengeh2 jawab, 'takde apa2'. Terus simpan gunting kertas segala dalam beg.

Laaa... bukan Omi tak bagi buat layang2, tapi siapkan la latihan & kerja rumah dulu. Jgn mengelat. Iysk, budak sorang ni..

Lepas Iqbal siapkan latihan & makan nasi, sang Omi pun ambik kertas & benang, dan buatkan Iqbal layang2 kotak. Terbangkan depan kipas angin je. Iqbal gembira.
(image from google)


Simple life for a lil' kid :)

Tuesday, March 23, 2010

Q1 2010

hahahahaha... sebok je kat blog pun nak berQ1 report jugak..


[iman]
Sekarang ni, Iman balik rumah je terus ambik buku buat homework or study. Bagus betul.. takyah nak bising2 dah. Kat sekolah agama, katanya, dia terpilih utk masuk pertandingan hafazan. Setiap hari dia menghafal surah2 dgn his Abah. Bagus la tu, dgn aku2 sekali kena hafal, refresh memory..


[iqbal]
Iqbal dah dapat terima hakikat yang dia sekarang dah bersekolah, bukan kat tadika lagi. Now he's doing his h/works with less fuss (tu pun selepas disuruh2 & dijerit2) dan dah pandai kemas buku sekolah ikut jadual sendiri. Pagi2 kena kejut dia dulu sebab dia nak mandi & siap2 sblm Iman. Iman suka la sbb boleh sleep in few mins more. Bagus.. bagus.. asal jgn buat perangai di pagi hari sudah.


[ayu]
Ayu masih menangis pagi2 nak pegi tadika. Dia bengang sbb both abang iman & abang iqbal pegi sekolah, dia sorang2 kat tadika. Dah berbuih mulut aku bagitau budak umur 7 thn je yg boleh pegi sekolah, budak 4, 5, 6 tahun kena pegi tadika. Dan baru2 ni dia buat justification sendiri:
'Omi, kat dalam tv, budak2 kecik boleh pegi sekolah kan? Sebab tu kartun kan? Kalau betul2, budak kecik tak boleh pegi sekolah kan?'
Iyer Ayu, mmg itulah yg omi cakapkan selama ni, cuma takde unsur kartun je.

Tapi aku bangga sbb Ayu dah pandai baca dgn lancar in BM. Aku rasa level dia dgn Iqbal tak jauh. Entah2 sama level kot, sbb si Ayu rajin baca buku kuat2. Iqbal pulak suka membelek gambar, reading quietly. Sekarang ni, aku tgh ajar Ayu bahasa inggeris pulak.


[oily & sensitive skin]
aduii... kulit muka aku dah jadi semakin berminyak & sensitive la plak. aik, makin tua makin banyak pulak jerawat? mcm mana ni?? yg aku perasan, sekarang ni kalau aku makan udang, jerawat pun keluar ketul2. Dan kat kepala dan badan aku mcm kena gigit nyamuk - gatal berbintil2. Tapi aku suka  makan udang. part ni yg aku tak puas hati ni... huhuhuhu....

now i opted for gentle products sbb dah tak larat nak buat experiment dah.. tengok 2-3 bulan nanti mcm mana. harap2 serasi..

(images source: google)

facial cleaner: Eucerin Gentle

facial scrub (once a week): St. Ives Scrub Gentle

moisturiser: Neutrogena for combination skin (oil-free)

sun lotion: Neutrogena Ultra Sheer sunblock

belah malam: tepek bedak sejuk aje.. barulah nyaman kulit muka.. jerawat pun cepat kering.

Monday, March 15, 2010

tak faham

Iqbal: Omi, gula mutiara tu lima ringgit ada dua puluh.
Omi: hmmm... ?
Iqbal: Kalau nak banyak omi beli sepuluh ringgit, nanti dapat empat puluh.

wah, aku pulak kena congak dalam kepala! betul la tu. Tapi iqbal, mengapa bila buat latihan maths banyak beno salah??? adakah sebab malas, rasa bosan atau penat?? 

aku tak faham budak kecik, w/pun aku dulu juga seorang budak kecik... 

at least now i know he knows..

Tuesday, March 02, 2010

celebrating iqbal's bday @ kuala selangor (29 Dec)


ok, testing.. testing... am trying to post picture tru picasa3. .
(jalan-jalan @ kuala selangor 28-30 dec 2009)
p/s: klik gambar utk lebih jelas
Posted by Picasa
ini apa?

Friday, January 01, 2010

cuti-cuti di rumah

Iqbal sungguh lepas laku dan lepas kata. amat jauh berbeza dgn abangnya Iman yg agak berhati2 dan perlukan jawapan yg pasti sebelum meluahkan pendapat. kadang2 abg Iman akan tanya soalan yg sama dua, tiga atau sepuluh kali sampai ominya fedap. dah tak pasal2 kena marah. hehehhe...

back to the cheeky Iqbal, once asked his brother Iman: Iman, Allah berapa tahun?
Iman: Allah takde tahun lah.
Iqbal: Ada! Satu ratus empat ribu tahun!

entah mana dia dapat angka tu, aku pun tak tau. lepas aku memberitahu hal sebenar, Allah wujud, tapi takde tahun, Iqbal hanya jawab, 'oh!'. entah dia faham ke tak, tak tau le aku.

yup, that's so Iqbal, sesuka hati dia je. heh heh..

Friday, July 10, 2009

uke

ayu's now yapping a lot! kadang2 aku tak tau ujung pangkal cerita dia. dan kadang2 tu, aku hanya mampu memandang, bemused by her non-stop talking sambil berkata dalam hati, 'apahal lah budak ni tak berenti bercakap. bingit betul telinga.. nak tengok tv pun tak boleh.'

of coz le aku tak cakap mcm tu kat dia. heh heh. kadang2 aku angguk kepala. kadang2 aku cakap, 'hmmm..' atau 'iye?'. in approriate places.

kalau abang iman cakap pasal pensel, si ayu pun sebok la cerita kawan dia ada pensel barbie. warna pink. kalau abang iqbal cerita pasal kawan dia kat sekolah, si ayu pun sebok cerita pasal kawan dia kat sekolah jugak. dah sah2 diorang satu sekolah yg sama, mestilah diorang berkawan dgn org yg sama, dan cerita pun cerita yg sama kan?

malam tadi aku tanya, 'iqbal dgn ayu makan apa kat sekolah tgh hari tadi?'
iqbal jawab: ikan.
ayu jawab:
omi, tadi kan.. kat sekolah kan.. ayu makan kaki ikan. cikgu bagi kaki ikan kat ayu. tapi ayu tak nak sebab ayu tak suka makan kaki ikan. ayu suka makan ikan sahaja. kaki dia ayu taknak.

jawapan yg panjang lebar dan terperinci. dah besar sok boleh tulis novel. eh, kejap. sejak bila ikan ada kaki?

dan hari tu abah tanya ayu: 'ayu suka main dgn patung barbie ke?'
ayu jawab:
tak. kadang-kadang ayu suka main dgn patung barbie. kadang2 ayu tak suka. suke tak suke jadik uke. uke tu apa?


[shortcut]
ayu dah ambik shortcut. tak pass lagi tulis ABC sampai Z, dia dah pandai membaca dan mengeja. anak ke-3 dgn abang2 yg rapat2 umurnya mmg mcm ni kot, cepat catch-up. in fact i don't remember sitting down with ayu reading ABC. mungkin sebab aku dah tak larat nak ulang lagi ABC lepas iman & iqbal. bila aku ajar iman & iqbal membaca, dgn ayu2 sekali aku ajar baca buku. heh heh.

malam tadi ayu eja:
M-A, MA...... T-A, TA........ MATA.......
M-A, MA...... T-E, TE......... MATE...

heh heh. mmg terer.


[konpius]
iqbal konpius. mengapa ejaan lain daripada sebutan. dia tanya "'A' tu bunyik dia 'WA' ke? kenapa 'seluar' jadik 'seluwar'? kenapa 'keluar' jadik 'keluwar'?"

dan iqbal konpius ejaan english. dia tanya aku hari tu, 'kalau eja pensel dalam english, pen-cil ke, pen-sale? dua-dua boleh ke?'.

dan, 'kalau 'PU' dalam bahasa inggeris, sebut dia 'PA' ke? kenapa sebut 'pazel' (puzzle)?

berbuih2 aku menerangkan tentang ejaan dan sebutan ni. entah dia faham ke tak. last2 aku bukak dictionary program kat h/phone aku, bagi dia sendiri dengar sebutannya mcm mana. lama2 nanti ok la kan?

Monday, March 02, 2009

homework

iqbal mmg liat nak buat kerja sekolah yg jenis tulis ulang2 banyak kali. dia kan suka melukis jek. jadi, punyalah susah nak suruh dia duduk siapkan homework dia. tak pasal2 aku membebel2 dan marah2 bila dia sajer tulis lambat2. sekejap2 nak minum air la, nak sharp pensel la, dah ngantuk la, nak itu la, nak ini la. sabo je la. untuk cepat siap, aku pun suruh dia tulis besar2 dan tulis selang2 dua baris. tu pun mau sejam baru siap.

tapi, minggu lepas mmg aku tensen. korang bayangkan la lagi 15min nak pkl 8pagi, di saat2 aku nak keluar rumah utk hantar dia ke tadika, baru dia kata nak buat homework! arrgghhhhhhh... arrgghhhh.... argghhh... kalau lambat ke tadika, maknanya lambat le aku pegi keje... argghhhhh....

aku pun menjerit2 la suruh dia cepat tulis. tak sampai 15 mins dah siap. dua muka surat. aik? aku terkejut gak, siapalah yg ajar dia buat homework last-minute ni? boleh pulak siap yek...?

tapi, letih la aku kalau setiap pagi nak jerit2 mcm komando bagi dia 'semangat' (pressure) nak siapkan homework kan?

we'll see.

Friday, January 09, 2009

adik's 5th belated bday

adik just celebrated his 5th bday last week. baru lima tahun rupanya. tapi tahun 2009 ni dah masuk tadika 6 tahun. alhamdulillah dia dah boleh baca sikit2, perkataan yg senang2 dua suku kata. his favourite words are POLIS dan BOMBA. kadang2 tulis betul. kadang2 tulis mirror image. ikut suka ati dia. kalau melukis nombor satu, dari pagi sampai petang pun sanggup. tapi bila suruh baca buku mulalah ada masalah konsentrasi.

teringat satu kisah, masa aku mula2 ajar dia baca. aku ulang2 ajar dia SA SI SU sampai dia ingat. kemudian ada perkataan SA... bawah gambar saku. aku tunjuk gambar tu dan tanya dia 'S.. A.. bunyik apa?'. dengan konfidennyer dia jawab, 'S- A- PO!'. aku punyalah marah, 'apesal SA bunyik PO pulak?'. dia jawab, 'POKET!' (dia tengok gambar saku = poket). aku bantai gelak. sesuka ati je budak sorang ni.

orang lain punya bday, orang lain yg tiup lilin? hehehhehe. masa nyanyi lagu bday tu, si iqbal tiba2 je bangun buat aksi finale gitar solo. entah semangat mana meresap dlm badan dia, tak tau le. it was hilarious tho. abang iman & ayu took the opportunity to blow candles. terpaksala nyalakan lilin lagi sekali. kali ni dia duduk je depan kek. hehehheheh.


[wedding]

selamat pengantin baru buat angah Zimah & suami (27/12/08). aku suka gambar ni. taken by hubby. ada bakat terpendam rupanya. lepas penat berkenduri, kitorang pegi jeram tengkek. fuh! sejuk betul! yg bestnya kat tgh sungai tu takde batu2 kecik yg licin, hanya pasir halus mcm kat pantai. kaki pun tak sakit nak pijak. anak2 aku pun best jek berendam. aku duduk kat bawah air terjun. macam jacuzzi. lega badan...


[cabut gigi]

awal disember lepas, Iman bagitau gigi dia dah tumbuh kat belakang gigi dia. tapi gigi susu tak goyang pun lagi. aiseh, risau lak aku. kang berlapis2 lak gigi budak ni. gigi susu punyalah cantik tersusun. taknak la gigi kekal buruk pulak. tak lama lepas tu, gigi dia pun goyang. lepas tu, pagi sabtu 27 dec 08 (kenduri kawin angah zimah), dia bangun tido dia cakap gigi dia dah terkeluar. laaa... dah tercabut sendiri rupanya. baguss... bagus... tapi, tak sempat aku nak campak atas bumbung, dia dah buang gigi susu dia tu kat bakul sampah. hmmm....

Tuesday, February 05, 2008

majalah

aku dulu membesar dengan majalah GILA-GILA dan VARIASARI. sebab, mak/pak sedara aku rajin beli dua majalah ni. aku tumpang baca jek. masa tu manalah mak aku mampu nak belikan majalah kanak2. setahun sekali kot aku dapat baca BAMBINO. tu pun pinjam kawan punya.

aku start baca majalah GILA-GILA sejak aku baru kenal huruf (masa tu tengok gambar aje), sampai la aku pandai membaca (aku baca je, tapi tak faham). bila tiba cuti sekolah, mak aku hantar aku balik kampung. masa ni lah aku akan selongkar almari buku pak/mak sedara aku, cari GILA-GILA. kekadang terjumpa majalah GELIHATI dan BATUAPI. pada aku, GELIHATI bahannya lebih ringan, dalam tu ada lirik lagu yang diterjemahkan jadi kartun. salah satu lirik lagu yg dikartunkan, yang aku ingat sampai sekarang ialah lagu 'right here waiting'. BATUAPI pulak aku tak berapa faham, kartun dia pun macam kasar-kasar jek.

VARIASARI pun aku baca jugak. ada banyak cerita pelik-pelik dalam tu. yang paling aku ingat ialah cerita bersiri 'bercakap dgn jin oleh tamar jalis'. peh! aku percaya je bulat2 apa yang dia tulis tu. aku pikir bestnyer kalau betul2 dapat mengembara ke alam ghaib.

bila aku dah ada duit sendiri, aku suka majalah UJANG (yg asal, bukan MOY). rajin la jugak aku pegi beli UJANG, sampai kaya kampeni dia (pakcik kayooo...!!). sekarang ni aku hanya beli majalah yg berkaitan dgn wanita & keluarga, tak kisah jenama apa. tapi tengok topik jugak. kalau ada topik yang menarik, baru aku beli.

kalau aku bersidai kat kedai buku pulak, aku suka belek majalah HOT. hahahhaha.. lagha betul!

aku belikan majalah AULAD utk iman. majalah tu untuk kanak-kanak tadika (preschool). aku nak bagi diorang MINAT membaca. adik tak reti baca lagi, dia eksen je tu belek2 majalah SAYANG MUSLIM. tengok2 gambar jek. heh heh..

Thursday, May 31, 2007

macam-macam adik

budak-budak zaman sekarang memang terer. they have more vocabs than i did when i was at their age. they know the differences between violin and cello, trumpet and french horn, guitar and banjo. aku dulu? setakat tau apa itu gitar (bapak aku ada gitar, dia gantung kat dinding buat perhiasan. bila abang aku dah meningkat remaja, barulah abang aku yg main gitar tu. dia mmg terer main gitar. aku pon belajar sikit-sikit sampai hujung jari aku kebas. tapi aku tak teruskan sebab tak faham konsep kod dia), recorder, dan alat-alat muzik yang digunakan masa sekolah rendah. bila masuk sekolah menengah baru tau banyak sikit sebab sekolah aku ada band sendiri.

anak-anak aku juga minat bowling dan snooker. setakat ni diorang dah ada tiga set bowling. dua set dah pecah. aku hanya tau pasal bowling masa dah lepas SPM. first time main bowling masa reunion kat ipoh dengan kawan-kawan sekolah back in 1995/1996 mcm tu lah lebih kurang.

lepas tu anak-anak aku pon obsess dengan recycle. ni yang buat aku musykil. apa yang menariknya dgn recycle, aku pon tak tau. tapi bagus jugak, kena la pupuk mereka jaga alam sekitar dari kecik. kalau sampah menimbun kang, diorang gak yang susah.

and their latest craze? reading the signage. since the day i told them, 'gambar bulat merah berpalang' means NO. iman cerdik sikit, lagipun dia dah pandai baca, jadi dia punya tafsiran tu selalunya betul.

adik pulak main hentam saja. heh heh. contohnya..

no seven?
NO seven.


no jentik asap?
NO jentik asap.



omi dengan abah?

omi dengan abah.