Tuesday, September 21, 2010
gatal tangan
Monday, January 19, 2009
gorila
ayu nyanyi lagu 'gorila' ulang-ulang. sampai terngiang-ngiang lagu gorila dalam kepala aku.
dim dam dam ---> dah jadik 'ding dong dong' la pulak
dim dam dam ---> 'ding dong dong'
gorila beli peria
satu biji dua posen ---> dah naik harga 'empat posen' akibat inflasi
kupas kulit ---> tukar jadik 'kupeh kulit'. sebut style org NS.
kupas kulit ---> 'kupeh kulit'
gorila terus makan
hmmm.. pahitnyer...
macam tu lah lebih kurang. cuma lirik tu ada ubah-ubah sikit. gorila beli bawang besar la, beli buah oren la. lepas tu ada yg masam, ada yg manis. lirik dia aku tak ingat sgt, cuma melodi dia tu mcm melekat pulak dalam kepala aku.
yg aku musykil tu, betul ke lagu tu sebut 'gorila'? 'gorila' as in gorilla, sejenis binatang primate, atau 'gorila' tu nama orang?
[taska]
aku hantar Iman transit kat satu taska ni, utk dia makan, mandi dan berehat lepas balik sekolah. yg bagusnya, belakang taska ni ada sekolah agama. senang dia jalan kaki je pegi sekolah agama belah petang. ada pulak geng sama-sama transit, yg pegi sekolah agama tu jugak. aku pun tak risau sgt. tapi, tadi aku diberitau yang taska tu akan ditutup hujung bulan ni. aduihla. mcm-mcm hal la pulak...
[kasut hitam]
budak sekolah rendah sekarang ni pakai kasut hitam yek? atau sekolah Iman je?
[adik punya hal]
aku belikan buku tulis kat adik. aku suruh dia tulis nama sendiri. aku ingat dia nak tulis nama penuh dia. rupa-rupanya dia tulis Iqbal dan Bomba! (huruf 'q' dan 'n' terbalik, ni pun kira dah improve habis. sebab selalunya dia tulis huruf terbalik, dan perkataan dia tulis dari kanan ke kiri). siap lukis kereta bomba. tu yg tak tahan tu. huhuhuhu....
ni adik lukis peta. dia cerita, 'mula-mula kita pegi jogging kat putrajaya (yg belah bawah, ada jalan berbatu bulat-bulat), kemudian kita pegi rumah paklong lokman kat JB (nun di atas, rumah sebelah traffic light), kemudian kita pegi tesco dan ioi (belah kanan), kemudian kita pegi rumah Iman (tepi kanan).
inilah yg dikatakan imaginasi melangkau dunia realiti.
[sahaja]
ayu suka guna perkataan 'sahaja', sejak dua-tiga hari lepas. yup, perkataan penuh SA-HA-JA with emphasis.
contoh ayat:
ayu suka pegi tesco SAHAJA. ayu tak suka giant.
dan
ayu suka roti kaya SAHAJA.
Monday, November 24, 2008
grad
Friday, November 07, 2008
rainbows
Wednesday, March 12, 2008
ayu 3rd bday
ayu darling. semoga panjang umur, murah rezeki dan sihat tubuh badan. semoga menjadi anak yg solehah. aminn. i love u very much! mmmmuaaaahhhh!
[spender]
kisah ini tiada kaitan dgn seluar dalam. tapi adik yang tanya aku, 'omi, naper ayu naik spender?' hehehhehehehehe.. sampai saat ini, aku masih terasa gelihati yang teramat sangat. kehkehkehkehkeh.
[adik's arts]
aku tgh rajin nak ambik gambar hasil kerjatangan adik. dia dah maju sekarang, takde lagi asyik lukis traktor bajak aje manjang (nanti aku cari gambar traktor bajak dia). baru2 ni, dia lukis gambar harimau gigit ekor rusa (sbb tu yg dia nampak masa kitorang pegi sunway pyramid hari tu). dah tu, tak cukup lukis kat kertas, dia conteng dinding bilik yg baru je dicat tahun lepas. dia lukis orang main bola keranjang, oarng main badminton dan orang main bola. nasib baik guna pen biru, sama dgn kaler cat. takdelah nampak sgt. aku biarkan aje.
Wednesday, June 13, 2007
more pics

tadaaaa... inilah hasilnya.. rendang ayam pencen. khas untuk menguji kekuatan gigi, rahang mulut dan tahap kesabaran anda.
yummmy....
AYU ADA IMAN (dan) ADIK.iman dah mula belajar buat ayat, tapi perkataan yang dia tulis bersepah satu alam. hari tu dia tunjuk apa yang dia tulis. i tot they were random words. rupa-rupanya dia tulis IMAN LUKES KERETA ADA RED, with all the words all over the places. manalah omi tau tu satu ayat. heh heh.

ni nak sayang ayu ke, nak membuli? kena grip lagi? nanti ayu dah beso, ayu grip abang adik balik.
*gambar ini takde kena mengena dengan sejarah Gerik. heh heh.

main nyorok-nyorok dengan ayu. tapi dia hanya cover part muka saje. heh heh. tak mencabar langsung! oh! patutla dia takleh masuk bawah tikar tu betul-betul, sebab adik dah konker dulu.

ini keje adik. nak jugak conteng kat cadar. padahal dah banyak beli buku kosong untuk diconteng.
happy :) and sad :(
Friday, May 25, 2007
new banner
Friday, May 04, 2007
pasir gudang
Luft Hadeef will celebrate his first birthday this coming 11th May 2007 (or is it 10th? lupa la pulak)
HAPPY FIRST BIRTHDAY HADEEF!
and here's some more uncategorised photos:
adik tekun menulis. but most of the numbers and letters are in the mirror-image forms. click to view larger image.
ABC dan 123.inilah rupanya gulai ayam yang enak di makan bersama nasi atau jemput-jemput/cekodok. cukup pedasnya, cukup santannya, cukup serainya, dan ada letak daun kunyit yang harum menusuk kalbu... yummmyyyy....

[caught red-handed] tengok tu!! tak boleh orang leka sikit. patutlah senyap kat dalam bilik. rupa-rupanya selongkar beg abah dan main cotton bud yek.

This is one of adik's creation (gambar bunga, kat daun dia ada katerpilar). he has vast imagination. sambil lukis sambil bercerita. Ada sekali tu adik lukis mama dengan baby dia pimpin tangan. lepas tu adik lukis kereta banyak. lepas tu kereta tu langgar. POM! sebijik macam iklan kat dalam tv yang suruh ibubapa pimpin anak-anak semasa melintas jalan.
Friday, March 30, 2007
unseen enemies
then, some sort of bad bacteria raged in adik's stomach. The results? high fever, cirit birit dan muntah-muntah. he just melepek for the whole two days. makan tak mau, minum air pun tak mau. when asked 'nak minum air ke, nak kena cucuk jarum?', he weakly answered 'nak cucuk jarum'. well said. omi terus la calling around asking opinions and he's warded at KJMC puchong for 3 days due to dehydaration. he was given antibiotic doses to fight those bad bacteria. And to preserve the good bacteria in his body, we bought him vitagen. but still, habihla good bacteria mati sebab everytime he took his meds, the antibiotic won't know between friend or foe. semua dia kasi mati. mcm mana tu?
then, ayu pulak demam, cirit dan muntah. but she recovered quickly sebab dia still nak makan dan minum. semalam dah improve banyak. kalau tak, ayu pun kena dok kat hospital jugak.
what a week!
on lighter side:
iman is advancing his reading & spelling skills quite unexpectedly. maybe it's bcoz i'm the one who underestimate a child ability to learn more complex things. kami ajar in BM dulu to avoid confusion. sekarang ni semua perkataan dia nak eja. seluar jadi S-E-L-U-W-A. heh heh..
i was so surprised on the other nite when adik drew a 'mama gajah' dan a little 'baby gajah'. Sebab selama ni tak habih-habih lukis lori, lori simen, lori minyak, lori panjang, pistol, besi kejar orang, senapang, bom. And last nite he drew abang iman main yoyo, omi main yoyo, abah main yoyo. cute!
oh, adik pun tak nak kalah dalam bab eja mengeja. tapi dia eja sesuka hati. asal ada bunyik huruf sebijik-sebijik, pada dia dah betul la tu. K-D-L-K = LORI. boleh?
Ayu pulak, entah apehal kalau salam orang tak mau cium tangan, she shaking it intead. four times. exactly. everytime. macam orang nak deal bisnes jek.
Tuesday, March 06, 2007
xperiment
some lessons learned:
- jangan basahkan rambut. sebab bila rambut kering nanti jadi tak rata. kena trim balik.
- try to visualised the style. kang tak pasal2 jadik bentuk tempurung.
- jgn cukur rambut konon2 nak buat border. nanti jadi buruk sangat2.
- ingatlah, ini kepala budak, bukan pc software yang boleh edit later.
- kalau hasilnya teruk sangat, hantar aje ke kedai gunting rambut, minta guna trimmer #2.
- if all fail, just relax sebab rambut akan tumbuh balik. heh heh.
Wednesday, November 08, 2006
syawal 1427H
then, balik ke kampung pdg. lebar, singgah melaka, akhirnya sampai tapah. i dozzed off along the way. felt so sorry to hubby sebab dia kena drive sengsorrang, heh heh.. nak buat camner, mmg dah mengantuk tahap maksima dah.
tapi raya kali ni, perangai ayu la paling tak tahan, memanjang nak '..kkooongg..'. lepas tu bila tak nampak omi dia depan mata mulalah melalak. bingit betul! takut beno kena tinggal. takde de omi dia nak tinggalkan dia. Iman lak buat adegan pretender, purak-purak tido. while adik dgn mood-swing dia. iya. raya tahun ni memang meriah!
on little more notes:
iman's latest phrase: 'oh! man!!' - sebut dengan penuh perasaan, kecewa dan hampa.
adik's latest story-telling style: 'semalam kan, adik jumpa uwan, jumpa atuk, jumpa paksu, pak uda.. haaaaa...' - cerita lain pun sama gitu, mesti mula dengan 'semalamkan...'. maksud semalam dia tu ialah tadi, kelmarin, dulu-dulu, past. dan akhir cerita mesti dengan perkataan 'haaaaa....' full with emphasize.
ayu pulak: '..kkoongggg!!!' kalau nak dukung. 'bbahhh!' panggil abah/abang. dan semua hujung-hujung perkataan. 'nnnyerrrr' tu maksud dia 'ooh! sedapnyerr'. asal boleh je minah ni buat shortform sesuka hati.
Wednesday, August 23, 2006
arts of conteng II
oh, iman already getting his grip on simple maths. i taught him 1 + 4 = 5. tapi kalau dia boleh tulis 7 = 5 + 3 ertinya dia dah faham konsep la tu kan? good! great! phew..
adik dah maju sikit. semalam dia tulis huruf A terbalik. oh yek, cuba kira berapa banyak tractor bajak dan lori yang dia lukis di atas kertas ini. contoh jawapan disediakan. :)
adik conteng buku abang iman, lukis pokok, matahari, daun, payung dan bola pecah.
yup, i'll save all their hardworks in CDs. saja simpan jadik kenangan. :)
Thursday, August 17, 2006
arts of conteng
2. iman rajin menulis. nak ajar dia pun senang. jenis dengar kata. tapi tulisan dia semua macam mi meggi. bila dia tengok mi meggi pun dia boleh 'kenal' mana satu huruf ra', mana satu dal, mana satu fa' dan sebagainya.
3. ahad lepas, iman, adik dan ayu tengok Mr Incredible - dah lama tak tengok citer ni. kalau tak dulu, asyik ulang-ulang pasang sebab 'nak tengok cite jack-jack'. kemudian, iman ambik pen, lukis-lukis kat suratkhabar lama. tetiba dia tunjuk dia lukis robot bulat macam spider ciptaan orang jahat syndro ke apa namanya tu yang dalam cerita Mr Incredible. very amazing! sejak iman dah kenal bentuk, dan pandai lukis betuk-bentuk asas, dia dapat lukis apa yang dia ingat - termasuklah gambar roket dan pokok, bom, senapang, pistol, besi kejar orang, dan kotak.
4. iman lukis smiley kat setiap bende yang ommi lukis. so sweet.
5. ayu tengah baca buku. dia sekarang nak belajar bercakap, ikut jek apa yang orang sebut. masa piala dunia hari tu, orang jerit GOLL!! dia pun jerit guuul!!! iman dan adik baca buku, dia pun sebok sekali baca buku kuat-kuat sambil sebut sesuka hati.. baguss.. bagus... baca buku cepat pandai!
6. ayu pon pandai conteng-conteng jugak, tapi conteng kat kaki sendiri. boleh?
7. adik masih lukis bulat-bulat dan garis-garis. semalam ajar dia trace huruf-huruf ABC. baru nak pegang tangan dia, nak ajar dia tulis, dia boleh pause, dan cakap 'kejap.. kejap!' lepas beberapa minit baru cakap 'ommi.. tulisss'. buat huruf Q dua baris dah penat - 'adik dah penat' - lepas tu sambung conteng-conteng lukis lori bulat-bulat dan matahari. iyolah.
aku bukan nak paksa anak-anak aku belajar cepat. cuma nak develope kemahiran mereka. perkembangan fizikal dan mental perlu seiring. bila mereka dah pandai trace huruf-huruf dalam buku tu bermakna mereka dah dapat kontrol pergerakan (motor skill) dan konsentrasi diri. biar mereka belajar sikit-sikit, bits by bits, tapi perlu ada galakan dan persekitaran yang membina.
iysk.. susah betul jadik mak orang. ni tengah pikir cara yang paling senang nak explain 1 + 1 = 2 kat iman. dia tengah excited nak belajar, ommi dia pulak pening macam mana nak terangkan konsep penambahan (pencampuran?).
