Showing posts with label birthday. Show all posts
Showing posts with label birthday. Show all posts

Tuesday, February 17, 2015

Birthday month

Got myself a new gadget. Hehehe.. as  this year's birthday gift. A cheapo Asus memopad. It's a WiFi only 7" android tab with Intel Atom. What I missed most about android device is this Blogger apps. Iyer, lepas ni konfem aku rajin update blog ni.. percayalahhhhh 

Over the years, aku perasan yg aku tak pernah beli henset mahal. Masa orang dok beli Nokia, aku beli henfon Mitsubishi. Orang beli iPhone, aku baru nak pakai Nokia. Hehehe.. entah la, aku rasa mcm tak berbaloi je nak beli mahal2, lepas few months dah ada lagi  yg lebih canggih. You just can't beat that. It'll go faster and/or smaller, every three months or so. Gilos...

This tab? It's my toy actually. I need bigger screen to browse 9gag, read news, and update my blog. Hahaha.. sekian.. wassalam.

Monday, February 10, 2014

36 ke 37 eh tahun ni?? hahahah... lupa plk

Haihhh... tak syok sungguh.. ada kaa celebrate birthday kat dewan peperiksaan ukm? Nak celebrate pun takde mood sbb aku dok pikir nak baca buku & nak tido aje! huhuhuhu...


Suamiku ajak makan malam western food, katanya... aku tgh stress mana nak lalu western food, kena cari comfort food lah.... hehehehehe... jadi kami pegi sri kembangan sbb ada satu kedai ni, nasi ayam dia rasa dia hampir sama dgn nasi ayam yg aku makan masa aku kecik2 dulu kat JB. Nasi dia sesedap rasa, sos cili tak kuat sgt rasa bawang putih.. just nice.. iyer, ini satu review yg bias, boleh ke rekemen makanan sbb rasa sedap based on our childhood memory? hantam saja lah.... hehehhehe... oh, jgn lupa order ikan bawal emas bakar, sedap giler makan cicah dengan sambal kicap.. ok, aku lupa apa nama kedai tu... terukkan? Mcm nak suruh org pegi, tapi tak ingat nama plk.... haihh... exam punya pasal la ni! *boleh?*


Oh, dah alang2 aku post kat blog ni, meh aku citer pasal hal budak kecik sorg si Mat Hanif tu.... dah 8 bulan dah umurnya.... badan tak padan kecik, tapi bukan main liat! Apa yg dia pandai? Dah pandai nak berjalan. Bukan dia yg berjalan guna kaki sendiri, tapi dia nak kita yg kena bawak dia keluar rumah berjalan2! Dia duk menyusur dan berguling aje, angkat bontot pun tak, merangkak pun tak. Nak tau cerdik ke tak budak sorg ni, bila sampai mode nak berjalan tu, dia akan menggelupur, dan dia hanya nak dukung kat sesapa yg berdiri paling hampir dengan pintu. Dan, kalau kita dah keluar pintu, dia akan beratkan badan dia ke arah tangga, dan hanya nak dukung kat sesapa yg paling hampir dengan tangga. Gituuuuuu... Kalau dah kat luar tu, haaa... happy lah dia... seronok.. muka pun senyumm je tauuu...


Bab makan jgn cakap le, apa yg kita suap mmg semua dia telan... tak memilih langsung... senang nak jaga ko nakkk.... mlm pun tido nyenyak, takde songeh... faham agaknya, omi dia nak kena baca buku.. Mulut dia paling bising, entah apa membebel taktau la.. kekadang bunyik mcm tengah menyanyi... kadang2 mcm tgh mengarang ayat... entah la...

Haaa.... lagi satu, dah pandai menggeleng... sampai aku pulak konpius masa suap dia bubur, dia ni geleng sbb saje-saje nak geleng kepala, atau sebab taknak makan? Nak kata dah kenyang, elok aje mulut dia menganga dan telan bubur.... heheheheh.... mcm2 hal...

Amende lah yg dipiuhnya tu... bukan ko dapat keluar pun.. 

Monday, February 20, 2012

belated. very much!

Walaupun dah lambat, aku tetap nak upload ini gambar... 5 potong kek keju pelbagai perisa, dibeli oleh cik abang ku yg taktau nak pilih mana. To be fair, each slice was further divided by 5. Semua boleh rasa.
 (It's suppose to be my bday cake/s, dan pizza kat blkg tu ialah my bday dinner... heh heh.. sempoiiii)

Haa... terer kan Ayu buat magik? heh heh heh...

Tuesday, April 05, 2011

ayu's 6th bday (12 Mac)


Pagi2 lagi Ayu dah ke padang Kg. Sri Aman Puchong (org kata, tasik dan lombong sekitar Kg Sri Aman ni ada buaya, tapi taktau la betul ke tak) untuk menyertai acara sukaneka anjuran Pasti kawasan Puchong.
#1 & #2: Acara baling belon, pasukan Ayu menang bergaya.. takde satu belon pun yg jatuh, jadik awal2 lagi dah menang :D

#3:  Acara susun tin. Ayu peserta akhir, tapi tin tu jatuh la pulak, terpaksa dia susun balik semua... yg ni kalah teruk.

#4: Acara lari ulat bulu.. hehehhehe... Ayu jadik kepala ulat bulu, punyalah laju lari, tercicir kawan kat belakang... tapi menang pulak.. hahahah... b'day luck dia kot.. :D 

Last sekali.. gambar kek ayu, dia pilih sendiri.. kartun ninja turtle..  bawak balik kampung, makan ramai2..

Hadiah Ayu utk diri sendiri (beli guna duit sendiri tu... kerana omi agak kedekut, takmo belikan mainan banyak2.. hihihihi... saje biar dia belajar pasal duit)

Mokde belanja makan kat PizzaHut... dah lama betul kitorg tak makan pizzahut, selalu kalau teringin nak makan pizza, kitorg order domino's ajer... sedap betul pizza prawn king & spaghetti meatballs... mungkin sebab faktor lapar + orang belanja... hehehehhe... yummmeh!

Hadiah birthday buat Ayu... Hello Kitty house set.. :D

Saturday, February 12, 2011

feb2011

I love February. Especially this one particular day. heh heh.. *hint*

Meredah MidValley utk aktiviti jalan2 cari makan bersama suami tersayang (ceh.. ceh... romantiknyaaa). Perasan jadik org Italy kali ini, jadi kita pergi Italiannies. Menu: Hot cappuccino, iced macchiato, cheese pizza, spaghetti & ayam (dah lupa nama menu sbb pelik bebenar, padahal rupa mcm chicken chop with some spices + spaghetti sauce + more cheese). Bought a cake at CakeSense to celebrate my bday with kids later that night (chocolate mousse cake). Oleh kerana berasa agak tamak, aku beli sepotong tiramisu (yummyyyyy!) dan fruit mousse cake juga (double yummmiesss!!).

CNY2011: kami ke JB. Singgah DangaBay selepas kenyang perut makan kacang pool + ABC (bukan ini sahaja menunya) di Bomba. Rupanya kat DangaBay tu ada mini zoo, complete with a big, scary lion and a couple of tigers. Bior betul? Mcm tak selamat je? Aku dah terbayang kalau singa tu terlepas kandang, mau dia mengamuk kat bandar JB (sila jgn bayangkan Alex from Madagascar, itu kartun yg sgt comel!). Kitorang lepak kat kandang arnab sementara tunggu 'animal show' pkl 9pm. Kesian arnab2 tu kena kejar dek Iqbal, mau trauma agaknya. hehehhe.. maaf nyer arnab, semoga kalian panjang umur sempena tahun arnab ni :D

Friday, March 12, 2010

happy 5th bday


Woh.. Woh.. Woh.. gadis Ayu.. 'takde' lesung pipit di pipi..
Ayu.. senyum mu menawan..
Kau reject aku... (eh, pinjam lirik Alex RL la pulak..)

Wednesday, March 03, 2010

tahun lepas punya cerita


(klik utk gambar BESAR punya)
bagus la pakai picasa3 ni, buat collage boleh terus upload ke blog. aku suke sangat! tak payah nak upload gambar satu persatu.

oh, ni gambar masa kitorg buat open house secara limited edition, raya tahun lepas. almaklumla, rumah jenis 'penthouse'. tetamu datang pun kena pre-arranged batch-by-batch. each batch dlm 4-5 keluarga aje, kawan2 terdekat. menu utama ialah mee bandung. menu sampingan pula lontong, kek & nugget. belah malam giliran family (inlaws) berkumpul ramai2, celebrating iman's 7th bday. makmertua aku bawak rendang & lemang, peh! sedap! kitorg masak nasi & beli ayam golek. penat jugak la dibuatnya. dah dekat tgh malam tu, kemas saja apa2 yg patut, esok paginya baru sambung balik mengemas.

it was really fun anyway, mmg dah lama beno aku tak jemput kawan2 datang rumah. even inlaws aku. last sekali diorang datang berkumpul ramai2 kat rumah aku ialah sebelum ayu lahir (kalau tak silap la). dah lebih 4 thn tu... bukan aku taknak jemput, tapi kesian tengok masing2 semput panjat tangga rumah aku kat tingkat atas sekali. hihihihi...

Tuesday, March 02, 2010

celebrating iqbal's bday @ kuala selangor (29 Dec)


ok, testing.. testing... am trying to post picture tru picasa3. .
(jalan-jalan @ kuala selangor 28-30 dec 2009)
p/s: klik gambar utk lebih jelas
Posted by Picasa
ini apa?

Tuesday, February 09, 2010

8 feb is my special day

Hahahha... aku telah melantak ayam penyet ria & calrs jr. back to back. Giloss.. tapi takpe la... bukan selalu. :)

Anak aku kecoh2 tanya, 'mana kek. kan hari ni jadi omi?' Ayu pulak dah buat skrip sendiri. dia kata, 'ooo.. malam nanti semua datang ramai2 kan? semua nak tengok jadi omi' - wahai anak2, itu semua berlaku waktu bday korang - only bcoz ur uwan insist! she loves it when all her anak cucu berkumpul. but that rule doesn't applied to omi. omi loves a quiet bday. Tapi beli juga la kek kecik utk tidak menghampakan diorang semua.

hmm... nak beli apa yek utk hadiah kpd diri sendiri?


[cerita ayu]
Ayu mmg kuat bercerita, interwined between reality & anything-stored-in-her-memory kind of stories. ada satu pagi tu, lepas mandi dia cakap,
'omi, tuala kena sidai kan? tuala kanak-kanak letak kat luar. tuala ibu bapa letak kat bilik. nanti lama-lama, tuala tu keluar bunga coklat. bunga coklat dah busuk kan? tuala baru bunga warna pink kan?'
Aku perlu beberapa detik utk faham cerita ini... *refer to iklan downy, fabric softener.. :)

Kalau aku marah dan membebel kat abang iman & abang iqbal. ayu pun sama nak menumpang sekaki. contohnya, hari tu aku marah si iqbal sebab malas nak buat homework. si ayu pun menambah sesedap rasa;
'omi, kalau dah sekolah kena buat homework kan? kalau tak buat homework cikgu marah kan? ayu buat homework. kalau abang iqbal tak buat homework dia tak boleh sekolah kan? nanti dia kena masuk tadika balik kan? sebab tak reti kira. ayu suka sekolah. ayu dah pandai kira. *sambil tunjuk tiga jari* tengok ni omi, satu dua tiga...'
Haih... enterframe betul minah sorang nih..... could u please let omi do all membebel punya keje?

Tuesday, March 10, 2009

lagu tadika

aku gelak je dengar ayu nyanyi lagu2 yg dia belajar kat tadika. mcm2 versi. kena dengar ulang banyak kali baru dapat tangkap apa lirik lagu tu.

lagu 1:
merah seventeen.. merah seventeen.. merah seventeen in a wayyy..
sunday, monday, tuesday, wednesday, thursday, friday and sunday...


*yg ni mmg aku confuse... lama baru faham. sebenarnya lirik dia ialah, 'there are seven days.. in a week..' tapi, mana saturday?


lagu 2:
one two.. pakai my shoe..
three four.. shut her down..


*kehkehkeh.... ganas... *


[happy birthday!]


happy 4th birthday my dear Ayu (12 March 2009).
omi doakan yg terbaik untuk Ayu, semoga jadik anak yg solehah.

...lots of loves & kissess...

Friday, January 09, 2009

adik's 5th belated bday

adik just celebrated his 5th bday last week. baru lima tahun rupanya. tapi tahun 2009 ni dah masuk tadika 6 tahun. alhamdulillah dia dah boleh baca sikit2, perkataan yg senang2 dua suku kata. his favourite words are POLIS dan BOMBA. kadang2 tulis betul. kadang2 tulis mirror image. ikut suka ati dia. kalau melukis nombor satu, dari pagi sampai petang pun sanggup. tapi bila suruh baca buku mulalah ada masalah konsentrasi.

teringat satu kisah, masa aku mula2 ajar dia baca. aku ulang2 ajar dia SA SI SU sampai dia ingat. kemudian ada perkataan SA... bawah gambar saku. aku tunjuk gambar tu dan tanya dia 'S.. A.. bunyik apa?'. dengan konfidennyer dia jawab, 'S- A- PO!'. aku punyalah marah, 'apesal SA bunyik PO pulak?'. dia jawab, 'POKET!' (dia tengok gambar saku = poket). aku bantai gelak. sesuka ati je budak sorang ni.

orang lain punya bday, orang lain yg tiup lilin? hehehhehe. masa nyanyi lagu bday tu, si iqbal tiba2 je bangun buat aksi finale gitar solo. entah semangat mana meresap dlm badan dia, tak tau le. it was hilarious tho. abang iman & ayu took the opportunity to blow candles. terpaksala nyalakan lilin lagi sekali. kali ni dia duduk je depan kek. hehehheheh.


[wedding]

selamat pengantin baru buat angah Zimah & suami (27/12/08). aku suka gambar ni. taken by hubby. ada bakat terpendam rupanya. lepas penat berkenduri, kitorang pegi jeram tengkek. fuh! sejuk betul! yg bestnya kat tgh sungai tu takde batu2 kecik yg licin, hanya pasir halus mcm kat pantai. kaki pun tak sakit nak pijak. anak2 aku pun best jek berendam. aku duduk kat bawah air terjun. macam jacuzzi. lega badan...


[cabut gigi]

awal disember lepas, Iman bagitau gigi dia dah tumbuh kat belakang gigi dia. tapi gigi susu tak goyang pun lagi. aiseh, risau lak aku. kang berlapis2 lak gigi budak ni. gigi susu punyalah cantik tersusun. taknak la gigi kekal buruk pulak. tak lama lepas tu, gigi dia pun goyang. lepas tu, pagi sabtu 27 dec 08 (kenduri kawin angah zimah), dia bangun tido dia cakap gigi dia dah terkeluar. laaa... dah tercabut sendiri rupanya. baguss... bagus... tapi, tak sempat aku nak campak atas bumbung, dia dah buang gigi susu dia tu kat bakul sampah. hmmm....

Friday, October 10, 2008

syawal1429H

testing... testing... blogspot ada problem ke? apesal aku takleh post comment kat blog sendiri & blog kawan2? korang ok je yek?

[raya]
ada peristiwa yg buat aku bengang giler pada malam raya. baju anak2 aku tak muat, salah jahit!!! geram betul aku kat nyonya tukang jahit tu. lain kali kalau takleh buat, jgn la cakap boleh pulak. banyak lagi kedai lain yg aku boleh cari.

mujur aku tergerak nak bawak baju raya anak2 aku tahun lepas punya yg kaler pink. ayu pulak untung sebab mak aku belikan dia baju kurung baru. kaler pink jugak. jadinya di pagi raya mak bapak kaler hijau, anak2 kaler pink.
menjelang pagi raya, aku langsung tak teringat pasal baju. sibuk mandikan anak2 aku awal2 lagi, dan bersiap nak solat raya di masjid tangkak. lepas solat, balik rumah, makan lemang (cekik darah, mahal giler), rendang daging (husband aku masak, sedap, semua org puji2. mak sedara aku siap kata, 'untung kau linda, dapat laki pandai masak'. heheheh), ketupat (keras! pakcik aku letak banyak sgt beras), ketupat segera & ayam masak merah (mak aku masak), redang ayam style melaka & kuah kacang (makcik aku masak). kemudian, kitorang pun gerak beramai2 beraya rumah atuk2 sedara & mak/pak sedara di sekitar tangkak.

ayu yg paling melawa sebab dapat spek hitam daripada atuk ude dia. dalam hati aku dok kata, entah bila lama la tahan spek ni. tengok2, tak lama mana hayatnya, tak sampai seminggu dah patah sebelah. hmmm...
mak budak dan bapak budak pun teringin gak nak join budak2 main bunga api. hehehehehhe.

[iman's 6th birthday]
Iman dah pandai tengok kalendar kat henfon abah dia. sampai je tangkak dia dah buat schedule dia sendiri. dia belek2 kalendar kat henfon sambil cakap kat semua orang:

30 september main bunga api.

1 oktober pegi masjid.
2 oktober birthday iman.

pagi2 raya kedua tu dia dah tersenyum2 lebar sambil pegang henfon abah dia. dia tayang kat semua org, nak bagitau hari tu birthday dia. heh heh.

kitorang gerak ke KL pulak. sebelum tu, singgah beraya kat melaka dulu ramai-ramai. petang baru sampai tmn melati. mujur cikja belikan kek utk iman. (kedai kek banyak yg tutup. jenuh pusing2 cari kedai.)
ni 'take' kali ke dua. biasalah masing2 berebut nak tiup lilin.

[tapah & CH]
raya ketiga kitorang gerak ke kampar, melawat uwan kat rumah makngah. besoknya gerak ke CH. tak plan pun. aku dah penat travel ke sana ke mari. lepas check-in kat apartment, aku terus membuto bersama ayu... Zzzzzzzz... dah le sejuk, dapat lak berselimut dalam comforter tebal. heaven.
singgah mandi kat Lata Iskandar.


permandangan dari apartment sewa. betul2 kat tepi simpang jalan besar, yg ada batu tulis 'selamat datang ke cameron highland'.

Friday, August 08, 2008

08.08.08

heh heh.. saje je aku nak blog hari ni. nombor cun tu. lagipun hari ni kan hari perasmian olimpik di beijing. manalah tau kot2 masa aku tahan teksi, aku dapat naik 'teksi tunai', dia tanya lak soalan ni, konfem boleh jawab. dapat ler aku duit huhuhuhu... syoknya..

happy birthday to my dearest hubby. 040808. celebrate kat midvalley tengok batman. pandai waiter tu bagi order nombor 77 kat kitorang. heh heh.

ini ayu tengah gunting rambut, buat slope kat belakang sebab kena jangkit kutu kat taska. dengan kepala-kepala aku sekali rasa gatal, macam terasa2 ada mende merayap2 kat celah rambut. eiiii... geli geleman dibuatnya. habis rambut bebudak ni aku sental dgn syampu kutu, lepas tu turn aku lak cuci rambut dgn syampu kutu. pedih kulit kepala aku. baunya pun tengik! tak kisah la kutu tu ada atas kepala aku ke tak, aku dah psycho giler dah. aku bantai je syampu. eiiii..... geli geleman bila ingat balik.

ayu tanya kehairanan, sambil usap belakang tengkuk dia, 'apesal ayu boleh buat camni, omi?' heh heh heh. dia rasa janggal la tu.

pose istimewa dgn rambut baru. entah apa hal minah ni.

adik dah rajin menulis dan melukis. kalau korang terer, korang baca la sendiri.

mama & mokde layan ais kacang spesel kat kg melayu majidee. aku order mee rebus as usual kalau balik johor. dan otak-otak. i'm home.

ini irfan, baru masuk 3 bulan. tapi dia dah start meniarap umur 2bulan setgh. mmg terer.

Wednesday, March 12, 2008

ayu 3rd bday

hari ni ayu genap umur 3 thn. aku buatkan cupcakes utk meraikan hari jadinya di taska. malam tadi iman, adik & ayu tolong bungkus jajan utk diberi kat kawan2. seronok le tu. aku gak yg mengatuk giler kat pejabat ni ha... huargghhhh.

ayu darling. semoga panjang umur, murah rezeki dan sihat tubuh badan. semoga menjadi anak yg solehah. aminn. i love u very much! mmmmuaaaahhhh!

muka budak yang 'terkejut' menyambut hari lahir pagi tadi. abang budak itu saja nak tumpang sekaki. sila abaikan pemandangan yg bersepah di sinun.

percubaan membuat cupcakes untuk sekian kalinya. nasib baik jadik. moist sgt cupcakes ni, sedap! yg tak bestnya, bila dah masak dia jadik penyek. bila dah penyek, kenalah cover dgn krim icing, ye tak? untuk cupcakes ni, aku guna resepi dari chockylit. highly recommended.


[spender]

kisah ini tiada kaitan dgn seluar dalam. tapi adik yang tanya aku, 'omi, naper ayu naik spender?' hehehhehehehehe.. sampai saat ini, aku masih terasa gelihati yang teramat sangat. kehkehkehkehkeh.

omi, ayu nak main spender kat playground.


[adik's arts]

aku tgh rajin nak ambik gambar hasil kerjatangan adik. dia dah maju sekarang, takde lagi asyik lukis traktor bajak aje manjang (nanti aku cari gambar traktor bajak dia). baru2 ni, dia lukis gambar harimau gigit ekor rusa (sbb tu yg dia nampak masa kitorang pegi sunway pyramid hari tu). dah tu, tak cukup lukis kat kertas, dia conteng dinding bilik yg baru je dicat tahun lepas. dia lukis orang main bola keranjang, oarng main badminton dan orang main bola. nasib baik guna pen biru, sama dgn kaler cat. takdelah nampak sgt. aku biarkan aje.

ni superman ke dracula. siap ada gigi tajam2 tu.

Friday, February 29, 2008

CNY and MORE

[CNY]

CNY hari tu, rumah aku jadik rumah persinggahan sbb maklang, makcik, mokde dan mak aku datang beramai2 dgn family diorang. rumah aku kan ala-ala penthouse yg comel, jadi korang bayangkan le bila 15 orang duduk dalam tu. peh! macam sauna! kalau tambah lagi 30 orang, mau jadik tin sardin rumah aku tu. family aku ni ada tabiat yg sukar dikikis. iaitu, bila nak berjalan, semangat diorang berkobar2 satu macam. ada kaa pkl 8 pagi dah telepon aku bagitau dah sampai seremban! aik? bukan plan asal sampai puchong tgh hari ke? aku baru nak celik mata diorang dah separuh jalan? sungguh kejam sekali.

seperti biasa, tempat pertama yang kami tuju kalau nak pusing2 kl tentulah KLCC. ye tak? standard la tu kan? so, lepak sana & piknik kat bawah pokok.

orang johor dan orang puchong berpiknik kat klcc

kemudian pegi melawat muzium negara. wah! muzium ni dah berwajah baru! bagus.. bagus... boleh buat ulangkaji pasal sejarah malaysia. tapi aku tak sempat baca habih semua sbb budak-budak dah bertempiaran lari ke sana sini. diorang ingat ni padang bola ke. iysk...

besoknya pulak, kami ke taman titiwangsa. pertama kali aku jejak kaki kat kawasan sini. besar jugak ferris wheel 'eye of malaysia' tu yek.

ambik gambar je, buat kenangan.

besoknya lagi satu, kami pegi piknik kat sungai congkak. best woo... sejuk giler air sungai tu! dapat lak sewa chalet satu, dapat le baring2 berehat2 sambil melelapkan mata. legaaa...

seronok dapat kumpul dan pegi jalan ramai2. tapi penat pun iya jugak. bila diorang balik pagi ahad tu, aku & family aku pon ZZZZZZZZzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz.... qada' tido.


[more]

my bday treat. yummy!


adik & dunianya.


siput ini namanya GARY. iman yg bagi nama tu. aku jumpa siput ni masa tgh siang sayur. tapi dia mati dua hari kemudian akibat trauma yg teramat sgt. asyik kena goncang2 dan ketuk2 aje, mana tak trauma, ye tak? nampaknya, lambat lagi ler aku nak belikan diorang pet ke apa.

Tuesday, January 01, 2008

2008

aduih la... masa teringat-ingat lagi macam baru je hari tu aku tulis pasal tahun baru 2007, sekarang dah 2008. cepatnya masa berlalu...

tahun 2008 - iman dah masuk tadika. tahun 2009 sekolah darjah satu. dah tua aku rupanya.

tahun 2008 - aku ingat nak sambung study. sama macam niat aku pada tahun2 sudah. heh heh.

tahun 2008 - aku nak kuruskan badan. keep fit and slim. tone up. sama mcm tahun lepas.


[adik 4 tahun]

oh, yek. adik baru je menyambut bday dia yg ke-4 sabtu lepas (29 dec). happy birthday adik. semoga panjang umur, murah rezeki, sihat tubuh badan dan dilimpahi keberkatan hidup.
kek span perisa oren. not bad at all.

pagi-pagi lagi dia dah tanya, 'hari ni hari apa omi?'. aku buat donno jawab, 'hari ini hari sabtu'. dia kata, 'bukan! hari ni jadi apa omi'. aku gelak je. aku jawab, 'hari ni hari jadi adik! nanti kita beli kek'. happy je muka dia.

keesokkan hari pun dia perasan bday dia jugak. tanya lagi 'hari ni hari apa omi?'. aku jawab, 'hari ahad'. dia tanya lagi, 'hari ni jadi adik.' aku jawab, 'bukan, semalam jek'. dia buat muka tak puas hati. heh heh. cukup2 le tu bday sehari. lagi mau hari-hari.
bergaya dgn senapang buat sendiri.

kitorang belikan adik satu set bulding blocks. jenis yg berkualiti sikit. kalau beli yg nipis, sehari je dah pecah berkecai. mende pertama dia buat ialah senapang panjang. tu pun dah berapa kali jatuh terhempas. entah berapa lama jangka hayat toys tu, tak tau la.

atuk dia bagi satu set kereta 'atukrumen'. pakuda bagi hadiah train set. tu pun tak tau berapa lama bertahan. semoga panjang umur hendaknya... aminnn..
sambung track sesuka hati. hantam sajalah. yg penting train tu dapat jalan.

Tuesday, October 02, 2007

Iman's 5th bday!

Hari ni genap umur Iman 5 tahun. dah besar sikit dari tahun lepas. heh heh. of coz lah kan, takkan mengecil pulak! he has accomplished more than i did masa aku umur sebaya dia. yang paling ketara - dia dah lancar baca buku in BM & English. sekarang dia tgh minat belajar bahasa arab & tulis jawi pulak. main bowling pun dah terer, main karom pun terer gak. sepak bola pun boleh. tapi banyak yg dia tertinggal, esp. bab bermain di luar dgn kawan-kawan. main tingting ke, galah panjang ke, ram ram rip ke, panjat pokok. tapi, takkan aku nak biarkan dia main kat luar rumah pulak? bahaya.

gambar ini di ambil masa iman umur 10 bulan (aug 2003) kat cameron highland. boleh dia tido masa tgh makan biskut. heh heh. so cute!
Happy birthday Iman Hariz. Wish u all the best in the whole wide world! semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dan hidupmu diberkatiNya. Aminnn.

Monday, September 03, 2007

merdeka!

'tandaaaa.... ini puluh satu... tujuh lapan, lima pukul tujuhhhh....' - iman nyanyi (lagu '31 Ogos'), ayu jerit kuat dengan penuh semangat, sambil angkat tangan kanan, MERDEKA! sungguh patriotik sekali. walaupun diorang ingatkan merdeka tu ialah bendera.

p/s: korang perasan tak masa perbarisan pagi tu, dalam kontijen muhibah, ada mamat sorang tu dia pakai baju koboi. sejak bila kat malaysia ni ada koloni koboi pulak? potugis, yes. iban, bidayuh, melayu, cina, india, sikh, jawa, bugis dan sebagainya, yes. but koboi?

first time buat kek coklat kukus. jadik pulak tu! heh heh. happy birthday to dear hubby..ada dua je kek coklat kukus
inilah rupa budak demam yang pakai setokin belang-belang.demam kena pakai setokin
orang buat cupcakes, kita pon nak buat gak. percubaan pertama tak berapa jadik sbb kek tu padat semacam. percubaan kali kedua (with tips & tricks from a friend) barulah jadik.
yey! malaysia berjaya!cupcakes tak jadik
abang iman bersusah payah pasangkan butang kolar ayu.
yakin boleh!very brotherly

Friday, May 04, 2007

pasir gudang

we went to pasir gudang last long weekends to visit my brother there. teruknya jalan dia, bersopak-sopak! on the 2nd day we went to tenggaroh pulak, nak pegi tengok si hadeef. dia baru pandai jalan. masih terkengkang-kengkang lagi.

ayu & hadeef






Luft Hadeef will celebrate his first birthday this coming 11th May 2007 (or is it 10th? lupa la pulak)

HAPPY FIRST BIRTHDAY HADEEF!






and here's some more uncategorised photos:

adik tulis ABC terbalikadik tekun menulis. but most of the numbers and letters are in the mirror-image forms. click to view larger image.






adik tulis 123 macam tulisan zaman mesir purbaABC dan 123.








peh! sedapnyer.. bau sampai ke sini.
inilah rupanya gulai ayam yang enak di makan bersama nasi atau jemput-jemput/cekodok. cukup pedasnya, cukup santannya, cukup serainya, dan ada letak daun kunyit yang harum menusuk kalbu... yummmyyyy....


muka cuak kena marah

[caught red-handed] tengok tu!! tak boleh orang leka sikit. patutlah senyap kat dalam bilik. rupa-rupanya selongkar beg abah dan main cotton bud yek.


adik lukis bunga. kat daun dia ada ulat

This is one of adik's creation (gambar bunga, kat daun dia ada katerpilar). he has vast imagination. sambil lukis sambil bercerita. Ada sekali tu adik lukis mama dengan baby dia pimpin tangan. lepas tu adik lukis kereta banyak. lepas tu kereta tu langgar. POM! sebijik macam iklan kat dalam tv yang suruh ibubapa pimpin anak-anak semasa melintas jalan.